Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Showing posts with label Emo n Horror. Show all posts
Showing posts with label Emo n Horror. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Review of Alone



Alone







                   Alone atau Fad dlm Bahasa Thai diterbitkan pada 2007.Pelakon utamanya yg mungkin korang kenal iaitu Marsha Wattanapanich sorang penyanyi pop kacukan Jerman-Thai.

                   Cter ni mengangkat tema dendam dan jeles sebagai tema utama.Pim dan Ploy merupakan kembar siam yg bercantum di perut.Sejak kecil lagi diorang x penah berenggang.Yalah,kalau dah bercantum mestilah pergi ke mana-mana pun bersama2 kan.Though muka diorang seiras tapi diorang  ada personaliti yg berbeza.Pim lebih lemah lembut and baik hati manakala Ploy sorang yg suka memberontak n pendendam.

                   Satu hari diorang dimasukkan ke hospital entah sebab sakit apa.Kat sana diorang terjmpa sorang budak lelaki yg hensem.Masing2 jatuh hati kt budak lelaki yang namanya Wee tuh.Tapi Wee bukanlah sorang yg tamak so dia pilih Pim coz aku rasa dia sukakan sifat Pim yg sopan santun.Ploy pun hangin satu badan and dia halang Pim dari jumpa Wee masa Wee nak blah dari hospital.Diorang bergaduh.
                  
                   Biar aku explain sikit kt sini,bcoz melekat maka jika Ploy tanak jalan Pim pun taleh jln jugak.So rasa2nya korang boleh faham bagaimana Ploy halang Pim dari berjumpa dgn Wee.Oleh sebab terlampau geram,Pim mintak nk jalankan operation tapi Ploy tak setuju.Dia ckp dia nak bersama Pim selama-lamanya.Memang boleh mental kalau ada kembar cmnie.

                  Then,skip kat situ.Kemudian ditunjukkan kisah Pim n Wee yang dah kahwin n bahagia kt Korea.Masa birthday Wee,diorang dpt satu panggilan dari Thailand yg mengatakan mak Pim kena strok so diorang terpaksa balik ke sana.Sejak diorang balik n tinggal kt rumah lama keluarga Pim,Pim mula rasakan Ploy masih ada dan cuba menakut-nakutkannya kt situ.Even org gaji mak Pim pun ada cakap yg mak dia seolah-olah takutkan sesuatu sebelum dia kena strok.

                   Pim cuba yakinkan Wee tapi seperti klise filem seram yg biasa,Wee tak percayakannya.Pim mula salahkan diri sendiri kerana memaksa Ploy menjalani operation.Bagi Pim kalau bukan sebab dia,Ploy takkan mati.Dia pergi jumpa pakar psikiatri coz suaminya paksa.Wee ingat isterinya ada masalah mental n alami halusinasi.Tapi lepas tu pun Ploy msih kacau diorang dan akhirnya Wee percaya yg memang roh Ploy sentiasa mengikuti Pim.By the way,aku rasa korang ingat Ploy pernah cakap yg dia nak bersama Pim forever n tanak buat operation.

                   Antara babak yg aku rasa seram ialah bila Pim naik komuter.Dalam tu ada ramai giler orang yg berdiri.Apa yg menakutkan ialah diorang tak duduk kt tempat yg kosong sebelah Pim.Well,mybe sebab diorang nampak tempat tu ada “orang” duduk tak?Dan part mak Pim yg cuba beritahu sesuatu kt Wee juga mampu membuatkan adrenalin meningkat sebab dia tak boleh bercakap n bergerak akibat strok.


                  
                   Kalau tak disebabkan twist kat hujung citer ni,mungkin filem ni sama je macam filem2 seram yg lain.Citer ni memberi pengajaran berguna iaitu buat jahat dibalas jahat dan if boleh cuba elakkan dari mempunyai kembar yg busuk hati.Twist yg tak diexpect n part last yg quite emotional membolehkan cter ni mendapat 4 STARS dari aku.







Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, February 17, 2011

Review Phobia@4bia

Review of 4bia@Phobia  




                               4bia@Phobia(See Prang in Thai) adalah sebuah filem yg dterbitkan pada 2008 dan mengandungi 4 buah cter pendek.Uniknya 4 cter tu diarahkn oleh 4 org direktor berbeza.Nombor 4 dlm tjuk 4bia sebenarnya merujuk kpd 4 buah cerita di dlmnya.


Happiness


                         
                         Cter 1st dlm filem ni bertitle Happiness(Ngao/Loneliness in Thai).Berkisar mengenai sorg gadis yg kesunyian di apartmennya akibat kakinya patah n terpaksa disimen selepas satu kemalangan.Gadis tu xde kwn2 atau sedara mara terdekat utk dtg melawat n bersembang dgnnya.Sebab itu,dia terperangkap sorg2 kt rumah burukny lalu merasa teramat bosan.Nk bergerak n kemana-mana pon susah disebabkan simen kakinya.

                        Satu hari tu,dia dpt SMS dr nombor yg x dikenali yg ingin berkenalan dgnnya.Memula,dia cam tanak layan tp ntah cmner mungkin disebabkn keboringan yg melampau dia pun gatal tgn lalu pegi balas msj tu.Gadis ni dpt tau yg pengirim SMS tu sorg jejaka (yg ntah hensem ke tak).Disebabkan jejaka tu sorg yg friendly lg cepat mesra,dia pun x syak pape msa laki tu type yg dia juga seperti si gadis terperangkap di suatu tempat.
        
                        Mereka berbalas2 msj tapi anehnya bila si gadis call no jejaka tu msti xdpt,msuk mailbox atau di luar kwasan.Gadis tu x amik kisah sgt jnji ada org yg dpt temankan dia.Mereka berdua kemudian stuju utk mengirimkan picture msing2.Selepas si gadis hantar MMSnya,dia mntk gmbar si jejaka tu plak.Apa yg pelik ialah lelaki tersebut mengirimkan gmbar yg dihantarny tadi semula kpd si gadis.Gadis ni pun naik geram tp lelaki tu beria-ria menyakinkannya yg dia hntar gmbar yg betul.Dia menyuruh si gadis memerhatikan gambar tu betul2.Terdpt satu imej kabur di sebelah gambar gadis tu yg menyebabkan dia terkejut lantas merasa takut utk berhubungan dgn lelaki tu lg.

                     Gadis tu tutup henfonnya tp ia ON sendiri balik bila SMS dr lelaki tu masuk.Msa tgh kelam kabut nk capai henset,henset tu tercmpak kt bwh katil.Sedang si gadis brpaling nk ambik henset tu semula,seseorg dahpun tolong keluarkan ia dr bawah katil.Si gadis pun apalagi gelabah tahap dewa dah time ni.Tambah2 lg apabila lelaki tu hantar msj kata dia nk brjmpe dgn gadis ni n sudahpun berada di tgkat bwh bngunan apartmennya.Smua lmpu tiba2 terpadam sebaik shja lelaki tu naik ke tingkat atas.

                        Si gadis dah panik dan try utk kunci semua pintu n tingkap rumahnya.Time ni lmpu kt rumah gadis tu jugak terpdam so aku pun xtau samada ianya satu tindakan bodoh atau memang sngaja nk cari nahas bila si gadis ni suluh2 kwsan dlm rumahnya dgn henset.Mmg dah ditakdirkan agaknya,tgh main suluh2 tu,hantu lelaki tersebut muncul betul2 kt depan muka dia.Whooaaa…shit!Inila first time aku jerit masa tgok cter hantu coz kwn aku kt sebelah menjerit tiba2 so aku pun terangsang utk jerit sama.

                      Shit betul…Terus je gadis tu jatuh dari balkoni apartmennya ke atas jln raya n mati serta merta.Cam kesian pun ada gak coz si gadis tu x salah pape pon.Geram pun ada sebab kemdian diorg tunjuk flashback balik cmner gadis tu excident.Rupa2nya disebabkan tindakan bodoh lelaki yg jadi hantu tu mase dia msih hidup.Akibat frust bila mkwe dia SMS mintak putus,dia boleh berjln tnpa tgok kiri kanan(mmg niat dia nk mati kot) dan teksi yg bawak gadis tu terlanggar dgn lelaki ni.So,wajah terakhir yg lelaki ni nampak sebelum mati adalah wajah si gadis tadi.Mybe sebab tu lah dia cari gadis tu bila boring.Huh…harap2 xde yg tgok muka aku semasa diorg nk mati.Kalau x memang nahas lah jwbnye…

 ………………………………………………………………………………………………………………………………………
                   


Tit For Tat(atau lebih senang jika ditranslate kpd An Eye For An Eye)




                     Tajuk dlm Bahasa Siam adalah Yan Sang Tai/Deadly Charm.Cter ni bermula dgn sorg budak lelaki nerd bernama Ngid dibuli n dipukul dgn kejam oleh satu kumpulan pelajar yg agak samseng di sekolah mereka apabila dia ternmpak diorg ni tgh hisap dadah.Ada sorg pelajar pompuan dlm kumpulan tu,Pink yg cuba halang kwn2nya dr pukul Ngid tapi gagal.Ngid dibelasah smpai mati.So cruel…Sebelum mati,Ngid telah meletakkan satu sumpahan kpd mereka semua.

                          Sumpahan tu berada dlm sebuah buku jampi lama yg diorg x sengaja telah tertengok.Lepas dia mati,sorg demi sorg ahli kumpulan tu dibunuh dgn kejam hinggalah tiba giliran Pink.Pink diselamatkan oleh anggota polis tapi roh Ngid tak mau lepaskan dia even dia xwat pape pon kt Ngid.Akhirnya demi mnyelamatkan diri,Pink mengorek keluar kedua-dua biji matanya supaya dia x boleh nmpk buku sumpahan Ngid lagi.Boleh dikatakan satu idea yg bijak jugak.Ok wat…xpelah xde mata pun asalkan boleh hidup.Nyawa lebih penting,beb!

......................................................................................................

In The Middle


                         Tajuk dlm Bahasa Siamnya ialah Kon Klang.Empat org sahabat,Aey,Shin,Ter n Puak sdg berkhemah di dlm hutan.Mlm tu sebelum diorg tido,msing2 sibuk nk menakutkan satu sama lain dgn bercerita mengenai hantu.Aey x puas hati sebab dlm byk2 cter hantu,hantu suka kacau org yg tido kt bhagian pling tepi.So,dia pun melawak dgn mgatakan kalau dia mati nanti dia akan jd hantu yg suka kacau org yg berada di tengah2.Keesokkannya semasa diorg menaiki rakit,sesuatu yg buruk berlaku.Rakit diorg terbalik n Shin yg tak tau berenang hampir lemas.Aey pun terjun ke dlm sungai utk selamatkan Shin tapi alih2 dia sendiri yg lemas dan Shin selamat.


Agak2 korang cabut x klu nmpk member balik dgn rupa cmnie? XD



                
                      Malam kejadian,diorg balik ke khemah selepas xdpt cari Aey kt sungai.Masing2 takut utk tido kt tgh sebab diorg teringatkn lawak Aey semalam.So,diorg bertiga pun tido dgn membentuk segi tiga supaya xde sape yg perlu tido kt tgh2.Sdg diorg nyenyak tido,Aey tiba2 muncul.Shin n Ter dah dpt agak yg balik tu bkn Aey tetapi rohnya.Puak sorg je yg x percaya coz dia anggap Aey masih hidup.Walaupun agak menakutkan adegan kt sini,tp ade satu babak lawak dlm cter ni yg smpai skang kalau aku tgok,aku akn gelak kuat2 lagi.
             
                     Puak akhirnya percaya Aey dah mati selepas babak lawak tu.Diorg bertiga pun panik dah mula buka langkah seribu.Semasa diorg lari lintang pukang dlm hutan tu,diorg terlihat something yg diorg betul2 x expect.Mayat diorg 4 org bergelimpangan kt dlm hutan tu.Time ni barulah diorg bertiga sedar bahawa rupa2nya diorg jugak adalah hantu.Lastly diorg berempat bersetuju utk jadi hantu 4 bersahabat.Tamatlah kisahnye.Byk part lwak dlm cter ni…So,x perlu nk tutup2 mata or whatever

The Last Flight

              
                      Ini merupakan cter last dlm filem ni n merupakan cter yg paling menyeramkan.So,diharap korg bersedia awal2 dgn apa yg korg bakal saksikan.Tajuknya pun dah cukup menakutkan.Dlm bahasa Siam cter ni digelar Teaw Bin 224/Flight 224.Seorg pramugari,Pim dipanggil utk bertugas dlm satu penerbangan khas yg ditempah oleh Puteri Khurkistan(ntah negara mana xpenah den dgr pun).Apa yg sepatutnya menjadi satu pengalaman biasa bg Pim bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Puteri Khurkistan tu mati akibat alahan selepas Pim menghidangkannya mkanan yg salah dgn sengaja.Dia buat cmtu sebab meluat dgn perangai diva puteri tu yg suka mengarah.Tambah pula selepas puteri tu tumpahkan kopi panas ke atas tgn Pim scara sukarela.

                        Tetapi,korg jgn igt puteri tu yg salah dlm hal ni sebab yg salah sebenarnya ialah Pim sendiri.Sebab ape?Sebab Pim ada hubungan sulit dgn suami puteri tu atau lebih tepat lagi pompuan simpanannya.Bila puteri ni dpt tau,mestilah dia geram campur bengang.Yelah,spe yg x cmburu bila dpt tahu laki ada pompuan lain.So dia dgn sngaja mintak Pim melayannya sepanjang penerbangan utk kasi pengajaran kt Pim tp sebaliknya dia yg dpt “pengajaran” pulak.

                      But,xpe don’t worry even dah mati pun hantu puteri tu mesti akn datang balas dendam kt Pim.Selepas pihak diraja Khurkistan meminta supaya jasad Puteri mereka dihntar balik segera ke sana,Pim sekali lagi dipilih utk menemani sekaligus menjaga mayat puteri tu.Padan muka ko…hahaha!Memang tak terkira adegan menakutkan dlm flight tu sampai aku taleh tahan diri dari mula mengeluarkan perkataan makian sperti shit,pig n seumpamanya.Lastly,Pim mati jugak dlm keadaan bersujud meminta ampun dr mayat puteri tu.Agak tragis tp what goes around never comes back unless it’s a boomerang.




Hey do u know where the toilet is?
        

                     Kesimpulannya,kalau korg jadi pramugari pastu ada hubungan sulit dgn mana2 dato’ atau kerabat diraja,jgn sekali-kali never ever temankan isteri diorg naik flight,well siapa tahu just in case kn.Pndai mkn,pndailah buang kn?Walaupun keempat-empat cerita dlm filem ni diarahkan berasingan tp ia mmpunyai kaitan antara satu dgn yg lain.Contohnya dlm Last Flight ni,kwn yg sepatutnya temankan Pim masa penerbangan tu x jadi dtg sebab adiknya,Ter mati lemas.So,boleh nampak kt situ kesinambungannya.Dan gadis yg patah kaki mula2 tadi juga ada terbaca pasal kematian Puteri Khurkistan tu.Even sikit,tapi ada la gak kaitannya.

                     Cter 4bia ni aku rasa nk bg 4 n a half stars.Kenapa x penuh?Bcoz aku yg tgok so suke hati akula.Just kidding,sebabnya ia xla seseram cter The Victim tu ditambah pulak ada part2 yg lwak.So konfius antara nk ketawa atau menjerit.Hehe…





Selamat menonton.

May peace be upon us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, February 11, 2011

Review The Victim

Poster Filem The Victim di Thailand.  Scary huh?




                    The Victim(Phii Khon Pen dlm sebutan Thai) adalah filem horror Thai yg ditayangkn pada tahun 2006.Pelakon utamanya ialah sorang pompuan brnama Pichannart Sakakorn(nama sebenar).Dlm filem ni dia berlakon sbagai pelakon…mengelirukan ke?aku ulang semula dia berlakon sbagai sorg pelakon muda(actress) yg terdesak nk cari keja.Pelakon muda tu digelar Ting.Ting nie dah pegi mcm2 interview dan rata2nya gagal.Pendek kata xde satu syarikat lakonan pun yg nk amik dia belakon.

                   So,satu hari sorang anggota polis lelaki muda tapi x bpe kacak trnmpak Ting tgh praktis berlakon kt kedai mkn.So,dia pun pelawa Ting utk membantu pihak polis dgn brlakon tp bukan belakon biase2 tau sebaliknya Ting kena lakonkan semula watak mangsa2 pembunuhan yg mati dgn kejam.Whooaa…damnit! Mgsa rogol,mgsa digantung smpai mati,mgsa ditikam berkali2,mgsa dibakar….semuanya termasuk dlm kontrak pekerjaan Ting.Pada mulanya,Ting xmau tp lepas fikir2 balik tntang hidupnya yg kesempitan wang dia pun setuju.

                   Polis tu,Leftenan Te namanya.Watak pertamanya adalah mgsa rogol n bunuh.Ting berjaya lakonkan dgn berkesan skali watak ni.Nmpak real sampai semua penonton dan pihak media serta penjenayah sebenar yg ada kt situ pun menangis sama.Sjak tu,Ting mula suka akan kerjaya barunya ini iaitu melakonkan watak si mati.Popularitinya meningkat mendadak dan Ting dipnggil utk melakonkan watak sorang ratu cantik yg mati dibunuh suaminya sendiri.Ratu cntik yg bernama Meen itu ditikam oleh Dr Charun smpai mati.Sbenarnya watak Meen ini telahpun diberi kpd sorg anggota polis wanita utk dilakonkan tp malang sekali atas sebab2 yg x dpt dielakkan(dia mati dibunuh hantu Meen) Ting dpanggil utk gantikan dia.Ting smemangnya dah lama menantikan peluang utk lakonkan watak Meen coz dia dah obses dgn Miss Thailand tu mcm remaja2 pompuan terlebih hormon yg obses gila dgn Justina Bieber.


                          Selepas dpt je role tu,Ting pun pegi ke tmpat kejadian pembunuhan tu berlaku(rumah Meen) utk dapatkan feel kata org.Hari2 Ting akan tonton video2 Meen masa dia msih hidup utk tiru watak Meen se “real” yg mungkin.Ting praktis berjalan,berckp n even menari tarian tradisi Thai mcm Meen.Tapi,bab yg x bestnya sejak dpt watak Meen,mcm2 peristiwa aneh yg menganggu hidup Ting.Roh Meen yg tak tenteram seolah-olah cuba memberitahu sesuatu kpdnya.Dan di babak klimaks ialah swaktu Ting melakonkan watak Meen pd hari yg ditetapkan,sesuatu berlaku sehingga mendesak director menjerit “CUT!” hahaha…dah smpai separuh jln baru sedar yg tu semua cuma lakonan di dlm lakonan.Aku terasa bodoh dn konfius sikit…WTF?

                       But,lepas tu bermulalah part2 yg lagi menarik dan tertarik.Rupa2nya mereka sdg lakonkan watak Meen yg mati dibunuh dlm sebuah filem.Ini dah jdi kes filem yg dibikin dlm filem.May,seorg pelakon terkenal memegang watak Ting dan rakannya memainkan watak Meen.Rakannya memberitahu May sesuatu yg membuatkan dia rasa sperti tercekik even xmkn pape.Dia ckp shooting trpksa dhentikan coz May kena rasuk sewaktu penggambaran.Bukan May saje yg mgalami peristiwa aneh sejak hari tu malah director dan krew2 di lokasi penggambaran jugak tidak terkecuali diganggu sesuatu.Part yg seramnya bila diorg nk sunting rakaman diorg terjumpa gambar2 pelik yg sepatutnya xde di lokasi.Phewww…banyak kali gak la perkataan carut marut dan makian keluar dr mulut aku semasa tgok cter ni.Korg digalakkan utk beristigfar byk2. 

                         Memula,diorg syak hantu Meen yg kacau diorg.So,diorg pun pergi wat offering kt kubur dia supaya semuanya berjalan lancar.Tapi rupa2nya ada benda lain.So,dari sinilah bermulanya story sebenar May.Dia cuba mencari kebenaran di sebalik kata2 rakannya dan mengetahui bhawa dia telah dirasuk disebabkan seseorg yg jadi dalang di blakang tabir.Part2 yg menakutkan bermula di sini jugak.So,get urself prepared.

                     Antara byk2 filem,ini adalah salah satu filem yg sumpah aku xberani tgok sorg2.Hehe…Tp even tkut2,adalah dlm 3x gak aku nengok filem ni coz jln ceritanya yg menarik ditambah dgn twist kt ending part yg kita tak jangka langsung.Dan bahagian yg paling best gmbar2 hantu yg diorg dpt rakamkan semasa shooting tu memang real punyer.Mase shooting sebenar,mmg diorg xsengaja terjmpe gambar2 tu.So scary…Ini mungkin sebab diorg wat pggambaran kt lokasi di mana berlakunya pembunuhan sebenar.Antara lokasi penggmbaran ialah:

---------Rumah Berhantu Nong Jork iaitu rumah yg x siap disebabkan sorg dri pekerja yg bina rumah tu mati dibunuh semasa pergaduhan.Sejak tu,rumah tu ditinggalkan camtu je dan menjadi tempat faveret penjenayah utk buang mayat2 mgsa yg diorg bunuh.

---------Lokasi lain ialah Rumah Terbiar di Bang Len,di mana pada sekitar 1990-an seorg pemuda miskin yg jatuh cinta dgn gadis dr keluarga berada telah dibunuh oleh bapa si gadis yg menentang hubungan cinta mereka.Keluarga pemuda tu kemudian mengupah sorg penembak upahan utk bunuh bapa si gadis itu.Dlm filem The Victim rumah terbiar ni dijadikan lokasi penggambaran gadis yg mati tergantung(klu korg tgok tentu igt).


---------Lokasi seterusnya juga di Bang Len  iaitu sebuah bangunan hospital yg ditinggalkan.Kat sini dulunya banyak pengguguran janin haram dijalankan dan sorg wanita yg hamil 7 bulan pernah dirogol n dibunuh.Dahsyat…Sejak peristiwa hitam tu,hospital ni xpenah digunakan lagi.

                     Oh ya!Sebelum aku terlupa,konsep  melakonkan watak mangsa pembunuhan dlm cter ni merupakn konsep betul yg dipraktikkan oleh Polis Diraja Thailand(Thai Royal Police).Pihak polis akan gari pesalah dan bawak ke lokasi sebenar kejadian berlaku.Then,lepas semua dah ready(org ramai,pihak media n pelakon dah ada),diorg akn suruh pesalah tu lakonkan balik cmner dia bunuh mgsa dgn pelakon yg diupah.Ini satu tradisi yg agak menakutkan.Pihak media akan ambik gmbar then kuar kt newspaper.Cara cmnie utk menunjukkan apa yg sebenarnya berlaku dan membuktikan bhwa pihak polis berjaya selesaikan kes dgn jayanya.

         Disebabkan cter ni mmpu mmbuatkan bulu tengkuk aku meremang,maka aku definitely akn bg 5 STARS full!




         Sekian sje dr sye.Bole dptkn DVD dr kedai2 berdekatan atau tgok je kt youtube.Slmat menonton dan beremosi.

Diadaptasi dr Wikipedia.

May peace be upon us.


Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, February 10, 2011

About Emo n Horror


                      Firstly,as salam utk smua.Secondly,aku nk sentuh skit pasal segmen review filem2 horror atau lebih korg familiar dgn sebutan horror film.Film horror dibahagikan mgikut kategori2 tertntu dan salah satu caranya adalah dgn meletakkan label negara di mana filem tersebut dihasilkan.Contohnya,kalau dr Korea,ia akan dlabel sbgai “K-Horror,”kalau Jepun, “J-Horror” dan seumpamanya.Tapi AWAS! Jgn pulak korg pndai2 pegi label filem horror dr America dgn A-Horror atau dr Malaysia dgn M-Horror.So,kesimpulannya ia spesifik kpd negara2 trtentu sje n dicatat di sini sbagai pedoman utk semua.Jgn sibuk2 nk tny ak knapa pulak coz aku mlas nk pegi jumpa makcik Google.Klu dah xleh bendung lagi sifat ingin tahu tu,korg bole pegi jumpa dia sendiri.


                    Aku sngaja wat segmen review nie sebab aku mmg suke tgok cter2 seram ni tambah2 plak klu tgok sorg2 dlm gelap,itu mmg faveret aku.Pendek kata,ia mmpu menaikkan paras adrenalin,melatonin dan tidak trkecuali paras emo aku.Oleh sbb dah trlampau byk yg aku tgok,jdik aku rase x salah utk berkongsi di jln yg benar.Bg korg yg bercadang nk tgok,bole baca review dlu sbgai pnduan di mana korg perlu memperlahankn volume serta menutup muka dgn selimut.Tapi sudah tntu tips2 itu xde dlm review ni.WTF?Hahaha….Apelah,mana best klu da bg hint cmtu.Sebab utama korg tgok filem horror adalah utk merasa horror,so klu xdpt pglaman tu baik korg pegi tgok filem lawak bodo Prof.Madya.B.Razak.Muhyiddin je…



                   
            Bacalah dgn penuh emosi.Menjerit kalau perlu,telan air liur digalakkan dan jgn tatap skrin lama2(sje je).Akhir kata,slamat bereview n beremosi.

May peace be upon us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat