Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, July 31, 2011

Speechless Sunday 7: Jawatan Kosong Sempena Bulan Ramadan.



-Kekosongan terbuka untuk semua yang beragama Islam dan cukup umur.

-Tempat tidak TERHAD.

-Bukan untuk bulan Ramadan sahaja malah seumur hidup,selama mana masih sihat.

-Marilah beramai-ramai merebut peluang ini!






















May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, July 30, 2011

Aku Semakin Menyampah Dengan Kau.


                Maaf.Aku tahu sudah sekian lama kita bersama tetapi sejak akhir-akhir ni...aku...aku...errr aku tak tahu bagaimana untuk memberitahu ini kepada kau tanpa menyakiti hati kau.Aku terpaksa menyampaikan juga ayat ini kepada kau.Maaf.Aku semakin menyampah dengan kau.Ya,aku tahu.Bukan salah kau juga bukan salah aku.Sememangnya kita berdua tidak bersalah dalam hal ini,namun demikian aku sudah tidak mampu untuk bertahan dengan karenah orang luar yang cuba mengucar-ngacirkan kehidupan bahagia yang kita jalani.

               Sungguh sukar untuk aku mengatakan yang aku semakin membenci kau namun aku terpaksa.Maaf sekali lagi.Ya FaceBook,aku semakin menyampah dengan kerenah mereka yang menempelkan status memualkan setiap saat di dinding kau,semakin meluat dengan gelagat bercintan cintun pasangan kekasih yang tidak sudah-sudah,muak melihat sandiwara dan kekecewaan couple yang bergaduh(masukkan muntah sendiri di sini) dan juga yang paling hebat adalah gambar-gambar yang ....Tunggu kejap,aku nak muntah dahulu.BWEKKKKK!!!!!

               Okay mari kita sambung.FaceBook,ketahuilah yang aku tidak membenci kau namun gelagat orang luar tidak memungkinkan kita menghabiskan lebih banyak masa bersama.Status-status seperti(status-status dibawah dicopy sebijik-sebijik dari FB):


Abg cayang ayg angat-angat.Sowi ek pasal smlm.Ti kite jupe lg.Muahhh...

Ya baguslah...

cdeyh nye bla tringat kna sahur n berbuka posa tanpa fmly..dah la tak penah berjauhan dr fmly

Status di atas ditulis oleh seorang lelaki ya.Perhatian,diulangi,seorang lelaki.A boy!


jgn d0k jdi 0ver girl sngt nah !!! pentan + sial + babi + anjing + setan = wjaq.xpdn gn k0 nk kta kt kmi nie ... wey sdaq dqi 2 .... s0lat bnyk2 kit .. jgn d0k jdi cm gn babi sngt nh .. haqu gn mnah nie ...

Ini pulak status makian dari seorang minah yang tak puas hati setelah pakwenya dirampas oleh kawan sekolahnya.Harap-harap minah itu bukan sekelas dengannya.*Sigh*Gadis itu sebaya dengan adik aku.So young.Aku tidak menyampah cuma kasihan sahaja.Kau semua tidak kasihankah?
 
‎..12jam dh on fb,tgu dya on9:'(
 
Kasihan juga pada yang ini.Kecewa menanti pakwe selama 12 jam tapi tiada hasilnya.Bukankah lebih baik menggunakan 12 jam itu untuk melakukan sesuatu yang lebih berfaedah?Bukannya aku nak suruh dia pergi membaca Al-Quran atau bersolat sunat cuma cukuplah kalau sekadar datang membaca belog aku ini.Membaca itu jambatan ilmu tahu?WTH eh...
 
yunk, sory2... abg pn ttdo gak td,,,hhehhehehe,,, sory tau,. ye ke bosan.. xpe la bce plhn2 tau..ayg, ala xpe la kite lupekn je tau..bkn salah ayg pn.. urm tu la esk dh nk balik kn..ati2 n jga diri ye syg. ye kite jumpe raya t..ayg jga diri n kshatan ye..kite stdy same2 k t..sayang kmu gak.


Di atas ini status cintan cintun yang biasa kita lihat di wall kita ya.Nak beromantik dan berjiwang-jiwang itu tidak salah tapi kalau 24 jam asyik beromantik sahaja akan menyebabkan pengguna FB mati akibat dehidrasi setelah muntah terlampau.Mujur juga lembu dan kambing tidak pandai bermain FB.Kalau tidak habislah stok daging raya tahun ni.
 
Islam agama ku, Al-Quran kitab ku, Muhammad Nabi ku, Kaabah Qiblat ku dan Kejayaan arah tujuanku Dunia & akhirat serta pegangan ku sepanjang hayat. :) .. ♥ ♥
Ya,sejuk perut dan hati membacanya bukan.Bagaimana kalau aku beritahu kau semua bahawa orang yang post status agama ini dan orang yang post status cintan cintun di atas adalah orang yang sama? Speechless....



                  Dan begitulah pembaca-pembacaku sekalian.Pesanan dari penaja:Jangan membuatkan pengguna FB membenci anda kerana terlalu kerap update status yang memualkan.Sekian.Oh ya,sebenarnya aku tipu sahaja aku menyampah dengan FB.Why should I?Dapat stalk couple yang bercintan cintun mahupun yang hampir breakup pun best jugak.Kikikikiki.....(ketawa sopan sempena menjelangnya bulan Ramadan)





Nota Kaki:Stefan Salvatore,jomlah update status cintan cintun jugak....Muahhh....hahahaha.








May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, July 27, 2011

Makanlah Selagi Termampu.





                -Sayangggg....Laparrrrr.

                -Bukan makanlah selagi termampu sebenarnya menulislah selagi hidup.

                -Tak baik kata lapar selalu.

                -Bila tengok makanan tak rasa nak makan.

                 -Aku dah cakap pergi kursus tu kau takmau,sekarang baru kau nak jealous kat orang lain.

                 -Ramai kawan yang dah stop blogging akibat busy.Aku pun busy tapi belum terfikir nak stop.Busy...busy...busy...Menulislah selagi termampu.

                 -Sushi itu tidak sedap langsung.Wasabi pedaaaaasss.

                -Sarah Sayuri is (maybe,just maybe)outta her mind.

               


sedapnya.tak dapat makan,dapat tengok pun jadilah kan?






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sebab Ada Benda Yang Tidak Perlu Diberitahu.



               Kadang-kadang ada benda yang kita rasa perlu diberitahu orang lain,perlu dihebahkan,contohnya seperti majlis resepsi perkahwinan,dan ada benda yang kita rasa perlu disimpan untuk pengetahuan orang terdekat sahaja.Berita gembira tentunya kau akan rasa ingin menghebahkannya kepada seluruh dunia.Contohnya pakwe kau baru melamar kau dengan menyanyi di YouTube atau kau berjaya mendapat anugerah peringkat tertinggi Genius Dunia atau kau berjaya naik pangkat sebagai pengurus besar.Tentunya kau akan terkinja kinja menari kegembiraan lantas menjerit memberitahu semua orang terdekat,menelefon yang jauh dan menempekkan status kau di FB supaya yang tidak terlibat juga turut tahu akan kegembiraan kau.(Annoying)

               Bagi aku sama ada ianya berita gembira ataupun sedih,ada yang perlu disimpan.Sebab ada benda yang tidak perlu diberitahu.Ada benda yang orang luar tidak perlu tahu.Misalnya aku baru memenangi cabutan bertuah RM80000.Ya,tentu sahaja akan menjadikan aku manusia paling gembira bukan?Bagaimanapun susah untuk mendefinisikan perkataan gembira itu sendiri.Mungkin aku benar-benar gembira atau mungkin juga itu hanyalah kesan adrenalin yang akan hilang dalam masa beberapa jam.Maka atas sebab itu juga sekalipun aku ditawarkan biasiswa untuk belajar di London,atau mungkin juga aku telahpun selamat berada di London,aku rasa tidak ada sesiapa perlu tahu.

                Katakanlah aku memberitahu kau yang sebenarnya aku seorang selebriti terkenal yang glamor.Kau akan percaya?Tidak bukan.Jadi apa yang lebih penting dari memberitahu dan tahu adalah untuk mempercayai dan percaya.Kalau aku memberitahu kau,maka kau perlu percaya dan kalau aku tidak memberitahu kau maka kau juga perlu percaya bahawa kau akan tahu juga nanti.Faham?Rasa pemikiran terbelit-belit dan terpusing-pusing.Percayalah bahawa semua yang aku lakukan adalah bersebab.Atas sebab-sebab tertentu kau tahu.Dan atas sebab-sebab tertentu kau tidak tahu.Kau tahu di mana aku sekarang?






Nota Kaki:Asalkan Stefan Salvatore tahu.






ini pemandangan senja dari sini.cantik bukan?






May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, July 26, 2011

Saya Sayang Awak Sebab Awak Hebat.



                 Ditulis dengan gaya budak-budak tadika.













May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, July 25, 2011

Sesi Berdialog Bersama-4.


Aku:Kenapa tiba-tiba nak meradang tak tentu pasal,kau belum kenal pun dia.I mean...

Unknown:Shut up!No is no.Okay?Did you got it?Because I fuckingly hate to repeat myself!Did you got it?

Gadis:Tolonglah dengar dahulu.Dia bukan seperti apa yang kau sangkakan.Dia lain,dia...

Unknown:Dia sama seperti yang lain.Dia pun salah seorang dari mereka.Semuanya sama sahaja.Lidah bercabang dua.Penipu.Seperti ular berbisa yang akan menunggu masa yang sesuai untuk mengeluarkan bisanya lalu membunuh kita semua.

Aku:Tapi dia lain.Kau tidak faham.

Unknown:Aku tidak faham?Kau ulang sekali lagi ayat kau itu!Aku atau kau berdua yang masih tidak mahu faham?Siapa yang buta sekarang?Siapa yang tidak nampak realiti di sini?Kau beritahu aku!!

Gadis:Kita harus cuba dahulu.Semua orang perlu diberikan peluang untuk membuktikan diri mereka bukan begitu?

Aku:Aku setuju.Kau tidak seharusnya bertindak melulu.

Unknown:Ya,sudah tentu.Sudah tentu.Dia harus diberikan peluang untuk menyakiti kau berdua lalu membiarkan kau dua orang terseksa sampai mati.Begitu maksud kau memberi peluang?Itukah yang kau berdua mahukan?

Gadis:Bukan itu maksud kami.Kami hanya mahu kau mempertimbangkannya.Maksud aku kau harus melihat dia sendiri untuk menilai dia bagaimana.

Aku:Betul,ini tidak adil.Tidak adil bagi dia untuk dijatuhkan hukuman tanpa tahu apa kesalahannya.

Gadis:Malah,dia belum melakukan apa-apa kesalahan.Dia belum pernah menyakiti sesiapa.

Unknown:Jadi kau mahu aku tunggu sehingga dia menyakiti kau berdua kemudian baru aku bertindak.Kau mahu aku membiarkan kau mati dahulu kemudian baru datang memberitahu kau yang kata-kata aku sememangnya betul?!Atau mungkin aku perlu mula sediakan kubur untuk kau sekarang?

Aku:Kau sedang bertindak tanpa memikirkan tentang kami dahulu.Kau selalu begini.

Unknown:Aku tidak pernah memikirkan tentang kau?Aku mahu dengar kau ulang ayat itu sekali lagi.Ulang ayat itu semula!Ulang!!!

Aku:Ya,kau tidak pernah...

Gadis:Sudahlah itu.Bukan itu yang dia atau aku maksudkan.Kami tahu kau sentiasa berada di belakang kami untuk membangunkan kami sekiranya terjatuh dan menyokong kami ketika semua orang meninggalkan kami.Tapi kau juga harus memikirkan kewajaran kau bertindak begini.Sekurang-kurangnya kau harus bertanya kepada kami dahulu.

Unknown:Baguslah kalau kau berdua tahu.Selama ini,semua yang aku lakukan,biarpun sekeji mana perbuatan itu,ianya hanyalah bertujuan untuk melindungi kau dan juga kau.Aku selalu meletakkan kau berdua di tempat paling atas sebelum diri aku sendiri.Jadi jangan pernah kau mengatakan yang aku tidak peduli tentang kau.Terutama sekali kau!Kau faham itu?Faham apa yang aku sedang cakapkan ini?!

Aku:Ya.Baiklah,aku minta maaf.Aku salah.Tetapi selama kita bersama,tidak ada apa-apa yang pernah aku minta dari kau melainkan untuk yang satu ini.Please...I'm begging you...or if you want me to kneel down then...

Gadis:Aku juga merayu pada kau.Tolonglah.Kali ini sahaja...

Unknown:Diam!!Sehebat mana dia sehingga kau berdua sanggup merayu-rayu dan bergaduh dengan aku semata-mata untuk mempertahankan dia?Adakah kau dan juga kau yakin yang dia berbaloi untuk dipertahankan?Berbaloikah untuk kau melutut pada aku?

Gadis:Tolonglah,aku merayu....

Unknown:Ahhh...lihat perempuan cengeng ini sudah mula menangis.Hentikan tangisan dia sebelum aku sendiri yang menghentikannya!

Aku:Please...untuk kali ini sahaja.Tolonglah benarkannya.Selepas ini tidak akan ada yang lain.Cuma untuk dia.Tolonglah benarkannya.Tolonglah...

Unknown:Kau,dengar sini!Kau ingat baik-baik kata-kata kau tadi.Untuk kali ini sahaja.Untuk satu kali ini.Cuma dia seorang sahaja.Selepas ini tiada lagi.Sebelum ini pun tiada dan selepas dia pun tidak ada.Tidak akan ada lagi.Aku tidak akan benarkannya lagi.Ingat.Pegang baik-baik kata-kata aku ini.

Gadis:Jadi kau akan benarkannya?Kau akan beri dia peluang?

Unknown:Tidak juga.Aku akan sentiasa memerhati.Sebab aku percaya yang dia juga sama seperti mereka yang lain.Aku cuma tunggu masa yang sesuai untuk melihat sama ada kau berdua atau dia yang tersilap langkah nanti.Yang pasti kau berdua akan disakiti.

Aku:Janji pada aku,kau tidak akan sekali-kali masuk campur dalam hal ini.

Unknown:Hahahahaha...kenapa?Takut?Kau takut yang aku akan menyakiti dia?Kenapa perlu takut?Kalau dia tidak menyakiti kau berdua maka sudah tentu aku tidak akan masuk campur.Bukankah kau berdua yakin tadi yang dia lain dari yang lain?Bukankah kau berdua percaya yang dia akan menjaga kau baik-baik dan tidak akan menggunakan lidah bercabang duanya?Mengapa?Sekarang kau sudah mula berasa ragu-ragu kah?

Gadis:Sekalipun dia menyakiti kami,itu pilihan kami sendiri.Berjanjilah yang kau tidak akan mengapa-apakan dia.

Unknown:Ahhhh....banyak sungguh permintaan kau berdua ini!Balik-balik nanti bila kau sudah disakiti dengan teruk barulah mahu mencari aku bukan?

Aku:Berjanjilah pada kami.Janji?

Unknown:Ya....ya...Apa sahajalah.Sayang...janji...aku tidak pernah ingat yang perkara sejijik itu wujud dalam kamus hidup aku.Tapi ini apa yang aku boleh jamin pada kau....dia akan hidup.Sekurang-kurangnya dia akan hidup.Ya.Aku janji itu.Aku janji.Hahahaha....

Aku:Hei....tunggu dulu...kau tidak boleh buat begini pada kami!

Gadis:Biarlah.Biarkan dia.Kau pun tahu dia itu bagaimana.Kita sudah seharusnya bersyukur dia memberi kita keizinan itu.Kalau tidak...

Aku:Ya,betul juga kata kau.Ahhh...dia itu terlalu sukar diajak berbincang.

Gadis:Kau rasa apa yang kita buat ini betul?

Aku:Entahlah....tapi aku pasti ini akan berbaloi.

Gadis:Kau tahu yang ini sahaja peluang yang diberi.Satu-satunya.Kalaulah apa yang kita lakukan ini salah,dan peluang ini terbazir begitu sahaja,biarpun begitu,kau masih akan rasa ianya berbaloi?

Aku:Tak.Peluang ini tidak berbaloi.Dan tidak.Ini bukan tentang peluang.Ini tentang apa yang kita pertahankan.Kau tahu bukan?Dia itu berbaloi untuk dipertahankan.










May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, July 24, 2011

Speechless Sunday 6:I Swear I'd Kiss You.






                If you give me this.See...that thing above.I swear I'd kiss you.I fuckingly swear I will.













Nota Kaki:Okay..okay..just kidding okay.I'm not going to kiss anyone or somebody is gonna kill me for sure.Oh...and to my Mr-you-know-who-you-are,I'm so damn sorry but you know what,just stop testing me.I'm not a subject.Just so you know,I fuckingly will do everything that you'd asked me to if only you believe I will.This is not about being egotistic isnt it?You knew it didnt you?The problem now is you didnt believe me that's why you keep on testing.I didnt mad,just dissapointed.Very.If you keep doing this,I'd bite you.I swear I will.

Wait....On the second thought,I cant bite you.I'm fasting.Haisyhhh...this is getting complicated.There must be a way....think ....think








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Mari Berkenalan Dengan Penulis Blog Ini #2.


             Hello there not-so-innocent boys and sweet girls sekalian.So how are you today?Good?Good.Very well.Jadi apa pendapat kau tentang Sarah Sayuri?Great?Nahhh...she's just too weird to live but too rare to die.Okay,okay just kidding.Just kidding okay.

             Memandangkan semalam kau,kau dan kau juga telah berkenalan dengan Sarah Sayuri maka hari ini mari aku bawa kau berkenalan dengan seorang lagi penulis.She's got another name but she'd would be more prefer to be called Gadis.So here she is.


 "Errr hai.Saya Gadis.Selamat berkenalan...semua."


             Itu ucapan perkenalan yang (very)pendek.Okay,nampaknya itu sahaja yang boleh dikatakannya.Let's continue.Jika diminta untuk menjelaskan peribadi Gadis dalam satu ayat maka aku akan mengatakan "Fragile."Dia seperti kaca yang rapuh,mungkin perlu dilekatkan tags "Handle with care" bersama.Bagi aku Gadis dapatlah diibaratkan seperti one sweet innocent girl yang terlalu pure untuk hidup di dunia yang not-so-pure dan penuh dengan sifat keji serta dendam manusia.Dia terlalu lembut (lembik) sekalipun untuk mempertahankan pandangan sendiri,terlalu mudah memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain.

              Bagi Gadis,dia menyangka semua orang di sekelilingnya juga akan bersikap sepertinya.Iaitu tidak pernah menyimpan dendam dan tidak ada hasad dengki di hati mereka.Itu adalah satu pemikiran yang salah.Salah sama sekali.Gadis melihat dunia sebagai sehelai kain putih yang belum kotor.Penuh dengan keikhlasan yang belum tercemar dan kasih sayang yang melimpah ruah.Malang sekali kita semua tahu yang hakikatnya bukan begitu.Kebanyakan orang mungkin akan memandang Gadis dengan pandangan penuh simpati kerana dia masih belum mengerti akan kenyataan sebenar hidup ini.Hidup yang kadang kala boleh bertukar menjadi lebih kejam dan dahsyat bilamana ramai manusia sudah bertukar menjadi binatang.Yang akan melakukan apa sahaja,menggunakan apa sahaja cara untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

               Tapi aku tidak bersimpati dengan Gadis kerana bagi aku,dia seorang yang bertuah kerana dapat hidup dengan mempercayai yang syaitan di sekelilingnya ialah malaikat.She's pure and white seperti salji yang baru turun.Gadis terlalu mudah memberi kepercayaan kepada orang lain.Baginya hitam kata kau,maka hitamlah;putih kata kau,maka putihlah.Tidak sedikitpun dia menaruh curiga atau syak wasangka bahawa mungkin ada yang ingin mengambil kesempatan atau mungkin ada udang di sebalik batu.

               Hati Gadis terlalu rapuh.Seperti kaca yang akan pecah berderai bila menerima sedikit gegaran.Dia terlalu mudah bersimpati.Kalau boleh mahu sahaja dia menjaga semua anak-anak yatim,memelihara semua kucing terbiar dan menolong semua orang miskin di dunia ini.Sifat empatinya terlalu banyak mungkin.Gadis yang lebih mementingkan orang lain dari diri sendiri.Dia seorang yang cengeng.Mudah mengalirkan air mata pada khabar yang gembira mahupun sedih.Kadang kala juga akan menangis tanpa sebab.Gadis yang lebih rela disakiti dari melihat orang tersayangnya disakiti.Dia seorang yang sensitif.Mungkin juga terlalu sensitif kadang-kadang.Sedikit kekasaran sudah cukup untuk mengguris hatinya lalu menyebabkan empangan air matanya pecah.Mungkin juga empangan itu sendiri yang tidak cukup kuat.Mungkin?

                Aku sendiripun terlalu berhati-hati(mungkin juga terlalu takut) untuk menyentuh Gadis.Bimbang sekiranya aku akan mencemari pemikiran sucinya atau menyebabkan dia menangis sekiranya aku terkasar.Penulisannya lahir dari hati jadi aku risau kalau-kalau aku mencemari hati putihnya dengan pemikiran aku yang kelabu atau mungkin juga telah hitam lantas menyebabkan semuanya bertukar busuk.Oleh itu,aku hanya akan membicarakan yang baik-baik dan cuba mengawal diri dari menjadi syaitan bila bersama Gadis supaya dia tahu yang dunia ini masih suci seperti yang dia percaya.Kadang-kadang juga mungkin aku terlepas cakap atau bertindak keterlaluan tetapi setakat ini Gadis masih memaafkan aku.Dan aku percaya dia akan terus begitu.

                Gadis seorang pendengar yang setia,sentiasa cuba untuk memahami dan kawan paling baik yang boleh aku dapat.Sebab tidak kiralah betapa jahat atau buruk aku sekalipun,aku tahu dia tidak akan pernah meninggalkan aku.Sebenarnya aku harap dia tidak akan meninggalkan aku.Sebab kerana dia,aku masih boleh berpura-pura menjadi baik dan percaya masih ada sedikit kesucian di hati manusia yang hitam.Masih boleh melihat yang putih sebagai putih dan hitam sebagai hitam.

                Setakat itu sahaja untuk kali ini.Kau semua boleh teka entri mana yang Gadis tulis dan yang mana aku tulis?Boleh?Tak boleh?Kalau tidak boleh,mungkin ada yang perlu membaca dengan hati dan bukan mata(ini kata-kata Gadis bukan aku).Jadi selamat berkenalan dengan Gadis.Say hi to her peeps!Oh dan mungkin dia sedikit pemalu juga.Dan sila berhati-hati bila berurusan dengannya.Aku ulangi,sila berhati-hati.She's too fragile.I would kill you for sure if somehow you got her broken.No kidding.









May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, July 23, 2011

Mari Berkenalan Dengan Penulis Blog Ini.



                Hello not-so-handsome boys and innocent girls sekalian.Sibuk?Punya sedikit masa untuk berkenalan dengan aku?Mari kita berkenalan.Sama ada kau mahu atau tidak,aku akan perkenalkan diri sekarang.


                Sepertimana yang kau tahu dan mungkin juga ada yang tidak tahu,belog ini bukanlah ditulis oleh seorang penulis.Jadi berapa orang?Cuba kau teka.2 orang?3 mungkin?Ahhh apa kata kita lupakan dulu pasal itu.Mari aku perkenalkan kau semua kepada salah seorang penulisnya.

                 Mula-mula mari aku perkenalkan kau semua dengan Sarah Sayuri.Kau semua kenal dia kan?



                Hai semua.I'm Sarah Sayuri.Nice to meet you all.Keep in touch eh.Peace... ^^


                Sarah Sayuri adalah Sarah Sayuri.Dia seorang yang ceria,selalu gembira,suka senyum dan ketawa,suka berlawak dan dalam satu ayat dia adalah seorang yang kau tidak akan bosan bila bersama.Dia akan sentiasa membuat kau ketawa dan akan ketawa pada setiap lawak jenaka yang kau ceritakan (walaupun kadang-kadang ianya tidak lawak).She's very playful dan tidak suka mengambil serius sesuatu perkara walaupun perkara itu serius bagi kau.Baginya hidup hanya sekali dan setiap peluang yang berharga tidak boleh dilepaskan.

                 Sarah Sayuri seorang yang gemar mencuba,seorang yang sangat curious,suka mencari jawapan bagi persoalan yang tidak jelas baginya dan dia tidak mudah berputus ada.Dia seorang yang pentingkan kecantikan,rupa paras dan bentuk badannya.Seperti gadis normal dia akan sentiasa berasa dirinya gemuk walaupun orang lain mengatakan sebaliknya.
Sarah Sayuri suka melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal,sukakan perhatian dan juga seorang yang cuai jadi selalunya akan ditimpa malang atau mendapat malu.

                Sekiranya kau suruh aku menjelaskan peribadi Sarah Sayuri dalam satu ayat,maka aku dengan yakinnya akan mengatakan yang kau tidak akan menyesal kerana pernah mengenalinya.Kerana dia tidak pernah berkecil hati dan akan selalu memaafkan.Dan yang lebih penting lagi,selama mana kau bersamanya,dia akan sentiasa berusaha untuk membuat kau gembira.Pepatah ada menyebut orang yang paling bahagia di dunia adalah mereka yang dapat mencari sebab untuk membuatnya ketawa kerana ketawa adalah cahaya di dalam kegelapan,haba sewaktu kau kesejukan dan matahari bila semua di sekeliling kau membeku.Sarah Sayuri adalah sebab itu.Biarpun kau merasakan yang hidup kau telah musnah dan semua yang kau bina sepanjang hayat hancur sekelip mata,Sarah Sayuri masih mampu membuatkan kau ketawa dan bermula semula dari sekecil-kecil bata.

               Jeles?Cemburu?Ya aku juga cemburu dengan Sarah Sayuri.Dia adalah magis kerana dia sendiri percaya pada keajaiban.Selama mana dia berada bersama kau,kau akan sentiasa gembira.Di mana-mana dia pergi,kau akan dapat mendengar gelak tawa mereka di sekelilingnya.Dia akan membuatkan kau melihat dunia dari sudut lain dan berfikir di luar kotak batasan pemikiran manusia.Baginya tiada apa yang mustahil untuk dilakukan sekiranya kita percaya dengan diri sendiri.Sarah Sayuri adalah seorang pencabar dan pesaing yang hebat.Dia seorang pengejar kesempurnaan dan akan gembira sekiranya hasil kerjanya adalah yang paling sempurna antara yang lain.Tetapi dia akan berasa lebih gembira sekiranya dapat membantu kau menyempurnakan sesuatu.Baginya tidak ada apa yang dapat memberi lebih kepuasan selain dari melihat orang lain gembira dengan apa yang dilakukannya.

              Bila berada bersama Sarah Sayuri,kau bagaikan melihat 8 orang berbeza di dalam satu jasad.Ini kerana Sarah Sayuri percaya dia boleh jadi apa yang dia mahu.Sama ada seorang genius di Oxford,doktor terhebat,angkasawan yang berani,pembunuh upahan yang cekap mahupun sekadar seorang pengemis di jalanan.Apa sahaja watak boleh dijayakannya.Mungkin dia bukan seorang pelakon yang hebat tetapi Sarah Sayuri seorang yang berani mengambil risiko dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

                Aku iri hati melihat betapa positifnya Sarah Sayuri terhadap kehidupan.Dengki melihat dia ketawa saat dia sepatutnya menangis.Benci melihat dia terlalu mudah memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain terhadapnya.Sakit hati melihat bagaimana dia boleh membuatkan orang lain gembira bilamana mereka bersedih.Pendek kata,aku benci melihat kesempurnaan dia.Walaupun dia tak sempurna tapi dia selalu mengganggap dirinya yang terbaik dan dengan itu dia selalunya berjaya menjadi yang terbaik.Sarah Sayuri...cantik untuk dilihat tapi bukan untuk disentuh.Mudah untuk didekati tapi bukan untuk dimiliki.Catch her if you dare.

                Rasanya setakat itu sahaja yang mahu aku ceritakan mengenai Sarah Sayuri.Jadi,selamat berkenalan ya.So everyone,do say hi to Sarah Sayuri.Hi....!



gembiranya dia kan







May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, July 22, 2011

Monolog #1.



                Malam yang hitam.Kegelapan itu pekat.Ada jari jemari menguis sisa-sisa cahaya yang tinggal.Mahu dikumpulnya supaya yang ruang yang paling gelap dalam diri menjadi terang.Kunang-kunang yang berserakan menjauh pergi.Bertaburan cahayanya.Saat tiada mata yang mampu menembusi kegelapan itu,dua telapak tangan disatukan.Jari jemari halus itu bersilang.Secebis doa dihantar sebelum kegelapan membungkusnya.Harap dapat menembusi dada langit lalu terus dibawa ke langit ketujuh.


"Tuhan,kalau tidak ada cahaya,maka hilangkan bintang juga.Aku tidak perlu apa-apa."










May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, July 21, 2011

Gratefulness.


20 Julai 2011.
Dewan SMKDWMS.
8.15 am-12.00 pm.


                    Perasaan menjadi waris/penjaga untuk satu majlis kecil seperti ini adalah bagus.Amat bagus.Biarpun pada awalnya aku berharap aku tidak menghadiri majlis ini sebaliknya majlis lain.Tetapi apabila orang yang berhak ke atas aku sudah mengeluarkan notis secara rasminya maka surat penolakan mahupun penjelasan tidak akan diterima lagi.Mahu atau tidak aku harus berada di sana tepat pada masanya.Biarpun sebenarnya aku datang lewat setengah jam dari waktu tetamu sepatutnya hadir.Mogok dan tidak puas hati punya pasal.

                   Rasa sudah tua lebih matang bila duduk bersama para ibu bapa yang hadir sekali.Jangkaan aku tepat apabila hanya aku seorang sahaja manusia bergelar kakak yang berada di situ.Malu pun ada sebab tidak memakai pakaian seperti yang selayaknya(baju kurung).Pandang sekeliling tempat duduk yang dipenuhi para ibu yang memakai baju kurung dan kelihatan begitu bersopan santun sekali.Aku pula....errr rasanya tidak perlu digembar-gemburkan di sini tentang apa yang aku pakai.Dress mungkin?Inilah akibatnya bila tidak mendengar cakap orang yang lebih tua dan memakai sesuka hati untuk melampiaskan rasa tidak puas hati setelah dipaksa menghadirkan diri ke situ.Kerana memikirkan adik perempuan aku(adik bongsu tak jadi) yang akan berguling-guling sekiranya tidak ada yang hadir melihat dia menerima anugerah(spesies manja terlampau)maka seorang kakak yang baik hati terpaksa menurut perintah ibunya serta kehendak adiknya.

                  Mengantuk dengar pengetua dan VIP bagi ucapan alu-aluan disebabkan tidak tidur.Jangan ditanya sudah berapa hari aku tidak tidur.Mujur juga tidak pengsan dalam majlis itu.Kalau tidak mood yang sepatutnya ceria dan gembira di majlis akan bertukar panik dan huru-hara.Sudahlah ucapan pendahuluan panjang berjela ditambah lagi dengan ucapan perasmian dan entah apa-apa lagi ucapan yang datang entah dari siapa-siapa membuatkan udara di sekeliling bagaikan tidak cukup.Kemudian lihat senarai penerima anugerah yang entah sudah berapa ramai tidak terkira membuatkan rasa ingin pengsan tadi kembali.

                Errr...tunggu sebentar.Bukankah aku sepatutnya bersyukur dan bukan merungut panjang lebar di sini?Ya.Okay.Maka Sarah Sayuri amatlah bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup lagi pada masa itu,dapat menghadiri majlis yang gilang gemilang dan dapat menghalang adik beliau dari berguling-guling di lantai.Ya,aku ingin luahkan perasaan kesyukuran itu di sini.Walaupun aku sebenarnya tidak memilih untuk berada di situ tapi aku bersyukur kerana telah berada di situ.Mungkin aku patut berada di tempat lain ketika itu tapi mungkin juga aku patut berada di situ.Siapa tahu bukan?Kalau boleh aku mahu lakukan semuanya tapi tidak semuanya dapat aku lakukan.Jadi mungkin aku perlu belajar untuk bersyukur kerana walaupun tidak semuanya sekurang-kurangnya aku sudah melakukan sesuatu untuk seseorang.Yes.It should be there.The feelings of gratefulness.





see...that's my sister.

Hamper tu...Sungguh tak adil.



ambil gambar dari jauh sebab malas nak bangun.



jeles tengok hadiah dia yg banyak.hidup ni memang tak adil.




Nota Kaki:Terpaksa "pau" hadiah dia sikit sebagai komisen.





May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, July 20, 2011

Aku Harap Kau Tahu.

                Sebagai manusia,kau dan aku tidak akan pernah puas.Banyak yang kita mahu lakukan.Tapi kebanyakan kemahuan itu selalunya tidak akan menjadi kenyataan.Kadang-kadang kita sudah melakukan semua yang betul atau semua yang kita rasa betul tetapi hasilnya tetap salah.

                Adakalanya aku berharap agar boleh menjadi seperti organisma satu sel contohnya Amoeba sp. supaya aku bebas menduplikasikan diri sendiri bila-bila masa aku mahu.Tapi tentu sahaja itu mustahil kerana aku sudah bergelar organisma kompleks yang dinamakan manusia.Hipotesisnya lebih kurang begini:Organisma yang ringkas boleh berevolusi menjadi lebih kompleks tetapi organisma yang telah sedia kompleks tidak boleh menjadi organisma yang ringkas semula.Ianya hanya akan menjadi lebih kompleks kalau berevolusi.Dalam ayat yang lebih mudah difahami,untuk berpatah balik ke belakang dan mengundurkan masa itu mustahil.

                Berbalik kepada proses duplikasi.Adakalanya aku berharap boleh menjadi banyak pada satu-satu masa supaya aku boleh berada di banyak tempat sekaligus.Hakikatnya itu hanya harapan.Harapan yang kalau aku berada di banyak tempat maka lebih banyak pihak yang dapat aku gembirakan.Kalau semua pihak dapat aku gembirakan,maka itu lebih baik bukan?Tetapi sekalipun aku dikerat sepuluh dan dibahagi-bahagikan seadil-adilnya tetap akan ada yang tidak berpuas hati kerana kau akan mendapat bahagian lain manakala dia pula akan mendapat bahagian lain.Jadi di akhirnya tidak semua pihak akan gembira.Tidak semua.

                Percayalah yang sekiranya aku boleh menggembirakan hati kau,kau dan juga mungkin kau,maka pasti aku akan melakukannya.Sekiranya aku boleh berada di banyak tempat pada satu-satu masa,maka pasti aku akan berada bersama dengan semua orang yang penting bagi aku.Sekiranya aku bisa bertukar menjadi Amoeba sp. lantas menduplikasikan diri sendiri maka pasti aku akan berbuat demikian.Tanpa rasa ragu.Tidak sedikitpun.Tetapi malangnya aku tidak boleh.Dan kau pun tahu itu.Aku harap kau tahu.Aku sudah mencuba yang terbaik.Sebaik yang mungkin.Aku harap kau tahu.Sekurang-kurangnya walaupun semua hasilnya salah dan tidak ada pihak yang gembira,aku harap kau tahu.Yang aku sudah berusaha.Kau tahu bukan?










May Peace Be Upon Us.


Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, July 18, 2011

Ya,Aku Memang Malu Dengan Nama Sendiri.


                 For GOD's damn sake!Pagi-pagi lagi sudah diserang oleh teman-teman sekolah lama.Kenapa diserang?Sebab setelah bertahun-tahun baru hari ni mereka tahu yang aku mempunyai FB.Mungkin selama ini gagal dijumpai kerana aku tidak menggunakan nama asal.Tapi abaikan soal itu dulu.Pelbagai soalan diajukan dan pelbagai rungutan terpaksa aku tadahkan telinga untuk mendengar.Dari banyak-banyaknya,soalan yang paling banyak ditanya(yang aku rasa bukan soalan sebaliknya lebih kepada satu sindiran) adalah:Kenapa tidak menggunakan nama sendiri?Malu dengan nama kau?Penat untuk aku menjelaskan satu persatu kepada setiap dari mereka.

                 Sebenarnya tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan nama aku juga tidak ada apa yang perlu dimalukan.Cuma apa yang kau perlu tahu adalah aku lebih suka berbuat sesuatu yang aku suka.Faham maksud aku?Tak?Biar aku terangkan secara lebih ringkas.Maksudnya seperti kau diberi buah epal dan buah anggur dan disuruh membuat satu pilihan sedangkan keduanya kau suka.Tapi kau terpaksa memilih antara yang mana yang lebih kau gemari,yang kau rasa kalau kau tidak memilihnya sekarang maka kau akan rugi.Apa kaitannya itu dengan semua ini?Sebenarnya tidak ada kaitan,cuma aku teringin nak makan anggur sekarang.Sedap kan.Anggur....anggur...anggur,grapes....

               Okay,okay.Aku serius sekarang.Sebenarnya sudah lama aku menggunakan nama ini dan aku tidak rasa yang ianya akan memberi masalah kepada sesiapa.Nama ini umpama satu label bagi aku yang aku ambil masa yang lama untuk kembangkan(sebenarnya langsung tidak berkembang,mungkin aku perlu menggunakan herba kembang semangkuk).Seperti label Levi's,Pizza Hut dan sebagainya.Ianya sesuatu yang unik iaitu jarang untuk dijumpai.Satu yang tidak ada duanya.Seperti A.M. aku juga.Satu tidak ada duanya.Dan aku juga tahu yang mereka yang marah pada aku bukan kerana aku menggunakan nama ini tetapi kerana mereka gagal untuk mencari aku.Tidak mengapalah,kalau kau tidak berjaya mencari aku,aku sendiri yang akan menjejaki kau,janji.Ya janji.Sekarang sudah jumpa bukan?



Cuma mungkin kalau kita ketemu di jalanan kau tidak akan mengenali aku lagi.Ya kemungkinan besar begitulah.




A.M. sila jangan bagi belon kaler pink kat I okay.






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Kita Hidup Dengan Apa Yang Kita Percaya.


Nota Kepala:Sesuai dibaca di antara pukul 11 pm-6am untuk mengelakkan berlakunya penghidratan neurons otak.



                Kita hidup dengan apa yang kita percaya.Kau percaya itu?Kalau tidak maka mula percaya sekarang.

               Sedari kecil kita dibesarkan mengikut norma-norma tertentu.Kita diajar apa yang normal dan apa yang tidak.Kita ditegaskan yang mana buruk dan yang mana baik.Kita diberitahu yang kita seorang perempuan/lelaki dan diajar supaya bertindak,berpakaian dan berkelakuan seperti yang selayaknya.Dan bagaimana seorang lelaki/perempuan perlu kelihatan di mata umum pula ditentukan oleh orang di sekeliling dan masyarakat.Seorang perempuan perlu kelihatan begini dan seorang lelaki pula perlu kelihatan begitu.Sekiranya kau cuba menentang norma-norma itu,maka kau akan diberi gelaran yang selayaknya yang juga ditentukan mengikut norma-norma yang ditetapkan.Contohnya tomboi,pengkid,mak nyah,lelaki sotong dan sebagainya.

                Kita hidup dengan mempercayai bahawa kita adalah manusia bukan binatang dan planet kita ini bernama Bumi.Kita hidup dengan mempercayai bahawa sebagai manusia kita perlu dapat apa yang manusia selayaknya dapat.Kita hidup dengan mempercayai yang kita adalah _______(masukkan nama sendiri di sini).

               Dengan sedikit norma tentang apa yang betul dan apa yang salah serta kepercayaan yang kita pegang,kita mula menilai apa yang buruk dan apa yang baik.Kita mula menuding jari sekiranya seseorang melakukan sesuatu di luar kepercayaan yang kita pegang.Sekiranya seseorang mengatakan begitu,kita akan membangkang dengan mengatakan ianya salah.Dia salah kerana tidak berfikiran seperti kita.Dia salah kerana tidak mempercayai apa yang kita percaya.Dia salah kerana tidak memperjuangkan apa yang kita perjuangkan.Perjuangan yang kononnya betul.Dia salah kerana tidak mengikut kita bersama-sama menuntut sesuatu yang pada sangkaan kita adil.Dia pengecut kerana tidak berani berdepan dengan pihak berkuasa dalam usaha untuk mempertahankan kepercayaan yang kau bawa.

                Tapi hakikatnya kau sendiri pun tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah bukan?Kau sendiri tidak tahu mana satu pemimpin yang jahat dan mana yang baik bukan?Kerana kau telah meletakkan kepercayaan kau pada perkara itu maka sekalipun ianya salah,kau tetap akan berpegang pada kepercayaan kau.Kerana pemimpin itu mengeluarkan sepotong dua hadis dan kononnya dikatakan mempunyai ilmu agama yang tinggi dan alim maka kau terhegeh-hegeh seperti anjing bau tahi mengikut dia.Kerana penulis belog itu pandai bermain dengan kata-kata maka kau percaya bulat-bulat dengan apa yang dia tulis.Kerana ada pihak yang mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem negara kita,ada sesuatu yang tidak kena dengan pemimpin kita dan ada sesuatu yang perlu kita betulkan maka kau sewenang-wenangnya percaya.Tidak.Aku tidak memaksudkan siapa-siapa di sini.Sila percaya pada aku dan terus berpegang pada kepercayaan itu.

                Tahukah kau sebenarnya bahawa kau sebenarnya hanya percaya apa yang berlaku mengikut norma-norma kau atau garis panduan yang kau tetapkan?Sepertimana kita dengan sendirinya akan mengatakan yang membunuh itu salah,mencuri itu salah atau merompak itu salah.Sebab apa?Kerana kita telah dididik untuk percaya.Dan kita berpegang pada kepercayaan itu.Kerana itu aku katakan kita hidup dengan apa yang kita percaya.

                Bagaimana kalau sejam dari sekarang ada semua orang di sekeliling kau mula mengatakan yang kau salah?Bagaimana kalau sehari selepas ini ada seseorang yang datang mencari kau dan memberitahu bahawa kau sebenarnya bukan _______(masukkan nama sendiri di sini) tapi sebaliknya orang lain.Bagaimana kalau kau tiba-tiba dihadapkan atas tuduhan membunuh yang kau tidak lakukan?Dan kau tidak boleh menafikannya kerana semua orang percaya yang kau telah membunuh sekalipun kau beria-ria menafikannya.Apa yang kau akan lakukan?Bagaimana kalau aku katakan yang belog ini ditulis oleh 3 orang penulis yang berbeza tetapi kau tidak menyedari akan hal itu selama ini?Bagaimana kalau aku katakan yang entri ini bukan ditaip oleh Sarah Sayuri?Kau akan percaya?Tepuk dada,tanyalah diri sendiri.Apa yang kau percaya dan selama mana kau boleh terus berpegang pada kepercayaan itu?















May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, July 17, 2011

Speechless Sunday 5:Mom Knows Best.








                 A mother.Always knows what best for us eventhough sometimes we didnt agree with her.Tapi sebenarnya apa yang penting ialah bukan persetujuan sebaliknya rasa percaya.Maka percayalah,dia sentiasa cuba memberi segala yang terbaik untuk kita.




Nota Kaki:Maka dengan entri ini,diumumkan Tribute Week For Mom telah berakhir secara rasmi dan tenangnya tanpa ada sebarang kekacauan.Tribute Week mungkin sudah berakhir tetapi bukan bermakna those entries and those feelings of appreciation towards mothers perlu berakhir juga.Tidak.Pastinya tidak.Selama mana rasa kasih sayang dan ingatan itu masih wujud,sentiasa akan ada rasa menghargai dan berterima kasih itu.

               Selamat berhujung minggu dan semoga selamat di mana jua anda berada.(Pinjam dari deejay radio)








May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, July 16, 2011

Tribute Week For Mom:Free To Be You And Me.


                Bebas.Ya,bebas.Aku dibesarkan dalam keluarga yang konservatif tetapi moden.Bebas untuk berfikir,untuk berpakaian,untuk berkawan dan untuk keluar dengan sesiapa sahaja yang aku mahu.Sarah Sayuri terlalu bebaskah?Oh,tidak.Kebebasan ini diberi setelah mereka,yakni,yang mempunyai hak ke atas aku sekarang,yakin bahawa aku tidak akan sekali-kali memperjudikan nilai kebebasan itu sendiri.Dalam erti kata yang lain,aku tahu di mana had batasan aku bila diberi kebebasan,tahu batasnya bila berpakaian dan juga berkawan.

                Diberi kebebasan untuk keluar dengan sesiapa sahaja tidak bermaksud nilai harga diri aku dijaja lantas aku bertukar menjadi perempuan yang murah.Tidak sekali-kali.Kerana antara diberi kebebasan dan memilih untuk menggunakan kebebasan yang diberi itu adalah dua perkara yang berbeza.Dan aku lebih suka memilih untuk tidak menggunakannya sesuka hati.Dalam erti kata yang lebih ringkas,aku diberi kebebasan untuk keluar dengan mana-mana makhluk sama ada lelaki atau perempuan yang aku mahu tetapi ianya adalah pilihan aku untuk menentukan sama ada aku mahu atau tidak.

               Ianya adalah satu kekebasan untuk membuat pilihan.Kalau aku memilih untuk tidak bersama dengan mana-mana lelaki,ianya adalah pilihan aku.Kalau aku memilih untuk tidak keluar dengan sesiapa,ianya adalah pilihan aku.Kalau aku memilih untuk tidak berbuat apa-apa pun ianya adalah pilihan aku.Gembira kerana diberi kebebasan?Tidak juga.Kadang-kadang,sebagai diri aku,tidak banyak pilihan yang ada.Kadang-kadang pula,mahu atau tidak,aku terpaksa membuat pilihan.Sama ada aku atau kau,salah satu pihak pasti akan rugi disebabkan pilihan itu.Tapi aku lebih suka kalau keuntungan itu berpihak kepada kau.Malangnya,untung dan rugi bukan satu pilihan tetapi lebih kepada satu kesan dari pilihan yang dibuat.Maka aku tidak boleh memilih itu.

                 Kerana dibesarkan dalam keluarga yang masih menitikberatkan nilai-nilai tradisi walaupun berfikiran moden,yang berpegang teguh pada agama tapi masih mempercayai dan menghormati adat resam serta pantang larang pada masa yang sama.Oleh itu,mak aku menanamkan dalam diri aku di mana-mana pun aku pergi,dengan siapa pun aku memilih untuk berhubungan,aku sentiasa membawa maruah keluarga bersama.Kerana itu juga,aku dengan sendirinya akan meletakkan batasan dalam apa jua yang aku buat.

                 "Hai,dah cantik....seksi macam ni takkanlah jalan dengan mak kot.Marilah jalan dengan abang ni."

                  Dialog tipikal yang selalunya dilontarkan.Kerana diberi kebebasan untuk memilih maka aku merasakan ianya bukanlah satu dosa sekiranya aku berpakaian cantik tetapi keluar dengan mak aku.Adakah kalau seseorang perempuan itu berpakaian dan berhias secantik yang mungkin maka dia perlu berjalan bersama seorang lelaki atau lebih tepat lagi dengan teman lelakinya?Sebab aku bukan kelihatan cantik untuk kau tetapi untuk diri sendiri.Jadi katalah dan fikirlah apa sahaja yang kau mahu kerana seksi dan cantik itu berbeza mengikut perspektif masing-masing.Menurut pandangan aku,tiada apa yang seksi atau cantik tentang cara aku berpakaian.Percayalah yang aku akan lebih menghargai sekiranya kau melihat sisi dalaman aku yang cantik bukan sekadar luaran sahaja.Oh,tapi aku terlupa yang aku mempunyai sisi lain yang gelap.Mungkin lebih baik kalau kau tidak melihatnya.

                  Mak aku mengajar aku erti kebebasan dan kepentingan kepercayaan pada agama dan adat resam.Katanya adat resam boleh diketepikan tetapi tidak hukum agama.Yang haram tidak boleh dihalalkan dan begitu juga sebaliknya.Moden tapi masih konservatif pada perkara-perkara tertentu.Seorang perempuan yang tidak tahu nilai dirinya sendiri sebenarnya tidak bernilai langsung.Itu pesan mak aku yang aku pegang.Kerana pesanan itu juga,aku tahu dan menghargai nilai seorang perempuan.

                 Nilai diri seorang perempuan tidak ditentukan dari ukuran betapa cantik atau seksinya dia tetapi dari cara dia berfikir dan perlakuan dia sendiri.Tidak juga ditentukan dari berapa banyak hantaran perkahwinan yang dia dapat tapi berapa banyak keikhlasan dan kesanggupan dia untuk menerima.Kerana dengan seratus ribu ringgit atau sejuta ringgit sekalipun masih belum cukup untuk membeli harga diri aku.Ya,kau boleh membeli mana-mana perempuan lain yang kau suka tetapi bukan aku.Kalau aku tidak mempunyai kesanggupan untuk menerima sekalipun kau menghujani aku dengan wang tetap kau akan menerima jawapan yang sama.TIDAK.Kerana aku masih mempunyai harga diri.Dahulu,sekarang dan juga untuk masa-masa akan datang.

                 Thanks mom for giving me that values.The value of freedom and the value of myself.So that we are free to be what we are.Free to be you and me.







May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, July 14, 2011

Tribute Week For Mom:The Differences In Our Smile.



                Smile.Senyum.Ada banyak jenis senyuman yang lahir dari pelbagai emosi kita.Ada yang berbaur sinis dan ada pula yang mengandungi unsur kebencian.Tahukah kau dari mana datangnya senyuman yang paling manis?Senyuman sebegitu datang apabila melihat orang yang kita sayang tersenyum gembira.

                 Apa bezanya antara senyuman orang yang menyayangi dan orang yang disayangi?

                 Orang yang disayangi tersenyum bila dia gembira manakala orang yang menyayangi akan senyum pabila melihat orang yang disayanginya tersenyum.

                  You smile when you are happy.

                   Your mom smile when she sees that you are happy.

                    Antara tersenyum untuk kebahagiaan sendiri dan tersenyum untuk kebahagiaan orang lain ada banyak bezanya bukan?







May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tribute Week For Mom:I Cant Stand This Anymore.


                Suatu pagi yang indah.Sejuk sebab hujan turun dengan melebatnya semalam.Baru mula menaip sebaris dua ayat,Sarah Sayuri,an almost sweetly innocent girl dikejutkan dengan bunyi berdentam-dentum yang datang dari arah luar.Habis semua idea dan emosi lari bertempiaran seperti anak-anak ayam yang dihalau masuk ke reban di waktu senja.Bunyi apa itu?Ya,bunyi itulah.Itu.Bunyi muzik yang amat kuat hingga hampir memekakkan telinga.Lalu dia pun menegur si penyebab bunyi kuat itu dengan penuh lemah gemalai.




Aku:Mom........!!!Holy Cow,apa yang hingaq sangat ni?

Mak:Owh...just chill babe.Nothing.It's just for fun.

Aku:Mak,hingaq la.Awat bukak kuat sangat?Tak boleh slow sikit ka volume tu?

Mak:Alah,mana ada kuatnya.Besa ja.

Aku:Mom,please.Slow la sikit.Sapa nak dengaq lagu macam tu?

Mak:Mak la yang nak dengaq.Any objection?

Aku:Mak.....Orang nak buat kerja pun tak boleh la.Hingaq sangat ni.

Mak:Diamla.Enjoy the music,enjoy the life.Iskkk apala.Tak tau nak chill langsung.

Aku:Makk......

Mak:Shut up.Sekarang sapa yang bising lagi dari muzik?

Aku:Makk....

Mak:Syhhhh.....

Aku:...........




Please...I Cant Stand This Anymore,Mom.







Nota Kaki:Holy Cow is similar to Oh My God/For God's Sake bukan lembu suci ya.




May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, July 13, 2011

Tribute Week For Mom:Big Girl Dont Cry.


Time:12 pm.
Venue:A shopping complex.
Specific venue:Groceries section.



Mak:Lekaihla sikit jalan tu.Makngot macam kora ja.

Aku:Yalah mak...mak nak beli apa ni?

Mak:Adala mak nak beli...habaq kat hang pun bukan hang tau.

Aku:Mak...yang ni apa?(angkat sesuatu yang berdaun hijau)

Mak:Tu daun senohom.

Aku:Yang ni pulak apa?(tunjuk ke arah sesuatu)

Mak:Tu sagu la.

Aku:Sagu tu apa?

Mak:Yang orang dok buh dalam bubuq kachang tula.

Aku:Owhhh...yang ni pulak apa?Yang ni...

Mak:Banyak sangat tanya aihh...Mak nak beli barang ni jangan menyibuk la.

Aku:Yang ni pulak mak.Awat tak beli yang ni?

Mak:Haihhh...tu sayuq Cina la.Jangan dok merepek sangat.Mai sini.Yang dok pi merayau tu awat.Satgi kena tinggai baru tau.

Aku:Mak....Laparrrrr.Nak makan aiskrim.Jom makan aiskrim jom.

Mak:Sat lagila.Nampak dak mak dok tengah kelaihh barang?Iskk budak ni.

Aku:Alaa....jomla.Jommlaa...Jomlaaa....Jommmlaaaaaa(masukkan efek berguling-guling di atas lantai di sini)

Mak:Satgi orang kata.Tak reti bahasa budak ni!

Aku:Kalau macam tu,chek nak pi sana sat la.Boleh dak?

Mak:Pi la lekaihh.Dok sini pun mengacau ja gejhanya...Sat ja tau.Jangan dok lama sangat kat situ.




Time:1 pm
My Venue:Beauty Section
Mom Venue:Still Groceries Section



Time:2 pm
Venue:Back to Groceries section


Aku:Makk...Mommy?(where's my mummy?huhuhuhuk)




                        Owh...noo.Mak aku dah hilang.Atau aku yang dah hilang?Mommy....Pergi ke setiap satu bahagian.Naik atas dan turun bawah tapi tak jumpa juga.Oh Tuhan,kenapa masalah kehilangan orang ni selalu berlaku pada aku?Or aku yang selalu hilang?Merayau-rayau tanpa tujuan di sekitar bahagian pasaraya tu.Berjalan sambil berfikir-fikir.Mungkin kalau aku menangis meraung-raung di atas lantai,mungkin mak aku akan perasan yang aku ada kat sini.Mungkin aku patut...


Mak:Hah,kat sini rupanya.Puas mak cari.(Mak tepuk bahu aku)

Aku:Mak....awat mak tinggai chek.Mak tau dak penat orang dok cari mak merata.Makk....benci la macam ni.Benci,benci...(Menoleh dengan muka nak menangis)

Mak:Tula,dok ralit lagi...belek losyen la,parfume la,itu la ini la...Last last menyusahkan orang..blablablablablablabla...

Aku:.....

Mak:Dah,jom.Kata nak pi makan aiskrim tadi.Jomla lekaihh..Merajuk pulak dia.

Aku:....(how could you mommy..)



                                Big Girl Dont Cry Lah....!









May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, July 11, 2011

Tribute Week For Mom:So,It's Me,Myself And I.


The morning conversation;
 
Mom:You know that your sis is going to have her "Anugerah Cemerlang" day....

Me:Yes...so?

Mom:And your other sis is going to present her shortplay drama on the same day....

Me:Hmmm yes...so?

Mom:The venues clash.

Me:And....

Mom:And your mom is not a superwoman who can be in two places at the same time.

Me:Yeah,I know that.

Mom:Well,it looks like I only have you to count on.

Me:Errrr....so this is the time when a mother comes and asked her lovely daughter to be somewhat like "Ibu Tumpang" to her little sister?

Mom:Exactly!It looks like you already learnt it,as what I should have expected from my bright daughter.

Me:(Since when did I became your bright daughter?)....errrr...this is somewhat difficult...

Mom:There's no one else except you and me.Your father cant take his leave since he's got a bunch of works to do.

Me:Errr....only you and me.And two events...

Mom:So,I dont want to hear any excuses or refusal from you.







FootNote:If refusal is not accepted, so there's no need to bother with  explanation....*Sigh* So there's only me,myself and I....and there's not even choices to choose from.*Sigh* *Long sigh*










May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tribute Week For Mom:Yes,I Do Love Her.


                  Seseorang pernah mesej aku sekadar untuk bertanya,

"Sarah Sayuri,do you actually hate your mom?"

                  and my answer is,

"No,I actually love her."

                  Maybe you cant understand eventhough you had tried to.Mungkin hubungan aku dan mak aku terlalu sulit untuk difahami.Ringkasnya,hubungan love-hate or benci-benci sayang.Well,lagipun,anak mana yang tak sayang maknya kan?Susah untuk orang faham kalau tidak melihat sendiri bagaimana Sarah Sayuri dan her mom berinteraksi and berkomunikasi.(Sebenarnya kami berkomunikasi melalui walkie talkie and telefon je tidak pernah dari mata ke mata or dari hati ke hati)Okay...okay..tak.Aku tipu saja.Abaikan yang dalam kurungan tu.Sebenarnya...errr..how to explain this in the simplest form to make you understand...

               Owh...mungkin seperti pasangan or couple yang selalu gaduh-gaduh manja but in fact they actually love each other so damn much.Lebih kurang macam tulah rasanya.Supaya lebih senang untuk orang faham.And I have this one kind of attitude towards my beloved people yang aku rasa bagus untuk dipraktikkan oleh semua tidak kira bangsa atau agama.That is...I cant stand if my beloved people sulk or refuse to talk with me,refuse to see me eyes to eyes,refuse to have any contact with me whatsoever.Tidak kisahlah aku yang salah atau dia yang salah,kalau orang-orang yang aku sayang tidak bercakap dengan aku,then aku akan buat apa sahaja to make them talk to me again.Kalau orang yang I do care about,my beloved people marah or merajuk dengan aku for like 15 minit pun it's enough to make me tak senang duduk.Lalu aku keluar dan pergi main merry-go-round.Eh....?Errr...tak senang duduk lalu aku berusahalah sedaya upaya to clear the things up.Especially my mom.

                And my mom and I,we have some sort of understanding yang aku tak berapa nak suka.That is aku tahu bila mak aku nak marah and for sure aku akan buat something or cakap something and lastly dia akan tergelak and tak jadi nak marah.Dan mak aku juga buat benda yang sama kat aku,yang mana aku tak berapa suka.Yeahhh....I hate it bila aku nak marah then somebody buat sesuatu yang menyebabkan aku tergelak because when I started to laugh,it gonna take like forever to stop.Dahla aku ni innocent,sweet,jarang marah,cute and bila nak marah pula orang buat lawak,jadi bila masa lagi aku nak meluahkan perasaan ni?

(Dalam fikiran readers:Oh jadi Sarah Sayuri meluahkan perasaan dalam belognya lah dan buat kami semua emo sekali.Huh...)

               Eh...eh apa pulak?Mana adalah....korang ni sengaja cakap camtu kat aku kan.Benci la macam ni...Okay.Enough.So,this week is a tribute for mom.Specifically,my mom but kalau korang nak buat tribute jugak untuk your moms then sure,go ahead,why not?Tidak perlulah nak tunggu Hari Ibu tahun depan baru nak buat tribute kan.Entah masa tu kita masih hidup atau sudah dipanggil menghadap Illahi.Ramadan tahun ni pun belum tentu lagi kita berpeluang menyambutnya.

              So yes,I do love my mom.Sebab tak kiralah berapa banyak orang yang kita panggil mak,ibu,mommy,mama,ummi,inai,mamak,mummy...tak kiralah berapa banyak mak angkat yang kita ada,tak kira berapa banyak perempuan yang sudi menganggap kita sebagai anak mereka...but deep inside our heart kita sendiri tahu kita hanya ada seorang ibu yang sebenar.Satu sahaja.Not more and not less than that.Yang aku dan mungkin korang jugak takkan tukarkan even if somebody offered the whole world in return.


so sweet and innocent just like me :)










May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, July 10, 2011

Never Trust Your Mom.



Me:Mom,please...do lock the door when you go out.I wanna take a nap.Well,who knows in case some fierce-greedily-looking people break in and kidnapp me.

Mom:(she holds me tenderly,looks me in the eyes and said,softly yet confidently) Dont worry dear,if somebody were to kidnapp you,I'm so sure that they'd send you back in no time.

Me:....




                         Mommy,how could youuuuu....!!!


sampai hati mak....






May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Speechless Sunday 4:Deicide.


                A girl can be your best friend,your worst enemy,your real sweetheart or your bittest bitch.It depends on how you treated her.

              So how do you plan to treat me?












May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, July 9, 2011

Of Ambiga And Sungai Ganga.


                 Ambiga.Aku tak tahu nama penuh dia,tidak ambil peduli dan juga tidak akan menaip entri ini seandainya natijah dari perbuatannya tidak tertempias ke arah aku.So,esok which my sis sepatutnya ada kelas tambahan sampai petang tapi terpaksa dipendekkan sampai pukul 12 lebih kurang.Dan cikgu dia juga bersusah payah mendapatkan permit dan kebenaran dari pihak polis padahal cuma nak berhimpun untuk mengutip secebis dua ilmu yang tertinggal.Salah polis?Tak,mereka pun ada anak isteri,ada keluarga,ada hati dan perasaan,mereka cuma melakukan apa yang diarahkan.

                Apa yang diarahkan which I still considered Ambiga is just too lucky.Indeed very lucky.If I was the Prime Minister,sudah tentu order dari aku akan berbunyi seperti,"Tangkap mereka yang cuba menimbulkan rusuhan dan kekacauan.Sumbat dalam lokap.Tembak kalau perlu,jangan guna pistol air pulak.Dan semua ini mesti berakhir esok dan saya tak mahu ada kesan yang tertinggal.Semuanya mestilah BERSIH."Kejam?Yes,Ambiga patut bersyukur sebab bukan aku yang menjadi Perdana Menteri.Diulangi,patut bersyukur.

               Ini semua untuk kebaikan orang ramai?Untuk kebaikan rakyat dan negara?Untuk menuntut keadilan?Alasan yang jelasnya cukup untuk membuatkan aku muak lalu luak.Kalaulah semua makian dan sumpah seranah aku boleh ditukarkan menjadi cecair yang paling busuk sudah tentu akan kusemburkan ke "muka yang berkenaan" tanpa perlu berfikir dua kali.

               Mungkin Ambiga tidak pernah menyentuh air di Sungai Ganga atau menyucikan dirinya di situ.Yang aku rasa dia sangat perlu lakukan.Kalau Ambiga dilahirkan sebagai ikan pada kelahiran ini rasanya sudah tentu aku tidak menaip entri ini dengan perasaan benci,muak dan menyampah yang meluap-luap.Sebab sudah tentu dosa-dosanya akan diBERSIHkan dek air Sungai Ganga.Eh,tapi aku terlupa!Di Sungai Ganga,tidak ada ikan bukan?


kasihan pada orang yang mempunyai masalah mental kan?







Nota Kaki:Tak payahlah kau nak beri ugutan akan berbogel di khalayak ramai.Kalau kau berbikini pun sudah cukup untuk membuatkan semua lelaki di Malaysia ni termuntah hijau plus biru.Oppsss....aku belum cukup umur untuk berbicara soal politik.Sorry,got to go.Love you,babe.K thanks,bye!




May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, July 8, 2011

Oh,I'm So In Love With You!



                Yes,I did and still I am.What?No,this is not about boys.Oh,come on guys...Lelaki itu cerita lain.Kali ini ianya sesuatu yang lebih istimewa.Errr...tidaklah lebih istimewa dari kau.Ya,kau lah.Malu-malu pulak.Dont bite me for writing this entry eh.Between hamster,guinea pig,sugar glider and cat,I'll DEFINITELY choose CAT!Yes,a cat.I'm so in love with cats.Kucing sungguh and very very damn cute.And I cannot held my ferocious passion towards them sampai aku rasa nak pergi belai-belai and timang-timang setiap ekor kucing yang aku jumpa.Oh...they are such a cutie!!!

                My heart melted whenever I saw some damn cute cats especially if the color is tompok hitam and putih or belang-belang macam harimau.Yes....I'll lose all my rational senses and apa yang aku benar-benar nak buat kalau nampak kucing-kucing yang bercorak sedemikian is to grab them and hastily carry them home.Kalau kau berada di sebelah aku masa tu,please,please stop me from doing so.Kucing sangat-sangat manja and comel until I cant never understand why there's even some things called human on this earth yang tak suka mereka sanggup menyeksa this damn cute babes.Kalau tak suka,then it's okay.Just leave them alone,will you?By the way,siapa yang memberi hak untuk kau menyeksa dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka selayaknya kau itu pembantu Tuhan.Kau diberi mandat oleh Tuhan kau kah?Kerana Tuhan aku tidak akan sekali-kali memberi mandat sedemikian.

               Ramai jugak girls yang takut dengan kucing,aku perasan itu.Termasuk some of my friends yang akan menjerit-jerit minta tolong aku menjauhkan this cutie,in case ada kucing sesat yang berhampiran mereka.What's there to even be afraid of?Suka hatilah,lain orang lain ragamnya.Asalkan kau tidak menyeksa my favorite cutie sudahlah.Ada yang takut kucing gigit or cakar.Well,itu kan memang sudah menjadi lumrah this cutie things to gigit-gigit manja dan bergurau dengan mereka yang disayangi.Bukan sakit pun,they just wanna have fun,just a bit of bite wont kill you.Trust me,kau takkan matilah kalau dicakar or digigit this babes.Lihat sahaja aku.Masih hidup bukan?Actually it's kinda fun bermain dengan this cutie dan more fun kalau mereka menggigit kau.Semasa digigit,kau boleh lihat expression on their cute little faces,comel bukan?Ohhh...make me melted once again whenever I think about it....Oh....I"M SO IN LOVE WITH YOU!!!




kalau jumpa,confirm aku bawak balik.









May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat