Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Showing posts with label Annoying. Show all posts
Showing posts with label Annoying. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia.



 Drama Melayu semakin hari semakin mengarut.

Mungkin ini adalah salah satu punca mengapa perangai remaja sekarang semakin teruk.

Berangan-angan nak kahwin muda,kena kahwin paksa,bergaduh manja kemudian "live happily ever after".

Sifir pun tak habis hafal lagi,belajar mengaji Quran baru separuh juzuk, angan-angan sudah naik sampai petala langit ke-8.

Aku dah agak selepas drama SETIA HUJUNG KAKI mendapat sambutan hebat kononnya, pasti drama drama Melayu serupa akan mengikut jejak kaki 'beliau' selepas itu.

Komen aku cuma dua saja:

Pertama- Tiada orang yang kena kahwin paksa sekarang. Dan sebenarnya tiada orang yang boleh memaksa kau berkahwin kalau kau tidak bersetuju. Kan?

Kedua- Aku berharap untuk tengok drama bertajuk, "Sebenarnya Saya Atok Dia" pula selepas ini.




Happily ever after.Seriously?







May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, April 18, 2013

Cadbury dan Pringles Ada Lemak Babi?



Senarai bahan penambah perisa/pengawet/pewarna/penstabil dan entah apa-apa lagi nama untuknya yang dikatakan mengandungi lemak babi. Ya babi, sayang. Bukan kau babi tapi babilah babi maksud aku.

Dan di antara makanan yang diuar-uarkan ada lemak BABI tu, termasuklah juga CADBURY dan PRINGLES yang selalu aku kau makan. Yes, CADBURY my dear readers.

Tapi aku rasa musykil juga dan susah nak percaya sebab kenyataan ni dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna PULAU PINANG aka CAP. CAP kan persatuan pengguna paling aktif di seantero dunia, Kanada dan juga Pertubuhan Bangsa Tidak Bersekutu.






Nah tengok sendiri senarainya:

E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 4822 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 4833 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 4914 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 4925 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 4936 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 4947 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 4958 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 5429 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 57010 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 57211 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 63112 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 63513 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 90414 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 92015 E 270 30 E 433 45 E 481



Sungguh menggoda nafsu dan mencabar kewanitaan aku.



Boleh kau bayangkan kita tak boleh makan benda ni lagi?



Dan benda ni juga...


Oh Pringlesku!


 Kenapa?Kenapa? Kenapa...

Kenapa nasib kau sungguh malang wahai Cadbury?

Ahhh...dahlah. Tension aku memikirkan semua persoalan yang rumit dan tak terjawab ini.Aku nak pergi beli Cadbury BlackForest lapan nak hilangkan stress.

Kau semua jangan lupa tau, benda ni semua ada lemak BABI. Kita Islam tidak boleh makan ingat. Ingat tu, BABI tau. BABI. Okay, ciao!




May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, March 11, 2013

Surat Dari Lahad Datu.










May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, February 27, 2013

Aku Tetap Sambut Krismas Walau Masuk Neraka.



Hari tu aku ingat lagi, aku post pasal benda ni. Krismas and Santa Claus.

Teruk juga la aku kena hentam sampai dah tak tahu mana nak letak Shampoo Schwarzarkoff aku.

Memandangkan aku buat tajuk yang panas, jadi aku sudah menjangkakan reaksi yang 'panas' dari pembaca.

Tapi aku tak kisah sangatlah sebab aku tahu siapa yang hentam aku. Biasalah adat dunia, orang kutuk kau sebab orang sayang kau kan? Kalau orang benci, orang tak ambil peduli.

Bagi aku Krismas adalah tentang berkumpul bersama-sama ahli keluarga. Macam satu majlis makan malam yang besar juga. Santa Claus adalah orang gemuk yang pakai baju warna merah putih. Itu saja. Tiada apa yang nak 'dikafirkan' atau 'dikhurafatkan'. Malah, bagi orang yang mengatakan itu haram, ini haram, sebenarnya dia tidak sedar dia lebih banyak buat perkara haram. Ya, ya manusia memang lumrahnya begitu. Kuman di seberang laut juga yang mahu dilihatnya.

Tetapi jangan risau, aku tidak menyambut Krismas sepertimana yang kau fikir atau sangkakan aku menyambutnya. Sejahat-jahat aku, aku tidak jahil agama tahu. Kalau ada ceramah Ustaz Don di TV ketika aku sedang membaca komik Lawak Kampus, aku akan berkejar mendapatkan Ustaz Don dahulu (mendapatkan ni dalam maksud literal sahaja, maksud sebenar adalah pergi mendengar ceramah dia dahulu).

Suara-suara sumbang di belakang: Sarah Sayuri memang nak masuk neraka bila mampos nanti!

I've been there, you know. It's scary as hell! Dan neraka bukannya satu playground untuk kau bermain-main dengan suka hati. Jadi jangan sebut jika kau tak memaksudkannya.

Jadi jangan risau tentang syurga dan neraka aku. Aku tahu betapa teruknya kehidupan di neraka lebih dari yang kau tahu. Dan aku sudah berjanji pada diri sendiri untuk tidak ke sana lagi. Tidak sekali-kali. Daripada risaukan aku, lebih baik kau risaukan diri kau dahulu.

Oh dan tolong jangan ambil hati atau terasa sebab aku tidak mengatakan semua ini kepada kau. Aku hanya bermonolog sendiri.

Untuk meyakinkan kau aku tidak memaksudkan kau dalam hal ini, aku juga tidak mengizinkan kau komen di bawah. Nah, lihatlah betapa tulus lagi suci hati aku!

Sekarang beritahu aku, apa hadiah yang akan kau bagi pada aku untuk Krismas nanti?

Oh, aku terlupa yang kau tidak boleh komen. Maaf ya...

Ciao.

Eh, kenapa gambar gembira ni ada kat sini pula? Sumpah bukan aku ni.







May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, December 29, 2012

I've Something To Tell You.




 Awak...awak ingat saya lagi kan?

Sebenarnya dah lama saya nak beritahu awak perkara ni tapi...saya segan.
Nanti awak malu lepas tu awak tak nak cakap dengan saya lagi.

Tapi...tapi...tapi saya boleh beritahu awak di sini kan?

Ini rahsia tau.Awak tak boleh beritahu perkara ni pada orang lain.Janji?

Janji?

Saya cakap dalam kod rahsia lah...nanti orang lain tahu apa yang sepatutnya awak seorang saja tahu.

Awak ada henfon 3310 kan?

Tak ada ke?

3320?3330?1110?

Mana mana sajalah,asal awak jangan guna henfon yang canggih-canggih macam iPhone,Blackberry,apa-apa yang ada skrin sentuh dan Android tu.

Yang penting guna henfon paling koman(cikai,antik,lama).Yang boleh pilih dictionary English tu.Sekarang ni henfon canggih bukan setakat dictionary, Google Translate pun ada tapi awak jangan guna yang tu nanti awak tak boleh baca kod rahsia saya.

Baik, kita mula sekarang. Pegang henfon di tangan. Pastikan henfon ada keypad macam Nokia 3310 telefonbalinganjing .

Pergi ke write message. Ambil options/pilihan. Pilih dictionary/kamus kemudian ambil English.Jangan ubah apa-apa terus masukkan nombor di bawah.

4026*020 666539


Macam mana?Angguk lah...awak setuju kan? Kan?Kan?












May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, December 26, 2012

A Man Is Still A Man.


 This statement is applied to all of them.

No matter how pious,religious or "alim" he is.

Well...except one. I want to exclude him from this.




"The Notebook". I've watched this 5 times...maybe 8..I dont remember.




May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, November 19, 2012

Prayers.


During I'm typing this the whole world was asking us to pray for Gaza.Yeah,Palestin,Jerusalem or whatever that you call it.

So,let's pray for them

and please pray for me too.




May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Untuk Semua.




 SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA.





yang puasa separuh,
yang puasa macam tak puasa,
yang puasa tak dapat pahala,
yang puasa tak dapat apa
dan yang TAK PUASA langsung.

Semua pun nak sambut raya kan.Jadi selamat hari raya untuk SEMUA.


Lupa pulak,MAAF ZAHIR BATIN.Kukukuku[gelak jahat].









May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, August 18, 2012

Kau Nak Bergambar Dengan Kain Kapan Ke?



 Sepanjang Ramadan,ramai yang sibuk nak memuat naik gambar mereka memakai telekung sambil beribadah kononnya.Aku tak jealous,muak pun tidak,marah pun bukan.

Tapi aku cuma nak tanya,bila dah mati nanti kau pakai telekung juga,masa tu kau nak suruh orang lain tangkap gambar kau dan muat naik ke Facebook juga ke?


 *Masih tertanya-tanya.

















May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, August 8, 2012

A Touch Of Death.








How terrible it is to LOVE something that DEATH can touch.






FAQ(Frequently annoying question):

So,should I begin to love a vampire now?

A more annoying reply:

Maybe you should think twice because even Bella Swan[Kristen Stewart] and Edward Cullen[Robert Pattinson?] had broke up..LoL..

But with Salvatores,well,I cant say....





May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, June 27, 2012

The Religion's Whore.


 
Lately,it has been shocking me that more and
more people becoming hypocrites.

Well,of course it doesnt shock much if
those hypocrisy doesnt related with religion or whatsoever,because
all of us does become hypocrite sometimes.

But a religion's whore?
This is fuckingly shocking! 

Just imagine,you watched porno videos last night,
you gossiping like bitches the other day
you became a whore for a whole night
and this morning,you wore your islamic purdah(superficial and internally)
and posted somethings
like  "Syukurlah aku diberi kekuatan menghadapi ujianMu" 
atau " Masih menanti bakal imam yang bakal membimbing aku ke jalanMu."


You donate at surau but steal from masjid at the same time?

You pray while doing sins at the same time?

You do shitty and good things at the same time?


Sometimes,I even begin to confuse,

Dear Lord,did you made Demon with Angel's looks?








May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, June 21, 2012

Of Nora Elena and Aaron Azis.




Ambil kusyen.

Berjalan ke dapur,buat kopi.Bawa roti patsagi (biskut mayat) sikit.

Buat yoga 3 round.Regangkan badan. (Eh,yoga haram ke....?)

Ambil majalah.Selak-selak.

Praktiskan teknik deep breathing bila ada adegan yang memerlukan skrip dilontarkan tanpa henti selama 3 minit.

Renung skrin macam nak telan tv hidup-hidup bila ada adegan romantik yang so lame. Perlukah aku ikut beromantik bersama atau pergi makan meggi Tomyam?Semestinya meggi tomyam yang terbaik!

Belek-belek kuku.

Gigit kuku.

Belek-belek kaki (tapi tak gigit kaki).

Cari pemukul lalat.

Pukul lalat.Sekor,dua,tiga...


 *****************************************


Sila ulang langkah dari atas sampai bawah sehinggalah durasi sejam drama Nora Elena tamat.

Mungkin aku satu-satunya perempuan pelik yang tidak menyukai drama ini dan tidak menggilai Aaron Azis.

Ya,mungkin aku pelik.



P/s:Mungkin drama ini dah lama basi tapi aku baru belajar nak tengok memandangkan ramai wanita histeria bila melihat Aaron Azis.




May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, June 17, 2012

Please Don't Overdo Yourself.









 This is why....


so please dont overdo yourself.(this is a general statement)



It irritates my eyes

and shits on my nerves.









May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!



Friday, June 15, 2012

I Fuckingly Dont Know.





Lately,I realized that I've overused the word "FUCK" in my blog.

Dear God,please forgive me.

Because I FUCKINGLY dont know why I did that.

Maybe because I become more and more fuckingly emotional now.









May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, June 7, 2012

Love Is Never Ugly.





                Love Is Never Ugly.












So sweet,isnt it?

What?Cant you believe that I'm actually being sweet this time?






May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, December 6, 2011

Ramai Saja Yang Bermata Hijau Sekarang Ni.



Baby Hazel



 Baby Hazel-18mm

 0-250

 RM25



 DIALOGUES:


"Eh....baru aku perasan.." 

                 Kawan aku di sebelah menegur setelah lebih kurang 3 minit dia memerhatikan aku tanpa kata kata.Cuak jugak aku.Ingatkan dia dah psiko ke hapa...

"Hmmm?"

"Mata kau bukan kaler hitam lah...."

"Hmmm...habis tu kaler apa?Hijau ke?"

 "Urmmm...kaler ****** lah...."

"Oh...biasalah tu.Apa kau nak heran,sekarang ni ramai je yang bermata hijau dan biru."

 "Hmmm...betul jugak."






Nota Kaki: Kawan aku di atas dulunya memakai glasses masa dia menegur tentang mata aku.Sekarang dia pun dah bercontact lenses.Biru hijau jugak mata dia.Biasalah,gadis semasa mana boleh kalah dengan peredaran zaman.Malulah kalau mata kau masih warna asal beb...Malu....

Kat atas tu bukan iklan contact lens ya.Aku tak jual dan tak pakai contact lens even aku rabun separuh mati.











May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, December 2, 2011

Cabut Bulu Kening Pun Haram Jugak.


                 "Eh,kau ni semua nak pertikaikan.Semuanya tak kena.Macam kau sorang ja yang betul.Yang haram tu haramlah,tak perlu kau nak halalkan."

                "Ya aku tahu."

                "Semakin hari kau ni dah semakin pelik aku tengok.Dah macam..."

               "Macam apa?"

               "Dah macam orang takde agama."

               "Hmmmm...."

               "Islam kan pentingkan halal haram.Kau kena tahu itu.Kena ambil berat.Jangan main redah je."

               "Hurmmm...."

               "Tengok,asal aku nasihat sikit je kau buat muka.Aku tahu kita semua ni bukannya sempurna sangat.Tapi kalau aku ada ilmu tak salah aku bagi nasihat...bla..bla....bla...blablabla..."

                "....."

                "Kau jangan jadi macam si J*** tu.Dia tu dah memang takde agama lagi.Orang cakap haram dia cakap halal.Semuanya halal bagi dia."

                "Urmm..."

                "Aku dah bagi nasihat ni kira dah lepas bahagian aku.Kalau kau nak teruskan juga buatlah,aku tak akan disoal lagi oleh Tuhan di akhirat nanti.Tanggungjawab aku dah lepas...blablabla...bla bla..blabla.."

               "Terima kasih atas nasihat kau."
 
                "Kau perli aku ke tu?"

                "Setahu aku....cabut bulu kening pun haram jugak."Aku melirik seketika ke arah keningnya yang baru sahaja "dikemaskan" petang tadi.





 PWNED!!!Hahahaha.....





Nota Kaki:Betul ke cabut bulu kening tu haram?Aku main bedal je.Aku mana tahu apa apa pasal agama ni.Aku kan tiada agama.Lol.









May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, October 24, 2011

Sekiranya Ada Perkataan Yang Menyakitkan Hati Kau.


                Sepanjang aku di sini atau bersama kau,sekiranya aku ada mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati kau,maka beritahulah aku.

                 Sebab aku mahu ulang perkataan itu kepada kau sekali lagi.











May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, September 24, 2011

Confession Of A Shopaholic:I'm Not A Lessbian.


                Well so neither I'm a shopaholic too.Betul ni.I'm not a shopaholic.Siapa percaya?Siapa tak percaya?Well...who cares anyway?Lagipun errr...tak baik menipu tau.

                Berbalik kepada topik asal kita which is lessbian or lessbo or whatsoever that you named it,mari aku bawa kau semua kembali ke 6 tahun lepas.Waktu itu aku masih di bangku sekolah menengah lagi.Masih comot,innocent dan berpinafore...erkkk...berbaju kurung.Ya,berbaju kurung.Sila percaya.Rasanya dalam tingkatan dua lebih kurang.Seorang kawan perempuan aku,kami memang rapat,so satu hari semasa makan di kantin sekolah,dia bertanyakan sesuatu kepada aku.

                 "Urmmm...aku tak tahu macam mana nak cakap ni...tapi kau...errr kau suka lelaki kan?"

                 Soalan yang which aku tidak ambil kisah sebab tidak faham pada mulanya lalu aku pun menjawab.

                 "Aku suka kau..."which is maksud aku jawapan itu just for fun.Ya aku memang suka bergurau.Tidak kiralah dengan sesiapa sahaja.

                 Kawan aku itu telan air liur."Maksud aku...urmmm kau tidak ada pakwe jadi...jadi...tapi ..."

                 "Ya,kenapa...?"

                  "Urmmm...maksud aku kau..kau tetap suka lelaki kan..Errr kau bukan errr less...kan?"

                  Hampir tercekik makanan aku dibuatnya.Aku toleh sebelah kemudian aku pandang kawan aku itu lama-lama sampai dia rasa gelisah.

                  "Kalau aku cakap aku less,apa yang kau akan buat?Kau akan mula berlari sekarang ka?"

                  "Errr...tak..Aku cuma..cuma tanya je.Aku risau juga...lagipun kau kan kawan aku..."jawabnya serba salah.

                  "Sebenarnya..."aku pandang muka dia tepat-tepat sebelum menyambung,"kau cantik kau tahu.Beautiful...aku memang suka perempuan cantik." Ayat itu bernada serius.

                  Tidak perlulah kau semua membayangkan apa reaksi kawan aku setelah mendengar kata-kata itu.Cukuplah kalau aku katakan yang sekarang dia sudah yakin yang aku bukan lessbian.What the hell eh?Tidak ada pakwe tidak bermaksud kau seorang lessbian ataupun gay.Lagipun waktu itu aku masih muda,so young,masih bersekolah so aku rasa mempunyai pakwe is not a necessity.Sebenarnya kalau tidak ada lagi baik.Because I'm not ready to fall in love or bercinta monyet dan sebagainya.And I'm straight.Not lessbian or bi okay.That's just so pathetic untuk disalah anggapkan sebagai lessbian oleh kawan sendiri.Sebenarnya not so pathetic,seronok juga dapat mengusik dia.Hahahahaha...




Muahhh.xoxo.







May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, August 28, 2011

Sedih Kan Sambut Raya Seorang Diri?


               Dengar lagu raya Dendang Perantau dan Ku Pohon Restu Ayah Bonda seorang diri.Makan seorang diri.Dan makanannya pula ala kadar sahaja,walaupun sedap,mestilah tidak sama dengan air tangan bonda sendiri.Sekalipun kad raya dan kuih raya sudah diposkan,namun kesedihan tidak juga terubat.Apatah lagi mendengar takbir bergema di pagi raya.Cukup untuk membuatkan kolam air mata bertakung lalu mencurah curah.

               Lagu Airmata Syawal dendangan Siti Nurhaliza pastinya cukup membuatkan air mata bersambungan hingga ke malam hari.Tak apalah,raya tahun depan ada lagi.Pujuk hati pada diri sendiri.Namun sayangnya hati sekadar mendengar tetapi tidak mahu menerima pujukan itu.



Sedihnya...















May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat