Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, April 14, 2011

Tutorial Pakai Kain Batik.


 Nota Kepala:Untuk perempuan sahaja.Lelaki nak belajar buleh jugak.Senang nak balut bini korang nanti kalau diorang tak tau pakai kain batik.

                  Korang ingat korang je yang buleh buat tutorial.Aku pun nak try jugak.Lagi pula tutorial ini tak penah dibuat orang lagi.Kalau pakai shawl lawa-lawa dengan pashmina belit kepala macam Hana Tajima Simpson tapi tak tau pakai kain batik tak guna jugak.Okay..okay...aku mengaku aku cakap macam tu sebab aku jealous aku tak reti belit-belit shawl.Kadang-kadang tercekik diri sendiri.Lastly aku pakai tudung labuh macam ustazah je(Ni aku tipu).Senang tak perlu nak seksa diri sendiri.Tapi rasa teringin pulak nak pakai pashmina letak riben plus bunga kat atas kepala.Aku nak letak teddybear adik aku.Buleh ka?

                 Mula-mula kita akan berkenalan dengan kain batik.Ada banyak jenis kain batik.Untuk yang nak dikomersialkan dan tak dikomersialkan.Yang dikomersialkan macam yang artis-artis pakai,yang bersulam,berjurai-jurai dan berkerawang semua.Mungkin korang pun ada jugak.Yang dipakai dengan baju raya tu.Yang lebih hot dari kain batik biasa.Pario pun ada jugak yang bercorak batik.Kalau Maria Ozawa pakai mesti hot.Kain batik yang tak dikomersialkan adalah kain batik biasa yang mak korang pakai kat rumah.Or nenek korang pakai kat kampung.Kain batik ni pun ada macam-macam jenama.Madura la..Maduri la.

                Untuk mereka yang first time cuba pakai kain batik,sila ambik kain batik yang kesat,kasar dan tebal sedikit supaya mudah korang nak pakai nanti.Kalau ambil yang lincin tu mungkin akan terlondeh dalam 8 kali semasa korang berjalan.

               Jangan terus pakai.Bukak lipatan kain batik dan hamparkan seperti korang menghampar sejadah untuk sembahyang.Cuba perhatikan betul-betul kain batik tu.Coraknya,warnanya.Ada nampak perbezaan?Kalau tak nampak angkat kain batik tadi dan alihkan ke bahagian satu lagi.Satu kain batik sebenarnya memiliki dua bahagian.Corak yang sama tapi ada perbezaan ketara antara kedua-dua bahagian ini.Satu bahagian untuk disembunyikan disebalik lipatan manakala satu lagi yang akan kelihatan.So,jangan main bedal pakai je.Ni kain batik bukan kain pelikat.Nanti jadi burok bebenor rupanya.

 Tengok gambar kat bawah ni.Nampak perbezaannya?Ni adalah kain batik yang biasa dipakai kat rumah bukan untuk pergi jalan-jalan di tepi pantai.Bahagian tersembunyi biasanya lebih kecil.






              Setelah korang dah boleh kenalpasti bahagian mana yang perlu disembunyikan,angkat kain batik tu.Sebelum tu belek-belek kalau-kalau ada cop syarikat.Selalunya yang ada nama syarikat perlu diletakkan kat bahagian bawah.Pegang hujung kain batik dengan kedua dua tangan korang yang tak cacat lagi.Janganlah pegang satu hujung dengan kedua belah tangan.Kan ada dua hujungnya.Kalau pegang satu je,macam mana nak pakai.Huh.Then,masukkan kedua belah kaki korang ke dalam kain batik tu.

             Tunggu dulu.Jangan terus lipat.Gejoloh betul la korang ni.Kalau korang kidal,biasanya korang akan lipat ke sebelah kanan.Kalau normal macam aku korang akan lipat ke sebelah kiri.So,tentukan dulu ke sebelah mana korang nak lipat.Semasa nak lipat,pastikan bahagian yang perlu disembunyikan benar-benar tersembunyi.Nampak line pembahagi antara bahagian tersembunyi dan bahagian yang tidak?Sila urut-urut line pembahagi tu untuk bagi ada line bila korang lipat nanti.Takdelah mengelembung je bila pakai nanti..Huduh tahu?Iron kalau perlu.Kalau korang nak lipat ke sebelah kiri,urut line pembahagi kat sebelah kanan.Dan sebaliknya.
 
            Tengok gambar kalau tak tau apa itu line pembahagi.Iaitu line pemisah antara kedua corak berlainan kat kain batik.Takde line yang dilukis pun sebenarnya just korang imagine je.Yang penting line tu memisahkan bahagian yang perlu nampak dan tak perlu nampak.Okay ke?Or dah pening sikit?

           Jom teruskan.Then bila dah bersedia.Tengok bawah.Pastikan panjang kain batik tu sama.Bukan pendek sebelah,panjang sebelah.Kalau nak lipat ke sebelah kiri,tangan kanan korang yang perlu bergerak.Tangan kiri tekan kain batik dengan kemas so melekat kat perut.Genggam hujung kain batik dengan tangan kanan,pastikan bahagian tersembunyi tak kelihatan sewaktu nak melipat ke sebelah kiri.Next lipatlah kain batik tu sesuai dengan bentuk badan korang.Jangan ketat sangat dan jangan longgar sangat.Lastly selitkan bahagian hujung kain batik yang korang genggam tu.Kalau tak jadi,ulang semula proses ni sampai boleh selit hujung kain batik tu dengan kemas.

          Perhatikan diri korang kat cermin.Okay ke tak okay?Mula-mula memang susah tapi bila pakai hari-hari,korang akan pandai adjust sendiri.Yeah...bagitau aku sape yang tak pernah pakai kain batik then dia try sekali dah jadi macam profesional?None.Lama-lama bila korang dah pro macam aku(riak sikit) korang boleh melompat kat atas trampolin 8 kali tanpa perlu risau kain batik korang terlondeh and sebagainya.




Nota Kaki:Sori tak letak gambar sekali.Sebab aku rasa tak perlukan gambar pun.Simple je.Sebelum jumpa mertua boleh praktikkan tutorial ni.Kalau jadi,sila bank in 30$ ke dalam akaun bank aku kat Bank Negara.Kalau tak jadi,jangan maki aku.Pffftt... 

Thanks kepada yang baru follow aku tu.Sori tak sempat nak jenguk korang sebab line kat sini macam *****.Even limit tak sampai lagi.Jangan tanya kat mana aku sekarang.


May Peace Be Upon Us.


Live,Laugh,Die Emotionally!

28 comments:

Numasara Hana said...

pakai kain balik kat kolej kena gelak ngan member2 masa first sem... hahaha...

budak zaman skrg ramai tak reti pakai kain batik, pakia skirt je pandai...
huhuu...

NuRuL MoHaMaD said...

LOL !
haha. . .
nice one..
tutorial terbaik yang pernah dibaca. . .
**yg paling bwh tu gmbr u ke?

:D

KUKUMALU said...

hahaha. Lawak la pompuan tu pakai..kah3~

Best apa pakai kain batik..ngeh3~

AkieZecky said...

nak pakai kain batik pun kena tengok tutorial.. huhuh... kacang je tuh...

kpah k-poh Sharifahnor said...

tutorial hebat nih,...tak de di mana2..tapi panjang sangat..mmg susah kalau org tak paham..tapi kan..kalau tutorial bergambar..baru ok..heee...akak pun pakai jeans dik..nak mandi..nak sembahyang dan nak tidur je pakai kain...heee

Anonymous said...

mintak share kt fb boleh ?

Unknown said...

menarik2...
sya suke..

Abang Zam said...

kau nganjing apek dalam belog aku ke? kahkahkah

aku pakai kain pelekat since aku darjah 6..kain batik cuma lain sikit pakai die

nice..aku nak bungkus gadis aku

KatekateKite said...

hahaha...

kite slalu pakai bahagian yg perlu di sembunyikan (kepala kain) kat belakang!

sebab corak die cantik!

tatau plak kene sembunyikkan die! =p

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Nurmasara Hana:hehehe....memang pun Pkai short n skirt je.Senang...

;DD

thnks for dropping by

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Nurul Mohamad:tnks for reading this..
gmbar bwh tu..err...hihihi...

;DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@kukuMalu:hahaha..main bedal pakai je.best kan pakai kain batik..

(^__^)V

Sarah Sayuri Hartnett said...

@AkieZecky:bantuan kecemasan bg yg memerlukan...(^__^)

thanks for dropping by..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@kkak-k-poh:wahhh...akak rocks..hehehe...tula memula nak letak gambar tp cari ta jumpa...(^__^)I I I

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Anonmynous:share je......toingtoing..nanti bank in ye...hahaha

Sarah Sayuri Hartnett said...

@sya:thanks sebab suke...(^_^)//

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:Sape apek tu?tataw plak aku...

thnks kerana berniat utk bungkus gadis kau...haigo..hahaha

Sarah Sayuri Hartnett said...

@KateKateKite:owhhhh...bole je kalau tanak sembunyi...tp kalau nk nmpk cntik sembunyikan apa yg perlu.....

(^__^)V thnks..

man yusoef said...

fuyooo...tutorial ikat kain batek...hahaha...terbaik wok!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@man yusoef:hahaha....thanks kerana memuji...tutorial ni dibuat di kala boring....

Abang Zam said...

hahah! yuyun tak komen entry kau! kahkahkah

nampak sangat yuyun pilih bulu weh!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:mana haigo kau? kiut plak bila kau sebut haigo tu...hahaha...

yuyun...smpai hati TT_TT aku nak emo lagi la...

biarkanlah yuyun dgn dunia bahagianya yg dicipta sendiri dan aku dgn dunia emosi aku...

A.w said...

tQ...bgus tutorial ni..leh la try nk pkai kain batik pas ni...bru sng nnt umh mrtua kn......

Sarah Sayuri Hartnett said...

@awannies:hehehe...buleh try silakan...

tp klu tak jadik t jgn putus asa and block belog saye plak..hehehe...

Syarni Farida said...

homaigosh sekarang nak lempang muka sendiri sebab x reti reti pakai kain batek !

Sarah Sayuri Hartnett said...

@MissSyarniFarida:sila try pakai dulu sebelum lempang...klu tak buleh jugak barulah lempang...

tp diharap dpt menyuruh org lain mlempang kerana klu lempang sendiri dikhuatiri tidak meninggalkan kesan....sekian


trimas sudi baca ;))

Unknown said...

saya tergelak sorang baca entry ini...rupanya pakai kain batik pun ada teknik...apapun memang menarik entry ni..salam perkenalan

Sarah Sayuri Hartnett said...

@suhaimi kassim:errr..hahaha

thanks sebab baca.salam perkenalan jugak.

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat