Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Saturday, March 26, 2011

Cerita Buatmu( Cerita 2 Part 2)



Cikgu Inazawa:

                   Rasa lega sikit sebab hari ni takde kuliah pagi.Yang ada pun di sebelah malam nanti.Bila takde apa nak buat dan rasa bosan duduk sorang-sorang di rumah sewa,aku ambil keputusan untuk bersiar-siar di sekeliling bandar.Ambil angin sikit barulah tak bosan sangat.

                  Dalam pada berfikir-fikir sama ada hendak mengambil bas atau berjalan kaki saja,aku ternampak stesen keretapi Kareizawa.Terdetik di hati untuk menaiki keretapi.Lagipun aku jarang menggunakan perkhidmatan keretapi untuk ke mana-mana.Lantas aku pun terus beli tiket dan melompat masuk ke dalam keretapi pertama yang sampai.Biasanya keretapi ni terus menuju ke sekolah pertama aku buat praktikal dulu.Tak mungkin pula aku ingin bersiar-siar di sana?

                   Lalu,sampai saja di stesen pertukaran aku tukar keretapi.Keretapi ni nampak lengang sikit dari tadi.Tak ramai penumpang di dalamnya.Sedang aku mencari tempat duduk(biasanya seorang yang cerewet pasal tempat duduk) tiba-tiba aku terpandang seorang pelajar perempuan.Cantik,mata bundar,rambut hitam bersinar paras bahu.Tapi jangan salah faham pulak!Aku bukannya nak mengorat dia tapi aku perhati lama-lama sebab aku rasa macam kenal.Seperti aku pernah jumpa pelajar tersebut di mana-mana.

                   Aku tak puas hati lalu pergi dekat sikit.Nampak lencana sekolah di uniform yang dipakainya.Sah,memang ini pelajar dari tempat aku buat praktikal dulu!Patutlah rasa cam kenal tadi.Eh,bukankah sepatutnya dia berada di sekolah sekarang bukannya sedang enak mengunyah makanan di sini?Ni mesti kes ponteng sekolah ni.Aku memang pantang kalau terjumpa pelajar-pelajar yang kaki ponteng ni!

                   Lantas aku ambil keputusan untuk menegurnya.Takpelah,niat aku baik kan.Sebagai seorang bakal guru,mahu tak mahu mesti tegur kalau ada pelajar yang lakukan kesalahan.Kiyosu Waka namanya.Aku pasti itu sebab bila aku panggil dia dengan nama itu,dia menoleh tapi tak pula menyahut.

                   Kemudian dia terkebil-kebil macam cicak tertelan kapur memandangku.Mesti dia rasa bersalah.Sudahlah ponteng sekolah,tertangkap dek bekas cikgu sendiri pulak tu.Orang kalau dah buat salah memang terpancar jelas kat wajahnya.Awak ni tengah ponteng sekolah ke?Takkanlah aku nak tanya macam tu pulak kat dia.

                   Walaupun tahu dia memang ponteng tapi sebagai seorang bakal guru aku harus bijak mengeluarkan soalan.Jadi aku pun tanya dia apa yang dia buat kat sini.Dia tidak menjawab soalanku jadi aku tanya lagi, “Bukankah awak sepatutnya berada di sekolah?”

                   Kali ini dengan nada yang lebih tegas.Biar dia tahu yang dia baru sahaja melakukan satu kesalahan serius.Tapi dia masih memandangku dengan mata terkebil-kebil seperti tadi.Kali ni dia jawab soalanku tapi dengan jawapan paling bodoh dalam dunia yang pernah kudengar.Aku naik geram.Kecik je pelajar tu aku nampak.

                   Selepas tu,dia kutuk aku pulak.Paras kemarahanku semakin meningkat.Namun aku bersabar jugak.Dengan remaja di bawah umur ni kita mesti banyak bersabar.Hormon mereka kan masih belum stabil.Itulah sebabnya mereka jadi begini.Suka ambil tindakan sesuka hati.Bila dia sambung makan,aku pun tanya dia kenapa dia bawak bekal ke sini.Memang niatnya untuk berkelah dalam keretapi sambil ponteng sekolah ke?Kalau begitu,maknanya dari awal lagi dia sudah merancang semuanya.

                   Tapi boleh pula dia menjawab dengan kasar disertai niat ingin menghalauku.Kenapalah bekas pelajar aku ni kurang ajar sangat?Apa ketika di sekolah dulu aku kurang mengajarnya ke?Aku pun hangin satu badan dan memberi amaran keras kepadanya supaya jangan berlaku biadab terhadap guru sendiri.Walaupun guru pelatih aku tetap pernah menjadi gurunya.

                   Bila dah berkeras camtu,aku ingatkan dia akan meminta maaf tapi sebaliknya pula yang berlaku.Dia buat muka menyampah dan angkat bekal makanan ke tempat lain.Dalam hati,aku tertanya-tanya,aku terlalu berkeras dengannya ke tadi?

                 Aku cuba tenangkan diri dan bila dah tenang aku menghampirinya sekali lagi.Niatku hanya satu.Ingin memujuknya supaya kembali ke sekolah tapi dengan cara lebih lembut.Aku bagi cadangan suruh dia tukar keretapi di stesen seterusnya.Dia memalingkan muka ke arah lain seolah-olah jijik memandangku.Aku tahulah yang aku ni bukannya hensem sangat tapi tak perlulah buat sampai macam tu sekali.

                   Belumpun sempat aku memujuknya lagi,sambil tengah pandang ke luar tingkap tu dia menolak keras cadanganku.Kalau dia tolak sahaja cadanganku,aku masih boleh bersabar lagi,tapi aku cukup tak suka bila orang bercakap dengan aku sambil tengok tempat lain.Rasa marah yang terkumpul kuhamburkan kepadanya.Cuak juga dia bila nampak muka aku yang tengah marah tahap maksima tu.Ada kawan aku pernah cakap yang muka aku ni ala-ala cina kalau marah.Macam Andy Lau agaknya.

                   Aku jangkakan dia akan menjerit kepadaku tetapi riak di wajahnya berubah kendur.Dia bersuara dalam nada perlahan.Aku terkesan riak-riak sedih pada wajahnya.Agaknya dia dah mula insaf kot?Dia memberitahu yang dia mempunyai sebab tersendiri untuk ke sini.Itu bermaksud dia bukannya menaiki keretapi ni sekadar untuk berkelah.Kemudian agak lama dia merenung kosong ke hadapan seakan-akan memikirkan masalah dunia.

                   Aku biarkan dia untuk seketika.Mungkin dia perlukan masa untuk bersendirian.Pabila dia kembali ke alam realiti,dia mengkhabarkan kepadaku bahawa dia tidak mahu bersekolah lagi.Aku tidak pasti pula adakah dia memaksudkan dia tidak mahu bersekolah lagi atau merujuk kepada hari ini.Tiba-tiba pula sesuatu terlintas di fikiranku.Fakta yang pernah kudengar dari mulut guru-guru di sekolah aku praktikal dulu.

         “Pelajar perempuan sekolah menengah dari bandar cuba terjun dari bumbung sekolah.Mereka berasa terdesak setelah sering dipaksa ke sekolah biarpun  sering ponteng…”

                   Mindaku cuba mengaitkan fakta itu dengan Kiyosu.Takkanlah.Dia dibuli kot?Aku teringat kembali kata-katanya tadi.Dia benci sekolah.Benci semuanya.Adakah dia dipaksa ke sekolah?Satu perkataan baru muncul di layar fikiranku setelah menganalisis semua maklumat itu.Bunuh Diri!!!

                   ‘Rupanya sekolah dia bermasalah.Siapa yang buat Kiyosu macam ni?’ aku berfikir sendirian sebelum memutuskan untuk bertanya terus hal itu kepadanya.

                   Namun,belumpun sempat aku menyudahkan soalan,angin Kiyosu sudah datang balik.Memanglah ini semua takde kena mengena dengan aku.Tapi aku sudah terlanjur mengetahui semua ini,takkanlah aku hendak membutakan mata dan memekakkan telinga pulak?

                   “Saya tanya awak betul-betul ni.Awak nak balas dendam ke?!”soalku dengan tegas.Ingin tahu adakah Kiyosu berniat untuk membalas dendam terhadap orang yang membulinya.Jawapan darinya memang tepat seperti jangkaan awalku.Memang dia ada sifat pendendam.Tapi,dia jawab dengan gaya ala-ala mafia pula.Terkedu aku.Takutnya… 

                   Apabila dah dapat jawapan macam tu aku tahu yang aku takleh paksa dia untuk pergi sekolah lagi.Aku pandang ke arahnya.Apa yang perlu aku buat?Dia mengelamun lagi sambil berbisik pada diri sendiri.
                  
                   “Kebahagiaan sebenar…”agaknya dia masih tercari-cari kebahagiaan sendiri.Dalam situasi dirinya sekarang,dia terdesak untuk mencari jalan singkat untuk mencapai kebahagiaan.Dan jalan singkat itu kemungkinan besar ialah…MATI!!!Tragedi pelajar D yang membunuh diri terimbau kembali.Aku sedikit panik.Aku tidak boleh biarkan perkara itu berulang lagi.

                   Jadi,aku ambil keputusan yang aku rasakan paling tepat bagi diriku.Aku memilih untuk menemani dia sehinggalah dia kembali tenang ataupun sekurang-kurangnya untuk hari ini.

                   Itu sahajalah yang mampu aku buat.Kiyosu agak terperanjat mendengar pelawaanku untuk menemaninya.Apa pun yang dia cakap,aku berpura-pura pekak.Bagi mengelakkan dihalau lagi olehnya,aku berpura-pura lena setelah menempatkan diri atas kerusi kosong di sebelahnya.Kalau buat begini,dia takkan boleh halau aku punya.Berani?Cubalah.



Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat