Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Tuesday, February 1, 2011

Cerita Buatmu (Cerita 1 part 3)


           Suasana kedai ikan yang sibuk di pagi hari.Tak kira musim bunga ataupun musim panas tetap sibuk.Pagi-pagi lagi sebelum ke sekolah aku biasanya akan membantu di kedai ikan terlebih dahulu.

         “Ikan sardin murah sempena musim bunga.Beli!Beli! Ikan parang murah!Selamat datang!”suara ayah yang sedang mempromosikan ikan-ikan di kedai kami terasa mengetuk-ngetuk gegendang telingaku.Tak boleh jerit kuat lagi ke,ayah?Mahu sahaja aku mengatakan begitu kepadanya.Dan seperti terdengar rungutan aku di dalam hati,ayah berpaling ke arahku.Nahas aku ni.Aku berpura-pura sibuk mengira stok ikan.

                             “Hei Youji,cakaplah kuat-kuat macam ayah ni!”jerit ayah kepadaku.Rupanya itu yang ingin dikatakannya.Kemudian bila lihat aku tercongak di situ tanpa berbuat apa-apa,ayah buat demo pulak. ‘Dahlah panas,nak kena jerit pulak,’aku memberontak dalam hati.Rasa macam nak tidur saja.Tiada tenaga.

         “Ikan tuna kecil pun murah sempena musim bunga!”ayah terus menjerit untuk menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di hadapan kedai.Kalau tak jerit pun,orang kalau nak beli ikan,dia akan datang jugak.Aku pandang jam dinding.Masa yang tepat untuk melarikan diri.
        
         “Saya nak pergi sekolah sekarang…”aku bersuara seraya berjalan terus ke tingkat atas untuk menukar pakaian.Terdengar suara ayah memanggil namaku tetapi pada masa itu aku sudahpun sampai ke tingkat atas.Apa agaknya pendapat Kasadera tentang aku…

         Ketika aku membayar harga tiket bas untuk ke sekolah,mataku masih sempat meninjau keadaan di dalam bas itu.Nasib baik orang tak ramai.Sedang aku tercari-cari tempat duduk,aku terdengar namaku dipanggil.Mula-mula aku tidak endahkan tapi bila dah 2-3 kali namaku disebut,aku toleh juga untuk mengetahui gerangan si pemanggil itu.

         Kasadera!Terkejut beruk aku apabila terpandangkan gadis idamanku itu.Mahu tidak mahu,kakiku melangkah dengan sendirinya ke arah Kasadera.

         “Selamat pagi.Kebetulan kita naik bas yang sama,”suara lembut Kasadera menyapaku seperti selalu.Aku telan air liur yang terasa kesat.

         “Tak..Sebenarnya…,”aku berjeda sejenak, “basikal saya rosak.” Dalam hati aku menyumpah-nyumpah basikal yang selalu kugunakan untuk ke sekolah itu.Entah apa malangnya hari ini tiba-tiba ia buat hal pula.

         “Oh,camtu,”Kasadera mengangguk-angguk sebelum mengukir senyuman kepadaku.Senyumannya yang mahal itu.

         “Err…”hanya itu yang terucap di bibirku.Kasadera memandangku dan beralih sedikit dari tempat duduknya.Mengosongkan ruang di sebelahnya.

         “Nak duduk?”dengan ramah dia mempelawaku untuk duduk di sebelahnya.
“Eh?” Beberapa minit kemudian aku mendapati aku sudahpun berada di sebelahnya.Habislah.Berpeluh-peluh aku ketika itu walaupun aircond bas itu sudah ditetapkan di tahap maksima.

         “Mungkin sebab dah nak habis belajar tapi ni kali pertama naik bas sama,jadi rasa janggal sikit.”Kasadera cuba memecahkan suasana yang membeku di antara kami.
         “Ah…ya,”sepatah sahaja yang aku jawab.Semakin terasa pula kejanggalan itu apabila Kasadera menyentuh tentangnya.Tamat belajar….

         “Butang….”Kasadera tiba-tiba menyebut benda yang tidak terduga olehku.Jantungku berdegup kencang.Dia nak minta butang kedua tu sekarang ke?Kalau betul,apa yang perlu aku buat?Nak bagi ke tak ni?Seribu satu soalan menerjah ruang pemikiranku.Mindaku semakin kalut berfikir.

         “Butang baju kat lengan awak nak tercabutlah.”Dalam kesibukan mindaku berfikir,Kasadera menyudahkan ayatnya.Aku menarik nafas lega.Ingatkan apa tadi.Kasadera memang pandai membuatkan aku menggelabah tidak tentu pasal.

         “Oh ya,saya ada bawa alatan menjahit.Sempat lagi rasanya,” Kasadera membuka beg sekolahnya dan mencari-cari sesuatu.Tidak lama kemudian dia mengeluarkan alatan menjahit mini yang kelihatan seperti purse pada pandanganku.Huh?Dia memang selalu bawa benda ini ke mana saja dia pergi ke?

         “Sekejap je jahit ni.Dalam bas pun boleh!”Kasadera bersuara lagi sambil membuka alatan menjahitnya.Aku tidak tahu bagaimana untuk menolak hasratnya untuk menjahit semula butang di lengan bajuku itu.Nampaknya bersungguh-sunguh benar dia ingin menolong.

         Takkanlah.Ada rasa kurang selesa menyelinap masuk ke dalam diriku.Apa ni?


Segannya.Macam girlfriend pula kan?Segannya.Fikiranku jadi haru biru.Kalau,kalau aku bercinta dengan Kasadera.Mindaku menerawang jauh.Selepas ini, kami akan jadi pelajar menengah atas.Berduaan naik bas untuk pulang ke rumah.Aku membayangkan saat-saat bahagia itu.

         Aku nak bagi butang baju kedua tapi alang-alang butang ni nak tercabut,lebih baik bagi saja dekat dia.Bila difikirkan balik,terasa bodoh pulak rancangan tu.Tapi dia nak jahit,takkan aku nak cabut balik pula(lebih bodoh).

         “Dah sedia!”suara Kasadera mengejutkan aku dari dibuai angan-angan.Nampaknya dia sudah bersedia dengan benang dan jarum di tangan.

         “Baiklah,hulurkan lengan baju awak,”permintaan Kasadera membuatkan rasa berdebar-debar tadi kembali semula.Aku telan air liur dan tiba-tiba terfikirkan sesuatu.Aku…berbau hanyir ke?Pagi tadi aku pegang ikan. ‘Aku dah basuh tangan ke?’ aku menyoal diriku di dalam hati berulang kali.Habislah,habislah…

         “Takpelah…”aku membuat keputusan drastik di saat-saat akhir.Pantas aku menarik lenganku kembali.Kasadera  kelihatan terperanjat dengan tindakanku itu.Dia memandang wajahku dengan rasa ingin tahu.

         “Kenapa ni?”soalnya hairan.

         “Takpelah,saya pakai baju ni untuk beberapa hari je lagi.Jadi,tak payahlah susah-susah,”aku cuba menyakinkan Kasadera dengan alasan yang baru aku fikirkan.Mujur juga ketika itu bas berhenti sekejap di stesen terakhir sebelum sampai di sekolah.

         “Tapi…err,sebelum pergi sekolah saya nak singgah sini jap,”sebelum Kasadera bertanya lebih lanjut,aku ambil peluang itu untuk meloloskan diri.Bukan meloloskan diri dari Kasadera rasanya tapi lebih kepada melarikan diri dari rasa bersalahku.

         “Takpe ke?Nanti tercabut…,”Kasadera bersuara dengan rasa bimbang.Timbul rasa kasihan pada Kasadera yang hanya berniat untuk menolongku.

         “Takpe,takpe.Saya pergi dulu,”walaupun bersimpati tapi aku harus pergi juga.Aku pantas berlari keluar dari bas dan menuruni anak tangga dengan tergesa-gesa.Aku yakin yang Kasadera akan memerhatikanku dari tingkap bas.Oleh sebab itulah sebaik sahaja kakiku mencecah tanah,terus sahaja aku berlari-lari anak tanpa menoleh ke belakang lagi.

         Ruginya aku!Ruginya.Mesti Kasadera rasa yang aku ni tak cool.Saat itu,timbul rasa menyesal yang amat sangat di dalam hati.Mahu sahaja aku mengejar bas itu semula tapi mahu diapakan lagi,semuanya sudah terjadi.

         “Kenapa saya tinggal kat kedai ikan,”rasa penyesalan itu kubawa sehinggalah pulang dari sekolah.Semasa makan malam pun,rasa menyesal itu masih ada lagi.Ayah dan emak yang sedang menyuap nasi ke mulut terhenti seketika dan memandang ke arahku.

         “Tak cool betul!”aku melampiaskan rasa tidak puas hati seorang diri sementara kedua orang tuaku kembali meneruskan suapan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

         Lagi satu,kenapa tak namakan saya nama yang senang sikit?Ryou ke…?”rungutku lagi.Namaku,Youji yang disebut dengan sebutan Youshi itu sudahlah pelik,berbunyi seperti ikan pulak tu!

         “Banyak cakap pulak dia ni,”kakak yang berada di hadapanku bersuara sinis.Dia menjeling ke arahku dengan rasa jengkel.

         “Hahaha,kalau tukar nama pun,tulisan kanjinya tetap berbunyi seperti ikan juga!”aku terdengar perbualan ayah dengan emak ketika kami sedang menonton televisyen.Emak mengangguk-angguk mengiyakan kata-kata ayah.

         “Barulah sesuai dengan anak penjual ikan,”sokong emak sambil tersenyum lebar kepadaku.Aku buat muka tidak peduli.

         “Takdir…takdir…,”kakak pula menambah.Kemudian mereka bertiga ketawa beramai-ramai setelah puas mengutuk aku.Perasaan geram semakin membakar diriku.Tapi tetap tak boleh buat apa-apa untuk memberontak.Inilah kesedihan remaja 15 tahun.Bunyi loceng pintu tiba-tiba kedengaran dari tingkat bawah.

         “Ah,ada pelanggan.Pergi,Ryou,”ayah sengaja memanggilku dengan nama Ryou itu.Geram betul.

         “Bye bye Ryou,”kakakku pula mencelah.Bertambah lagi perasaan geram di hatiku.Siapa pula yang hendak membeli ikan di malam hari ini?Kenapa tak datang pagi tadi je?Mahu tidak mahu,dengan riak wajah marah aku turun ke bawah.Sebaik sahaja pintu terbuka,rasa marahku tadi serta merta hilang seperti disiram dengan embun pagi.

         Rasa marah kini berganti dengan rasa terkejut pabila melihat wajah ayu Kasadera tersembul di muka pintu.Seperti tidak percaya pula dia yang datang.

         “Selamat petang!”Kasadera terlebih dahulu menyapaku seperti kebiasaannya.Kasadera?Aku tertanya-tanya mengenai tujuan kedatangannya ke sini.

         “Kasadera?”sebenarnya aku ingin bertanyakan tujuan kedatangannya tetapi hanya itu saja yang terkeluar dari mulutku.

         “Saya nak mintak tolong sikit,”balas Kasadera seperti tahu apa yang ingin kukatakan.Oh,dia datang ada sebab rupanya!Suasana sepi seketika antara kami.Tiba-tiba aku terkenangkan peristiwa dalam bas pagi tadi.Agaknya apa yang Kasadera fikirkan tentang aku?Marahkah dia?

         “Maaf ye…pagi tadi…,”Kasadera memecahkan suasana hening itu.Ayat maafnya membuatkan aku terperanjat.Sepatutnya akulah yang meminta maaf bukannya dia.Ini terbalik pula.

         “Awak tak suka ya saya tolong jahitkan…,”dia menyambung.Kasadera sudahpun membuat kesimpulan sendiri terlebih dahulu.Dia menyalahkan dirinya sendiri pula.Hal ini yang menjadikan aku serba salah.Bukannya aku tak suka dia tolong jahitkan malah kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan.Tapi…

         “Eh!Bukan macam tu…,”aku berhenti sejenak sebelum menyambung,”saya yang patut mintak maaf.”Kasadera hanya diam.Aku dah tersalah cakap ke?Mindaku berhempas-pulas mencari ayat-ayat yang sesuai untuk kuutarakan kepada Kasadera.

         “Sebenarnya Kasadera…,”kata-kataku terhenti di situ.Hatiku menggesa aku untuk meneruskan tetapi mindaku menghalang.Aku ingin sekali memberitahu Kasadera betapa aku menyukai dia dalam diam tapi tidak punya keberanian yang cukup.Bagaimana kalau sekiranya dia menolak dan menjauhkan diri dari aku?Jadi, aku hanya diam dan berdiri di situ seperti orang dungu.Gelagatku membuatkan Kasadera tersenyum kecil.Agaknya riak yang terlukis di wajahku melucukan baginya.

         Aku perlu melakukan sesuatu.Takkanlah hendak berdiri di muka pintu seperti tunggul mati tanpa berbuat apa-apa.Entah macam mana dalam kekalutan menafsirkan pemikiran sendiri,tanganku mencapai seekor ikan,memasukkannya ke dalam kantung plastik lantas menghulurkan beg plastik itu kepada Kasadera.

         Dia agak kaget dengan perlakuanku itu tetapi tetap menyambut beg plastik yang aku hulurkan.

         “Saya tak patut terima ni,”Kasadera cuba memulangkan semula beg plastik tersebut kepadaku beberapa ketika kemudian tetapi aku menolak.

         “Kenapa? Kenapa bagi saya?”soalnya agak hairan sambil memandang tepat ke mukaku.Menanti jawaban.Aku terkedu seketika sambil mindaku cuba merangka-rangka jawapan yang wajar diberikan.Kenapa agaknya ya?

         “Aaa…ikan ni baik untuk otak tau,”balasku akhirnya.Sebenarnya aku pun tidak pasti entah ikan jenis apa yang aku berikan kepadanya tadi.Lidahku terasa kelu.Dalam hati,aku bertanya sendiri adakah itu sebabnya?Jawapannya sudah pastilah tidak.

         “Kalau gitu,elok kalau makan sebelum peperiksaan,”itulah reaksi Kasadera kemudiannya sambil tertawa kecil.Aku kurang pasti untuk apa ketawa itu tetapi apa yang aku pasti aku hanya menatap wajahnya tanpa berkelip.Tatkala itu juga aku tersedar sesuatu yang aku sendiri tidak pernah terfikir sebelum ini.Aku sedar yang aku suka melihat Kasadera ketawa.Kalau dia ketawa bermaksud dia gembira berada bersamaku kan?

         “Oh ya!Terlupa pulak.Saya nak mintak tolong awak isi buku autograf ni,”Kasadera baru teringat akan tujuan sebenar kedatangannya.Dan aku pastinya sudah lupa langsung tentang itu.Kasadera mengeluarkan sebuah buku dari beg yang dibawanya bersama.Buku berbalut kemas itu diserahkan kepadaku.Tidak tahu apa yang harus dilakukan,aku terus sahaja mengambil buku yang dihulurkannya.

         “Terima kasih.Jumpa esok ya!”selepas menyerahkan buku tersebut Kasadera menghadiahkan satu lagi senyuman beserta lambaian sebelum beredar pergi.Seperti biasa aku akan mengekori langkahnya dengan anak mata sehinggalah kelibatnya hilang dari pandangan.Kemudian anak mataku jatuh ke arah buku autograf di tangan.

         Melihatkan buku autograf yang sudah menjadi satu kewajipan bagi kami yang hampir tamat belajar untuk mengisinya,aku terfikirkan sesuatu.Dah habis belajar pun.Sekalipun sudah habis belajar,tapi aku masih nak beritahu dia.Jumpa esok ya.Aku ingin mengkhabarkan kepadanya betapa aku ingin berjumpa dengannya setiap hari.Aku mahu memberitahu perkara itu kepada Kasadera.

         Selagi tak habis belajar,memang tak seronok.Sehingga habis belajar,sehingga habis belajar…Aku mengelamun sendirian sambil meneliti ruangan profil di buku autograf milik Kasadera.Tertera ruangan nama,alamat,hobi dan sebagainya yang perlu diisi.Mataku jatuh pada ruangan benda yang disukai. ‘Suka’ perkataan itu seperti melekat di benakku.Kalau ada peluang,aku nak tulis… ‘Kasadera,awak ni ibarat sahabat.Mungkin juga lebih dari itu.Kalaulah saya dapat berjalan dan berlari ke arah awak,alangkah seronoknya.Masa itu saya akan…’sambil memegang pen aku berfikir-fikir lagi.Saya akan…


         “Patut ke tulis komen macam tu?” suara kakak mengejutkan aku.Lebih terkejut apabila mendengar apa yang dikatakannya.Kakak aku ni seorang psikik ke?Aku segera beralih ke tempat lain.Tempat yang terselindung sikit dari pandangan kakak.Sambung mengelamun balik.

         Walau dah habis belajar pun,aku masih lagi nak lihat gelak ketawanya.Alangkah bagusnya kalau aku dapat memberitahu semua yang aku fikirkan ini kepada Kasadera dan bukan hanya membisu setiap kali bertentang mata dengannya.

         “Atsuta!”

         Aku segera berpaling dan terpandang Matsuo dan Suzuki yang sedang tersengih lebar sambil memegang skrol tamat pengajian di belakangku.Di tangan Suzuki terdapat sebuah kamera digital baru.

         “Jom ambik gambar!”

         Tanpa menunggu persetujuanku,Suzuki terus membuat keputusan sendiri.Aku hanya mempamerkan riak wajah tanpa emosi dalam setiap keping gambar yang dirakamkan bersama mereka.Bukan dengan mereka berdua ni yang aku inginkan gambarku diambil.Kalaulah Kasadera yang meminta untuk bergambar denganku,tentulah awal-awal lagi aku sudah menyatakan persetujuan.

         “Hei,mana butang baju kau?”soalan Matsuo membuatkan aku baru tersedar yang butang baju kedua Suzuki sudah tiada di tempatnya.

         “Err…tak tahu.Tercabut kot,”Suzuki hanya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang jelas sekali tidak gatal.Susah nak jawab ke,Suzuki? Pelik ni.Majlis tamat belajar dah nak habis.Sekolah pun dah nak habis.Tapi,masih tiada apa yang berlaku.

         “Apsal semua nak balik cepat ni?” aku mengomel sendirian pabila melihatkan suasana di perkarangan sekolah yang hampir lengang.

         “Atsuta!”seseorang memanggil namaku.

         Aku tercari-cari arah datangnya suara itu dan terlihat seseorang yang aku ingin temui.Kasadera!

         “Err…Buku autograf.Boleh bagi saya balik?”Kasadera mengukir senyuman.Hampir terlupa pula aku tentang buku autograf yang diberinya tempohari.

         “Ah…ya,”aku menyerahkan semula buku itu yang memang sentiasa berada di dalam beg sekolah.Memang sengaja aku memasukkannya selepas selesai mengisi maklumat yang diperlukan agar tidak terlupa kelak.

         “Wah,terima kasih!”dengan senang hati Kasadera menyambutnya.Aku hanya mendiamkan diri.

         “Atsuta ,awak masuk sekolah menengah tinggi mana?”

“Sekolah A…”

         “Ah…ya ke?Saya pula mungkin ke sekolah B,”tanpa perlu ditanya Kasadera dengan gembiranya memberitahuku.Mungkin dia tidak sedar betapa hampanya aku waktu itu.Harapan untuk belajar di sekolah menengah tinggi yang sama dengannya telah punah sama sekali.Agaknya memang nasib aku yang malang.

         “Oh,saya kena pergi dulu.Terima kasih sebab bagi ikan hari itu!”Kasadera sudahpun melambaikan tangan dan mengatur langkah ingin berlalu pergi.Aku tidak mahu dia pergi.Jantungku terasa berdegup kencang.Perlukah aku mmberitahu Kasadera sekarang?Aku…






Live,Laugh,Die Emotionally.

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat