Bintang Berkilauan Di Bulan Mac
Di sekolah.Aku masih terbayangkan ketika di sekolah tadi.Wajah terkejut rakanku,Tarou dan juga riak malu-malu Yamada,budak perempuan yang sekelas denganku.
"Tarou,sebenarnya..sebenarnya saya sangat-sangat suka kat awak!"dalam kepayahan dan ragu-ragu,Yamada separuh menjerit ketika memberitahu itu kepada Tarou.Tarou kelihatan sedikit terperanjat.Situasi yang tidak diduganya.
"Jadi,boleh tak awak serahkan butang baju awak kepada saya?'
Satu tradisi di sekolah menengah di Jepun.Apabila hampir tiba waktu untuk majlis tamat pengajian,pelajar lelaki boleh menyerahkan butang kedua bajunya kepada mana-mana pelajar perempuan yang disukainya.Ia dianggap cara terbaik untuk menyatakan isi hati yang tersirat.Kadang kala pelajar perempuan yang cukup berani boleh datang sendiri untuk meminta butang baju budak lelaki yang disukai.Entahlah siapa yang mula-mula merayakan tradisi yang bagiku cukup mengarut ini(jeles sebenarnya).
"Sebenarnya...,"Tarou berjeda sejenak sebelum menyambung,"saya pun suka jugak pada awak."Itulah yang dikatakan Tarou ketika menyerahkan butang bajunya kepada Yamada.
Begitulah selalunya tradisi itu akan berjalan dengan lancar.Kesudahan yang menggembirakan bagi mereka yang tercari-cari peluang untuk meluahkan isi hati.
"Heyy..dengar tak?!"suara kakak mengejutkan aku yang sibuk mengulit lamunan.Suara kakakku yang disertai dengan seekor ikan hinggap di atas kepalaku.Aku tidak sempat mengelak.
"Ehh..mana boleh sesuka hati pukul orang dengan ikan,"aku memberontak dan cepat-cepat menjauhkan diri dari kakak.'Nanti berbaulah,' aku merungut tapi di dalam hati saja.Kakakku,Sayori berlagak selamba.Tangannya masih memegang ikan yang digunakan untuk memukul aku tadi.Dia menjuih mulut.
"Sebab dah banyak kali kakak panggil tadi tapi kamu tak dengar!Kakak nak mintak kamu jagakan kedai,"sambil bersuara matanya sempat menjeling ke arah komik yang tidak sempat kusimpan.
"Ni apsal baca komik pompuan ni?"
"Bu...budak pompuan kat kelas yang bagi pinjam,"tergagap juga aku untuk menjawab.Aduh...kenapalah boleh lupa nak simpan pulak ni?
Tingkatan 3,menengah rendah,bulan Mac.
Kedai ikan Atsuta.
Suasana kedai ikan di waktu pagi.
Tahun 3,menengah rendah,tak kira bulan Mac atau April tetap sibuk.
"Youji mesti senang hati sebab dah nak habis belajar kan?Tak lama lagi majlis tamat pengajian,kan?"seorang perempuan tua yang layak dipanggil makcik menegurku semasa datang membeli ikan.Aku hanya diam.
"Seronoknya jadi remaja...,"makcik itu menambah di hujung kata-katanya semasa ingin membayar harga ikan yang dibeli.Aku diam juga.Seronok?Tak juga.Mungkin zaman remaja makcik itu seronok tapi bukan zaman remaja aku.Bencinya menengah rendah!Apa pun tak berlaku.Siapa kata hidup penuh pahit manis!?
2 comments:
suker bacer...esok smbg bacer nhgian 2 lak..da ngantuk...;p
@nuddyra;thanks dear...igtkan dah takde sape sudi baca citer hampeh yg i tulis ni...TT_TT terharu....
Post a Comment