Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, January 27, 2011

About Cerita Buatmu

          Fikir punya fikir lebih baik aku tulis sikit pasal Cerita Buatmu nie.Karang ada jugak yang konfius.Cerita buatmu ni sebenarnya ditranskripsi balik dari sebuah komik grafik yang mempunyai tajuk yang sama.Nak kata ciplak tu,takdelah ciplak ape sangat sebenarnya(cuma ciplak gak sikit2).Aku cuma menterjemahkan balik dari sebuah lukisan grafik kepada sesuatu yang berbentuk tulisan.Cerpenlah dalam bahasa singkatnya.


         Kata orang satu gambar tu mewakili seribu perkataan jadi kalau dah banyak gambar tu,beribu-ribulah perkataannya.Aku cuba pendekkan sependek-pendek yang mungkin.Tapi kalau pendek sangat pun tak besh jugak.Sebab apa yang cuba disampaikan oleh pelukis komik ni dan aku sebagai pengarang mungkin tak sampai.Jadi kira sederhana pendeklah nie.Susah jugak sebenarnya nak transkripkan komik kepada cerpen.


         Kadang-kadang tu amik masa lama untuk aku fikir apa sebenarnya yang ingin disampaikan,apa yang tersirat dan tersurat.Aduyaii...kira cam translate dari English ke Bahasa Melayu lah.Kalau translate tu mestilah tak sama 100% sebab ada yang tertambah dan terkurang.Ada yang bertambah baik dan ada gak yang bertambah buruk(aku harap takdela...).Walau apapun aku dah cuba buat sebaik mungkin untuk menterjemahkannya.Kalau puas hati tu,trimas(tenkiu)la bebanyak.Kalau tak,sorila sebab ini sje yang terdaya aku usahakan.Bole kritik (kalau berani)kalau tak puas hati sangat.


           Komik "Cerita Buatmu" ini dihasilkan oleh Ozaki Ira,sorang pelukis komik Jepun yang dilahirkan pada 29 Januari dan berbintang Aquarius(jgn tanya cmne aku tau).Beliau berasal dari Kyushu,sebuah nama tempat di Jepun dan sekarang khabarnya beliau menetap di Tokyo.Karya debut beliau bertajuk "Oujisama Ni Mezame No Kiss."Entahlah apa kejadahnya aku lupa nak amik tau.Oh ya...beliau juga merupakan penerima anugerah Komik Baru Shogakukan ke-50 terbitan Betsucomi pada September 2002.Hebat gak Ozaki-san ni kan?


          Dalam "Cerita Buatmu" ada 3 buah cerita pendek.Salah satunya bertajuk,"Bintang Berkilauan Di Bulan Mac."Kenapa tajuknya begitu?Ada sebab musababnya yang tersendiri iaitu di Jepun bulan Mac selalunya pelajar menengah rendah hampir tamat belajar.Dan di bulan Mac jugak kat sana bintang kelihatan lebih terang berbanding bulan-bulan lain.So itula sebabnya...Sekian sahaja dari saya dan "may peace be upon u."(Assalamuailaikum la 2...)




Live,Laugh,Die Emotionally.

1 comment:

^^nu[dd]yra^^ said...

ok dah tjawab persoalan...nak bacer "Bintang Berkilauan Di Bulan Mac" la plak..tp ngantuk la~

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat