Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Showing posts with label HotNews. Show all posts
Showing posts with label HotNews. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Speechless Sunday 7: Jawatan Kosong Sempena Bulan Ramadan.



-Kekosongan terbuka untuk semua yang beragama Islam dan cukup umur.

-Tempat tidak TERHAD.

-Bukan untuk bulan Ramadan sahaja malah seumur hidup,selama mana masih sihat.

-Marilah beramai-ramai merebut peluang ini!






















May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, May 1, 2011

Segmen Weh:Halah Die Bukan Nak Baca Pun.


Nota Kepala:Sebenarnya aku nak tulis entri yang ditujukan untuk fiance aku tapi nanti korang akan benci nak baca dan mungkin membuatkan fiance aku sendiri emo.So,aku tulis pasal orang lain.



                    Hipokrit itu pura-pura.Kepura-puraan yang melampaui batasan dan norma-norma manusia biasa.

                   Misalnya bila si zalim cuba menunjukkan kasih sayang.

                  Dan si miskin cuba berlakon kaya.

                  Bila si tamak cuba memberi sedikit harta dengan muka mencuka.

                  Bila si hodoh cuba menutup segala kecacatan dengan kepalsuan.
 
                  Atau si penipu cuba menegakkan keadilan di mahkamah dunia.
 
                  Semua ini umpama sang kura-kura yang cuba menjadi arnab.Sang Arnab kalah sebab terleka tapi pada logiknya,ia tetap menang.Kura-kura takkan mampu mengalahkan arnab sampai bila-bila.Itu hakikatnya.

                   Dan hipokrit itu adalah kau.

                   Kalau kau benci aku,jangan pura-pura suka.Kalau kau menyampah tengok muka aku,jangan stalk FB aku.Kalau kau nak maki aku,jangan maki orang lain.Pukul anak sindir menantu eh?Kau memang pandai.Pandai berpura-pura.Kau perempuan paling bodoh pernah aku jumpa.Segulung Master tak menjadikan Pak Pandir genius seperti Hang Nadim.Sebab di akhirnya,Pak Pandir tetap Pak Pandir dan kebodohan Pak Pandir telah membunuh anaknya sendiri.Kau kena ingat sejarah tu.Hanya orang yang berlagak pandai cuba menidakkan fakta sejarah.Meskipun Pak Pandir bukanlah cerita sejarah.

                    Kau ada Master,kau tak bodoh kan?Atau walaupun bodoh,kau pandai berpura-pura,usah khuatir.Kau juga perempuan paling hipokrit pernah aku jumpa.Kau suka dan benci aku pada masa yang sama?Jangan hipokrit,kau bukan robot.Otak kau tak diprogram untuk buat 2 benda pada masa yang sama.Kenapa cuba menjatuhkan dan menyokong aku sekaligus?Serius ini kerja bodoh.Aku tak rasa ada perkataan lain dalam segulung Master kau itu untuk menerangkan semua ini kecuali HIPOKRIT!

                  Sudahlah.Aku tidak mahu menambah dosa.Aku pun bukan baik sangat.

                   Kalau kau sedang layan clubbing kat club tu,ingat-ingatlah aku di sini.Jangan lupa untuk jemput aku bila kau kahwin dengan pakwe Cina Kristian kau tu.Kau tak perlu risau,aku hanya akan senyum dan takkan cakap apa-apa even kau bersanding dengan baby kau kat pelamin nanti.Kau ada Master.Kau lebih pandai dari aku.Kau lecturer aku.Walaupun kau memberi ilmu dengan hati yang tak ikhlas,aku tetap mahukan ilmu yang berkat.


                  Disebabkan kau aku dah LIKE page kat bawah ni:





                     P/s:Dan wish aku untuk kau,semoga kau tertomoih di jalan kelak.







                        Sapa tak puas hati,boleh juin dan luahkan perasaan korang jugak.Sila kelik banner kat bawah.Ouh...banner ni ada kaler kuning.My faveret kaler.Teringin pulak nak suruh En.Fiance tulih apa yang dia tak puas hati kat aku.







May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, April 21, 2011

Belog Yang Menimbulkan 1001 Keinsafan.


                     Belog yang membuatkan aku bangun,berdiri lalu duduk semula.

                     Tak Kenal Maka Tak Cinta.Sudah bercinta,breakup pula.Begitulah dapat aku umpamakan kepada sebuah belog yang telah menimbulkan seribu satu keinsafan dari lubuk hati aku yang paling kelam.Sumpah aku tidak pernah tergerak untuk menjejaki belog nan satu ini sehinggalah suatu hari yang hening.Dalam kegelapan malam aku singgah lalu membaca satu persatu entri beliau dengan khusyuk sekali.

                   Penulis belog ini bukanlah seorang ustaz waima bekas imam kampung tetapi setiap coretannya mampu membuatkan nuraniku tersentuh.Antara bait-bait ayat beliau yang masih segar di ingatanku ialah:

"Dahla.Pergi berak semayang hajat,tawaduk,berwuduk,berzikir,bertahmid,beristigfar,berzakat,menunaikan umrah dan bertahajud lagi bagus."

                   Naluri wanitaku tersentuh membaca ayat itu lalu aku tidak mampu terus menatap skrin laptop lama-lama.Aku shut down lappy.Lantas aku pergi ke surau untuk melepak selama sejam sambil bercerita tentang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah bersama kawan-kawan sebelum balik menghadap lappy semula.

                  Walaupun masih hijau dalam dunia blogging tetapi pengaruh belog beliau sudah tersebar secara meluas tanpa dapat dibendung lagi.Malah abang Ben Ashaari sendiri telah mendaftar untuk meMollow belog beliau tanpa berfikir panjang.(Betul ke fakta ni?)Mungkin abang Ben juga mahu mencari secebis dua keinsafan buat bekalan di akhirat kelak.Bahkan budak-budak shuffle di McD juga mengenali belog beliau.Pengaruh belog beliau amat hebat sehinggakan seorang rakan aku nekad berhenti dari bershuffle.Kini beliau sudah bergelar penari kebudayaan di ASWARA.Begitulah dahsyatnya belog ini.

                 Keinsafan yang diperoleh dari belog beliau takkan anda jumpa di mana-mana belog lain biarpun anda keluar masuk Muslimah Sejati.com atau Ustaz Muslim.net sebanyak 18 kali.Niat penulis belog ini hanya satu iaitu untuk membetulkan kembali akhlak remaja zaman sekarang yang sudah jauh terpesong.

            Untuk membantu mereka kembali ke landasan yang betul,beliau tidak teragak-agak untuk berjalan jauh mencari wifi percuma berbekalkan laptop jenama Dell kesayangan beliau.Tidak.Beliau bukan tamak atau kedekut tapi ikhlas ingin berkongsi apa yang benar.Cuba bandingkan keikhlasan kita dengan beliau.MasyaAllah,rasanya jauh tertinggal di belakang.

                 Satu-persatu baris ayat beliau taip dengan tekun dan teliti demi memastikan karya yang terhasil kelak suci lagi murni.Lebih suci dari lampin bayi dan lebih murni dari minyak masak Murni.Karya beliau membuatkan aku terfikir yang hidup ini bukanlah untuk keseronokan semata-mata tetapi juga untuk mencuri wifi percuma sekiranya berpeluang dan mencerca budak-budak shuffle sekiranya terjumpa di mana-mana.

                Banyak lagi yang aku ingin kongsikan di sini mengenai belog beliau tapi rasanya lebih baik kalian sendiri yang melihatnya dengan mata kepala.Dengan itu,kalian akan percaya yang aku bukannya sekadar mereka cerita.Sebaiknya sediakan tisu sebelum menjenguk belog beliau kerana dikhuatiri anda tidak dapat menahan air mata yang terbit kerana keinsafan.Marilah beramai-ramai mencari redha Ilahi di belog TFA.Semoga kita semua diberkati hendaknya.



Nota Kaki Buat TFA:Draft yang dah berkepuk kat post manager aku.Sebelum aku terlupa or mati,lebih baik aku postkan dengan penuh kasih sayang.Tiada lagi unsur-unsur mengutuk kali ni.Penuh dengan keikhlasan.Tacing tak?Hahaha.....(^__^)


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, April 20, 2011

Invited Readers Only.



                    

                     Kalau korang bukak link profile aku in any case and perasan aku dah ada dua link kat my link tu,syabas aku ucapkan.Sekadar nak bagitau aku dah ada belog kedua yang dikhaskan untuk trusted people saja.Maaf kepada sesiapa yang tak buleh masuk tu.Sila jangan maki aku sebab taip entri ni.Aku cuma nak bagi korang curious je.Dan mungkin korang akan bertanya soalan seperti, 

                    "Hey,kenapa tak boleh masuk?Ada something ke dalam tu?"

                    Dan jawapannya ialah yes.Ia belog porno terbaru aku.Okay aku tipu.Sila jangan maki aku buat kali kedua.But surely ada something dalam tu.Dont you think so my dear readers?Hahaha.....tapi  m(_ _)m(bow very low japanese style) sori....





 May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, April 13, 2011

Jom Join Give Away Aimi!






                     Aku telah ditag oleh si Selena Gourmet so aku dengan berbangga join Give Away ini.Bukan selalu aku ditag untuk something like this.Lagipun seperti kata-kata yang ada kat banner GA tu,"Kita semua adalah pemenang.Tiada pengalah."Syarat-syarat and hadiahnya pun agak mengancam nafsu.


syarat syarat nak join GA ni :

- letak entry tajuk : Jom Join Give Away Aimi !
- letak banner di atas dlm entry korg
- letak dekat side bar jugak.. kalo takde , kira terbatal dgn sendiri okay ?
- follow blog saya sebab senang korg nak tgk update , tp tak nk follow , tak kisah ^^
- tag 2 rakan yg ade blog ^^
- tarikh tutup 30 APRIL 2011
- last one : letak link url entry korg dekat komen saya okay , jangan letak dekat SB.

Hadiahnya pula:

pertama --> top up rm30
(topup RM100 tak buleh ke tuan penganjur GA?)

kedua & ketiga --> masih mencari idea ,
or korg nak top up jugak ? ^^
(aku nak topup RM50 cukuplah tak banyak yang aku mintak)

keempat --> selendang , ( kalo dpt dekat laki , sila sila bg dekat mak , makcik or kakak or adik korg ke ).. 
(pashmina pun okey jugak padahal aku tak reti nak pakai benda-benda ni pun)

kelima & keenam --> percuma header & masuk dalam bloglist saya okay ? ^^
(bolehlah ni dari tak dapat pape langsung)

ketujuh & kelapan --> blog review beserta komen dr saya :)
(haa...yang ni aku suka sebab takde sapa review sambil kritik belog aku lagi setakat ni)
 
 Tag 2 orang:

Anne Hathway

Natalie Portman

Sapa-sapa yang berminat nak join sila tag diri sendiri and tinggalkan komen di ruang komen.Nanti aku berunding dengan tuan penganjur GA supaya bagi korang sebiji cokelat kisses setiap sorang even tak menang sebab tagline GA ni adalah setiap orang adalah pemenang.


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, April 9, 2011

3 Pujian 3 Kritikan Di Belog Liyana







                  Tengah syiok berblogwalking tadi aku telah terjumpa satu belog yang menganjurkan contest.Syaiton dalam hati aku mula menghasut "Eh...hadiah pun tak seberapa,buku sebijik je.Jangan juin weh buat penat je,buang masa.Masa itu emas."Pada mulanya malas juga aku nak memerah IQ 180 aku untuk join tapi disebabkan contest tu boleh mengutuk tuan punya belog,maka aku tanpa segan silu terus taip entri ni dengan perasaan teruja,riak,ujub serta takabur untuk mengutuk hamba Allah yang sorang ni.Berikut adalah syarat-syaratnya yang senang lagi sempoi.
syarat2nyer..
1.warganegara malaysia,singapura,brunei n pendek kate negara2 kt asiala(bajet blog famos)..hihi
2.berumur 5 tahun ke atas..
3.pndai menaip dalam bahasa inggeris mahupun bahasa melayu..
4.mendapat kepujian at least 6c dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris
5.berpengalaman dlm mmberi kritikan dan pujian..
6.tag at least 2 org kawan korg..taknak tag pn xpe..
ape yg perlu anda buat adela..
1.namekan entry tu 3 pujian 3 kritikan di blog liyana..
2.ltakkan gmbr 3 pujian 3 kritikan tu kt blog korg
3.isi2 entri tu..korg luahkan sgala pujian n kritikan ygt korg nk luah pasal blog n entri2 blog ni
3 pujian n 3 kritikan..kalu lebih pn xpe..korg nk pji n kritik pasal tuan blog pn xpe..
4.pastu ltak link entry ni...(x nk ltk pn xpe)
5.last skali tinggalkan komen n link entri anda di bahagian komen di bawah..
tarikh tutup pertandingan..
26 April 2011
lmbt agi...
(time ni dh hbs mtrik)
so senangla nk wt urusan pghntrn hadiahkn..
hadiahnyer..
sebuah rumah banglo bernilai rm3
hehe..xdela...
buku555 jer..
ok dh2 mnipu...
(sebuah buku yg bgus utk dibaca+insyaAllah klu ade bjet lebih ade hadiah tmbahan..hee)
1 pemenang lelaki...
1 pemenang pempuan k..
ade ape2 masalah lehla private message kt fb..
or my ym: nurliyanazahidi@ymail.com..


---------------------------------------------------------------------------------------


3 Kutukan.Dimulakan dengan lafaz In The Name Of Allah.The Most Gracious Most Merciful.(Bismillah la tu..)




1.Widget Lagu:Dalam belog beliau ada lagu berunsur keagamaan yang aku tak tau lagu sapa pasal aku jahil nak ambil tau even Maher Zain pun aku tak kenal sapa.Mula-mula aku nak membenci Maher Zain disebabkan lagu For The Rest Of My Life beliau yang menyebabkan aku menyangka beliau merupakan seorang penyanyi seperti arwah Michael Jackson.Ingin aku cadangkan supaya dibuang saja widget tu sebab syaiton-syaiton dalam diri aku dah memberontak...ehh bukan sebab ramai yang tak suka kalau ada lagu dalam sesuatu belog tu termasuklah aku.Kalau nak letak juga,Cik Liyana,sila guna widget yang boleh pausekan lagu.Ghucy Music adalah widget lagu yang paling banyak dibenci blogger kerana takde butang untuk pause.Dan even aku dah setkan speaker ke 0%,lagu tu masih lagi berbunyi.Arghhh...tensyen..tensyen..


2.Background Template:Ini agak menyakitkan mata sebab backgroundnya kaler hitam tapi tulisan kaler merah.Arghhhh...sila guna tulisan warna putih yang tak bright sangat kalau guna background hitam.Kalau nak guna tulisan warna merah,sila jangan guna background hitam.Retina aku tak mampu menerima semua ini.

3.Style Tulisan:Aku perasan Cik Liyana suka menggunakan short form dan perkataan seperti "Care" iaitu "Cara" yang ditambah "E" di belakangnya.Harap dapat kurangkan semua ni sebab susah nak baca.Gunalah bahasa baku.Cintailah Bahasa Melayu.Diharap dapat luangkan masa baca cerpen sasterawan negara yang entah aku lupa siapa namanya tapi tajuk cerpen itu ialah,"Bulah Sayu" yang bermaksud Bukan Salah Bahasa Melayu.Cerpen tu mengisahkan orang Cina dan bangsa lain yang cuba kutuk bahasa Melayu.Kata mereka bahasa kita panjang sangat.Contohnya, "Ali sedang makan nasi."Bila tulis dalam huruf Cina jadi pendek je.So diorang bangga dengan Bahasa Cina diorang.Nak tahu pengakhirannya,sila baca sendiri ya.



3 Pujian.


1.Belog Berunsur Keagamaan:Yeahh...belog Cik Liyana adalah belog yang berunsur nasihat dan keagamaan.Ini patut dipuji sebab tak ramai yang buat belog macam ni.Sebab syaiton banyak kat sekeliling termasuklah aku sendiri.So,aku cuba luangkan masa juga ke belog-belog macam ni.Mana tahu boleh insafkan aku dan membuatkan aku menerbitkan satu lagi belog bertitle, SolehWarakWriter.

2.Sikap Owner Belog:Even Cik Liyana mempunyai pengetahuan agama yang lagi luas dari aku tapi beliau masih bersikap open iaitu boleh menerima kutukan dari aku yang jahil ini.Dan ayat-ayat dalam belog beliau juga sempoi,tak lah menggunakan banyak sangat bahasa Arab atau ungkapan keagamaan yang semestinya aku takkan faham.

3.Belog yang Ringan:Belog beliau tak berat and ringan untuk didownload.Tak bersepah dengan widgets yang entah apa-apa tu.Harap Cik Liyana dapat mengekalkan kerampingan belog beliau sehingga ke akhir hayat.


---------------------------------------------------------------------------------------

                   Itulah sahaja yang dapat aku ulaskan setelah menggodek belog beliau tanpa kompromi.Yeah...kutukan lebih panjang dari pujian.Rasanya Cik Liyana tak kesah kot.Manusia memang suka dipuji tapi kutukanlah yang menjadikan seseorang itu manusia.Sekian.Itu sahaja dari aku.

                Aku bercadang nak tag  Silent ,Tauke Kaspersky Free dan  Itew Budak Tiut Oteh .Tapi memandangkan kemungkinan untuk mereka menukar tajuk entri 3 Kritikan 3 Pujian Belog Liyana kepada 8 kutukan 1 pujian Belog Sarah Sayuri adalah sekitar 80% setelah dicongak menggunakan www.random.org maka aku membatalkan hasrat itu.Sapa-sapa yang ujub,riak dan takabur nak tag diri sendiri dipersilakan dengan penuh hormat.



May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, April 1, 2011

Entri Paling Best 2011.


                          Sila baca tanpa emosi.

                   

                       Salah satu entri aku baru saja dinobatkan sebagai entri paling best untuk tahun 2011.Jadi melainkan entri ni,tidak ada lagi entri yang akan bergelar entri paling best sepanjang tahun ni.Okey...aku riak sikit di sini.

                      Mula-mula aku agak cuak juga tadi setelah entri ni dipanggil untuk dibuat penilaian oleh Cik Yuyu,abang Ben,tuan penganjur contest,dan ramai lagi blogger lain.Izamir Rizdwan sepatutnya datang tapi memandangkan speedboat beliau mengalami sedikit gangguan beliau tidak dapat tiba pada masa yang ditetapkan.Perlis banjir kalau korang tak tahu lagi.Kat Kedah pun hujan tak berhenti-henti sepanjang hari.Harap-harap tak banjir juga.Kalau tak,aku terpaksa naik boat lepas ni.

                      Ramai juga yang join contest ni.Ribu riban.Sebab tu aku tak yakin akan menang.Lagipun entri aku apalah sangat jika dibandingkan dengan blogger otai yang dah lama bertapak dalam dunia blogging ni.Tapi tidak lama kemudian pemenang pun diumumkan dan bila dengar nama aku dipanggil,aku terus ke depan untuk mengambil hadiah tanpa emosi.Aku menang dowh....

                   Hadiahnya pula....(sila jangan jeles)....ialah baucer penginapan 5 hari 4 malam di mana-mana resort pilihan hati di Langkawi beserta tambang pergi balik.Selain itu turut disertakan baucer membeli belah di Tesco dalam jumlah yang tak dapat aku nyatakan untuk tidak menimbulkan kontroversi di sini.

               Aku tak tipu yang aku menang kat sini.Korang boleh tengok sendiri kat SINI.
 Itu saja aku nak bagitau.Memandangkan aku menang aku tak jadi nak terjun dari atas lantai ke dalam swimming pool.Terima kasih sebab sudi membaca tanpa perasaan jeles.Dah.Aku nak pergi packing untuk bercuti ni.




May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Fikir Balik Sebelum Sepak Jasmine Slalu Hepi.


                                AMARAN:Tiada lagi amaran cuma mungkin membuatkan psikologi anda sedikit terganggu lalu anda menjadi beremosi.Baca tanpa was-was.Tiada yang benar melainkan yang benar belaka.


                              Sebenarnya aku malas nak mengacau kehepian Jasmine Slalu Hepi tapi aku rasa perlu untuk menempek secebis dua kisah pendusta ini untuk tatapan semua.Ini profil  Jasmine Slalu Hepi II.

sorang lagi awek cun.








                         Apa yang kita tahu kedua-dua profil itu dibuat oleh dalang yang sama dengan tujuan yang sama.Memprovoks penganut Kristian dan Islam.Apa yang dia cuba capai dengan melaga-lagakan kita?


                             Apa pendapat kalian semua?Tak perlu pening-pening,just baca,komen dan berlalu pergi.Jangan simpan semua ni dalam hati or celah gigi.Ianya tidak berbaloi pun untuk dipertikaikan dan dijadikan isu.Just jangan cepat terpengaruh dengan benda-benda mengarut ni.



 May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, March 31, 2011

Jasmin Slalu Hepi Memang Nak Kena Penyepak.


                          AMARAN: Okay...ni entry yang bukan sahaja membuatkan aku emo tahap gaban tetapi sesapa yang baca juga.SO,sebelum baca sapa-sapa yang ada DARAH TINGGI or SAKIT JANTUNG pastikan anda dah ambil ubat dan yang sihat walafiat macam aku diharap bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.Kalau dah tenang,boleh teruskan pembacaan anda.

                     

                        Kiut kan pompuan ni?Tapi jangan menilai perangai seseorang berdasarkan paras rupa beliau.Cuba tengok kat bawah lagi.





                      Yes,macam mana perasaan anda sekarang?Masih boleh mengawal diri or dah mula menghamburkan caci maki tak tentu hala?Kepada yang masih cool macam aku,TAHNIAH aku ucapkan.Kepada yang hangin tu,teruskan pembacaan anda.Tengok kat bawah ni pula ye.





                      Aku nak ucapkan bebanyak trimas kepada si Jasmine Slalu Hepi sebab telah menceriakan hari-hari aku yang suram.Eh,korang jangan salah faham dan serang FB aku pulak lepas ni!Bukan apa,cuma sampai sekarang aku gelak tak habis lagi setelah baca semua komen-komen kat FB dia.Popular tau dia ni.Even Hanis Zalikha or Yuna post something kat wall diorang tak tentu lagi boleh dapat komen sebanyak Jasmine ni.Try tengok jumlah komen yang dia dapat setiap kali dia post status.Dahsyat kan?

                  Korang tak perlu nak pergi add dia sebagai friend then maki-maki dia jugak.Jasmine ni sakit korang tahu.Itulah....korang semua tak tahu.Penyakit mental memang susah diubati.Try pergi jenguk kat Hospital Tampoi or Tanjung Rambutan.Tak perlu susahkan diri cuma ni aku kasi link kat korang.Jasmine Yang Tak Hepi Slalu .Boleh pergi hack,spam or report profile dia.

                Kita orang Islam jangan bersikap kasar terhadap penganut agama lain.Diorang sesat tak jumpa jalan keluar.Bayangkan korang kat dalam jamban yang sempit dan busuk.Macam mana korang rasa?Maybe macam tu jugak si Jasmine ni rasa.Or maybe ni just a fake profile guna gambar pompuan tu.Siapa tahu?Siapa kita untuk menilai dan menghukum orang lain? 

               Sebagai Muslim even kalau korang sucks dalam agama macam aku,kita tetap kena jaga adab sopan dalam percakapan.So,apa yang kita nak buat,kita buat senyap-senyap sudah jadi orang takkan kutuk Islam lagi.Spam diam-diam,hack diam-diam,bako diam-diam...eh....Bako tu takde kena mengena.

               Aku emo dalam hal-hal lain tapi bukan dalam hal sebegini.Bukan sebab aku tak sayangkan Islam.Even aku tak tau banyak pasal agama aku ingat ada sebuah hadis yang memetik apa yang perlu kita lakukan jika orang kafir buat macam Jasmine ni.Tak perlu balas or caci maki dia,tapi menurut Nabi Muhammad PBUH(Peace Be Upon Him) katakanlah ,"Salam Sejahtera Ke Atas Kamu."or "Semoga Tuhan Merahmati Kamu."

                Even dalam Bible ada tulis jangan kutuk tapi kalau nak bertindak,bertindaklah segera.Biar aku petik sikit dari kitab Bible supaya korang tak fikir aku jahil sangat.
‎~Let us not love with words or tongue but with actions and in truth~
John 3:18
            
                SO akhir kata kepada Jasmine sekiranya beliau membaca belog aku ni,Fuuu*k You,You Fuuu*king Bitch!!!Opss....sorii..sori,sori...Jasmine,May Peace Be Upon You.ANd to all my beloved readers and followers:

May Peace Be Upon Us.

Nota Kaki:Aku rasa si Jasmine Slalu Hepi ni jadi macam ni sebab dia termakan banyak sangat Holy Water masa Father nak baptiskan dia dulu.Father cakap 18mL tapi dia amik 80mL.See...people.Pengajarannya,dengar cakap orang tua-tua.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, March 26, 2011

Baik Kau Tutup Lampu

Show Your Support


STICKY POST.AKAN MELEKAT SINI SAMPAI  26 MAC INI.SCROLL DOWN UNTUK ENTRY(IES) BARU.TQ.


              Come on people and my dear readers,show your once-in-a-year support for our Beloved planet.Do visit  HERE and committed yourself to this international event.Yeah..anyway it's only once in a year.You should get a little excited for this like me.

              Aku memang suke melibatkan diri dengan kerja-kerja menyelamatkan alam sekitar sekiranya berpeluang.Lagipun,kita cuma ada satu Bumi je.Tiada duanya.Tak payah susah-susah carik planet lain yang serupa Bumi kalau planet ni satu pun tak terjaga.Yeah...dah juga mungkin aku sedikit terpengaruh dengan Maya Karin.Dia seorang aktivis alam sekitar kan.

            Ingat lagi wedding beliau yang mencatat sejarah baru dalam kalendar seni kerana dibuat di hutan simpan.Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia aka Forest Research Institute of Malaysia(FRIM).Dan doorgift beliau merupakan sebiji mentol lampu mesra alam jenama Philips ke hapa ntah.See...even beliau dah bercerai still weddingnya masih menjadi sebutan.Ini yang kita mahukan.Err..bukan bercerai tapi sifat mesra alam beliau yang aku maksudkan.Kalau korang bercita-cita nak buat resepsi kat sana juga sekaligus menjadi orang ke-2 selepas Maya Karin boleh ke SINI.Jangan lupa jemput aku papehal...



            Berbalik kepada kisah tadi,jangan lupa mendaftar diri anda di web EarthHour untuk lebih femes dan join aktiviti-aktiviti menarik kat sana.Dan jangan pulak sesaje menggedik daftar tapi tak tutup lampu 26 MARCH ini.Kalau aku tau korang buat camtu....yeahh dan jangan lupa tarikh tu.

             Tiap-tiap tahun selain Hari Krismas dan Valentine,hari Earth Hour lah yang ke-8 aku tertunggu-tunggu.Tapi rumah aku memang tak suka lampu.Even sebelum pukul 8.30 pun kami dah offkan light yang tak perlu.Dan believe it or not kat bilik aku,lampu kat siling tu buat hiasan je coz tak pernah bukak.Kadang-kadang aku bukak lampu meja kalau terpaksa.Malah aku menaip ni dalam gelap.Mata or Bumi yang lebih penting?Yeahh...aku tahu aku sedikit gila.

            Mungkin korang tak tahu sejarah Earth Hour ni bermula.Biar aku ceritakan sedikit sementara aku masih rajin ni.Earth HOur dimulakan di Australia pada 2007 oleh kira-kira 2.2 juta penduduk dan 2000 premis perniagaan demi menyahut cabaran untuk menentang climate change atau perubahan cuaca terlampau.Setahun kemudian barulah usaha murni diorang ni berjaya menarik perhatian ramai dan menembusi peringkat antarabangsa.Pada 27 March tahun lepas Earth Hour berjaya mencatat rekod baru apabila sebanyak 128 negara menyertai kempen ini.Dari Asia Pasifik merentasi benua Eropah, Afrika dan Amerika.Manusia dari semua golongan menyertai kempen ini tanpa mengira bangsa,agama dan negara.Semuanya demi satu perkara yang kita kongsi bersama-planet ini.

       Pada tahun ini menurut laman web rasmi Earth Hour,mereka mahu kita semua go beyond the the hour.Maksudnya,selepas habis satu jam tutup lampu,bila dah bukak balik korang perlu duduk bertafakur dan berfikir apa langkah seterusnya atau apa lagi yang boleh korang lakukan untuk membawa perbezaan pada Bumi kita.Lepas dah dapat idea menarik untuk dikongsi dengan masyarakat dunia,korang boleh pergi SINI untuk share.Atau kalau rajin,boleh saja-saja webwalking kat situ macam yang korang selalu blogwalking tu untuk baca idea-idea menarik penduduk dunia.

        Itu saja iklan khidmat masyarakat aku untuk kali ini.Boleh copycat entry ni dan paste kat mana-mana korang suka untuk sebarkan berita ini.Sharing for Earth's sake is more than caring.

Peace no war.





Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, March 20, 2011

Contest Gambar Pets Paling Comel .


                     Honestly tak tahu pasal ada contest ni.Tapi telah ditag oleh  Nadiah so aku join dengan gembira sekaki.



Syarat-syarat:
  1. Wajib seorang blogger
  2. Wajib untuk follow blog wani ye... tak rugi pun follow. Kalau follow , boleh tahu results contest ni nanti :)
  3. Contest ini berdasarkan gambar pets sahaja. tak kisah lah gambar anda bersama pets ke , atau gambar pets anda je yang posing. :) Masukkan hanya 1 gambar sahaja ye... ikut kreativiti pets anda berposing :)
  4. Taip mengenai pets anda seperti : Jantina , jenis haiwan , tabiat , nama pets tersebut.
  5. Wajib letak banner contest ini di entri atau sidebar anda (tak kisah celah mana nak letak) . ambil code banner di atas tu ye...
  6. Tajuk entri post anda - Contest Gambar Pets Paling Comel .
  7. TAG kan kepada 3 orang rakan blogger anda ( beritahu melalui shoutbox @ comment entri mereka )
  8. Last sekali , dah siap , boleh letakkan link entri post anda itu di comment bawah ni ye.
TARIKH TUTUP ?

31 MARCH 2011

Nak tahu mengenai Hadiah or nak join boleh kelik gambar kat atas tanpa segan silu.

Kat bawah nilah gambar pet aku.Seekor kucing.




Nama Sebenar Beliau:Rakiki
Nama panggilan:        Kiki
Jantina:                    Jantan
Jenis haiwan:            Kucing
Tabiat:                       Kiki ada satu tabiat pelik yang kurang  sopan bagi aku.Dia suka melompat kat atas muka somebody yang tengah tidur depan TV.Tak kisahlah sape pun orang tu waima jiran sebelah rumah aku pun Kiki apply jugak tabiat buruk ia.Ada apa-apa suggestion dari korang untuk settlekan masalah ni?Pernah sekali Kiki lompat atas muka aku yang tengah khusyuk melayan mimpi.Takde sesape dari korang yang boleh bayangkan betapa dahsyatnya peristiwa tu sehingga aku rasa macam nak derma ia kat SPCA je.Tapi,apakan daya,Kiki terlalu cute!!!So sampai sekarang I decide to keep him.

                                           Selain itu ia juga suka menggigit dan aktif sepanjang hari.Kadang-kadang aku konfius adakah aku bela anjing atau kucing?



Tu saja mengenai Kiki aku.

Aku dah Follow si owner contest ni dan sekarang nak tag 3 orang kawan.

Meraka yang bertuah:

Du

Mrs.Lee Jun Ki

Cik Puan Nurul


Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, March 17, 2011

Untuk Mereka yang Gila Facebook dan Tweeter

Jom Join ChurpChurp


                 Yeah....ini untuk korang yang tak buleh berenggang dengan lappy atau henfon untuk berMukaBuku atau berTweet dengan burung kecik warna biru.ChurpChurp macam Nuff gak cuma ia lebih kepada untuk orang yang ada social influencers yang banyak.Kalau korang suka bersosial di laman FB atau Tweeter sari 3-4 kali dan tak buleh hidup tanpa benda alah tu,jadi korang diwajibkan menyertai ChurpChurp.Secara tak langsung korang buleh dapat sesen dua daripada tabiat korang tu.So...what are you waiting for people?Let join....and be a churper together gether....XDD



john
cena


Click gambar kat atas untuk join


Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, March 14, 2011

Free Beauty Products

 Mahukan Produk Kecantikan Percuma?


                     Ini bukan iklan seperti Nuffnang or Inniti or seumpamanya.Aku sengaja letak kat sini untuk share kalau-kalau korang berminat nak dapatkan barang percuma.Yelah,sape yang tak suka freebies kan?Tapi kalau nak,kena rajin untuk mintak@apply lar.Kadang-kadang aku mintak 5 kali baru dapat.Kadang-kadang sekali je.Depends on your lucks,people!How?Tengok kat bawah ni....

 
 
           Yeahhhh...aku tahu korang malas nak click untuk besarkan gambar.So,aku dengan rasa malas terpaksa menaip langkah-langkahnya kat sini.Your better make this worth it,people......
 
  •  REGISTER as member/DAFTAR sebagai member dulu.
  • SELECT your desired products/PILIH produk yang korang nak.Biasanya diorang akan letak 4-5 produk kat situ.So,pilih je.
  • WAIT for the items to be delivered to you/TUNGGU produk sampai kat depan rumah korang.Tiada caj pos dikenakan.Itupun kalau application korang berjaya.Diorang akan email kalau berjaya.
  • SAMPLE the products./CUBALah,moh kita cuba tunggu apa lagi.Kalau korang suka,boleh tulis review/feedback kat web diorang.Sekian sahaja.
Tekan  SINI  untuk ke laman webnya dan ikuti langkah-langkah macam kat atas.Gudluck people.
 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, March 13, 2011

Prayers For Japan

Nippon Lagi 

Keadaan sebelum dan selepas tsunami.
           




                    Aikk....citer sal Jepun(Nippon) lagi?Yeahh...korang ingat aku nak tulis pasal Fasha Sandha pulak ke?Lain kali okeyh.Walaupun tsunami tu jadik sekali je tapi kesannya masih ada lagi hari ini,esok dan seterusnya.Keadaan selepas tsunami sebenarnya lebih teruk dari semasa tsunami tu berlaku.Yeahh...tak caya ke?Yang mati tu mati...tapi yang hidup ni perlu meneruskan hidup but camne nak teruskan hidup dalam keadaan yang serba kekurangan tanpa bekalan air dan makanan?

                   Menurut sumber dari Yahoo! sehingga hari ini,mangsa gempa bumi yang masih hidup terpaksa berdepan dengan masalah kekurangan bekalan air bersih,makanan dan tempat tinggal.Angka kematian di satu-satu daerah saja hampir mencecah 10 000 lapor Associated Press.Walaupun pihak kerajaan mereka sudah menambah bilangan tentera sehingga mencecah 100 000 untuk memberi bantuan tetapi ianya masih tidak mencukupi.Ditambah lagi dengan kebimbangan berlakunya kebocoran radioaktif pada loji-loji nuklear disana.Efek dari radioaktif ni sangatlah mengerikan.Bagi aku,aku lebih rela memilih kematian dari terpaksa berdepan dengan kesan benda alah ni.

                     Gempa bumi yang berukuran 8.9 skala richter itu diikuti dengan 150 gempa susulan mengikut Jabatan Geologi Jepun.Kira-kira 1.4 juta keluarga keputusan bekalan air dan makanan sejak gempa berlaku manakala 2.5 juta keluarga lagi tiada bekalan elektrik di saat suhu pada waktu malam di Jepun boleh mencecah paras beku.Mereka yang mempunyai kenderaan pula tidak dapat menggunakannya untuk ke kawasan yang ada bekalan air kerana semua stesen minyak sudah ditutup.Penghuni pusat perlindungan mangsa gempa bumi juga tidak bernasib sebaik mana apabila bekalan elektrik di sana juga tiada.Bayangkan kalau kita di sini yang ditimpa nasib sebegini?

                        "Bekalan air dan elektrik masih tiada,kami mempunyai ramai orang sakit di sini," seorang pegawai hospital,Ikiro memberitahu pihak media ketika ditemubual.

                       "Sudah dua hari dan selama itu juga saya hanya diberi seketul bebola nasi dan sekeping roti,"demikian komen dari warga emas berusia 56 tahun,Mahashi Imai.

                      Bagaimana untuk membantu mereka yang kelaparan,kesejukan dan kesedihan ini?Taipkan  "REDCROSS" dan hantar ke 90999 untuk derma $10.Yeah...dan yang ni aku tataw kalau boleh guna kat sini ke tak tapi ramai je bajet tempek kat wall FB aku.Ni pulak website donation yang US buat....HERE.Aku cuba carik yang Malaysia tapi setakat ni tak jumpa lagi.Taktaula pula pasnie.

                  Papepun,kalau korang tak ikhlas atau tak cukup bajet nak donate..just send your prayers,people.Macam aku...:))








Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat