Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Showing posts with label Emo Stories. Show all posts
Showing posts with label Emo Stories. Show all posts

Monday, March 28, 2011

About Bertemu Di Stesen Keretapi.


                  Kalau korang perasan ini adalah cerpen kedua yang aku taip selepas Bintang Berkilauan Di Bulan Mac.Itupun kalau korang perasan.Sebab aku rasa takde sapa yang nak baca cerpen boring yang aku taip ni.Even begitu aku nak cakap jugak tentang kesusahan menulis balik cerita ni.

                Sebab cerita ni digambarkan menerusi pandangan kedua-dua watak,aku terpaksa asingkan watak Cikgu Inazawa dan Kiyosu Waka.Kalau aku tulis dari pandangan Kiyosu Waka je,memang ada banyak benda yang tertinggal dan mungkin readers takkan faham.Proses nak tulis cerita ni memang torturing(menyeksakan) sebab bila dah habis tulis pasal Kiyosu Waka aku terpaksa ulang balik dari start untuk watak Cikgu Inazawa pulak.It's quite unbearable.Susah untuk jadi lelaki dan perempuan pada masa yang sama.Kadang-kadang aku pun tak tahu aku dalam watak siapa time menulis.

              Dan semua cerita yang aku taip aku tulis dahulu sebelum taip.Maknanya aku dah buat 3 kerja in a same time.Aku tulis,then baca balik then type sambil ubah apa yang patut.Korang tak perlu rasa yang aku ni amazing sebab aku sendiri rasa aku ni amazing. 

             Dan aku benci menaip sebab tu ambil masa agak lama untuk post semua cerita ni kat dalam belog.Cerita tu dah lama habis ditulis tapi aku malas nak gerakkan jari jemari mulus aku untuk typing.And ada berlambak-lambak lagi cerita yang aku dah tulis tapi malas nak taip and publish sebab aku rasa takde orang berminat tapi itu bukan alasan utamanya.Kalau aku nak post,still aku akan post even takde orang berminat nak baca.Aku tak kesah.Korang ada kesah?

              Bertemu Di Stesen Keretapi ni quite an interesting story.Aku puji cerita sendiri sebab takde sapa nak puji.Yeah....cerita ni menarik bukan sebab aku yang tulis tapi because of the story itself.Cikgu Inazawa watak yang menarik dan aku juga harap dapat cikgu macam dia even zaman sekolah aku dah lepas.Aku tak suka lagu Awan Nano nyanyian Hafiz even ini takde kena mengena dengan tajuk entry.Dan aku perasan yang Justina Bieber dah menyerang iklan kat belog aku sejak semalam. 

             Aku benci iklan tu tapi terpaksa tengok sebab dah tertempek kat belog.Kalau Digi bagi free tiket concert dan support semua perbelanjaan aku pun sumpah aku tak pergi ke konsert pompuan lelaki tu.Tapi aku bukan pelanggan Digi,so that's that.Goodbye.



 Nota Kaki:Bintang Berkilauan Di Bulan Mac,Bertemu Di Stesen Keretapi dan akan datang Cerita Buatmu adalah 3 buah cerpen berbeza yang dikumpulkan dalam satu komik bertajuk Cerita Buatmu.So dont get confused.Dan Cerita Buatmu adalah cerpen paling susah nak tulis balik so sebab tu aku tak tulis lagi.Itu saja.Sekian.

 May Peace Be Upon Us.


Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, March 26, 2011

Cerita Buatmu( Cerita 2 Part 2)



Cikgu Inazawa:

                   Rasa lega sikit sebab hari ni takde kuliah pagi.Yang ada pun di sebelah malam nanti.Bila takde apa nak buat dan rasa bosan duduk sorang-sorang di rumah sewa,aku ambil keputusan untuk bersiar-siar di sekeliling bandar.Ambil angin sikit barulah tak bosan sangat.

                  Dalam pada berfikir-fikir sama ada hendak mengambil bas atau berjalan kaki saja,aku ternampak stesen keretapi Kareizawa.Terdetik di hati untuk menaiki keretapi.Lagipun aku jarang menggunakan perkhidmatan keretapi untuk ke mana-mana.Lantas aku pun terus beli tiket dan melompat masuk ke dalam keretapi pertama yang sampai.Biasanya keretapi ni terus menuju ke sekolah pertama aku buat praktikal dulu.Tak mungkin pula aku ingin bersiar-siar di sana?

                   Lalu,sampai saja di stesen pertukaran aku tukar keretapi.Keretapi ni nampak lengang sikit dari tadi.Tak ramai penumpang di dalamnya.Sedang aku mencari tempat duduk(biasanya seorang yang cerewet pasal tempat duduk) tiba-tiba aku terpandang seorang pelajar perempuan.Cantik,mata bundar,rambut hitam bersinar paras bahu.Tapi jangan salah faham pulak!Aku bukannya nak mengorat dia tapi aku perhati lama-lama sebab aku rasa macam kenal.Seperti aku pernah jumpa pelajar tersebut di mana-mana.

                   Aku tak puas hati lalu pergi dekat sikit.Nampak lencana sekolah di uniform yang dipakainya.Sah,memang ini pelajar dari tempat aku buat praktikal dulu!Patutlah rasa cam kenal tadi.Eh,bukankah sepatutnya dia berada di sekolah sekarang bukannya sedang enak mengunyah makanan di sini?Ni mesti kes ponteng sekolah ni.Aku memang pantang kalau terjumpa pelajar-pelajar yang kaki ponteng ni!

                   Lantas aku ambil keputusan untuk menegurnya.Takpelah,niat aku baik kan.Sebagai seorang bakal guru,mahu tak mahu mesti tegur kalau ada pelajar yang lakukan kesalahan.Kiyosu Waka namanya.Aku pasti itu sebab bila aku panggil dia dengan nama itu,dia menoleh tapi tak pula menyahut.

                   Kemudian dia terkebil-kebil macam cicak tertelan kapur memandangku.Mesti dia rasa bersalah.Sudahlah ponteng sekolah,tertangkap dek bekas cikgu sendiri pulak tu.Orang kalau dah buat salah memang terpancar jelas kat wajahnya.Awak ni tengah ponteng sekolah ke?Takkanlah aku nak tanya macam tu pulak kat dia.

                   Walaupun tahu dia memang ponteng tapi sebagai seorang bakal guru aku harus bijak mengeluarkan soalan.Jadi aku pun tanya dia apa yang dia buat kat sini.Dia tidak menjawab soalanku jadi aku tanya lagi, “Bukankah awak sepatutnya berada di sekolah?”

                   Kali ini dengan nada yang lebih tegas.Biar dia tahu yang dia baru sahaja melakukan satu kesalahan serius.Tapi dia masih memandangku dengan mata terkebil-kebil seperti tadi.Kali ni dia jawab soalanku tapi dengan jawapan paling bodoh dalam dunia yang pernah kudengar.Aku naik geram.Kecik je pelajar tu aku nampak.

                   Selepas tu,dia kutuk aku pulak.Paras kemarahanku semakin meningkat.Namun aku bersabar jugak.Dengan remaja di bawah umur ni kita mesti banyak bersabar.Hormon mereka kan masih belum stabil.Itulah sebabnya mereka jadi begini.Suka ambil tindakan sesuka hati.Bila dia sambung makan,aku pun tanya dia kenapa dia bawak bekal ke sini.Memang niatnya untuk berkelah dalam keretapi sambil ponteng sekolah ke?Kalau begitu,maknanya dari awal lagi dia sudah merancang semuanya.

                   Tapi boleh pula dia menjawab dengan kasar disertai niat ingin menghalauku.Kenapalah bekas pelajar aku ni kurang ajar sangat?Apa ketika di sekolah dulu aku kurang mengajarnya ke?Aku pun hangin satu badan dan memberi amaran keras kepadanya supaya jangan berlaku biadab terhadap guru sendiri.Walaupun guru pelatih aku tetap pernah menjadi gurunya.

                   Bila dah berkeras camtu,aku ingatkan dia akan meminta maaf tapi sebaliknya pula yang berlaku.Dia buat muka menyampah dan angkat bekal makanan ke tempat lain.Dalam hati,aku tertanya-tanya,aku terlalu berkeras dengannya ke tadi?

                 Aku cuba tenangkan diri dan bila dah tenang aku menghampirinya sekali lagi.Niatku hanya satu.Ingin memujuknya supaya kembali ke sekolah tapi dengan cara lebih lembut.Aku bagi cadangan suruh dia tukar keretapi di stesen seterusnya.Dia memalingkan muka ke arah lain seolah-olah jijik memandangku.Aku tahulah yang aku ni bukannya hensem sangat tapi tak perlulah buat sampai macam tu sekali.

                   Belumpun sempat aku memujuknya lagi,sambil tengah pandang ke luar tingkap tu dia menolak keras cadanganku.Kalau dia tolak sahaja cadanganku,aku masih boleh bersabar lagi,tapi aku cukup tak suka bila orang bercakap dengan aku sambil tengok tempat lain.Rasa marah yang terkumpul kuhamburkan kepadanya.Cuak juga dia bila nampak muka aku yang tengah marah tahap maksima tu.Ada kawan aku pernah cakap yang muka aku ni ala-ala cina kalau marah.Macam Andy Lau agaknya.

                   Aku jangkakan dia akan menjerit kepadaku tetapi riak di wajahnya berubah kendur.Dia bersuara dalam nada perlahan.Aku terkesan riak-riak sedih pada wajahnya.Agaknya dia dah mula insaf kot?Dia memberitahu yang dia mempunyai sebab tersendiri untuk ke sini.Itu bermaksud dia bukannya menaiki keretapi ni sekadar untuk berkelah.Kemudian agak lama dia merenung kosong ke hadapan seakan-akan memikirkan masalah dunia.

                   Aku biarkan dia untuk seketika.Mungkin dia perlukan masa untuk bersendirian.Pabila dia kembali ke alam realiti,dia mengkhabarkan kepadaku bahawa dia tidak mahu bersekolah lagi.Aku tidak pasti pula adakah dia memaksudkan dia tidak mahu bersekolah lagi atau merujuk kepada hari ini.Tiba-tiba pula sesuatu terlintas di fikiranku.Fakta yang pernah kudengar dari mulut guru-guru di sekolah aku praktikal dulu.

         “Pelajar perempuan sekolah menengah dari bandar cuba terjun dari bumbung sekolah.Mereka berasa terdesak setelah sering dipaksa ke sekolah biarpun  sering ponteng…”

                   Mindaku cuba mengaitkan fakta itu dengan Kiyosu.Takkanlah.Dia dibuli kot?Aku teringat kembali kata-katanya tadi.Dia benci sekolah.Benci semuanya.Adakah dia dipaksa ke sekolah?Satu perkataan baru muncul di layar fikiranku setelah menganalisis semua maklumat itu.Bunuh Diri!!!

                   ‘Rupanya sekolah dia bermasalah.Siapa yang buat Kiyosu macam ni?’ aku berfikir sendirian sebelum memutuskan untuk bertanya terus hal itu kepadanya.

                   Namun,belumpun sempat aku menyudahkan soalan,angin Kiyosu sudah datang balik.Memanglah ini semua takde kena mengena dengan aku.Tapi aku sudah terlanjur mengetahui semua ini,takkanlah aku hendak membutakan mata dan memekakkan telinga pulak?

                   “Saya tanya awak betul-betul ni.Awak nak balas dendam ke?!”soalku dengan tegas.Ingin tahu adakah Kiyosu berniat untuk membalas dendam terhadap orang yang membulinya.Jawapan darinya memang tepat seperti jangkaan awalku.Memang dia ada sifat pendendam.Tapi,dia jawab dengan gaya ala-ala mafia pula.Terkedu aku.Takutnya… 

                   Apabila dah dapat jawapan macam tu aku tahu yang aku takleh paksa dia untuk pergi sekolah lagi.Aku pandang ke arahnya.Apa yang perlu aku buat?Dia mengelamun lagi sambil berbisik pada diri sendiri.
                  
                   “Kebahagiaan sebenar…”agaknya dia masih tercari-cari kebahagiaan sendiri.Dalam situasi dirinya sekarang,dia terdesak untuk mencari jalan singkat untuk mencapai kebahagiaan.Dan jalan singkat itu kemungkinan besar ialah…MATI!!!Tragedi pelajar D yang membunuh diri terimbau kembali.Aku sedikit panik.Aku tidak boleh biarkan perkara itu berulang lagi.

                   Jadi,aku ambil keputusan yang aku rasakan paling tepat bagi diriku.Aku memilih untuk menemani dia sehinggalah dia kembali tenang ataupun sekurang-kurangnya untuk hari ini.

                   Itu sahajalah yang mampu aku buat.Kiyosu agak terperanjat mendengar pelawaanku untuk menemaninya.Apa pun yang dia cakap,aku berpura-pura pekak.Bagi mengelakkan dihalau lagi olehnya,aku berpura-pura lena setelah menempatkan diri atas kerusi kosong di sebelahnya.Kalau buat begini,dia takkan boleh halau aku punya.Berani?Cubalah.



Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, March 14, 2011

Cerita Buatmu( Cerita 2 Part 1)


Bertemu Di Stesen Keretapi




Kiyosu Waka:

                   Baru mula sekolah tinggi,aku dah kecewa bercinta.Ramai pelajar perempuan menengah rendah dari bandar cuba terjun dari bumbung sekolah.Ini kerana mereka berasa terdesak setelah dipaksa ke sekolah biarpun sering ponteng.Untuk mengelakkan masalah ini,ramai ibu bapa cuba mencari sekolah yang tiada masalah buli dan disiplin.Tapi,ada ke sekolah macam tu?

                   Sekolah memang tak seronok.

                   Tahun 1,sekolah tinggi,bulan Jun.

                   Kenapalah awal-awal begini sudah ada banyak masalah…

                   “Yoshitake…Yoshitake!”pengumuman yang keluar dari corong pembesar suara di stesen keretapi mengejutkan aku yang sedang mengelamun sendirian.Aku pantas berlari masuk ke dalam perut keretapi yang selalu kunaiki untuk ke sekolah itu.Tetapi,di stesen pertukaran aku melompat masuk ke dalam keretapi lain.

                   Di dalam itu,tiada orang lain yang pakai uniform sekolah.Keadaan di situ juga agak lengang.Aku mencari tempat duduk yang sedikit tersorok.Seronok juga dapat buat sesuatu yang bukan rutin harian(ponteng sekolah).Aku tersenyum sendirian.

                   ‘Oh ya…ada bekal makanan.’Baru tersedar yang aku ada membawa bekal makanan (untuk dimakan di sekolah sebenarnya).

                   Apa salahnya kalau makan sekarang.Bukannya aku akan ke sekolah pun.Aku buka bekal.Nampak sedap.Tanpa berfikir panjang,terus sahaja aku mula menyuap makanan ke mulut.Seronoknya dapat tengok pokok-pokok yang rimbun sambil makan.Bukan setiap hari aku dapat peluang begini.

                   “Ah…seronoknya,”fikirku dalam hati sambil terus mengunyah makanan.Kalau hari-hari dapat peluang untuk makan macam ni alangkah bagusnya.

                   “Hei!” sedang enak menyuap bebola nasi ke mulut aku terdengar seperti seseorang menegurku.Dengan tangan yang masih memegang penyepit makanan,aku toleh ke kiri.

                   “Kiyosu Waka?”seorang lelaki muda awal 20-an berpakaian santai sedang memerhatikan aku.Tergambar riak terkejut yang amat sangat di wajahnya.Nasi yang berada di hadapanku tidak jadi kusuap ke mulut.Aku telan air liur yang terasa kesat.

                   Dia Inazawa,seorang guru praktikal.Aku telah ditemui di celah-celah pokok yang banyak.

                   “Apa yang awak buat kat sini?!”dia menyoalku dengan nada terkejut.Soalan yang sememangnya sudah kujangkakan.Tetapi reaksi terkejutnya sedikit menjengkelkan hatiku.Seolah-olah dia terserempak dengan aku yang baru saja selesai merompak bank ataupun membunuh seseorang.

                   “Kan awak sepatutnya ke sekolah!”nada suaranya masih tidak berubah.Aku hanya memandangnya dengan mata terkebil-kebil.

                   “Bukan hari ni cuti umum ke?”balasku bersahaja sambil menggaru kepala yang tidak gatal.Jawapan yang bodoh untuk soalan yang bodoh.Kalau sudah tahu,buat apa sibuk nak bertanya lagi.

                   “Jangan nak mengada!”pintas guru praktikal itu sedikit geram.Aku mencebik bibir.Apa pula haknya untuk berasa geram denganku?

                   “Tapi cikgu pun sama!Nama je cikgu!”aku memulangkan paku buah keras balik kepadanya.Kalau dia berada di sini bukankah itu bermaksud dia pun ponteng dari menghadiri kuliah di universiti?

                   “Tapi saya belum jadi cikgu sebenar lagi.Nakal betul awak ni!”balasnya pula.Aku pura-pura tidak dengar dan sambung kembali menikmati bekal yang kubawa.

                   “Kenapa awak bawa bekal ke mari?”bagaikan bertih jagung mulutnya 
menyoalku.Aku berhenti menyuap kemudian menjeling ke arahnya dengan perasaan geram terbuku di hati.Sibuk betul la orang tua ni!

                   “Cikgu tak nak blah ke?!”dengan nada bersahaja aku menyoalnya dengan soalan yang boleh disifatkan sebagai kurang ajar itu.

                   “Jangan biadab!”dia menahan geram dengan sikapku.Senang hati aku dapat buat dia marah.Padan muka!Yalah,yang dia sibuk-sibuk nak jaga tepi kain aku kenapa?Macamlah dah takde kerja lain yang lebih berfaedah.Dulu,dia guru bahasa Inggeris pelatih di sekolah aku.Walaupun begitu,tidak  bermakna dia boleh sesuka hati mencampuri urusan hidupku.

                   Aku menjauhkan diri darinya dan beredar ke kerusi kosong yang lain.Melarikan diri.Tapi kenapa pula nak larikan diri dari orang yang kita tidak rapat?Susah juga nak menjawabnya.

                   Cikgu Inazawa masih lagi mengekoriku.Seperti pacat sahaja lagaknya.Riak wajahnya kelihatan tenang kali ini.Tiada lagi riak terkejut mahupun marah.Apa lagi yang dia mahukan dari aku?

                   “Lebih baik awak tukar keretapi di stesen lepas ni,”tuturnya lembut seperti mahu memujuk.Barulah aku faham bahawa dia masih lagi mengharapkan aku menghadiri sekolah hari ini.Aku mengalihkan pandangan ke arah tingkap.

                   “Kenapa pulak?”soalku tanpa memandangku.Adakan dia fikir dia boleh mengubah keputusanku dengan begitu mudah?Oh…tidak sama sekali!

                   “Tak naklah!”Ada ketegasan dalam nada suaraku di situ.Aku memang tidak mahu kembali ke sekolah pun.Katalah apa sahaja aku sudah tidak ambil pusing.

                   “Cukuplah!Cuba dengar cakap saya!Saya dah tak boleh bersabar dengan awak ni!”Cikgu Inazawa nampaknya sudah tidak boleh mengawal perasaan geramnya terhadap kedegilanku lagi.Dia mendekatkan wajahnya dengan aku.Seperti along yang mahu memaksa orang membayar hutang sahaja lagaknya ketika itu.Aku bagaikan ingin menjerit perkataan ‘tidak mahu’ kepadanya.

                   “Saya ada alasan untuk ke sini!”malangnya itu pula yang meluncur keluar dari mulutku.Sebab tiba-tiba aku terfikir,kalau aku berlembut dengannya pasti dia juga akan berlembut dengan aku.Dan pasti dia tidak akan memaksa atau memujukku untuk kembali ke sekolah lagi.

                   “Benci.Saya tak suka sekolah…,”ujarku dengan nada perlahan.Aku benci semuanya tentang sekolah sekurang-kurangnya buat masa ini.

                   “Benci semuanya…”sambungku lagi sambil tunduk menekur lantai.Cikgu Inazawa kelihatan tergamam seketika.Mungkin dia tidak menjangkakan reaksi sebegitu dariku setelah aku berkeras dengannya tadi.

                   “Waka…,”suara itu kembali terngiang-ngiang di telingaku.Suara yang aku pernah berharap untuk mendengarnya selalu suatu masa dahulu.

                   “Saya suka awak Waka….”

                   Aku masih ingat dengan jelas setiap butir ayat yang diucapkannya kepadaku.Alangkah indahnya saat-saat itu.Perasaanku terasa berbunga-bunga.Sekiranya boleh mahu sahaja aku merakamkan detik itu biar menjadi kenangan terindah buatku selamanya.

                   “Berusahalah untuk peperiksaan.Lagi setahun,dah tentu awak boleh masuk sekolah A.” Lelaki itu.Dia yang pernah memberi semangat untukku semasa peperiksaan akhir hampir tiba.

                   “Saya ada sesuatu untuk awak.”Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya bagaikan menjanjikan impian yang indah-indah untukku sekaligus membakar semangatku untuk berusaha tanpa jemu apabila peperiksaan akhir semakin menjelang.

                   Aku berusaha keras untuk masuk ke sekolah tinggi yang sama dengannya.Walaupun aku tahu yang aku ni bukanlah seorang pelajar yang pandai,aku tekun berusaha.Sebab dia telah meniupkan seribu satu impian dan harapan ke dalam jiwaku.Aku ingin sekali menggapai impian itu bersamanya tetapi dia berada jauh nun di seberang sana.Jadi pada masa itu aku betul-betul percaya yang jika aku berusaha lebih sikit pasti aku akan sampai ke sana jua.Ke tempat Senior Kisogawa.

                   Tapi,apabila aku menjejakkan kaki ke seberang,dia tidak ada di situ seperti yang dijanjikan.Dia tidak menunggu untuk menyambut kedatangan aku seperti yang aku harap-harapkan.

                   “Betul ke saya ada cakap?Tak sedar pun.”Itu jawapannya ketika aku bertanyakan tentang luahan perasaannya kepadaku dahulu.Dia berlagak seperti tidak ada apa-apa yang pernah berlaku di antara kami.

                   “Hmm…ini teman wanita saya,”katanya dengan bangga sambil memegang erat tangan seorang pelajar perempuan yang berada di sampingnya sedari tadi.Tiada apa lagi yang lebih mengecewakan aku selain dari diperkenalkan dengan seseorang yang telah berjaya mengambil alih kedudukan yang sepatutnya diberikan kepadaku.Tidak ada secebis pun perasaan bersalah atau kesal di matanya kala itu.

                   “Selamat berkenalan,”gadis yang jelasnya lebih cantik dari aku itu kelihatan gembira sekali.Bukankah aku yang sepatutnya berada di samping senior Kisogawa pada waktu itu?Bukankan aku yang sewajarnya tersenyum penuh gembira?

                   “Saya anggap dia cam adik perempuan je,”ketika senior Kisogawa mengucapkan itu,hatiku terasa bagaikan kaca yang hancur berderai.Serpihan-serpihan itu sudah tidak mampu untuk dicantumkan kembali.Aku benar-benar kecewa.Selepas itu,sudah tentulah aku hilang sebab untuk ke sekolah lagi.

                   “Saya dah tak nak ke sekolah lagi,”ujarku seraya menelungkupkan kepala ke atas meja yang berada di hadapan.Semuanya sudah berakhir.Tiada lagi sebab untuk aku ke sekolah.Cikgu Inazawa seakan terkedu.Dia sedang memikirkan sesuatu dengan serius.Kerisauan yang amat sangat terlukis di wajahnya.Entahlah apa yang difikirkan aku malas nak ambil tahu.

                       “Siapa…”

                   “Ini takde kena mengena dengan cikgu!”aku memintas kata-katannya sebelum dia sempat menyudahkan ayat itu.Sifat suka menyibuk dia sudah kembali.Kalau aku beritahu pun,apa yang dia dapat buat?

                   “Saya tanya betul-betul ni,awak nak balas dendam ke?!”tanyanya dengan nada suara kuat.Sibuk betul!

                   “Memang saya nak balas dendam!”dengan nada kuat juga aku menjawab soalannya.Cikgu Inazawa hilang kata-kata .Padan muka!Ingat dia sorang je yang boleh naik angin.Dia belum tengok lagi angin puting beliung aku.Teringatkan senior Kisogawa dan kata-kata manisnya lagilah aku bertambah geram.Kalau ada peluang memang aku ingin balas dendam.Dia cakap dia suka aku…

                   Maksud suka tu,adakah macam suka adik sendiri?Begitukah pandangannya terhadap aku?Sekadar seorang adik?Jawablah!!!Kalau dia ada di sini pasti aku akan menjerit sekuat hati di hadapan mukanya.Biar dia pekak sebentar.Aku mahukan penjelasan.Lebih penting lagi aku mahu dia diadili di mahkamah dunia seadil-adilnya.

                   Mengapa hanya aku seorang sahaja yang diadili?Aku seorang saja yang dipaksa untuk menanggung semua kesusahan ini.Kenapa bukan dia?Adakah semuanya salah aku yang terlalu menggantung harap kepadanya?Aku hanya mahukan sedikit kebahagiaan.

                   “Di mana agaknya kebahagiaan sebenar…”aku berbicara pada diri sendiri.Pembesar suara di dalam kertapi berbunyi tiba-tiba.Memaklumkan yang kami akan sampai ke Stesen Masaki sebentar lagi.

                   “Baiklah,saya faham!Mari saya temankan.”Cikgu Inazawa tiba-tiba bersuara.Tersentak aku mendengar keputusan drastiknya itu.Apahal pula dengan dia ni?Terkena sampuk ke hapa…

                   “Jom enjoy sama-sama sampai awak puas hati.”Dia menambah.Lagi bingung aku dibuatnya.Adakah ini lelaki sama yang beria-ria memarahiku tadi?Kenapa pula dia ingin menemankan aku untuk ponteng sekolah?Tiada angin tiada ribut,tiba-tiba saja moodnya berubah baik.Eh?Pelik ni.

                   “Dalam keadaan macam ni,sebagai cikgu saya tak boleh biarkan je,”tuturnya penuh prihatin.Sekelip mata dia sudah bertukar watak menjadi guru kaunseling pula.

                   “Tapi cikgu belum start mengajar,kiranya budak universiti biasa je.Eksyen pulak!”Sempat lagi aku mencari peluang untuk mengutuknya.
                  
                   “Diamlah!”balasnya ringkas.Tidak peduli dengan kutukanku itu.Kemudian dia mengibas-ngibas tempat duduk kosong di sebelahku dengan tangan seolah-olah sedang membersihkannya.

                   “Bersihkan sikit kerusi ni.”Dia bercakap seorang diri.Dia ni seorang pembersih psiko ke?Selepas itu dengan selamba dia duduk di sebelahku walaupun tidak dijemput.Aku ingin menghalaunya tetapi dia memejamkan mata dan berlagak kononnya sedang tidur.

                   “Eh?Kenapa…,”akhirnya aku buntu sendiri.Dan keretapi terus meluncur laju di atas landasannya.



Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, February 15, 2011

Cerita Buatmu (Cerita 1 part Last))


                 Matsuo dan Suzuki pula semakin kerap bertandang ke kedai ikan aku.Perbualan mereka selalunya menjurus kepada aktiviti apabila sudah tamat sekolah nanti dan hubungan cintaku dengan Kasadera.Agaknya mereka berdua ini sudah tidak sabar-sabar lagi untuk meninggalkan alam persekolahan.Selalunya aku akan buat muka ikan sardin apabila mereka bertanyakan mengenai Kasadera.

                         “Betul ke dia lebih suka orang cool?”Matsuo menyoalku.

                      “Kalau sorang lelaki tak banyak bercakap depan wanita,dia nampak cool kan?”Suzuki pula menyampuk.Oh,ya!Biar aku tunjukkan cara-cara nak jadi cool kat kawan-kawan aku yang suka menyibuk ni.

                          “Cuba tengok aku buat demo…,”tiba-tiba aku seperti terfikirkan satu jalan mudah bagi mengenakan Suzuki,si mulut becok.

                             “Aku nak beri ciuman pertama pada Suzuki,”aku menyuakan seekor ikan yang sedang kupegang kepadanya.Hampir terlompat Suzuki dek terperanjat.Tergambar reaksi geli di wajahnya.

                    “Berhenti!”Suzuki separuh menjerit tetapi aku buat muka tidak peduli.Idea kakakku kadang-kadang boleh diguna pakai juga.

                       Sekarang aku dan Kasadera bercinta jarak jauh saja.Tapi,apa salahnya kan?Sesuatu tiba-tiba terlintas di fikiranku.Terkenang kembali tips yang pernah diberikan kakak tidak lama dahulu.
        
                       “Hadiah!Perempuan mesti gembira bila dapat hadiah kejutan.Apa lagi kalau bukan pada masa hari jadi,”tutur kakak dengan wajah serius semasa aku meminta tips darinya untuk untuk memikat hati perempuan.Kemudian bila dia tanya tujuan aku ingin tahu,aku hanya jawab, “untuk memikat hati kakaklah!”Dan cepat-cepat beredar sebelum kakakku itu mengamuk.

                         Kasadera juga mesti suka kalau aku buat kejutan sebegitu.Aku capai telefon dan pantas jari jemariku mendail nombor telefon bimbit Kasadera yang sememangnya kuhafal.

                    “Helo?Atsuta ni…,”aku menyapa sebaik terdengar suara Kasadera di talian.Suzuki dan Matsuo berdiri di belakangku dengan muka ingin tahu.Sempat aku membuat isyarat diam kepada mereka sebelum meneruskan perbualan.

                      “Hari ni saya ada hadiah nak kasi awak.”

                  “Hadiah?Apa?”Kasadera sedikit terperanjat.Adakah taktikku menjadi?
         
                        “Ikan…,”balasku ringkas.Suzuki dan Matsuo sudahpun ketawa terbahak-bahak apabila mendengar perkataan ‘ikan’ itu.
        
                        “Yang tu…,”Kasadera membiarkan ayatnya tergantung sebelum menyambung kembali, “cool!”

                       Ayat akhirnya membuatkan aku terkedu seketika.Apa yang Kasadera baru cakap tadi?Dia cakap aku cool ke?Aku cool…

                         “Cool ke?”aku menyoal kembali dengan nada suara cool yang dibuat-buat.Dia memang suka orang cool. 

                              “Ya,cool(kurier-perkhidmatan penghantaran)…”

                 Kurier?!Aku hampir tercekik air liur sendiri mendengarkan jawapan Kasadera.Jadi,selama ini…?Aku kemudian ketawa agak kuat bila mengenangkan kebodohan sendiri yang cuba sedaya upaya berlagak cool di depan Kasadera.

                  “Awak okay ke?”soal Kasadera di hujung talian sedikit bimbang.Mungkin terkejut dek tawaku yang terletus di tengah-tengah perbualan.Aku mengangguk kecil biarpun menyedari bahawa dia tidak mungkin dapat melihat anggukan itu.

         Kami yang pada mulanya malu-malu,semakin lama hubungan semakin rapat.

                     …………………………………………………………


Nota kaki dari penulis:Rasanya cerita ni patut diberi tajuk Butang Baju je…Sapa sokong?





Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, February 14, 2011

Cerita Buatmu (Cerita 1 part 4)




                    “Bye bye!”dan dengan satu ucapan itu,Kasadera melangkah meninggalkan aku yang berdiri mematung di situ.Entah kenapa pula sendi-sendiku terasa bagaikan dipaku.Aku ingin sekali menjerit menghalang Kasadera tetapi mulutku terkunci.Eh?Aku baru sahaja biarkan gadis idamanku berlalu pergi tanpa sebarang usaha untuk menahannya.Apa pun tak berlaku?Aku masih berdiri kaku di situ.

                     “Ah,sekejap Atsuta!”dua orang pelajar perempuan yang sekelas denganku tiba-tiba muncul dan menghampiriku tanpa perlu diundang.

                      “Apsal kaku je kat situ?”seorang dari mereka menegurku.Entahlah siapa,aku memang tidak berniat untuk ambil tahu.Jiwaku terasa di awang-awangan kala itu.Dapat aku rasakan mukaku yang pucat seperti mayat.

                     “Atsuta,butang baju awak nak tercabutlah!Butang kedua pulak tu!”pelajar perempuan yang mengikat rambutnya bersuara dengan nada seperti teruja.Dia kemudian mengambil butang itu dari bajuku sebelum sempat aku berbuat apa-apa.

                    “Bagi saya jelah ya!”mereka berdua pun beredar dari situ selepas ‘mencuri’ butang keduaku.Hanya selepas itu barulah aku seperti tersedar dari dipukau dan cuba menahan mereka tetapi telah terlambat.Segalanya dah tamat.Apa pun tak berlaku antara aku dan Kasadera.Butang pula dah diambil orang.Di luar sedar aku melepaskan sebuah keluhan kesal.Atsuta Youji,pelajar yang selalu bernasib malang.

             “Atsuta,jom balik!”itu suara Matsuo.

             “Ah,butang kau dah takde!”reaksi terkejut dari Suzuki yang sememangnya sudah kujangka tetapi tidak pula kuharapkan.Sikap suka ambil tahu Suzuki melebihi pelajar perempuan di kelas kami.
        
               “Apa?Kasadera ambik ke?”Matsuo mula menyoal tentang kehilangan butangku yang disifatkannya sebagai satu misteri nusantara itu.Aku tidak berminat untuk menjawab soalannya dan terus membisukan diri.

                 “Kau tak dapat apa-apa dari dia ke?”soalan dari Suzuki juga kubiarkan terbang dibawa angin lalu.Rasanya aku sudah tidak ada jiwa untuk menjelaskan apa-apa buat masa sekarang.

             “Kesiannya…,”Matsuo menambah setelah melihatkan aku yang tidak memberi apa-apa respons.Sekadar mempamerkan muka seposen yang tidak laku.

         “Butang kedua yang paling penting pun boleh kena ‘rampas’ orang lain!”Suzuki membuat kesimpulan sendiri.Kesimpulannya mengena kali ini.Kemudian mereka berdua ketawa terbahak-bahak.

                    “Hey,bukan macam tulah!”aku membuka mulut akhirnya setelah tidak tahan lagi dengan gelagat dua orang rakanku itu.Sakit hati aku dibuatnya.Bukan macam tu kan?Mindaku mula menyoal diri sendiri.Dalam fikiranku sekarang,hanya wajah Kasadera yang sedang ketawa terbayang-bayang.Bagaikan ternampak-nampak senyumannya yang mahal itu.

                Dah habis belajar sekalipun,aku masih berharap dapat tengok gelak ketawa dia.Macam tadi.Butang aku.Aku harap dapat beri kepadanya.Aku harap dia akan senyum dengan gembira bila dapatnya.

                   Tak mungkin!Tak mungkin semuanya akan berakhir macam ni saja.Aku perlu buat sesuatu.Aku kumpul sisa keberanian yang ada.Di luar sedar,aku sudahpun meluru pergi untuk mencari Kasadera.Harap-harap dia belum jauh lagi.

                   “Atsuta?”suara  Suzuki dan Matsuo kedengaran sayup-sayup di belakang.Tentu mereka menyangka yang aku ni sudah hilang akal.Tiba-tiba sahaja berlari tanpa sebarang sebab yang jelas.Semasa sedang berlari pun,fikiranku masih merayap memikirkan Kasadera.Butang siapa yang dia nak sebenarnya?Kalau aku bagi dia butang,adakah dia akan faham itu tanda aku ingin berjumpanya lagi?Takpun,anggap sahajalah sebagai hadiah perpisahan.Sebab aku nak sangat bagi kepadanya.

                 “Kasadera!”aku melaungkan nama itu agak kuat sebaik sahaja terpandang kelibatnya yang sedang mengatur langkah tidak jauh dari bangunan sekolah.Mujurlah dia belum pulang lagi.Kasadera pantas berpaling dan kelihatan sedikit kaget melihat aku di situ.

                   “Aaa…butang…butang kedua…,”suaraku tersekat-sekat dek nafas yang tidak teratur akibat penat berlari yang belum hilang.Aku menghela nafas dalam-dalam.Cuba mengawal diri.

                    “Saya nak bagi kat awak!”dalam sekali nafas sahaja aku menuturkannya.Kasadera kelihatan tergamam.Mungkin dia sedang cuba mencerna maksud kata-kataku.

                  “Saya nak beri pada Kasadera!”aku ulang sekali lagi supaya dia dapat menangkap maksudnya.Dia menatapku dengan riak wajah hairan.

               “Tapi…butang tu dah takde kan?”Kasadera bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.Kata-katanya bagaikan halilintar menyambarku.Aku mula menggelabah.Aduh,macammana boleh terlupa pula ni!?

                “Ah,yalah…saya lupa.”Aku malu sendiri dan cuba memikirkan sesuatu.Tak boleh jadi ni.Aku belek-belek lengan baju dan tiba-tiba terpandang butang di situ.Ini pun bolehlah.

                  “Jadi…yang ni…,”aku tunjukkan lengan baju kepada Kasadera.

              “Butang lengan.Anggaplah ia butang kedua!”bersungguh-sungguh benar nada suara aku ketika itu.

                “Tapi ni…bukan yang nak tercabut hari tu?”soalan Kasadera membuatkan peristiwa dalam bas tempohari bermain semula di tubir mataku.

               “Ah,saya ada dua pasang uniform,”balasku jujur.Aku memang benar-benar berharap agar Kasadera akan menerima butang ini biarpun ianya hanyalah butang lengan baju.Apa yang penting aku memang betul-betul ikhlas ingin memberinya.

               “Hmm…begitu,”itu sahaja reaksi darinya sebelum dia membisu buat seketika.Berfikir mungkin.Dalam hati,aku tertanya-tanya,adakah dia akan terima?

               “Atsuta ada bawa ke?”Kasadera merujuk kepada butang di uniformku yang satu lagi.Entah untuk apa soalannya itu tapi aku tetap menjawab sebaik mungkin.

         “Hmm…kat rumah.”Apa kejadahnya aku nak angkut uniform tu ke sana ke mari?

               “Baiklah,saya terima,”putus Kasadera akhirnya sekaligus mengakhiri penantian penuh penyeksaan yang aku rasakan.Keputusan yang kutunggu-tunggu.Jawapan yang amat menyenangkan hati.Mahu sahaja aku melompat-lompat di situ lantas berlari keliling padang sekolah sebanyak 5 kali pusingan seperti hukuman yang selalu diberikan ketika matapelajaran pendidikan jasmani.

               “Tapi…saya teringin nak ada sepasang,”ujar Kasadera selepas aku menyerahkan butang tersebut kepadanya.Fahamlah aku kini tujuan dia bertanyakan uniformku yang satu lagi itu.

             “Terima kasih.Saya suka sangat!”itulah yang dikatakan Kasadera sebelum berlalu pergi.Dia kelihatan teruja namun tentunya tidak seteruja aku.Ciri-ciri cool…aku memang takde.Saat itu juga aku tersedar bahawa aku ini tidak memiliki waima satu pun sifat cool seperti yang disukai oleh Kasadera.Namun,satu yang aku betul-betul pasti adalah kelibat dua orang rakan baikku,Matsuo dan Suzuki yang sedang mengintip aku di sebalik rimbunan semak di seberang jalan sedari tadi.Mungkin mereka berdua sudah tidak dapat mengawal rasa ingin tahu lagi.

                 Tetapi,semua itu sudah tidak penting lagi buatku.Kerana Kasadera sudahpun menerima butang kedua itu sekaligus menerima aku di dalam hidupnya.Selepas itu,kami memasuki sekolah yang berlainan.Rutin harianku berjalan seperti biasa.Masa lapangku banyak dihabiskan dengan membantu di kedai ikan, namun,sudah pastinya aku memperuntukkan masa tambahan khas untuk diluangkan bersama Kasadera.


Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat