Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Showing posts with label Emo n Real Facts. Show all posts
Showing posts with label Emo n Real Facts. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Tips Sekiranya Anda Dirompak(ATM).



TIPS :

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM,anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. 
Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut. 
Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. 
Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.





Nota Kaki:Sapa pernah try cara ni dan berhasil silalah bagitahu aku.Kalau yang tak pernah try lagi tu,tunggulah hingga anda dirompak dahulu baru testing.












May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, November 18, 2011

The Secret To Success.








 This is so true.

In order to succeed we must but to know who to be blamed for your failures.XD.












May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, November 4, 2011

Differences Between Graduate Nurse And Experienced Nurse.



A Graduate Nurse throws up when the patient does.
An experienced nurse calls housekeeping when a patient throws up


A Graduate Nurse wears so many pins on their name badge you can't read it.
An experienced nurse doesn't wear a name badge for liability reasons


A Graduate Nurse charts too much.
An experienced nurse doesn't chart enough.


A Graduate Nurse loves to run to codes.
An experienced nurse makes graduate nurses run to codes.


A Graduate Nurse wants everyone to know they are a nurse.
An experienced nurse doesn't want anyone to know they are a nurse.


A Graduate Nurse keeps detailed notes on a pad.
An experienced nurse writes on the back of their hand, paper scraps, napkins, etc.


A Graduate Nurse will spend all day trying to reorient a patient.
An experienced nurse will chart the patient is disoriented and restrain them.


A Graduate Nurse can hear a beeping I-med at 50 yards.
An experienced nurse can't hear any alarms at any distance.


A Graduate Nurse loves to hear abnormal heart and breath sounds.
An experienced nurse doesn't want to know about them unless the patient is symptomatic.


A Graduate Nurse spends 2 hours giving a patient a bath.
An experienced nurse lets the CNA give the patient a bath.


A Graduate Nurse thinks people respect Nurses.
An experienced nurse knows everybody blames everything on the nurse.


A Graduate Nurse looks for blood on a bandage hoping they will get to change it.
An experienced nurse knows a little blood never hurt anybody.


A Graduate Nurse looks for a chance "to work with the family."
An experienced nurse avoids the family.


A Graduate Nurse expects meds and supplies to be delivered on time.
An experienced nurse expects them to never be delivered at all.


A Graduate Nurse will spend days bladder training an incontinent patient.
An experienced nurse will insert a Foley catheter.


A Graduate Nurse always answers their phone.
An experienced nurse checks their caller ID before answering the phone.


A Graduate Nurse thinks psych patients are interesting.
An experienced nurse thinks psych patients are crazy.


A Graduate Nurse carries reference books in their bag.
An experienced nurse carries magazines, lunch, and some "cough syrup" in their bag.


A Graduate Nurse doesn't find this funny.
An experienced nurse does.












May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, October 31, 2011

I'm Proud To Be An Aries.



If you are Aries:

You are very romantic. 

You do not hold back your feelings and are very expressive in love and romance. 

You are very charming and amiable.

In any social gathering, the opposite sex is attracted towards you. The opposite sex likes you because of your good looks and sociable nature.

Since you attract so much attention from the opposite sex, your steady partner may feel jealous and possessive about you. 

But you are faithful to your partner. 

You are a very spontaneous lover. 

Your partner loves your little ideas of love and romance. 

You are a dynamic lover and wear the pants in your relationships.




Your kissing style:
You are a fantastic kisser. Your kisses are unforgettable.



To attract you, the opposite sex must be:

 passionate, very active, not very sensitive, effervescent, etc.


You are more compatible with - Sagittarius, Leo, Aquarius
You are less compatible with - Cancer, Gemini, Pisces, Virgo










May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, October 6, 2011

Panduan Mencari Isteri Untuk Kebahagiaan Dunia Akhirat.


N̲a̲k̲ ̲p̲a̲n̲d̲a̲i̲=Cari isteri cikgu
N̲a̲k̲ ̲s̲i̲h̲a̲t̲=Cari isteri doktor
N̲a̲k̲ ̲k̲a̲y̲a̲=Cari isteri anak tan sri
N̲a̲k̲ ̲g̲l̲a̲m̲o̲u̲r̲=Cari isteri artis
N̲a̲k̲ ̲g̲a̲d̲u̲h̲=Cari isteri samseng
N̲a̲k̲ ̲s̲e̲m̲b̲a̲n̲g̲=Cari isteri penceramah
N̲a̲k̲ ̲a̲l̲i̲m̲=Cari isteri ustazah
N̲a̲k̲ ̲g̲e̲m̲u̲k̲=Cari isteri chef
N̲a̲k̲ ̲s̲e̲l̲a̲m̲a̲t̲=Cari isteri polis
N̲a̲k̲ ̲s̲t̲y̲l̲o̲=Cari isteri kaki shopping


N̲a̲k̲ ̲M̲A̲M̲P̲U̲S̲=Cari isteri muda yang kerja satu office dgn isteri tua.


                    Kesimpulannya tiada yang sempurna.Perempuan yang beragama belum tentu lagi solehah.Yang solehah belum tentu lagi baik.Yang baik pula belum tentu lagi sayangkan kau.Dan yang sayangkan kau belum tentu lagi akan menjadi isteri kau.Jadi?Jadi carilah orang yang kau rasa kau boleh hidup bersamanya,tahan perangai dan leterannya.Jangan cari orang yang terlampau beragama atau baik sebab belum tentu kau dapat hidup bersamanya tidak kiralah betapa alim dia atau betapa kuat agamanya.Jangan salah faham maksud aku.Agama kita memang menganjurkan untuk mencari isteri kerana pegangan agamanya.Tetapi maksud tersiratnya perlu kau halusi.Kalau tidak faham tidak mengapa,nanti akan aku jelaskan lagi di lain masa.









Sumber:Facebook.




May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, September 1, 2011

Shocking Fact About Voldermort.








 He actually has a nose!LOL.








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, August 16, 2011

Tips Berbuka Puasa.

Tips Ini Dibawakan Kepada Anda Oleh Pakar Nutrisi Tidak Bertauliah Dengan Kerjasama Dumex Dugro.



1.Sekiranya ingin berbuka dengan makanan seperti nasi,mi goreng(ejaan yang betul mengikut Dewan Bahasa),kuehtiaw,kuih muih,bubur lambuk dan seumpamanya.


                Adalah dinasihatkan supaya anda tidak meminum air bersusu atau terdapat bahan bertenusu seperti koktel buah-buahan,atau air jus,milo,teh susu, ataupun susu dugro.Yogurt juga termasuk dalam minuman bersusu ya.Sebaliknya minumlah air yang jernih seperti air sirap,air teh O(tak digalakkan sebab berkafein),air suam,air masak,air laici atau apa-apa sahaja air jernih yang anda boleh telus pandang ke dalamnya dan nampak dasar gelas/jug anda.Air jernih yang paling baik tentunya adalah air suam ataupun air kosong.Sebaiknya kurangkanlah jumlah gula dalam air minuman anda.Kenapa tidak boleh ambil minuman bersusu?Ini adalah kerana air bersusu akan melambatkan proses penghadaman anda lalu perut anda akan berasa sebu(penuh) untuk jangkamasa yang lama.Mungkin sehingga sahur nanti penghadaman anda masih belum selesai.


                Bagaimana pulak dengan jus buah-buahan yang tidak bersusu?Okay.Jus buah-buahan tidak bersusu namun begitu ianya juga akan mengenyangkan anda dan melambatkan proses penghadaman.Ini merujuk kepada jus buah-buahan sebenar bukan tiruan (perisa dan gula sahaja lebih,jusnya tidak ada)seperti yang banyak dijual di pasaran.Even Twister Tropicana mahupun Marigold Peel Fresh juga diragui status ketulenannya.Lebih baiklah kisar sendiri jika berhajat nak minum.Nanti kempunan pulak.Kalau....kalau...kalau anda nak makan juga makanan lain dengan jus buah-buahan maka minumlah jus buah-buahan dahulu sampai habis.Tunggu sebentar,pergi semayang Maghrib dulu selepas itu barulah makan.Selepas makan makanan yang anda ingin makan,jangan,jangan,jangan sekali-kali minum jus buah-buahan lagi,sebaiknya minumlah air kosong sahaja.


               Dengan yang demikian sayangilah perut dan sistem penghadaman anda dengan tidak mengambil minuman bersusu bersama makanan berminyak,makanan berat,makanan ruji(nasi) mahupun sekadar kuih muih.Kalau mahu minum jugak,maka minumlah minuman bersusu sahaja tanpa makanan lain melainkan sebiji kurma(perlu dimakan sebelum minum minuman bersusu).



2.Sekiranya ingin berbuka puasa tanpa makanan lain.




               Maka dibolehkan dan digalakkan anda mengambil segelas penuh minuman bersusu.Ianya bagus sebagai langkah pencegahan berlakunya hakisan pada dinding perut anda(gastritis atau gastrik).Sekiranya ingin mengambil kurma maka makanlah seblum minum minuman bersusu.Minuman bersusu yang paling baik adalah susu sebenar seperti susu jenama Dutch Lady ataupun Dumex Dugro.Kalau ingin makan makanan lain selepas minum minuman bersusu maka makanlah selepas waktu Isyak atau selepas solat Tarawih nanti.Makan sedikit sahaja seperti kuih muih untuk alas perut.Janganlah makan makanan berat seperti nasi pulak kerana selepas ini anda akan tidur jadi sudah tentu anda tidak mahu membebankan sistem penghadaman anda bukan?



3.Sekiranya anda penderita gastritis/gastrik.



                Masa bersahur seeloknya minumlah segelas susu.Perhatian di sini susu ya bukan minuman bersusu tetapi susu sebenar berjenama Dutch Lady,Marigold mahupun Dumex Dugro.Minum sebelum makan makanan lain.Selepas minum,tunggu setengah jam(sekurang-kurangnya) sebelum makan makanan lain.Masa berbuka puasa juga mulakanlah dengan segelas susu sebenar.Kemudian rehatkan perut anda sebentar sebelum diikuti makanan lain.Jangan minum minuman bergas.Sekiranya ingin makan makanan pedas,makanlah selepas minum segelas susu.Sebaik-baiknya penghidap gastritis tidak perlulah mengambil makanan pedas kerana ianya akan menghakis dinding perut anda dengan lebih teruk.


                 Kalau anda bukan seorang penggemar susu,paksalah diri anda mengambil susu juga.Ya,anda boleh makan ubat atau minum jus buah-buahan tetapi tidak ada yang lebih baik dari segelas susu.Gastritis bukanlah alasan untuk ponteng puasa atau tidak berpuasa langsung.Yang penting jagalah sistem penghadaman anda dengan betul,nescaya segalanya akan berjalan lancar.Sekian sahaja dari saya pakar nutrisi(tidak bertauliah).Semoga berjumpa lagi di tips yang lain.





Nota Kaki:Ini tips betul ya bukan main-main.Siapa kata tips tipu,aku bagi penyepak(penerajang) sedaih(sedas).



Pizza pun sedap jugak















May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, August 4, 2011

Confession #1:I'm A Pure Malay.


                "Are you a Chinese?I mean if you arent.....well,actually you should know that you look like one."

                "Aiyaa...you are...so sepet mehh.Do you got Chinese blood aaaa?You got or not?"

                "Eh...kau tahu..pakwe aku cakap muka kau macam Cina.Kau ada darah campuran ke?"




                Well...my dear friends and strangers...I am not a Chinese nor do I got Chinese blood in my blood mehh.Aiyaaa...you all ni kan.I am actually a Malay.Pure Malay.Sepanjang hayat aku sampai sekarang,aku pun tidak tahu sudah berapa ramai orang luar mahupun orang yang rapat dengan aku bertanyakan soalan seperti di atas.Dan juga dah muak aku memberikan jawapan yang sama.

                "No laaa mehh...I'm a Malay mehh.Pure Malay." (Jangan tanya kenapa ada "Mehh" di belakang ayat aku.It's my Chinese style.WTH eh?)

                Seingat aku dan setahu aku memang tidak ada family aku yang berketurunan Cina.But,telling you what,my grandfather(he's arwah already) sebelah mak aku,he did looked a bit like Chinese.And so do my mom.But that's all.Just the looks,the appearances.I dont really think that I've got Chinese's blood running through my vessels.Seriously.But well even if I got,it's not a big problem,isnt it?No biggie la mehh.

               And masa aku masih baby,masa kecik-kecik dulu,we actually got a Chinese neighbour.A woman.About 30's something.Perempuan Cina itu tidak ada anak even dah lama kahwin.So when my mom gave birth to me,she always kinda "kidnapping" me and bawa aku ke rumah dia untuk bermain-main.Kadang-kadang dia ambil aku pagi,sampai petang pun dia masih tidak hantar aku balik kepada mak aku.Sehingga mak aku terpaksa pergi rumah dia untuk ambil aku balik.Jadi do you think that there's a probability yang aku terkenan darah Chinese dari dia.On the second thought I think no laa.Because how can you terkenan selepas dilahirkan kan?Sepatutnya sebelum dilahirkan.Am I right?

               But my mom really adores Chinese's drama.Rasanya dia dah tengok lebih banyak drama Cina dari Melayu.And she passed her undying passion on Chinese things to me.Aku juga lebih suka menonton drama dan filem Cina dari Melayu atau lain-lain.Selain drama,my mom and I juga sukakan Chinese's lifestyle.I mean...the way they dressing up,what they eat(selain dari pork laaa mehh),how they eat,how they bring themselves...Pendek kata everything Chinese la we adored.

              Kesimpulannya,menyerupai Cina bukanlah satu masalah besar bagi aku.It's just that I wanna make a confession that I am a truly pure Malay girl.Lagipun satu Malaysia kan.No problem la mehh..



Walaupun rupa wa macam Cina,hati tetap Melayu mehh.




Nota Kaki:Aiyaaa...lu lihat aaa wa punya belukband aaa sula selow ada macam itu siput mami(babi) mehhh...aiyaaaa...Bikin susah wa aaa ini belukband...








May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, May 19, 2011

2 Fakta Tentang Lelaki.



Fakta 1:Mereka selalu betul.

Fakta 2:Jika fakta ini salah,sila rujuk fakta 1 semula.









Nota Kaki:Bukan sindiran but rasanya betul.Sebab lelaki akan berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan.Even kita nampak benda tu simple,but mereka dah fikir masak-masak.Perempuan termasuk aku suka meletakkan emosi di hadapan dalam membuat keputusan.Yes,lelaki betul tapi hanya bila mereka berfikir dalam keadaan waras.


Oh ya,Al-Fatihah untuk blogger blog Telor Dibasuh yang telah dipanggil menghadap Illahi.Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.AMIN.



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, May 8, 2011

Silalah Komen.


                     Kedua-dua entri awal tadi aku disable comment sebab aku gatal tangan.Tu pun kalau korang baca dan perasanlah.Taklah,sebenarnya aku rasa korang perlu baca sampai habis kedua-dua entri tu sebelum komen.Tapi ada jugak yang emo lalu mengamuk kat inbox aku sebab tak dapat komen.Harap-harap yang mengamuk tu silalah komen ye sayang.

                    Sebenarnya jugak,aku nak letak tajuk kedua-dua entri tu,"Percubaan Membuatkan Readers Beremosi" tapi tak jadi setelah aku fikir banyak kali.Itu satu percubaan saja.Jangan ambil serius.Walaupun semua fakta dalam tu adalah benar belaka yang dicedok dari kisah hidup aku sendiri.

                   Kecuali yang part belajar 24 jam tu aku tipu.Aku malas belajar sebenarnya.Katakanlah esok ada exam even SPM sekalipun,malam ni baru aku kelam kabut nak cari buku,nota dan buat latihan.Lastly semuanya tunggang terbalik dan aku mengantuk lalu tidur.Nasib baik juga result tak tunggang terbalik sama.Kalau result teruk,mahu mak aku mengamuk dan merajuk dengan aku setahun.

                  Penat bila nak kena capai expectation semua orang dan bila pencapaian kita dijadikan kayu ukur untuk orang lain.Sangat tension bila kita tiada pilihan selain mencapai apa yang mereka targetkan.Mungkin ada antara korang yang tak pernah rasa so korang takkan tahu.Manusia tidak sempurna.Tak semua orang selalu berjaya even dah berusaha tapi aku tiada pilihan lain.Bayangkan bila tali gantung sudah berada di leher dan jika tersilap sedikit,tali itu akan menjerut dan sekaligus nyawa terputus dari badan.

                      Setakat ini,tali itu sudah menjerut aku sekali tapi aku masih hidup.Mungkin kali kedua nanti,aku takkan begitu bernasib baik lagi.

                       Aku dan mak aku ada hubungan yang korang takkan faham.Hubungan Benci-tapi-sayang lebih kurang.Jadi,kepada yang tak sabar lagi nak komen tu,bolehlah komen banyak-banyak.[Errr...ada ke yang nak komen?] Aku akan jawab,jangan risau.Aku bukan femes seperti Yuyun pun sampai terlalu banyak komen dan tak terjawab.

                      Sayang,sila komen ye.


 Currently listening to M.Nasir_Salam Dunia.Ambik mood raya.



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, May 2, 2011

Sarah Sayuri Is Engaged,Married or In A Relationship?


Nota Kepala:Sebenarnya aku tak rasa aku perlu jawab soalan ni tapi aku dah penat nak jawab satu persatu mesej di inbox FB aku memandangkan aku takdak Twitter or FormSpring.Dan banyak juga soalan macam ni aku biarkan sepi tak berjawab.SO sebelum ada readers or followers aku or manusia yang curious ni menyampah dan benci dengan keangkuhan Sarah Sayuri,lebih baik aku jawab sekaligus di dalam entri ni.Aku bukannya angkuh tapi aku rasa sangat malu untuk menjawab.Bacalah kalau mau.


Soalan 1:You ni dah bertunang or still single or in a relationship? (21 kali ditanya)

Jawapan aku:Dah bertunang.



Soalan 2:Siapa fiance you?Adakah blogger juga atau orang luar yang tak terlibat? (18 kali ditanya)

Jawapan aku:Dia terlibat tapi apa penglibatannya tu,tak perlulah aku terangkan secara detail.



Soalan 3: Adakah you dan TFA ada apa-apa hubungan?Diakah fiance you?(45 kali ditanya)

Jawapan aku:Tanya dia sendiri.TFA sedang baca ni.TFA sila jawab.



Gambar menunjukkan kebahagiaan.Bukan gambar sebenar.Harap maklum.



Nota Kaki:Lepas ni,harap-harap tiada lagi yang bertanya soalan sedemikian rupa.Kalau nak bertanya juga,silakanlah dengan segala hormatnya.


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, April 21, 2011

Jangan Buat Kerja Bodoh.

Nota Kepala:Tiada paksaan untuk membaca.Bukan ditujukan kepada anda yang terasa tetapi mereka.Ini untuk mereka yang degil.Ya,mereka tahu siapa mereka.Penggunaan "Kau" digunakan sebagai ganti perkataan mereka.


                   Seriously I am serious.Menjadi readers dan followers serta friends aku kat FB bukan bermakna kau boleh menjadi boyfriend aku jugak.Mengapprove kau sebagai friends bermakna aku menghargai readers setia aku bukan bermaksud aku sudah bertukar menjadi cikaro kau.

                   Berhenti buat kerja bodoh kau dengan menghantar 88 mesej di inbox dan talipon aku.Aku serius ni.Totally serius.Yeah...aku tahu aku cantik dan ada iras-iras Angelina Jolie tapi itu tidak bermaksud aku murah.Angelina Jolie bukan pelakon murahan tahu.

                  And yes..kau cakap niat kau hanya ingin berkawan tapi jangan fikir aku tak tahu apa yang tersirat di hati kau.Kalau selama ini aku boleh hidup tanpa berkapel,apa yang membuatkan kau terfikir yang aku akan mula kapel sekarang?Kau bukan sehandsome Brat Pitt untuk diberi pengecualian itu walaupun kau ada iras-iras Adam AF2.Kau handsome,kau boleh memilih.Aku cantik,aku juga boleh memilih.It's fair,right?
       
               Aku tahu kau tak baca pun belog aku sebab aku tahu siapa yang masuk and keluar dari belog aku.Ini mungkin mengejutkan tapi aku bukan stalker.Seriously.Sila jangan panik semua readers.

              Even kau bukan readers setia aku pun,aku approve jugak.Ini disebabkan aku ada ramai kawan omputeh(riak sikit) dan ramai kawan NSO.Jadi aku fikir kau pun salah seorang dari mereka.Seriously aku suka mengapprove orang tapi malangnya tiada siapa yang mahu mengeAdd aku.Aku bukan jenis yang tak approve kalau tak kenal.Semua tu nonsense dan hanya digunapakai oleh mereka yang femes.

            Jika betul-betul nak berkenalan,bertaaruflah dengan aku.Ataupun khitbah terus lagi senang.Tu pun kalau kau tak kisah ada bini yang hanya pandai masak megi dan akan mati dalam masa seploh hari lagi.Kapel hanya membuang masa dan kredit talipon kau.Tak sayang ke membazir kredit untuk aku?Aku sayang kredit talipon aku.Dah dua tahun aku tak penah topup tahu.Sumpah aku tak tipu.Kredit dalam tu still banyak dan aku nak kumpul sampai mencecah RM200.

            So,kepada si A,si B,si C,si D,si E dan si F....sila berhenti buat kerja bodoh tapi jangan berhenti membaca belog aku.Korang tak terasa kan baca ni?Hahaha...Dan jangan unfollow aku.Believe me when I say being in Hell is much better than to unfollow me.(okay fine unfollowla,aku tak kisah.)

            I am sorry if my words are too harsh but I gotta stop this before I become more famous than The Famous Abang.It's just doesnt seem to be right.Kepada Umar Aisy sila jangan terasa hati jugak.Ini bukan anda.Harap maklum.

           Okay fine aku mengaku aku emo sebab mereka semua tu tak main NSO.Apalah...tak boleh aku nak tumpang senang jugak.Cehhh.Tak pandai nak mengorat aku langsung.Pfffttt....


Aku seInnocent baby si Silent ni.Sori Miss Silent aku curik pic baby kau.Takde royalti kan?



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, April 20, 2011

Beliau Lebih Genius Dari Albert Einstein.

Nota Kepala:Ini satu permainan yang bodoh.Sila jangan baca kalau korang tak suka main Plants Vs Zombies.

                    Owhh...ini sangat-sangat tiut dan membuatkan tahap keterujaan aku meningkat lapan puloh lapan kali ganda dari biasa.Semasa sedang menunggu doktor buat sesion morning round diorang,aku telah tertarik untuk memasuki satu laman web teka-teki,AKINATOR.En.Akinator boleh meneka apa saja yang korang sedang fikirkan cuma korang perlu jawab soalan dia dulu yang kadang-kadang agak leceh sebab banyak.Tapi itu bukan satu masalah disebabkan beliau selalu buat muka tension bila tak dapat teka apa yang korang fikirkan dan kemudian bertanya lebih banyak.This is funny okay.

                  Games yang sesuai untuk penggemar filem.Sebab En Akinator akan meneka karakter faveret kita dalam sesuatu movie itu tak kisahlah sama ada filem terbitan Disney's,WarnerBros,Universal Pictures or seumpamanya.Dan semestinya aku sangat-sangat teruja(walaupun aku tahu ini bodoh)bila beliau dapat meneka dengan tepat satu watak yang aku fikirkan.Pocahontas.One of my favourite Disney's Character.Bagi aku,Pocahontas is an awesome female character and it would be amazing if she's real.Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita Pocahontas.Lagunya pun best-best even tak popular.Sapa kata aku tak reti dengar lagu omputeh dan hanya dengar lagu Melayu asli eh?Aku start tengok filem ni masa umur 11 tahun dan sampai sekarang pun still aku akan ulang lagi bila-bila boring.










May Peace and His Blessings Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, April 19, 2011

Curi Duit Suami Itu Tak Salah Di Sisi Islam.


                   Yes,ini betul.Maksud aku betul di sisi agama dan undang-undang.Tapi bersyarat la.Iaitu kalau si suami tak bagi duit(nafkah zahir) yang tak mencukupi dan dia sengaja buat macam tu even ada duit ribu-ribu dalam poket.Suami macam ni memang nak kena penyepak.(E kat sini bunyinya macam dalam sebutan E dalam Epal).

                  Jika berlaku situasi sedemikian,sila jangan hapdate status kat FB yang berbunyi seperti, "Suami kitew tak bagi uwet lebey kat kitew.Kitew ta cukop uwet nak bely dR Jusmate utk kuryus." Ini mungkin membuatkan anda dilempang suami serta merta di tempat kejadian.

                Kalau anda mendapati diri tergolong dalam golongan muslimah solehah yang berpashmina ala-ala Hana Tajima,maka anda boleh mencuri dari suami sendiri tanpa pengetahuan masyarakat sekeliling kerana mereka mungkin memandang serong kepada anda kelak.Mencuri dengan syarat yang aku tulis tadi tak haram tahu tapi makruh.

 Dari riwayat Bukhari dan Muslim,menurut Aishah r.a...Rasulullah P.B.U.H(SAW) pernah bersabda bahawa Hindun pernah bertanya,"Ya Rasulullah,sesungguhnnya Abu Sufian (suami Hindun) seorang lelaki yang sangat bakhil.Dia tidak pernah memberi belanja kepadaku yang dapat mencukupi diriku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya itu sedangkan dia tidak mengetahuinya.

Kemudian Rasulullah menjawab, "Ambillah apa yang sekiranya boleh mencukupi dirimu dan anakmu dengan cara yang makruh."

                         Yepp ianya makruh tapi makan belacan and budu juga makruh.But still korang masih makan tanpa ragu-ragu.So,jangan ragu-ragu untuk mencuri dari suami sendiri.Aku ambil ni dari Metro tahu.Korang pernah terbaca ke or just baca berita artis je?(Dalam fikiran readers,"Fuuu*k you Sarah Sayuri,bajet alim je kau eh!)

                        Dari segi undang-undang pulak,boleh failkan tuntutan nafkah anak kat mahkamah syariah.Ini juga tak haram.Ini fenomena biasa di negara kita sekarang.Turun naik mahkamah tapi satu habuk pun tak dapat dari laki or bekas laki sendiri.Sangat annoying.Kesimpulannya ambiklah kesempatan yang ada.Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.Lapang sebelum sempit.Kaya sebelum miskin.Ingat tu.

                       Aku tak alim tahu.Aku bukan ahli ulama terkenal mahupun ahli Sunnah Wal-Jamaah.Aku share sebab aku rasa ada manfaat benda ni untuk semua.Ini seperti menggalakkan penindasan suami dan menggalakkan isteri menjadi pencuri tak bertauliah.Pencuri memang tak bertauliah dan aku pun tak pasti sama ada ini entri untuk menambah pahala atau dosa.Share la kalau mahu tapi kalau ada pahala aku ambik kalau ada dosa korang tanggung.




"Abang,ayang nak bagitau ni,tadi ayang ada curik duit abg 300 Dollar Us.Abg tak marah kan?"




Nota Kaki:Owh..ada sapa2 yang perasan post aku tak keluar double lagi.Hahaha....aku sangat-sangat happy tahu.Terima kasih banyak untuk Encik G.Sayang kamu ketat-ketat!

\(^__^)/

May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, April 16, 2011

Cubaan Menambahkan Pahala #1.


 Nota Kepala:Entri berunsurkan keagamaan.Tapi ada sedikit keraguan di sini.Sila baca sampai habis untuk menambahkan pahala aku.Dosa aku banyak pahala kurang so aku kena post entri ni untuk share dengan korang.Boleh copy paste and share(bajet belog dah femes).

Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat... 

sedikit pengalaman & kajian  
Posted by Darul Manzil   


                    Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya. 
                  
                   Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..   

                    Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut,pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan.Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.

                    Aiii...hairan sungguh,lelaki tu nampak normal jer.Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak.   Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak. 

                  Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba... Pesakit:Ermm..wanginya,lama dah tak bau macam ni.Kamu pakai minyak wangi apa ni? 

                  Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin,ketika itu pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam.Tak pernah bau ker? 
Pesakit: Pernah.Tapi dah lama tak bau macam ni.Masa kat Andalusia pernah la.Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?
Saya:Boleh.Tapi kena kerjasama la.Setakat minyak wangi, apalah sangat.

                     Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya.

Pesakit:Boleh,tapi aku tak suka orang belagak.Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok,tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.
Saya:Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker? 
Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.Memang aku sembah Allah,tapi aku bukan Islam.
Saya: Hah.sembah Allah tapi bukan Islam.? Agama apa kamu ni?
Pesakit: Agama Monoteisme.
Saya: Agama apa tu.?
Pesakit: Agama yang satu la.Tuhan hanya satu yakni Allah.Tak sekolah ker?"   *Terkena jugak RIDAM.. :(   

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang.... *Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...  
Pesakit: Aku tak tipu lah.Aku bukan Jin,Syaitan atau Malaikat.Aku Poppy.Nama aku Mizari *Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya
Saya: Poppy.? Makhluk apa tu?  
Pesakit: Wahai hamba Allah,banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia. 
Saya: Ceritakan...aku nak tahu. 

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi.Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.Kemudian dia menangis teresak-esak.
Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.

                    Terduduk saya mendengar cerita si Mizari..Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut.

Saya: Kalau begitu,betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?Seraya itu dia mengangguk.
Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.Kami hidup berpuak-puak.Aku dari puak Poppy.Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal.Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa.
Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"   Dia terdiam sejenak.
Pesakit:Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu. 


Saya:Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.Tapi boleh aku tanya,kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?
Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni.Jangan kau kecil hati pulak.Setakat ini, dengan izin Allah,puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah.
Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?   Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.Bukan semua tau aku suka manusia.Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.
Saya:Tak payah la,aku selesa dengan sesama manusia,kamu tak marah kan?
Pesakit: Tak la.buat apa aku nak marah.Kamu ada hak atas diri kamu.
Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab kenapa kamu duduk dengan budak ni?
Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.

                     Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia.Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut.
  
Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?
Pesakit: Maaf ya.Aku masih yakin dengan agama ku.La ikra hafiddin kan?
Saya: Memang lah,tapi agama akhir zaman kan Islam.Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni?Agama yang disuruh dan dijamin Allah. 
Pesakit: Aku tahu,tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran. Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56   Maksudnya: 'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'   Pesakit:Jadi,aku yakin dengan pegangan aku sekarang.Aku tidak pernah menduakan Allah.

  *Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya.. 

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.Tapi,dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni. Kamu tak rasa kesian ker?
Pesakit: Kesian jugak.Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.Demi Allah, aku memang nak keluar,tapi,belum masanya lagi.
Saya: Dah tu,bila agak-agak kamu masa tu sampai? 
Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat.
Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni.Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu,aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku boleh?"   
Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh(kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?" 
Pesakit:Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?
Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker? 
Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan? 
Saya: A'ah...kenapa?  
Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu.Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.Puak kami mana pakai Kalendar masihi.

Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.
Pesakit:Sabar lah..maksud aku,aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.Sunyi betul hidup aku.Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat.
Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?
Pesakit: Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.
Saya: Mak aiiii...lama nya kau hidup.."   
Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku. 
Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak.Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni.Boleh?

Pesakit:Tadi kata suruh aku keluar? Ni makin banyak tanya pulak ni.Hah..apa dia?
Saya: Boleh tak aku tengok kamu.Rasa nak tengok jer diri kamu tu. 
Pesakit: Boleh dengan izin Allah,kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur.Mintak pada Allah nak tengok aku.Bukan aku yang izin.Allah yang izin.Sekarang,boleh aku keluar?
Saya:Dipersilakan wahai hamba Allah.Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.

                     Sebelum dia keluar,dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain.Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.Pesakit pulang selepas itu.

                    3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan.

                   Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya.Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap.Wallahu'alam.Mungkin itu mainan mimpi.Sekian.

 Nota Dari Pengarang Sebenar:


1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini.

2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.  

3)Pendapat saya,anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah.Sekian.


 Nota Dari Pencopy Tak Bertauliah:

                     Fuhhh..penat tak baca.Tu pun kalau korang tak skip and baca sampai habis la.Ada rasa pening sikit?Rasa kagum and tak percaya?Benda ni aku ambil dari FB seorang rakan adik aku yang bajet alim macam ustazah.Entahlah nak percaya atau tak.Seperti kata pengarang sebenar tu,Wallahua'lam.Only He Knows it all.


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, April 15, 2011

To All Women...Yes,We Are Special!

 
                     Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

                    Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

                    susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...

                   sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

                   baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selesema...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. ...terlupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

                  ternampak pulak beg g kerja...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sumua 6 poket beg, takut la tertinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni dia..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

                  Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

                  masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...semayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

                  bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...

                  kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

                  dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

                 ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

                 ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pampers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tengah malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

                  aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..

                   ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dariMu, tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berdengkur krohh krohh krohhh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

                  Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...



Nota Kaki:Taken from FB.

May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, April 14, 2011

Tutorial Pakai Kain Batik.


 Nota Kepala:Untuk perempuan sahaja.Lelaki nak belajar buleh jugak.Senang nak balut bini korang nanti kalau diorang tak tau pakai kain batik.

                  Korang ingat korang je yang buleh buat tutorial.Aku pun nak try jugak.Lagi pula tutorial ini tak penah dibuat orang lagi.Kalau pakai shawl lawa-lawa dengan pashmina belit kepala macam Hana Tajima Simpson tapi tak tau pakai kain batik tak guna jugak.Okay..okay...aku mengaku aku cakap macam tu sebab aku jealous aku tak reti belit-belit shawl.Kadang-kadang tercekik diri sendiri.Lastly aku pakai tudung labuh macam ustazah je(Ni aku tipu).Senang tak perlu nak seksa diri sendiri.Tapi rasa teringin pulak nak pakai pashmina letak riben plus bunga kat atas kepala.Aku nak letak teddybear adik aku.Buleh ka?

                 Mula-mula kita akan berkenalan dengan kain batik.Ada banyak jenis kain batik.Untuk yang nak dikomersialkan dan tak dikomersialkan.Yang dikomersialkan macam yang artis-artis pakai,yang bersulam,berjurai-jurai dan berkerawang semua.Mungkin korang pun ada jugak.Yang dipakai dengan baju raya tu.Yang lebih hot dari kain batik biasa.Pario pun ada jugak yang bercorak batik.Kalau Maria Ozawa pakai mesti hot.Kain batik yang tak dikomersialkan adalah kain batik biasa yang mak korang pakai kat rumah.Or nenek korang pakai kat kampung.Kain batik ni pun ada macam-macam jenama.Madura la..Maduri la.

                Untuk mereka yang first time cuba pakai kain batik,sila ambik kain batik yang kesat,kasar dan tebal sedikit supaya mudah korang nak pakai nanti.Kalau ambil yang lincin tu mungkin akan terlondeh dalam 8 kali semasa korang berjalan.

               Jangan terus pakai.Bukak lipatan kain batik dan hamparkan seperti korang menghampar sejadah untuk sembahyang.Cuba perhatikan betul-betul kain batik tu.Coraknya,warnanya.Ada nampak perbezaan?Kalau tak nampak angkat kain batik tadi dan alihkan ke bahagian satu lagi.Satu kain batik sebenarnya memiliki dua bahagian.Corak yang sama tapi ada perbezaan ketara antara kedua-dua bahagian ini.Satu bahagian untuk disembunyikan disebalik lipatan manakala satu lagi yang akan kelihatan.So,jangan main bedal pakai je.Ni kain batik bukan kain pelikat.Nanti jadi burok bebenor rupanya.

 Tengok gambar kat bawah ni.Nampak perbezaannya?Ni adalah kain batik yang biasa dipakai kat rumah bukan untuk pergi jalan-jalan di tepi pantai.Bahagian tersembunyi biasanya lebih kecil.






              Setelah korang dah boleh kenalpasti bahagian mana yang perlu disembunyikan,angkat kain batik tu.Sebelum tu belek-belek kalau-kalau ada cop syarikat.Selalunya yang ada nama syarikat perlu diletakkan kat bahagian bawah.Pegang hujung kain batik dengan kedua dua tangan korang yang tak cacat lagi.Janganlah pegang satu hujung dengan kedua belah tangan.Kan ada dua hujungnya.Kalau pegang satu je,macam mana nak pakai.Huh.Then,masukkan kedua belah kaki korang ke dalam kain batik tu.

             Tunggu dulu.Jangan terus lipat.Gejoloh betul la korang ni.Kalau korang kidal,biasanya korang akan lipat ke sebelah kanan.Kalau normal macam aku korang akan lipat ke sebelah kiri.So,tentukan dulu ke sebelah mana korang nak lipat.Semasa nak lipat,pastikan bahagian yang perlu disembunyikan benar-benar tersembunyi.Nampak line pembahagi antara bahagian tersembunyi dan bahagian yang tidak?Sila urut-urut line pembahagi tu untuk bagi ada line bila korang lipat nanti.Takdelah mengelembung je bila pakai nanti..Huduh tahu?Iron kalau perlu.Kalau korang nak lipat ke sebelah kiri,urut line pembahagi kat sebelah kanan.Dan sebaliknya.
 
            Tengok gambar kalau tak tau apa itu line pembahagi.Iaitu line pemisah antara kedua corak berlainan kat kain batik.Takde line yang dilukis pun sebenarnya just korang imagine je.Yang penting line tu memisahkan bahagian yang perlu nampak dan tak perlu nampak.Okay ke?Or dah pening sikit?

           Jom teruskan.Then bila dah bersedia.Tengok bawah.Pastikan panjang kain batik tu sama.Bukan pendek sebelah,panjang sebelah.Kalau nak lipat ke sebelah kiri,tangan kanan korang yang perlu bergerak.Tangan kiri tekan kain batik dengan kemas so melekat kat perut.Genggam hujung kain batik dengan tangan kanan,pastikan bahagian tersembunyi tak kelihatan sewaktu nak melipat ke sebelah kiri.Next lipatlah kain batik tu sesuai dengan bentuk badan korang.Jangan ketat sangat dan jangan longgar sangat.Lastly selitkan bahagian hujung kain batik yang korang genggam tu.Kalau tak jadi,ulang semula proses ni sampai boleh selit hujung kain batik tu dengan kemas.

          Perhatikan diri korang kat cermin.Okay ke tak okay?Mula-mula memang susah tapi bila pakai hari-hari,korang akan pandai adjust sendiri.Yeah...bagitau aku sape yang tak pernah pakai kain batik then dia try sekali dah jadi macam profesional?None.Lama-lama bila korang dah pro macam aku(riak sikit) korang boleh melompat kat atas trampolin 8 kali tanpa perlu risau kain batik korang terlondeh and sebagainya.




Nota Kaki:Sori tak letak gambar sekali.Sebab aku rasa tak perlukan gambar pun.Simple je.Sebelum jumpa mertua boleh praktikkan tutorial ni.Kalau jadi,sila bank in 30$ ke dalam akaun bank aku kat Bank Negara.Kalau tak jadi,jangan maki aku.Pffftt... 

Thanks kepada yang baru follow aku tu.Sori tak sempat nak jenguk korang sebab line kat sini macam *****.Even limit tak sampai lagi.Jangan tanya kat mana aku sekarang.


May Peace Be Upon Us.


Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat