Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Showing posts with label LoveSucks. Show all posts
Showing posts with label LoveSucks. Show all posts

Friday, March 1, 2013

Cara Nak Lupakan Boyfriend Anda Yang Tak Guna.


 Sebenarnya aku patut letak tajuk "Cara Nak Lupakan Ex-Boyfriend Anda Yang Suck.(Sarah Sayuri's Style)"

Tapi mana-mana pun boleh asal kau faham.

Ingat ya, ni cara untuk kau lupakan boyfriend atau boyfriends kau yang tak guna bukan boyfriend aku. Sarah Sayuri adalah perempuan yang hebat, boyfriend dia pun adalah lelaki yang hebat, bukan lelaki yang tak guna. Aku sayang boyfriend aku very much okay. Yang tak guna dan suck adalah ex-boyfriend kau. Apa? Boyfriend kau tak suck? Habis tu apa kau buat kat sini?!

Okay, lupakan pasal tu dan mari kita aku tunjukkan langkahnya kepada kau.

1. Setiap pagi bila kau bangun tidur, kau pergi kat cermin yang paling hampir, pastikan cermin tu cermin paling besar yang kau ada. Kemudian kau cakap pada bayangan diri kau di cermin tu, "____(masukkan nama sendiri kat sini) adalah perempuan cantik. Kau berhak dapat lelaki yang lebih baik dari dia."  Ulang sampai 3 kali dan pada kali terakhir tu, kau jangan cakap tapi jerit kuat-kuat sampai jiran sebelah rumah kau boleh dengar. Lepas tu, kau buat bodo dan pergi basuh muka. Malam sebelum nak tidur pun kau ulang langkah yang sama, juga 3 kali. Ingat, 3 kali, jangan buat lebih-lebih, nanti tak menjadi.

2. Pergi ke kedai cenderamata atau kedai buku terdekat dengan kau. Beli sebanyak mungkin kad ucapan tahniah perkahwinan (sebanyak yang bajet kau mampu). Kemudian selama sebulan kau poskan kad tu untuk diri kau sendiri tetapi guna nama boyfriend kau sebagai pengirim. Dan jangan lupa balas kad yang kau hantar tu. Lakukan ini setiap hari sampai satu hari kau betul-betul naik hangin lalu koyak semua kad yang kau dapat. Masa ini, kita boleh beralih ke proses seterusnya.

3. Beli 3 bungkus kuaci Chacheer, ingat Chacheer tau jangan beli jenama lain. Duduk depan TV, buka siaran yang menayangkan drama swasta atau drama cintan cintun yang sedih atau tangkap leleh. Kau buka bungkusan Chacheer, kupas kulit kuaci tu satu persatu sampai habis. Isinya kau jangan makan, kau lontarkan kat kaca televisyen tadi. Kulitnya kau simpan balik dalam bungkusan. Jangan buang sampah merata-rata. Pengotor itu amalan syaitan tahu?!

4. Dapatkan sekuntum bunga ros plastik dari mana-mana tempat yang kau nampak. Curi pasu bunga mak kau. Lepas tu, isi tanah baik-baik dan kambuskan bunga ros plastik tadi dengan penuh kasih sayang seperti kau tanam pokok betul-betul. Bila semuanya sudah siap, kau cakap pada bunga plastik tu, " Selagi kau tak mati, selagi tu aku takkan balik pada boyfriend aku biarpun dia merayu aku sampai mati." Jangan lupa siram pokok plastik kau setiap hari dan bubuh baja sebulan sekali.

5. Curi novel adik, kakak atau kawan kau yang paling sedih. Novel yang kau pernah tengok dia nangis nangis masa bacanya. Kau tunggu tengah malam baru kau baca novel tu. Sambil baca, sambil gelak mengilai kuat-kuat, lepas tu kau cakap, "Lawak siot cerita ni!"

6. Pernah kau tengok pesakit di wad Tanjung Rambutan? Ya, pastikan keadaan kau tidak terurus lebih teruk dari mereka. Lepas tu, kau pergi cari boyfriend kau yang tak guna tu kat tempat lepak biasa dia. Buat-buat terserempak dengan dia lepas tu hampiri dia perlahan-lahan dan bisik di telinganya, "Aku tahu apa kau buat. Aku tahu. Aku nampak semuanya." Jangan lupa perhatikan dan ingat baik-baik riak muka cuak dan takut dia supaya kau boleh ketawa puas-puas bila kau balik rumah nanti.

7. Keesokannya, pergi ke tempat sama. Kali ini, kau jangan biar diri kau berserabut macam orang gila lagi. Kau mekap sehabis cantik, kalau tak tahu mekap, dapatkan khidmat kawan kau atau kau nak upah jurumekap profesional pun tak apa. Kau pakai baju sehabis cantik, pendek kata dressing maut, bagi kaum perempuan, kau pasti faham apa yang aku maksudkan dengan dressing maut. Kau lintas lambat-lambat di hadapan boyfriend suck kau, pastikan dia nampak kau betul-betul, pastikan dia ternganga betul-betul kemudian baru kau tunjukkan isyarat " Call Me" dengan gaya tangan kau. Senyum sekilas kat dia sebelum kau beredar. Ingat, jangan tunggu lama-lama. Buat gaya ni dan terus blah.Seperti tadi, ingat riak muka boyfriend kau untuk dijadikan bahan ketawa nanti. Step 6 dan 7 ni kau kena ulang setiap hari sampai boyfriend kau takut nak lepak kat tempat biasa dia.

8. Katakanlah semua cara ini tak berkesan, ada satu cara merbahaya untuk kau cuba. Tapi kalau kau dah angau sangat sampai tak boleh lupakan boyfriend suck kau, terpaksalah kau cuba buat juga. Caranya, cari mana-mana tangga yang tinggi, kalau rumah kau tak ada tangga, pinjam tangga mudah alih jiran kau, atau lebih senang cari rumah jiran kau yang ada tangga. Lepas tu kau berdiri di anak tangga paling atas dan pura-pura jatuhkan diri, bukan pura-pura lagi ni, konfem kau jatuh betul nanti. Bila kau sedar, kalau bernasib baik, kau akan hilang ingatan dan dengan itu tak payahlah kau teringat-ingatkan boyfriend kau yang tak guna lagi. Silap haribulan, nama kau pun kau tak ingat. Kan senang? Mudah kan hidup kau lepas tu.



Cara ni pun boleh cuba juga kalau kau berani.



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, August 10, 2012

Of Becoming Forlornly Selfish.




If choosing to not letting you go even when you are not the best one for her

is selfish,

then she is hopelessly selfish.


If deciding to hold onto you tightly even after you lied and cheated on her

is selfish,

then she must be despicably selfish.


If loving you so much until she cannot lost you even after all the pain that you have made her went through

is selfish,

then she is sickly selfish.













May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, June 13, 2012

I Love It When You Called Me Sayang.








Rather than DARLING,SWEETHEART,BABY,or any fucking-goddamn-other-girlfriends-nicknames,I just love it when you call me SAYANG.


So,please dont bother to ask why couldnt you use other form of nicknames for me.





*Oh,and please dont misunderstood this entry.

I'm not in love.At least for now.











May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, December 12, 2011

Kuda Awak Telefon!


Pada suatu hari yang tenang,seorang suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar.Tiba tiba datang si isteri membawa tudung periuk.
PANG!!!
Diketuknya atas kepala si suami.Si suami yang
terpinga pinga bertanya,“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??
Si isteri pun menjawab. “Nah! Awak tengok nih!"sambil menunjukkan secebis kertas yang tertulis nama,'Mary'.Si isteri tentulah menyangka si suami mempunyai kekasih lain yang bernama Mary.
Dengan tenang si suami menjawab."Ooo….itu nama kuda yang saya bertaruh semalam,namanya Mary."
Si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya lalu terus menyambung kerja di dapur.

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat rehat membaca suratkhabar seperti selalu.
PANG!!!
Si isteri mengetuk kepalanya sekali lagi.Kali ini lebih kuat.Si suami pun bertanya."Aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???"
Dengan selamba si isteri menjawab,“kuda awak telefon!!”








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, November 28, 2011

Kalau Tak Suka,Jangan Bagi Harapan.


DIALOGUES:


"Dia ajak bertunang."

"Then bertunanglah."

 "Gila,aku tak mau!Aku tak suka dia."

 "Dah 4 tahun baru kau cakap tak suka?"

 "Aku nak belajar.Pelajaran lebih penting."

 "Okay."

 "Lagipun aku tak suka dia.Aku tak mau dia."

 "Habis kenapa bagi harapan?"

 "Dia yang terhegeh hegeh nakkan aku.Biarlah..."

 "Kalau tak suka,tak payahlah layan dia.Jangan bagi harapan.Bila orang dah betul betul suka,kau akan tinggalkan dia,begitukah?"

 "Aku masih belum puas enjoy.Masih muda.Aku tak mahu terikat dengan siapa siapa."

 "Kalau begitu,kenapa tidak beritahu dia awal awal?Perasaan orang bukannya barang permainan.Diambil bila kau suka dan dibuang bila kau sudah tidak mahu."

 "Hmmmm...."

 "Suka hatilah."

 "Aku akan kahwin dengan sesiapa sahaja yang mak pilih asalkan bukan dia."

 "Tapi mak takkan pilih orang lain selain dia."








Baju ni untuk bertunang pun cantik jugak.Kan?









May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, November 24, 2011

Cara Untuk Kelihatan Cool Di Hadapan Awek Anda.



1.Ketika di dalam pawagam--Tetiba sakit perut dan terlepas angin yang piaww baunya,anda hanya perlu menyalahkan orang sekeliling anda supaya anda kelihatan 'cool' dihadapan awek anda.

2.Sewaktu kemalangan kecil--Awek anda jatuh tersungkur kerana tersadung batu dihadapan orang ramai.Anda hanya perlu memaki hamun batu itu agar orang ramai perasan bahawa anda sentiasa menyebelahi kekasih anda.

3. Ketika dikedai makan(kepada yg merokok)--Selepas makan anda menghisap rokok tanpa menghiraukan sebarang notis larangan.Tiba tiba tauke kedai memaki anda dengan mengatakan bahawa di restorannya adalah kawasan larangan merokok,anda yang mula malu di hadapan kekasih hanya perlu menjawab "Dey macha,u letak signboard no smoking tu dekat kaunter...so, i duduk dekat meja makan ni takde signboard no smoking pon.".Anda perlu melafaskan ayat tadi dengan yakin agar kekasih anda bangga dengan anda.

4.Ketika krisis kewangan dipertengahan bulan--Awek anda mengajak anda bersiar siar dihari yang cerah,anda cuma perlu menjawab "Sayang ,rasanya ari ni akan ujan lebat la .. nanti u demam,i yang susah"  -Ini dapat mnjimatkan wang anda.

5.Ketika diberi pilihan--Awek anda bertanya jika anda diberi pilihan antra KLCC dengan dirinya,yang mana anda akan pilih.Anda hanya cuma perlu menjawab "I akan pilih KLCC sebab KLCC lebih tahan lama dan banyak awek awek yang cun kat situ." Jawab dengan penuh yakin agar awek anda memahami niat sebanar anda.



Sekian dari saya.Amalkan tips ini jika anda ingin mnjadi kekasih yang 'SEJATI'.




Boleh juga melakukan ini untuk kelihatan cool.











May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, November 10, 2011

Mari Berkenalan Dengan Kaunselor Cinta Anda.


              Sejak kebelakangan ini,aku perasan aku semakin kerap memberi tips tips kepada mereka yang putus cinta ataupun mengalami masalah cinta.Contohnya,pakwe/awek kahwin lari dengan orang lain,pasangan curang,pasangan merajuk,pasangan yang nak breakup and so on.Dan i've got this feeling yang sebenarnya seronok juga mendengar masalah orang lain dan membantu mereka menyelesaikannya.

             Itu menyebabkan aku ada terfikir yang kemungkinan besar kerja di bahagian psikologi adalah sesuai untuk aku.Tapi ada sebahagian diri aku yang membantah,katanya "WTH eh Sarah Sayuri?Kalau semua kau nak jadi,semua kerja kau nak ambil,habis orang lain nak jadi apa?!" So and so,dan aku pun membatalkan hasrat aku untuk terjun ke bidang psiko.Walau begitu,aku masih lagi kaunselor yang tidak bertauliah yang akan cuba menyelesaikan masalah orang yang bermasalah seandainya masalah itu bukannya masalah yang bermasalah bagi aku.Faham maksud aku?Bagus.Bagus.Kau semua memang boleh diharapkan.

            Jadi,ini sahaja yang aku ingin sampaikan.Mari berkenalan dengan kaunselor anda.Say hi to her!



Pasangan yang berjaya aku satukan baru baru ini.



 Nota Kaki:Kata orang,mereka yang mahir menyelesaikan masalah orang lain sebenarnya 

mempunyai banyak masalah sendiri yang terbengkalai.Errrkk...*terasa,terasa...*






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, November 6, 2011

Ada Pakwe Pun Macam Tak Dak Pakwe Saja.


                 Ramai rakan rakan aku merungut.Ramai perempuan di Facebook merungut.Merungut tentang permasalahan yang satu inilah.Kata mereka ada pakwe pun macam takdak pakwe sahaja.Mungkin kerana mereka tidak dipedulikan.Mungkin kerana pakwe mereka sekejap ada sekejap hilang entah ke mana.Mungkin juga kerana mesej dan panggilan telefon tidak berbalas.Menanti kedatangan sang pria tercinta ibarat menanti buah yang tak gugur.

                Akhirnya kekecewaan diluahkan dalam Facebook,kepada rakan rakan dan juga pelbagai medium yang difikirkan perlu.Lebih teruk kalau ada yang mula menaruh syak wasangka bahawa pakwe masing masing sudah bermain kayu tiga,empat dan seterusnya di luar pengetahuan mereka.Kemudian adegan serang menyerang dan tuduh menuduh mula dijalankan kepada kaum sejenis yang disangka cuba merosakkan cinta suci yang dipupuk.Memaki maki sang perempuan yang kononnya cuba merampas kekasih hati tercinta.Bagi yang lebih beradab mungkin adegan serang menyerang ini hanya akan dijalankan kepada pakwe sendiri dan tidak melibatkan mana mana pihak luar.

              Jadi bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?Bagi pendapat aku,itu pakwe kau,kau sendirilah uruskan.Okay...okay.Kita serius sekarang.Now cuba eja lelaki.L.E.L.A.K.I.Dah eja?Nampak?Nampak ejaan nya dengan ejaan P.E.R.E.M.P.U.A.N berlainan tak?See people...Ejaannya pun dah berlainan.Apatah lagi sikap dan pemikiran masing masing.

             Bagi lelaki kalau tidak menghubungi aweknya untuk sehari itu bukanlah satu masalah besar.Mereka masih boleh bertenang,menjalani kehidupan harian seperti biasa,masih boleh lepak lepak dan berketawa riang dengan rakan rakan.Tetapi bagi perempuan,kalau sehari pakwe mereka tidak menghubungi tidak kiralah dengan menggunakan medium apapun waima surat layang sekalipun,mereka akan mula berasa gelisah,berasa hidup tidak tentu arah dan mula memikirkan yang bukan bukan.Padahal bukannya ada apa pun.No biggie la mehh...Small matter only.

               Aku benci nak ulang perkataan ni dua tiga kali tapi aku terpaksa jugak ulang.Kepercayaan.Ingat lagi benda ni?Kepercayaan itu penting dalam sesebuah perhubungan.Malah dalam Rukun Negara kita juga KEPERCAYAAN kepada Tuhan diletakkan di tempat yang paling atas.Ada antara kau di sini yang tidak ingat rukun negara kita?Ingat?Tak ingat?Astaga....Bawak bawaklah menghafal sebelum dihantar ke Burma ataupun Zimbabwe.

               Dengan adanya kepercayaan terhadap pasangan masing masing,aku rasa tidak akan wujud permasalahan seperti ini lagi.Sehari dua hari mahupun sebulan tidak berhubungan bagi aku tidak ada masalahnya.Bagi perempuan di luar sana aku tidak tahulah.Sebab bagi aku kepercayaan itu adalah keyakinan.Yakin bahawa pasangan kau tidak akan menduakan kau di luar pengetahuan kau.Yakin selama manapun kau terputus hubungan tidak akan ada orang ketiga antara kau berdua melainkan syaitan dan sekutunya.Yakin walau dengan siapapun dia berada,hatinya masih milik kau.Boleh kau mempunyai keyakinan yang sebegitu?Kalau tidak boleh tidak payahlah bercinta,buang masa sahaja.

              Kesimpulannya,janganlah gabra atau gelabah sekiranya pakwe anda tidak menghubungi anda dalam tempoh 24 jam.Mereka juga manusia bukan robot.Mungkin mereka sibuk,mungkin mereka terlupa.Lagipun lelaki cepat lupa akan perkara perkara remeh.Bagi kau menelefon atau mesej 18 kali sehari itu mungkin perkara penting tetapi bagi lelaki mungkin itu adalah perkara kecil.Jadi fikir mereka,kalau tidak buat atau terskip sehari pun tidak mengapa.Bawa bawalah bertenang wahai perempuan sekalian.Jangan serang orang lain sesuka hati.Jangan berperang Dunia Ke-3 kerana satu hal yang kecil.Jangan memalukan aku.Aku ulang sekali lagi,jangan memalukan aku.


             Apa saya patut lakukan kalau pakwe saya masih tidak menghubungi saya selepas 3 hari biarpun saya dah post 34 mesej di Wall Facebooknya,menghantar 188 mesej ke telefonnya,menelefonnya sebanyak 79 kali dan menghantar 28 pucuk surat wangi kepadanya?


 Ini jawapan aku-Kau ada 3 pilihan di sini:

1.Anggap sahaja dia dah mati.Cari sahaja pakwe baru.

2.Tunggu juga sampai dia menghubungi kau tidak kiralah selama mana.Even sampai kucing bertanduk sekalipun.

3.Pura pura tidak ada apa yang berlaku,teruskan aktiviti harian kau seperti biasa.



                Kalau saya tidak tahu nak buat pilihan yang mana?



 Ini jawapan aku-Kau yang sepatutnya pergi terjun bangunan dan mati.Memang wajar sangatlah pakwe kau lari.
















May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, August 25, 2011

Perkara Yang Tidak Patut Dibuat Terhadap Girlfriends Anda Melainkan Anda Mahu Beraya Secara Solo Tahun Ini.


 Translated From English Version Supaya Senang Difahami.

 Ditulis selepas ramai yang breakup di Facebook menjelangnya Syawal.



 JANGAN.DONT.NEVER EVER:




Mengejek atau mempermainkan muka,baju,bentuk badan dan rambut girlfriends anda.Seriously jangan pernah cuba buat.

Sarkastik atau menyindirnya secara berlebihan.Lawak dan sarkastik adalah dua perkara yang berbeza.Lawak boleh membuatkan girlfriends anda ketawa lalu menyayangi anda lebih lagi.Tetapi bersarkastik dengannya dan bersedialah untuk Hulk Hogan versi perempuan muncul.

Flirting atau bergatal bermiang miang dengan perempuan lain terutamanya di Facebook.Berhati hatilah.Facebook mungkin menjadi aplikasi terakhir yang kau semua gunakan semasa hidup.Kalau anda fikir dengan membuatnya jeles dia akan berlari mendapatkan anda,maka ternyata anda salah kerana bukan girlfriends anda yang akan berlari mendapatkan anda sebaliknya she-beast.

Bermain kayu tiga,empat, atau seterusnya.No,no,no.Jangan,jangan,jangan.Tidak kira apa sekalipun yang anda lakukan,anda tidak akan terlepas dari hukuman kerana menduakannya.Girlfriends anda akan mencari anda tidak kira di mana pun anda bersembunyi.Kalau bukan girlfriends anda,mungkin malaikat maut yang akan menjumpai anda.

Menabur janji yang tidak dipenuhi.Jika tidak dapat ditunaikan,jangan berjanji.Senang bukan?

Jangan mengatakan I Love You sedangkan anda tidak memaksudkannya.Maksud aku,jika girlfriends anda bertambah berat 200 paun selepas Hari Raya,adakah anda masih akan mengatakan I Love You kepadanya?

Menipu.Anda pasti akan tertangkap atau penipuan anda akan terbongkar juga.Tiada siapa yang boleh menipu selamanya.Kalau penipuan dah terbongkar,lebih baik mengaku sahaja.Jangan sekali kali cuba menutup penipuan dengan melakukan penipuan yang lain.Percayalah,dengan perempuan ia takkan berhasil.

Menafikan perkara yang betul.Kalau girlfriends anda confront or berjumpa face to face dengan anda mengenai sesuatu perkara(contohnya mengenai perempuan lain atau baju raya warna tidak sama tetapi anda menipunya dengan mengatakan warna sama) percayalah yang dia dah tahu kebenarannya sebelum confront anda.Menafikan perkara itu hanya akan membuatkannya mengamuk.

Memaksa dia.Jangan memaksa girlfriends anda melakukan sesuatu yang dia tidak suka bersama anda.Contohnya anda suka bungee jumping tetapi girlfriends anda gayat.Kalau anda terus terusan memaksanya percayalah itu adalah terjunan bungee jumping terakhir anda di dunia ini.Kesimpulannya senang sahaja,kalau girlfriends anda mahu buat sesuatu bersama anda,maka dia akan buat.Kalau dia tidak mahu,dia tidak akan buat dan anda tidak boleh memaksanya.

Bercakap mengenai perempuan lain.Tidak kiralah mengenai apa apapun tentang perempuan lain.Misalnya perempuan itu cantik,dia seksi,mata dia cantik atau baju dia cantik sekalipun.Sekalipun anda tidak memuji perempuan itu,girlfriends anda tetap akan menarik muka empat belas.Girlfriends anda tidak mahu mendengar apa apa tentang perempuan lain melainkan pujian tersebut untuknya.

Bercakap mengenai bekas atau ex-girlfriends anda.Ini sama seperti yang di atas.Tidak kiralah perkara baik ataupun anda mahu mengutuk ex-girlfriends anda,jangan lakukannya.Jangan.Sebab kalau anda bercakap perkara yang baik mengenai ex anda,maka girlfriends anda menyangka anda masih menyukai ex anda.Dan kalau anda mengutuk ex anda pulak,girlfriends anda akan menyangka anda akan melakukan perkara yang sama terhadapnya nanti.

Bercakap buruk mengenainya di belakang dia.Misalnya mengatakan girlfriends anda pengotor,busuk,gemuk,hitam,banyak jerawat dan lain lain lagi.Sebab tidak kiralah sepandai mana anda menyembunyikannya,girlfriends anda lagi pandai mencarinya.Dan kalau dia menjumpainya,maka say hello to hell because you are going there.

Cuba untuk meletakkan kesalahan ke atas dia supaya anda akan terlepas dari masalah.Misalnya anda lambat untuk date dan anda menyalahkannya sebab datang terlalu awal.Ianya tidak akan membantu anda sebaliknya akan membuatkan keadaan yang sedia buruk menjadi bertambah tambah tambah buruk.

Bertanya mengapa dia marah terhadap anda.Ataupun bertanyakan apa kesalahan anda sehingga membuatkan dia marah.Inilah perkara yang selalu dilakukan oleh lelaki yang tidak patut mereka lakukan.Kesimpulannya senang sahaja,kalau dia marah,bermakna anda sudah melakukan sesuatu yang silap atau melakukan sesuatu.Mengakulah kesalahan anda,katakan anda yang salah dan minta maaflah (biarpun anda sebenarnya tidak tahu kesalahan anda).Girlfriends anda sebenarnya hanya mahu anda meminta maaf dan mengakui anda salah bukannya menganalisis kesalahan anda dan mencari puncanya.Say that you are sorry.It's as simple as that tapi kebanyakan lelaki tidak dapat melakukan ini.

Bergurau tentang breakup atau berlawak minta break up darinya.Perempuan tidak mengambil benda ini sebagai satu bahan jenaka.Percayalah,bila aku katakan,sebelum sempat anda menjelaskan kepada girlfriends anda bahawa anda hanyalah bergurau,anda sudahpun single atau ditinggalkan(dumped).

Memberitahunya yang dia overreacting atau terlebih beremosi mengenai sesuatu perkara.Sekiranya anda fikir dia marah sebelum itu,maka selepas anda memberitahunya,bersedialah untuk bertemu dengan she-beast from hell.

Pergi ke parti atau hang out dengan kawan perempuan anda tanpa girlfriends anda.Tidak kiralah sebanyak mana dia percaya pada anda,girlfriends anda akan tetap risau dan cemburu.

Bagi alasan.Sekiranya anda tertangkap atau kantoi,jangan cuba menyelamatkan diri dengan bagi alasan.Misalnya sekiranya anda kantoi berpegangan tangan dengan perempuan lain dan kemudian terjumpa dengan girlfriends anda secara tidak sengaja,jangan cuba mengatakan anda terpegang tangan perempuan itu atau perempuan itu adik luar nikah anda.Girlfriends anda sama sekali tidak akan percaya.Paling baik,anda hanya akan dapat penampar percuma.Sekiranya anda lambat atau tidak membalas mesejnya,jangan bagi alasan juga.Minta maaf dahulu lebih baik.

Bercakap dengannya semasa anda tengah marah.Sebab anda akan cenderung untuk terlepas cakap benda yang tidak sepatutnya dicakapkan masa ini.Contohnya anda mungkin menggelarnya "bitch" atau perempuan jalang sekiranya anda bertengkar disebabkan cemburu.Dan selepas itu,walaupun 1000 kali anda meminta maaf,girlfriends anda tetap akan ingat yang anda pernah memanggilnya bitch dulu.Atau mungkin juga anda terlepas cakap tentang perempuan lain.Misalnya "Kalau aku keluar dengan si Nina,takde pun dia minta bukan bukan macam kau ni!!"(masa bergaduh tentu guna aku,kau je kan,sayang dah melayang entah ke mana).Maka kantoilah anda di situ.Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata?

Tidak membalas mesej atau tidak menghubunginya.Sekiranya anda tidak menghubungi girlfriends anda untuk jangkamasa tertentu atau tidak membalas mesej mereka,maka mereka akan fikir anda sudahpun mempunyai perempuan lain.Ya,aku tahu anda semua mungkin baik baik belaka dan tidak pernah bermain kayu tiga atau empat.Tetapi girlfriends anda tidak tahu.Sebelum anda sedar dan sebelum anda sempat menaip mesej meminta maaf,mungkin juga sekali lagi anda kena dumped.Tolonglah balas atau hubungi girlfriends anda itu dengan apa cara sekalipun.Kalau tidak mereka akan memenuhi Wall Facebook aku dan orang lain yang tidak bersalah dengan status berunsur kemarahan ataupun kesedihan.Please,for God damn sake!!!





Nota Kaki:Kesimpulannya,jangan buat perkara perkara di atas kepada girlfriends anda sekiranya anda tidak mahu beraya secara solo tahun ini.Melainkan girlfriend anda itu adalah Sarah Sayuri.Silalah percaya yang aku baik.






Elena juga masih ada Stefan.~~~~Lalalala~~~~(tapi ni Katherine)









May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat