Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, November 10, 2011

Mari Berkenalan Dengan Kaunselor Cinta Anda.


              Sejak kebelakangan ini,aku perasan aku semakin kerap memberi tips tips kepada mereka yang putus cinta ataupun mengalami masalah cinta.Contohnya,pakwe/awek kahwin lari dengan orang lain,pasangan curang,pasangan merajuk,pasangan yang nak breakup and so on.Dan i've got this feeling yang sebenarnya seronok juga mendengar masalah orang lain dan membantu mereka menyelesaikannya.

             Itu menyebabkan aku ada terfikir yang kemungkinan besar kerja di bahagian psikologi adalah sesuai untuk aku.Tapi ada sebahagian diri aku yang membantah,katanya "WTH eh Sarah Sayuri?Kalau semua kau nak jadi,semua kerja kau nak ambil,habis orang lain nak jadi apa?!" So and so,dan aku pun membatalkan hasrat aku untuk terjun ke bidang psiko.Walau begitu,aku masih lagi kaunselor yang tidak bertauliah yang akan cuba menyelesaikan masalah orang yang bermasalah seandainya masalah itu bukannya masalah yang bermasalah bagi aku.Faham maksud aku?Bagus.Bagus.Kau semua memang boleh diharapkan.

            Jadi,ini sahaja yang aku ingin sampaikan.Mari berkenalan dengan kaunselor anda.Say hi to her!



Pasangan yang berjaya aku satukan baru baru ini.



 Nota Kaki:Kata orang,mereka yang mahir menyelesaikan masalah orang lain sebenarnya 

mempunyai banyak masalah sendiri yang terbengkalai.Errrkk...*terasa,terasa...*






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

5 comments:

Zulfikar Hazri said...

org kata, tukang rumah, rumahnya kopak-kopak tak siap...


pomen kereta, kereta dia retak menanti belah...


pomen motor, motor dia yamaha 100 nak runtuh..

:)

Cik tikah said...

betul betul.. org kata kalau kita suka solvekan masalah org, sbnrnya kita de mslh yg blom diselesaikan. hehe..

nur anis said...

selalu dengar macam tu. mungkin bila asyik fikir masalah orang, masalah sendiri yang terabai..huhu

Sunah Sakura said...

erk....agak betul di nota kaki itu

R-dini said...

agak betul ape yg ditulis di nota kaki itu, huhu

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat