Bila baca je ayat nie terus aku terfikir...betul ke?Apa selama nie kita hidup dengan menganggap apa yang boleh diterima oleh kita je yang betul jadi kalau sesuatu perkara itu tidak dapat diterima,maka ianya tidak menjadi sesuatu yang disebut realiti?
Kalau macam tu bermakna selama ni kita hidup dalam dunia yang dicipta dari rasa percaya dan rasa penerimaan itu.Mungkin ya mungkin juga tidak.Semua orang mempunyai konsep pemikiran masing-masing.Tidak wajarlah untuk memaksa seseorang itu menerima konsep yang kita gunakan jika mereka tidak mahu.
Kadang-kadang untuk percaya sesuatu tu kita memerlukan lebih dari sekadar satu pandangan biasa.Kita perlukan keyakinan.Kita perlu melihat menggunakan mata hati bukan pada zahir je.Kerana kepercayaan mengambil masa yang lama untuk terbina tapi ironinya sedikit rasa ragu saja sudah boleh menghancurkannya.
Pernah dengar ada satu kenyataan yang berbunyi,"Anda boleh mendapat rasa percaya dari seorang lelaki tapi bukan kesetiaannya.Dan anda boleh mendapat kesetiaan dari seorang wanita tapi bukan kepercayaannya."Konfius jugak bila baca ayat ni untuk kali pertama tapi dua kali baca baru aku faham dan senyum sendiri.Fikir-fikir balik,betul jugak eh...
No comments:
Post a Comment