Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, January 28, 2011

Cerita Buatmu (Cerita 1 part 2)


         “Sekali pun tak pernah bercinta walaupun dah hampir tamat menengah rendah.Teruknya!”Kawanku,Suzuki seperti biasa mempamerkan aksi terkejutnya yang seperti dibuat-buat.Aku terus mengunyah makanan tengah hari tanpa mempedulikannya.

         “Jangan risau,aku pun sama,”Matsuo menunjukkan isyarat bagus kepadaku.Sekurang-kurangnya aku pernah jugak berborak dengan pompuan,Matsuo.Aku buat muka selamba.

         “Takpe Atsuta,kau perlukan masa je.Masa…,”Suzuki menambah.

         “Camne nak dapat awek eh…,”Matsuo sibuk meminta tunjuk ajar dari Suzuki.Sebenarnya bila bab bercinta nie,kakakku,Sayori boleh jadi ‘ganas’.Aku mengkhabarkan fakta itu kepada Matsuo dan Suzuki dengan riak wajah serius.Terkejut beruk mereka berdua dibuatnya.

         “Wahh..bestnya ada awek nama Sayori!”Suzuki dan Matsuo menjerit serentak.Entah apa yang bermain di fikiran mereka berdua ni.Terbayang di fikiranku gelagat kakak dan teman lelakinya di kedai ikan tidak lama dahulu.Bagaimana reaksi kakakku itu pabila teman lelakinya bergurau inginkan satu ciuman.

          “Meh cium ni,”kakak memukul-mukul teman lelakinya dengan Sayori(sejenis ikan muncung panjang macam ikan todak) sambil tersengih lebar.

         “Ciumlah Sayori!”kakak mencucuk-cucuk pula ikan ke arah lelaki itu.Haha…amik ko!

         “Dahlah tu,sakit tau Sayori,”teman lelaki kakakku cuba menepis tetapi kakak berpura-pura pekak.Setiap kali mengenangkan peristiwa itu,pasti aku akan ketawa.

         “Tertipu korang….”aku bersuara di dalam hati sambil cuba menyembunyikan senyuman daripada kelihatan.

         “Saya isi dalam buku autograf awak.Takpe,kan?”suara seseorang mengejutkan kami bertiga.Pantas aku berpaling.Seorang pelajar perempuan yang bermata bulat jernih dan berambut sedikit keperangan sedang berdiri di belakangku.

         “Eh?Kasadera….,”aku hilang kata-kata.Kasadera tersenyum melihat aku yang bagaikan tergamam seketika.Selepas kembali tenang,aku mengeluarkan buku komiknya dari bawah meja.

         “Hmm..Oh ya,saya pun.Nah,komik yang awak pinjamkan,”aku menghulurkan buku itu kepadanya.

         “Maaf ya beri awak pinjam komik pompuan.Mesti awak tak suka baca kan,”dia bersuara ketika menyambut komik itu dari huluranku.

         “Taklah.Mana ada.Err…,”aku cuba meningkah sambil berfikir apa yang patut kukatakan tentang komiknya.

         “Err…komik tu menarik.Hebat,”ujarku dengan penuh emosi.Kasadera hanya tersenyum.Dia beredar apabila seorang lagi pelajar perempuan muncul dan memanggil namanya di muka pintu.

         “Pergi dulu ya!”dan dengan satu lambaian dia melangkah pergi.Anak mataku mengekorinya sehinggalah dia hilang dari pandangan.

         “Atsuta…”suara Suzuki membuat aku tersentak.Baru aku tersedar yang mereka berdua masih ada lagi di sini dan memerhatikan aku sedari tadi.Muka ingin tahu Suzuki dan Matsuo berada betul-betul di hadapanku.

         “Apa tadi tu?Sejak bila kau suka baca komik pompuan ni?”

“Err….”aku tidak tahu alasan apa yang ingin mereka dengar.

         “Hmmm…Itu buku menarik.Hebat…,”entahlah bahasa apa yang aku guna untuk memberi penjelasan sehingga rakan-rakanku itu kelihatan terpinga-pinga.

         “Teruknya penerangan.Baik kau baca buku Bahasa Jepun!”Suzuki yang tidak puas hati mengutukku.

         “Kau ni memang Atsuta!Jelesnya,kau baca komik pompuan pun markah tetap tinggi.Susah payah aku buat latihan,”dan satu tamparan kuat hinggap di belakangku. ‘Hadiah’ khas dari Matsuo.Latihan?Sudahlah menipu tu,Matsuo.

         “Itu rupanya aktiviti masa lapang kau ya.Baca komik pompuan!”Suzuki menyindir aku sambil tersengih-sengih.Pelajar yang lalu lalang di koridor ada yang menjengah ke dalam kelas kami untuk melihat apa yang berlaku.Kecoh betul la budak dua ekor ni…

         “Heyy..bukan camtulah!”separuh menjerit aku cuba menerangkan keadaan sebenar.Hakikat yang sebenar ialah Kasadera yang pinjamkan komik tu kepadaku.Memang betul,tak percaya ke?Baiklah…baiklah.Sebenarnya ia lebih kepada meminta pertolongan.Masa tu beg dia penuh.Tiada tempat nak letak buku itu.Jadi dia pun meminta tolong aku,tolong pinjam buku dia.

         “Kawan saya pulangkan semua buku yang dia pinjam serentak.Beg saya penuh,awak nak pinjam tak?”

         Masih jelas di mataku muka mengharap yang dipamerkan dan suaranya yang lembut ketika itu.Hishh..kalau dah buat macam tu, ‘terpaksalah’ aku pinjam juga.Hehehe..

         “Ah..ertinya dia bukan baik pada kau sorang kan?”komen Matsuo sebaik sahaja aku menjelaskan kedudukan perkara sebenar kepada mereka.Betul juga.Kasadera memang baik pada semua orang.

         “Sebenarnya aku pun suka baca komik pompuan!”Suzuki tiba-tiba mencelah sambil menunjukkan isyarat bagus kepadaku.Cehh…Suzuki ni!

         “Tapi,”Matsuo terdiam sambil berfikir sejenak, “dia pilih kau untuk mintak tolong.Kasadera mesti ada hati kat kau.” Kata-katanya membuatkan kami bertiga membisu sebentar.Dulu,pernah juga aku cuba untuk rapati dia.Siapa agaknya lelaki yang suka Kasadera ya?Dia pinjamkan komiknya pada Toimuri juga.Toimuri…ahh tak mungkinlah.Sejak dulu aku meminati Kasadera.Dan seperti satu kebetulan yang menyenangkan hatiku,Kasadera juga selalu meminta pertolongan dari aku daripada ramai-ramai pelajar lelaki di kelasnya.

         “Atsuta,boleh tolong bukakan benda ni?”

         Aku masih ingat lagi Kasadera pernah meminta aku untuk membukakan tiub warna air sebelum kelas lukisannya bermula.Dari sekecil-kecil benda pun,dia pasti akan cari aku untuk meminta pertolongan.Kenapa aku?Kenapa dia selalu pilih aku?

         Mungkin betul.Mungkin Kasadera suka pada aku.Aku tersenyum sendirian apabila mengenangkan adanya kemungkinan seperti itu sementara pelajar lelaki yang berada di sebelahku pula memandang-mandang aku dengan riak wajah cuak.Agaknya dia tertanya-tanya kenapa aku tersengih seorang diri di tempat yang tidak strategik ini(tandas) dan ketika sedang melakukan sesuatu(kencing) yang pada kebiasaannya memerlukan keseriusan.

         Tapi,Hari Natal yang lepas,apa pun tak berlaku. ‘Mesti bukan sebab Hari Natal,’aku cuba menyedapkan hati.

         Ketika Tahun Baru,tiada apa juga yang berlaku.

‘Baik aku balik je,’aku sedang berdiri di depan kedai ikan dan memerhatikan kedai kek seberang jalan yang mulai April akan diambil alih oleh kerajaan.Mungkin pemiliknya sudah lama tidak membayar cukai,tapi hal itu memang tidak ada kena mengena dengan aku.Bila tiba Hari Valentine’s pun,tiada apa yang berlaku. ‘Aku patut belajar untuk exam,’ aku mengingatkan diri sendiri yang masih lagi memerhatikan kedai kek seberang jalan yang sudah bertukar menjadi kedai coklat.

         Dan kini,hampir tamat pengajian.Tak boleh buat apa dah.Aku pandang sekilas buku latihan yang terdampar di atas meja.Malaslah nak buat latihan.Hari tamat pengajian nanti,mungkin akan berlaku peristiwa tu(orang yang disukai meminta butang kedua).Butang uniform.Aku berfikir-fikir lagi.Kasadera pulak tak datang mintak butang ni.Kalau orang lain yang datang…
        
         “Hah!Kasadera isi buku autograf kau!”suara Suzuki yang hampir terjerit mengejutkan aku.Di tangannya terdapat sebuah buku.BUku autograf aku!Entah bila pula lelaki berambut hampir botak ni(style Suzuki) mencurinya.Aku cuba mendapatkan buku itu balik tapi ternyata Suzuki lebih pantas.Awal-awal lagi dia sudah menjarakkan diri dari aku.

         Nak tengok!”Matsuo pula muncul.Mereka berdua berebutkan buku autograf aku.Aku hanya memerhatikan gelagat Matsuo dan Suzuki yang tekun meneliti ruangan profil Kasadera dari belakang.

         “Aku tahu apa yang korang berdua tengah fikirkan,”aku bersuara dengan lagak cool.Sesekali berlagak macam psikik bagus juga.Suzuki tu,mesti dia tengah jeles sekarang.Paling tidak pun dia mesti fikir, ‘Geli aku.Kalau ada peluang nak je aku bakar benda ni!’

         “Hei,Atsuta si psikik,”aku terdengar Matsuo membisikkan itu kepada Suzuki.

         “Aku tahulah semuanya!”ujarku lebih kuat dari tadi.Paling kurang pun aku boleh teka.Pantas aku bangun dan merampas balik buku itu dari tangan Suzuki.Biar aku pula yang baca.Korang berdua jangan nak menyibuk.


Nama:                               Kasadera Yoshino
Tarikh lahir:                       29 Ogos
Hobi:                                 Buat benda pelik
Makanan kegemaran:           Yang manis
Idola:                               Chikushi
Jenis orang yang disukai:     Orang cool

        Bola mataku terhenti pada sebaris ayat yang akhir itu.Perkataan ‘cool’ berlegar-legar di mindaku.Jenis orang yang disukai:Orang cool.Orang yang cool.Cool,cool,cool….

         “Cool…”Suzuki bersuara seraya melangkah ke arahku.

         “Dia tulis cool ke?”Matsuo pula menghampiriku.Orang yang cool.Aku ni cool ke?

         “Aku cool tak?”sambil menuding jari ke arah muka,aku menyoal Matsuo dan Suzuki.Mereka berdua berpandangan.Suzuki membeliakkan biji matanya sebelum buat muka tidak percaya.

         “Kau rasa?”Matsuo menyoal aku balik.Kami bertiga berpandangan seketika sebelum ketawa terbahak-bahak.Yalah,apa kurangnya aku(tipu diri sendiri).Contohnya semasa aku sedang potong ikan di kedai tempohari,aku ada terdengar dua orang makcik sedang berbual mengenai diriku.Antara perbualan mereka berbunyi:

         “Wah,tengok tu!”

         “Atsuta tengah siang ikan pun nampak cool…”

         Begitulah lebih kurang.Aku pun dalam hati kembanglah juga bila dipuji sebegitu.Tapi,bila aku fikir balik,kan ni kedai ikan?Mestilah cool (cold sebenarnya tapi tersilap ejaan).Satu lagi ketika Matsuo dan Suzuki datang ke kedai ikan ayah aku tidak lama dahulu.Mereka juga ada mengatakan yang aku ni cool.

         “Alang-alang korang dah datang,apa kata aku buatkan sashimi?”itulah yang dikatakanku setelah agak lama mereka melepak di situ sambil buat muka seposen.

         “Cool!”dan itulah jawapan mereka.Cool ke aku …




Live,Laugh,Die Emotionally.

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat