Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Showing posts with label Thinking Out Of Box.. Show all posts
Showing posts with label Thinking Out Of Box.. Show all posts

Tuesday, October 18, 2016

A New Tomorrow.


 Hari esok yang baru.

Ya,aku kembali menaip di sini untuk kesekian kalinya walau mungkin ramai yang beranggapan aku telah dikuburkan jauh 6 kaki lebih ke bawah tanah.

Tiada apa lagi yang aku punya. Dan sebenarnya juga tiada apa yang kita semua punya.
Apa yang kau dan aku genggam kuat kuat malam ini hanyalah sementara.Esok mungkin ianya tiada lagi.

Selamat malam dunia dan seisinya.







May Peace Be Upon Us. Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, July 2, 2013

Never Say Grow Up To Your Men.


 Because they didnt actually grow up.

I mean, they'll become more mature eventually but never actually mature.

There is always a 'child ' or childish part inside of them.

Why I wrote this? How am I so sure about this?

Sebab ayah aku baru saja menyambut hari lahir yang ke 53 pada 22 Jun lepas. Dan malam sebelum sambutan hari lahirnya dia bersembunyi di belakang pintu semata-mata untuk menakutkan aku yang selalu berjaga malam.

Dan aku menjerit..eh silap, aku terjerit kuat, kuat jugalah sebenarnya sampai mak aku terjaga 30 saat dan kemudian tidur balik macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Selepas tengok aku terkejut beruk teruk (mungkin ayah aku tidak menjangkakan reaksi terlampau itu dari aku) lalu ayah aku pun mendapatkan segelas air lalu masuk tidur macam dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Men,come on...you are....seriously?



Remember how childish Jack was? But he's handsome so that's forgiven,I guess.


May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, May 22, 2013

Once A Boss,Always A Boss.



 Being the eldest one among my sisters,well that is what I meant by being a boss and act like a boss.

There's a big rule that is of course, not written in some crappy books, that stated that by being the eldest, no matter what lies you feed to your sisters, they,well they actually believe it.

Or be it's just some badass jokes, our little sisters will undoubtly believe them all.

It doesnt matter whether our little sisters graduated from Oxford or Stanford, no matter how smart they became, still when we told them something (that is actually a total piece of shit) they'll listen to those seriously, like it's kinda some life-or-death situations.

Once, I joke about a big cockroach to my sister, I told her that it'll crawl out of her bed and feed on her flesh during night,well it's a stupid joke of course, but she believe it wholeheartly.

Shit advices, total crap monster stories, food that makes your face turn green, when all those lies come out from the boss' mouth,well they'll actually turn out to be the most believable facts.


Once a boss, always a boss huh?







May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, May 11, 2013

Time Moves Too Fast.



Ada kalanya aku rindu zaman kanak-kanak,

waktu tu, apa pun yang kita buat,

semuanya adalah kegembiraan,

boleh menangkap berudu tanpa memikirkan air longkang yang kotor

boleh bermain hujan seharian tanpa risau akan jatuh sakit atau demam,

boleh berlari kejar-kejar,jatuh berguling-guling dengan kawan-kawan, tanpa perlu gusar lelaki atau perempuan,atau sibuk mengira yang mana satu muhrim atau bukan,

boleh tidur nyenyak setelah penat bermain,tanpa perlu bimbang apa yang akan berlaku esok hari,

sama ada kita masih sihat atau akan jatuh sakit,

sama ada kita masih hidup atau mati.








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, May 6, 2013

Hey Perempuan: Jangan Jadi Keldai, Sayang.


 
Hey Perempuan: Jangan Jadi Keldai, Sayang.


Ada kau lihat keldai itu bagaimana sayang? Bebalnya tidak dapat diajar. Degilnya tidak dapat dikawal. Suaranya pula adalah seburuk-buruk suara. Tetapi kau dan keldai ada persamaan. Tunggu, jangan marah dulu. Maksud aku, kau berdua sama-sama makhluk Tuhan bukan?

Kes keganasan rumahtangga adalah perkara biasa untuk dibincangkan tetapi apabila kes keganasan oleh teman lelaki dijadikan topik untuk forum, aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena. Lalu secara diam-diam, hatiku mula sangsi akan satu akal yang dikurniakan kepada kaum aku sendiri. Beritahu aku, adakah satu-satunya akal yang dikurniakan kepada kau telah kau hilangkan? Kalau begitu, bermakna kau dan kedai mempunyai lebih banyak persamaan sekarang.

Kenapa aku menuduh kau sebegitu hina?

Kerana kalau kau masih waras dan punya akal, kau tidak akan terlibat dalam kes keganasan teman lelaki (what-the-fuck eh?) kau. Belum ada apa-apa ikatan teman lelaki kau sudah mengangkat tangan? Bagaimana pula selepas ada ikatan nanti?

Ada kaum sejenis kita yang 5 tahun makan sepak terajang teman lelakinya masih sanggup bersabar. Ini aku tak tipu, perempuan tersebut yang menceritakan dalam forum apakenamanyantahtu. Bila ditanya sebab dia masih setia di sisi teman lelaki gilanya itu, kata dia, sebab sayang, sebab cinta. Jangan jadi keldai, sayang. Itu bukan cinta, itu kerja gila! Cinta yang benar-benar cinta tidak membunuh, ia memberi nyawa. Cinta tidak menyakitkan sebaliknya ia mengubati. Kalau cinta kau menyakitkan kau dan menyebabkan kau separuh mati dibelasah, itu bukan cinta lagi, itu tongang (sifat bodoh yang lebih teruk dari bangang) namanya.

Ada pula kejadian lelaki kurang ajar yang aku lihat dengan dua biji mata aku sendiri. Sepasang kekasih pergi ke restoran makanan segera (biasalah remaja sekarang, kalau bercinta mesti dating kat restoran yang popular tu). Sifat kurang ajar pertama yang aku ternampak tanpa disengajakan (atau disengajakan) adalah masa nak bayar harga makanan, si lelaki tu suruh awek dia bayar. Siap dia minta duit lagi depan mata aku. 

Okay, itu hal pasangan kekasih la kan, mungkin sebab sayang kau rasa tak perlu berkira dengan pakwe kau sendiri walaupun duit kau yang dia kopak hari-hari. Aku tak mau cakap apa dalam hal ini, duit kau kan, suka hati kaulah kalau kau nak sara pakwe kau macam bela biawak hidup pun. Nasib lelaki tadi baik sebab awek dia bukan Sarah Sayuri. Lepas tu, dah ambil makanan, sifat kurang ajar kedua yang aku nampak adalah si lelaki tak angkat dulang makanan, dia serah semua pada awek dia untuk bawa. Nasib lelaki itu baik sebab awek dia bukan Sarah Sayuri.

Aku ingat dah habis dah sifat kurang ajar dia tapi baru saja mereka berdua mula makan, lelaki ni macam tak puas hati pasal sesuatu. Ini sifat kurang ajar ketiga. Kalau kau tak puas hati apa sekalipun, prinsip aku, jangan bergaduh depan rezeki, jangan maki-maki depan makanan. Si lelaki ni tiba-tiba naik hantu, angin gila dia dah datang gamaknya. Dia mula marah perempuan tu, terkeluar perkataan-perkataan yang tak sepatutnya keluar. Bayangkan kau kena maki depan orang ramai yang tengah makan masa kau juga sedang makan, apa kau rasa?

Awek dia yang malu cuba sabarkan pakwe dia tapi lelaki kepala keldai ni tak mahu disabarkan, dia tak mahu beralah, tak mahu dengar apa-apa. Lagi disabarkan, lagi dia naik hantu. Akhir sekali, kau tahu apa dia buat dalam restoran tu? Dia tendang kerusi yang dia duduk, kemudian dia angkat kerusi tu (aku ingat dia nak smackdown awek dia pakai kerusi ni tapi rupanya tak, hampa jugala aku yang jadi tukang pemerhati...) lalu dia hempas ke lantai sekuat hati (mungkin sebab orang ramai dia hempas ke lantai, kalau tak ada orang tak tahu aku apa jadi kat awek dia). Kemudian dia terus saja blah dengan lagak poyo dan muka serius kononnya. Awek dia ditinggalkan seorang diri dengan makanan yang masih penuh atas meja.

Satu saja aku nak komen pasal kejadian di atas, nasib lelaki itu betul-betul BAIK sebab awek dia bukan Sarah Sayuri. Lelaki tu patut balik buat SUJUD SYUKUR sebab tak dapat awek seperti aku. Pertama sekali kes siapa kena bayar makanan tadi, bagi aku walaupun kau rasa sekaya mana pun kau, jangan bayar makanan teman lelaki kau. Jangan, jangan, jangan sesekali bayar, okay? Bukan aku nak ajar kau sifat kedekut, tapi aku nak kau ajar teman lelaki kau sifat tanggungjawab. 

Okay fine bagi aku kalau pakwe aku tak nak bayar, aku bayar sendiri tapi hanya untuk makanan aku. Cakap pada teman lelaki kau, kalau tak ada duit, tak payah makan makanan mahal-mahal, makan je kat warung mamak kan senang? Kalau tak nak bertanggungjawab untuk awek dia pun, aku rasa sekurang-kurangnya lelaki patut bertanggungjawab untuk makanan yang dia nak makan.

Kedua kes angkat dulang makanan. Walaupun dulang tu taklah berat mana tapi tolong jangan jadi keldai. Jangan jadi lebih bangang dari keldai. Keldai pun tak akan bergerak kalau dipaksa buat perkara yang ia tak mahu, kau tahu? Biar teman lelaki kau yang bawa dulang tu untuk kau. Cakap kat dia, “Kalau Bi (panggilan manja, Babi untuk pakwe) tak nak bawa, ayang pun tak nak bawa. Kita biar jelah kat sini, kita makan kat kaunter ni je.”

Kalau pakwe kau degil tahap kepala konkrit, kau cakap macam tu pun, dia masih tak nak angkat. Tak apa, jangan panik. Kau beritahu penjaga kaunter tu, cakap kat dia kau nak bungkus semua makanan. Lepas tu kau bawa balik dan makan dengan keluarga kau atau dengan kawan-kawan kau. Jangan bagi secebis pun kat pakwe kau yang kepala batu tu. Puas hati kan? Dari makan dengan pakwe bangang kau, lebih baik kau makan dengan orang-orang yang betul-betul sayangkan kau.

Ketiga, kes kena maki dan terbalikkan kerusi. Satu saja aku nak nasihatkan kau, kalau pakwe kau terbalikkan kerusi, kau terbalikkan meja sekali. Biar dia tahu yang dia tak boleh buat sesuka hati batu dia saja. Kalau pakwe kau angkat tangan, kau angkat tangan sekali. Kalau dia angkat kaki, kau kena angkat kaki sama. Kalau dia baling apa saja objek berdekatan kepada kau, kau jangan tunggu macam tunggu kayu bodoh, kau capai pisau, kau baling balik kat dia. Jahat? Tak, ini bukan jahat. Ini hanya mengikut teori fizik. Each action will give off reaction. Setiap tindakan akan ada tindakbalasnya. Teman lelaki kau perlu belajar mengenai teori ni walaupun dia tak ambil subjek fizik.

Oh, kau rasa marah dan tak puas hati dengan aku sebab aku tulis ini? Sebagai lelaki kau rasa aku tidak adil dan kurang ajar kerana mengajar ini? Dan kau rasa nak buat SUJUD SYUKUR sebab kau boleh belasah awek kau sesuka hati sebab dia bukan Sarah Sayuri? Fikirlah apa kau nak fikir selagi kau belum bertemu aku. Sebab selepas berjumpa aku, kau tak akan ingat pun apa yang aku tulis di sini. Selepas mengenali aku, kau akan mengakui apa sahaja yang keluar dari mulut aku betul. Dan selepas menjadi pakwe aku, kau akan buat apa yang aku mahu dengan rela hati biarpun sekarang kau bermati-matian cakap tak mahu. You don’t believe me? Believe it sayang or I dare you to give it a shot. 

Aku hanya cakap saja ya, aku tidak mahu pun kau (in case kau lelaki) sebab aku dah ada ‘teman lelaki’. Dia takkan marah pasal apa yang aku tulis sebab dia tak baca pun. Dan dia lebih bahagia dari kau. Ini fakta okay. Okay? Bye.






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, May 3, 2013

PRU.Nobody Tells The Truth.



Nobody tells the truth because nobody actually knows the truth.

So. VOTE for nobody.




Senangnya jadi baby.




May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, April 10, 2013

Kepada Saudara Perempuanku (Final Letter).



 
Saudara perempuanku yang selalu kuhormati,

Ingatlah kata-kata aku ini; Apapun yang dikatakan oleh mereka tentang Tuhan mereka, hakikat sebenar adalah kita semua berTuhankan Dia yang satu. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan kau, Tuhan aku dan Tuhan kita semua adalah sama biarpun mereka enggan mengakui dan bermati-matian menafikannya. Dialah Tuhan bagi langit dan bumi. Dialah pemilik jiwa hambanya dan Penguasa bagi tiap-tiap yang bernyawa. DaripadaNya semua datang dan kepadaNya juga semua akan kembali. Biar aku beritahu kau sesuatu yang ironi di sini : Mereka yang tidak mengakui hakikat bahawa Dia adalah Tuhan mereka sebenarnya tahu bahawa Dia adalah Tuhan mereka. Kau pening dengan kata-kata aku ini? Biar aku ringkaskan dalam ayat mudah. Maksud aku adalah, mereka yang kufur tetap akan memilih neraka biarpun mereka nampak dengan jelas laluan menuju ke syurga dibentangkan di hadapan mereka. Pesanan aku, janganlah kau termasuk dalam golongan yang sungguh rugi dan bodoh seperti mereka.

Sesungguhnya hidup itu benar, mati itu benar. Hari pembalasan itu benar, syurga itu benar dan neraka itu pun benar. Siksaan kubur itu benar, soalan Munkar dan Nakir itu benar. Jika nikmat-nikmat Tuhan itu benar, maka seksaan dan azabNya pun benar. Dan jika semua itu benar, maka Yang Maha Pemurah itu pun benar. Janganlah kau jadi seperti kaum-kaum kafir yang kononnya sangat bijak tetapi IQ 280 mereka masih tidak mampu berfikir mengenai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Kebijaksaan mereka menjadikan mereka sangat sombong sehingga mereka memutuskan teori yang mengatakan kejadian bumi dan alam semesta adalah proses semulajadi. Sekalipun kau hanya punya satu akal, aku yakin kau masih mampu menggunakan akal kau untuk membuktikan bahawa mereka itu salah.

Janganlah hati kau mempunyai penyakit ragu-ragu sepertimana mereka yang kufur. Satu bukti yang amat mudah bahawa kita semua dijadikan Tuhan yang satu adalah dengan melihat diri kita sendiri. Kalaulah terdapat banyak Tuhan di bumi ini, tentulah setiap Tuhan akan membawa makhluk yang masing-masing ciptakan. Jadi beritahu aku, mengapa hanya umat manusia saja yang berkeliaran di atas bumi? Mengapa tidak ada umat alien atau umat lain? Mempercayai Tuhan lembu sesungguhnya akan menjadikan kau juga seperti lembu (bodoh). Tolonglah jangan mempersiakan satu-satunya akal yang dikurniakan Tuhan kepada kita kaum perempuan dengan memikirkan benda-benda yang bodoh dan langsung tidak masuk akal.

Janganlah kau mendustakan ayat-ayat Tuhan, janganlah kau berpaling apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada kau sepertimana orang-orang kafir. Seandainya kau melakukan demikian, sesungguhnya aku berlepas tangan dari apa yang kau pertuhankan sesudah itu.

Saudara perempuanku,

Ingatlah baik-baik dan aku juga akan mengulangi ini baik-baik. Sesungguhnya neraka itu benar dan azabnya yang teramat dahsyat juga benar. Jagalah diri dan kulit kau baik-baik supaya tidak disambar api hitamnya. Sepertimana yang kau selalu dengar, kaum kita paling mudah jalannya untuk ke syurga tetapi paling mudah juga untuk ke neraka. Seandainya tergelincir maka sudah tentu kita akan terjatuh ke dalam api neraka yang teramat panas. Jagalah kaki kau baik-baik supaya kau tidak akan tersadung atau tergelincir ke dalamnya. Janganlah kau sekadar tahu melilit kaki kau dengan barang-barang kemas sampai satu kilogram kerana lebih berat kau lilit, lebih senang untuk kau tergelincir ke sana kelak.

Perumpamaan bagi emas yang dileburkan untuk menjadi barangan perhiasan kita adalah seperti buih-buih di lautan. Kau tahu apa maksudnya? Tidak berguna sama ada ianya wujud atau tidak. Kerana di akhirnya nanti ia akan hilang begitu saja. Lantaran itu, suka untuk aku ingatkan kau agar jangan terlalu taksub mengumpul benda yang sia-sia. Jangan terlalu ghairah mengejar benda-benda yang bersifat sementara. Dan jangan terlalu leka membilang kemegahan dan kecantikan yang kau punya. Apabila semuanya diambil balik sekaligus nanti, beritahu aku apa yang boleh kau lakukan pada masa itu?

Sesungguhnya saudara perempuanku, seandainya semua doa-doa aku diangkat terus ke langit, sudah tentu aku akan memohon agar kau dan aku terpelihara bukan saja dari api neraka malah dari bahangnya sekalipun. Kerana aku dan kau bukanlah mereka yang sudah dijamin terselamat dari jilatan api neraka, maka marilah kita sama-sama berdoa. Dan kau yang membaca pun marilah berdoa bersama. Moga-moga kita semua akan diselamatkan dari api neraka dan azab siksa kubur.

"Rabbana (wahai Tuhan kami)! Jauhkanlah azab Jahanam daripada kami, sesungguhnya azabnya sangat mengerikan.” 
Surah al-Furqan-ayat 65.

Saudara perempuanku yang adakala kukasihi,

Maka dengan ini, berakhirlah sudah perbicaraan kita. Mana-mana bait-bait kataku yang mengguris hati kau, tidak lain yang aku harapkan melainkan kemaafan kau. Seandainya ada yang tidak jelas atau kau mahu lebih tazkirah atau kau mahu aku mengadakan sesi usrah, kau tahu di mana mahu mencari aku. Sebenarnya banyak lagi yang mahu aku sampaikan namun apalah gunanya setimbun bukit jika yang terkais oleh kau cuma sedikit. Maksudnya tak guna aku cakap berjuta patah perkataan andainya yang kau baca cuma seratus patah dan yang kau faham cuma beberapa patah. Cukuplah sekiranya kau faham yang kita cuma ada satu Tuhan dan semua kata-kataNya adalah benar.

Hingga kita berjumpa lagi, aku berharap rahmatNya sentiasa akan mengiringi langkah kau dan juga aku. May peace be upon us.



Dan oh ya, jangan salah faham dengan surat ni, Sarah Sayuri masih seperti dulu. Dia tidak bertukar jadi ustazah selebriti atau tiba-tiba berniqab sampai yang nampak cuma dua biji mata. She is just she. Like the way she is. And she hates Bruno Mars, seriously!


Percaya, dan kau akan jumpa cahaya sekalipun di lorong paling gelap.



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, April 5, 2013

Kepada Saudara Perempuanku (Surat 3.2).


 
Saudara perempuanku yang adakalanya kurindui,

Pahatkanlah pesanan aku ini di sudut hati kau yang paling kukuh supaya ianya tidak mudah pecah apabila hati kau dihancurkan seorang lelaki. Pesan aku; jagalah hati, mulut dan nafsu amarah serta hasad dengki kau baik-baik. Jagalah aurat roh kau sepertimana kau menjaga aurat jasad kau. Kerana roh tanpa jasad adalah tidak berguna dan jasad tanpa roh adalah tidak bernyawa. Janganlah kau suka bermuka-muka dan bermulut manis biarpun hati kau sudah menggelepar kepahitan. Janganlah kau membawa mulut menyebarkan fitnah dan mengumpat keji di belakang orang yang kau sudah akui sebagai sahabat. Suka untuk aku ingatkan kau sekali lagi bahawa tiada istilah sahabat sejati, sahabat hidup dan mati dalam kalangan kita, kaum perempuan. Kau boleh menyelar, membantah, mencaci aku kerana mengatakan sebegitu namun itu adalah hakikatnya walaupun kau mahu bermati-matian bersumpah yang si polan binti si polan adalah sahabat baik kau, BFF (what the fuck) sejati kononnya. Sekiranya kau berjaya membuktikan penyataan aku salah, maka aku dengan ini secara sukarelanya akan menghadiahkan kau satu batang Choki Choki vanila coklat atau Chupa Chups perasa vanila (pilih yang mana kau suka).

Saudaraku, dalam kehidupan ini kita akan sentiasa diuji. Dugaan, cabaran dan bermacam ujian lagi yang menunggu kau kelak di masa hadapan atau selepas ini. Yang Maha Pemurah tidak akan menimpakan ke atas kau ujian yang kau tidak mampu menanggungnya. Yakinlah pada Dia. Bukankah sudah kita memberikan sumpah saksi setiap kali kita mengucap dua kalimah syahadah iaitu, “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia.” Kerana kita bersumpah untuk beriman (percaya) kepadaNya, maka percayalah setiap kata-kataNya yang diturunkan kepada kita dalam al-Quran. Percayalah pada janji-janjiNya, sesungguhnya Yang Maha Pemurah tidak akan sesekali memungkiri janji. 

Serahkanlah kepercayaan dan jiwa kau kepadaNya dengan sebenar-benar penyerahan. Maka dengan demikian, kau tidak akan tersungkur, rebah mahupun meratap berpanjangan seandainya Dia mengambil kembali sesuatu nikmat atau hamba-hambaNya yang dipinjamkan kepada kau untuk seketika. Kekasih kau, ibu kau, bapa kau, saudara mara kau hatta kucing kau yang tersayang sekalipun semuanya adalah kepunyaan Yang Maha Pemurah. Termasuk juga diri kau dan aku. Bukankah Dia yang memegang kunci-kunci langit dan bumi? Dan Dialah yang memegang jiwa-jiwa ketika matinya dan yang belum mati di waktu tidurnya maka bukankah yang demikian itu berkuasa bagi menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup? 

Sesungguhnya segala petunjuk dan cahaya adalah milik Dia. Maka janganlah kau khuatiri seandainya ada yang keras hatinya dan enggan menerima kebenaran. Seandainya Yang Maha Pemurah berkehendak, maka sudah tentu Dia akan melemparkan petunjuk ke dalam setiap hati manusia supaya semuanya akan tunduk kepadaNya yang satu. Tetapi Yang Maha Pemurah sudah memberi janji bahawa di neraka nanti terdapat golongan manusia dan juga jin. Mereka yang sudah dipalingkan hatinya dari kebenaran, yang sudah dipasung kakinya, ditutup mata dan digelapkan hatinya, mereka yang demikian sememangnya sudah dikehendaki Yang Maha Pemurah untuk bergelumang dalam kesesatan serta bergembira dengan kesenangan dunia yang hanya sedetik cuma. Bagi kita pula, janganlah menongkat langit, sebaliknya sentiasalah berdoa agar Yang Maha Pemurah tidak mengambil kembali petunjuk yang diberikan kepada kita kerana Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Saudara perempuanku yang sesekali kukasihi,

Tujuan aku menyampaikan semua kata-kata ini kepada kau biarpun kau rasa bosan membacanya adalah semata-mata untuk mengingatkan kau dan aku sendiri bahawa neraka itu maha dahsyat. Ianya adalah kediaman terburuk dan paling mengerikan. Penuh dengan seksaan, suara-suara keras para malaikat, bahan-bahan bakaran yang antaranya adalah manusia, dan ratapan memohon ampun yang tidak dipedulikan. Penyiksaan demi penyiksaan yang tidak berhenti dan penghuninya juga tidak akan mati sekalipun mereka merayu minta dimatikan. Kau tidak mungkin boleh membayangkan betapa teruk dan siksanya kehidupan di sana.

Seandainya kalau kau ketahui bahawa api neraka sangat panas sehingga warnanya hitam pekat. Seandainya kalau kau dapat melihatnya, maka sudah tentu kau akan diburu ketakutan berterusan untuk bermegah-megahan dengan harta dan percakapan kau. Ya, ini bukan gurauan palsu. Ini bukan jenaka kosong semata-mata. Kau tidak pernah mendengar aku menceritakan mengenai rahsia yang tersimpan kemas sebelum ini bukan kerana aku enggan berkongsi sebaliknya aku berasa sangat gerun sehingga bibirku tidak mampu menyusun ayat-ayat untuk disampaikan kepada kau. Dan tahukah kau apa yang membuatkan aku terdiam lalu mengunci mulut untuk masa yang lama? Ialah adalah kerana bayangan penghuni neraka yang dapat kulihat sekilas. Perempuan. Ya, aku nampak kaum kita sedang melolong dengan api hitam yang menjulang tinggi. Perempuan dengan rambut panjang mengurai(ala-ala teknik rebonding). Kau rasa ini sesuatu yang lawak? Ya, kerana aku sudah boleh bertenang maka aku boleh menjadikan ini lawak biarpun aku tidak memaksudkannya begitu.

Ini adalah sebab terutama mengapa aku mengingatkan kau supaya tidak sekadar menjaga aurat jasad kau. Kerana banyak kaum kita yang menutup seluruh tubuhnya tetapi tidak memelihara hati, nafsu dan percakapannya. Ya, aku sedia maklum kita dikurniakan 9 nafsu. Namun sekiranya golongan kafir pun tidak boleh memberikan alasan bahawa mereka tidak mendapat petunjuk di hari pembalasan kelak, maka apakah kau rasa kau boleh menjadikan 9 nafsu itu sebagai pendinding kau daripada api neraka? Pada hari itu kelak, syaitan pun akan berlepas diri dari bertanggungjawab terhadap manusia yang disesatkannya. Kata syaitan , 

 “Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu pertuhankan dan kerjakan kerana aku sangat takut pada Allah SWT yang azabnya sangat keras lagi pedih.” 

Lihatlah, syaitan memang makhluk yang paling keji dan handal dalam memutar belit. Tetapi mereka tentunya tidak akan selamat dari api neraka seperti yang kau sedia tahu.





Ini juga adalah sebab mengapa aku berpesan kepada kau supaya tidak menganggap diri kau lebih baik dari kaum Adam atau lebih tinggi kedudukannya dari manusia lain. Kerana kita semua adalah hamba-hamba Yang Maha Pemurah, kita adalah satu umat iaitu umat manusia dan Dia menjadikan kita berbeza-beza antara satu sama lain bukannya lebih baik dari yang lain. Ingat kata-kata aku ini : Secantik, sebaik dan sekaya manapun kau namun kau bukan malaikat yang berjalan di atas muka bumi. Yang Maha Pemurah pernah menyebut dalam al-Quran bahawa “Kalaulah malaikat yang berjalan di atas muka bumi ini, tentulah Kami(Allah) akan menurunkan malaikat juga sebagai rasul.” Dengan itu sudah jelas bahawa kita semua adalah umat yang sama.

Saudara perempuanku, syurga pula sepertimana yang sudah dijanjikan adalah sebaik-baik kediaman untuk kita kembali. Aku hanya akan mengatakan sebaris ayat itu mengenai syurga kerana aku mahu kau lebih banyak mengingati neraka dari syurga yang belum tentu didiami kita. Kerana kaum kita amat banyak dalam neraka, maka aku mahu kau merasakan ketakutan yang aku rasakan setiap hari. Janganlah kau meminta kesenangan dan kemewahan di dunia berlebih-lebihan kerana kesudahan untuk orang yang tamak pastinya bukanlah kesudahan yang baik. Sebagai kaum perempuan, nafsu kita yang sembilan tidak akan mengizinkan kita berpuas hati dengan suami kacak, rumah banglo, kereta Mercedes Benz E450 empat buah dan wang jutaan ringgit dalam akaun bank. Kita sentiasa merasakan tidak cukup dengan apa yang kita miliki.

 Pesan aku, belajarlah menghargai dan banyak-banyaklah bersyukur dengan apa yang kau ada. Kaum kafir memang selalu terlihat lebih mewah dan kaya dari kita kerana mereka meminta untuk diberikan kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah di dunia. Yang Maha Pemurah sudah menjanjikan bahawa dia akan memberikan kesenangan dan kemewahan secepatnya kepada sesiapa yang meminta bahagiannya di dunia. Tetapi kelak selepas itu, neraka jahanam menanti mereka yang terleka menikmati kesenangan yang bersifat sementara. Oleh itu, janganlah kau terlalu tamak menggesa dan merayu bahagian untuk kau di dunia ini kerana bahagian di akhirat kelak adalah yang kekal abadi. Yang Maha Pemurah adalah Maha Bijaksana. Dia lebih mengetahui apa yang patut kau terima dan apa yang tidak patut. Bukankah Dia yang lebih berhak menyempitkan pintu rahmat atau meluaskannya menurut kehendakNya? Jadi mengapa kau masih merungut?

Saudara perempuanku yang aku harap tali persaudaraan kita abadi,

Takutlah pada neraka yang apinya teramat panas dan azab di dalamnya tersangat keras. Ya, aku boleh mengulangi ayat ini seribu kali lagi dan aku memang berkeinginan berbuat demikian. Kerana aku amat takut bagi pihak kau dan pihak aku dan juga pihak kita. Alangkah malangnya kerana aku tidak boleh menunjukkan kepada kau apa yang aku nampak. Bukanlah aku ingin berbangga mengatakan aku adalah orang terpilih yang ditunjukkan terlebih dahulu azab di sana tetapi aku hanya sekadar menyampaikan apa yang aku mahu sampaikan. Lagipun, mungkin jika dibandingkan dengan kau, aku lebih banyak dosanya jadi aku terlebih dahulu diberi peringatan. Namun tidak salah bukan kalau aku mahu meningatkan kau. Manalah tahu kalau-kalau, kau terlebih dahulu dijemput menghadap Yang Maha Pemurah tanpa diberi sebarang amaran tentang kehidupan di akhirat kelak.

Ada kata-kata indah yang mengatakan kononnya kalau kau cintakan seseorang, kau harus melepaskan dia pergi, jika dia kembali maka dia memang ditakdirkan untuk kau dan jika bukan maka kau berdua memang tidak ada jodoh untuk bersama. Ada juga yang menyebut, jika kau cintakan seseorang, kau harus berbahagia untuk dia sekalipun dia sudah menjadi milik orang lain. Apa kata kau ketepikan sekejap kata-kata tersebut dan fahami kata-kata aku pula. Menurut aku, kalau kau cintakan seseorang, kau tidak akan mengheret dia ke neraka bersama. Kerana seorang lelaki belum tentu masuk syurga jika isterinya sudah selamat menikmati syurga. Dan jika seorang perempuan masuk neraka, dia akan mengheret suaminya yang mahu memasuki syurga untuk bersama-sama dia. Kerana lelaki adalah pemimpin kita, maka pemimpin akan dipertanggungjawabkan seandainya dia gagal memimpin orang yang harus dipimpinnya. Jadi, jika kau sayangkan lelaki milik kau, pesan aku, cubalah untuk tidak menarik dia masuk neraka bersama kau.

Saudara perempuanku, ya aku sememangnya tahu kau lebih baik dari aku. Mungkin kerana kau melihat aku masih seperti dahulu jadi kau merasakan bahawa aku tidak layak untuk berbicara mengenai Tuhan dengan kau. Mengertilah aku tidak akan berpura-pura seperti selebriti mahupun artis yang bila mahu berubah ke arah keinsafan akan diwar-warkan secubit berita itu ke seluruh dunia. Aku bukan seperti mereka yang bila tiba-tiba berpurdah meleret sampai ke tanah maka akan dikaitkan dengan petunjuk atau mimpi dari Tuhan. Kau tahu bukan aku tidak boleh berpura-pura baik jika hati aku tidak ikhlas? Ya, kau boleh katakan aku kedekut kerana apa yang berlaku antara aku dan Tuhan aku memilih untuk tidak dikongsikan dengan kau. Kerana bagi aku, perhubungan aku dan Tuhan aku adalah sesuatu yang sangat suci untuk dijadikan tatapan umum. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya aku bermurah hati untuk mengarang ini untuk disampaikan kepada kau. Sampai atau tidak apa yang aku katakan itu kau tentukan sendiri kerana mata kau yang membacanya dan hati kau yang memahaminya. Besarlah harapan aku agar ianya sampai dalam keadaan dan maksud asal.








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat