Something To Think About.
There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )
Showing posts with label Dear Mr Salvatore. Show all posts
Showing posts with label Dear Mr Salvatore. Show all posts
Wednesday, October 26, 2016
Dear Mr Salvatore,I Miss You.
Ya,tajuknya sudah cukup untuk menggambarkan apa yang aku rasa cuma mungkin tidak dapat disampaikan sepenuhnya melalui tulisan.
Kau tidak tahu dan aku berharap agar kau tidak pernah tahu.
Adakalanya aku mencari Mr Salvatore melalui haruman parfume seseorang yang mengingatkan aku kepadanya;
aku mencarinya ketika orang ramai berpusu pusu turun melalui tangga dan ada yang terlanggar bahu denganku namun menghilang sebelum aku mengejar;
pernah aku berpusing pusing di tengah riuk pikuk kota kerana terlihat seseorang yang berpakaian sepertinya
dan pernah jugak aku berlari seperti hilang akal tatkala terpandang sesusuk tubuh sepertinya di dalam tren;
kau juga mungkin mahu ketawa apabila aku memberitakan bahawa aku juga pernah menunggu seharian di kafe kegemaran aku semata mata untuk melihat manusia lalu lalang dan berharap salah seorang dari mereka adalah dia,Mr Salvatore.
Benar,aku mungkin sudah gila atau mungkin saja aku benar benar merindui dia. Kau tidak pernah merasai bukan bagaimana rasanya merindui seseorang itu separuh mati? Dengan mendengar lagu dan memahami lirik sahaja tidak cukup,kau perlu melaluinya untuk merasai.
Pernah sekali aku dikejar sekuriti kerana aku berlari menaiki eskalator yang turun. Puncanya? Kerana di eskalator bertentangan aku terpandang seorang lelaki yang mirip wajahnya dengan Mr Salvatore, tetapi malang sekali bukan dia.
Tanyalah aku lagi apa benda gila yang tidak pernah aku lakukan kerana lelaki itu.
Kau tidak akan faham kerana sulit sekali untuk memahami bagaimana rasanya kalau kau mencintai seseorang itu bukan dengan sepenuh hati tetapi dengan segenap jiwa dan juga raga.
Aku berada di sini hari ini kerana aku masih berharap dia akan menjenguk walau cuma untuk sedetik.Aku masih punya harapan itu.
May Peace Be Upon Us. Live,Laugh,Die Emotionally!
Posted by
Sarah Sayuri Hartnett
1 comments
Friday, May 31, 2013
Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 19.
Kejutan ini
terlalu hebat untuk aku terima. Aku tidak dapat merasai sama ada jantung aku
masih berdegup atau sudah berhenti kerana terlampau terkejut. Nafasku terlalu
laju sampai tidak terhitung lagi. Hampir setengah jam aku terduduk di lantai.
Sebelah tangan memegang buku hitam milik Legan dan sebelah lagi menggenggam
kemas seutas rantai kepunyaanku. Memang tiada kaitan antara keduanya dan memang
sepatutnya tidak ada kaitan langsung. Tetapi apa yang tertancap pada pandangan
mata aku sekarang menafikan hakikat itu.
Aku sedang melihat simbol yang terdapat pada
buku Legan dan loket rantai aku. Ianya bukan sesuatu yang mengelirukan.
Kebenarannya jelas terpampang di depan mata. Kedua-dua simbol pelik itu adalah
sama. Selama ini aku tidak pernah perasan malah aku tidak pernah terfikir
mengenainya kerana rantai itu tidak pernah aku keluarkan dari kotak
simpanannya.
Rantai itu
satu-satunya barang yang ada pada aku semasa aku ditemui di gereja. Boleh
dikatakan ianya satu-satunya petunjuk untuk membawa aku kepada ibu bapa
kandungku. Namun harapan itu terkubur begitu saja bertahun lepas kerana selain
simbol pelik yang terukir di atas loket, tiada apa-apa petunjuk lagi yang dapat
kukesan.
Malah kemana-mana pun kedai barang perhiasan yang aku tuju untuk
bertanya, semua pakar barang kemas dan pemilik kedai menafikan mereka pernah
mengukir simbol yang sama di mana-mana barang perhiasan. Menurut mereka lagi,
itulah kali pertama mereka melihat simbol seumpamanya.
Ada juga
yang berminat untuk membelinya dan menawarkan harga yang tinggi. Alasan mereka
loket itu sangat unik dan berharga kerana tiada siapa yang boleh mengukir
simbol pelik itu di dalam sebutir batu permata seakan kristal akuamarin yang
sangat cantik. Mineral warna azul itu berkilauan dan kelihatan hidup seperti
dasar lautan biru yang sentiasa bergerak walaupun ianya sebutir batu yang
pejal.Lebih dari itu, seorang pembuat barang perhiasan pernah membisikkan
sesuatu yang membuatkan aku kagum.
“Kalau ada
pakar barang kemas terkenal mengaku dia yang mengukir simbol ini, saya akan
mengutuknya sebagai penipu. Awak tahu kenapa?” Dia sengaja berjeda sejenak
sebelum meneruskan.
“Sebab
simbol ini bukan diukir. Malah tiada mana-mana pakar ukiran barang kemas yang
paling handal pun yang boleh membuat ukiran sebegini kerana simbol ini berada
di dalam permata. Untuk mengukir kami terpaksa menghiris batu permata dan ia
akan meninggalkan kesan. Tetapi tiada sebarang kesan kerosakan berpunca dari
ukiran atas loket awak,” beritahunya dengan rasa teruja. Entah apa yang
menjadikan dia begitu teruja aku tidak tahu.
“Jadi?”
soalku sedikit keliru dan terumbang-ambing untuk memahami penjelasannya tadi.
Dia
mendekatkan mulut ke telingaku mahu berbisik seolah-olah ianya rahsia besar
negara. Sambil matanya melingas memandang kiri kanan untuk memastikan tiada
yang berada berdekatan kami, dia mula membuka rahsia dari pengalaman bertahun
sebagai pakar pembuat barang perhiasan.
“Saya ada
dua andaian di sini yang mungkin awak mahu dengar. Satu, simbol itu memang
terhasil dari dalam batu permata sendiri. Kalau begitu, maknanya awak sangat
bertuah untuk memiliki permata ini yang belum pernah ditemui siapa-siapa. Awak
boleh menjualnya kepada saya dengan harga yang tinggi atau melelongnya dengan
harga yang tidak dapat awak bayangkan. Dan kedua...ini sekadar teori saya
sahaja tetapi saya rasa ada kemungkinan simbol sebegini diukir oleh bukan manusia.”
Aku hanya
ketawa saat dia mengungkapkan teorinya yang bagiku tidak masuk akal namun
sekarang semuanya mulai diterima akal. Simbol itu memang bukan kerja tangan
manusia. Legan. Sekilas dari ekor mata aku terpandang lelaki itu tercegat kaku
di halaman rumah sewaku. Aku sedia maklum dia memang suka menengadah muka
memerhati langit tetapi sejak akhir-akhir ini kurasa dia menghabiskan masanya
terlalu kerap untuk aktiviti itu. Tidak pula kutimbulkan rasa curiga aku di
hadapannya walaupun aku hatiku dihimpit perasaan tertanya-tanya.
Saat ini,
sepertinya aku sudah tidak mampu membendung rasa ingin tahu lebih lama. Lebih
penting lagi, aku perlu mendapatkan kepastian berhubung simbol misteri yang
menjadi tanda tanya di benakku sejak dahulu.
“Legan,
beritahu saya apa sebenarnya ini?” soalku enggan bertangguh lagi.
Aku menerpa
ke arah dia sebaik kakinya melangkah memasuki rumah. Legan mempamerkan riak
wajah bersahaja seperti selalu. Dia tidak kelihatan tersentak dengan tindakan
spontan mahupun soalan aku.
“Beritahulah
saya Legan. Saya perlu tahu apa yang awak sembunyikan dari saya selama ini,”
desakku lalu menayangkan simbol loket aku di depannya.
Anak matanya mengekori
loket itu. Lama dia bagai terpaku memandangnya sebelum kembali menatap aku.
Walaupun tiada reaksi terkejut pada air mukanya tetapi aku terkesan anak mata
dia yang membesar sebaik melihat simbol yang kutunjukkan. Ini mengesahkan
andaianku bahawa dia tahu sesuatu. Suatu rahsia penting yang diselindungkan
dari pengetahuanku sejak dari mula kami bertemu.
“Apa yang
awak mahu tahu Anna?” tanyanya kembali bersama pandangan tenang.
“Beritahu
saya semuanya Legan,” sungguh-sungguh aku mendesaknya ketika itu kerana rasa
ingin tahuku tidak tertahan lagi.
Legan
menggeleng. “Semuanya terlalu banyak dan terlalu subjektif. Saya hanya akan beritahu apa yang awak mahu
tahu.”
“Saya mahu
tahu semuanya Legan. Semuanya. Beritahu semuanya kepada saya sekarang!” balasku
dalam nada memaksa. Legan diam. Mungkin dia sedang berfikir apa yang mahu
diceritakannya kepada aku. Prasangka jahatku membisikkan yang dia sengaja
menyepikan diri kerana enggan membenarkan aku tahu apa-apa. Lagipun selama ini
juga dia selalu membisu apabila aku bertanyakan soalan yang aku ingin tahu.
Diselubungi
perasaan geram, aku menghampirinya lantas berdiri betul-betul dekat dengan dia.
Kedua-dua tangan aku bertindak menggenggam baju yang dipakainya. Legan tidak
cuba melepaskan bajunya dari genggamanku.
Dia sekadar menatap aku dengan
ketenangan yang tidak terusik sedari tadi. Aku tidak peduli lagi kalau apa yang
aku lakukan ini menyakitkannya. Aku tidak peduli lagi seandainya dia mahu
mengamuk lalu melenyapkan bumi dari sistem suria sekalipun. Apa yang lebih
penting bagi aku sekarang adalah untuk memuaskan rasa ingin tahuku. Aku perlu
tahu apa yang dia sembunyikan selama ini.
“Siapa awak
sebenarnya Legan? Beritahu saya!” aku bukan lagi bertanya sebaliknya sudah
menjerit kuat di hadapannya.
Legan tidak menjawab. Dia tidak bersuara. Dia
tidak berbuat apa-apa. Dia hanya mendiamkan diri dan memandangku. Lelaki ini
sungguh mengecewakan. Untuk memberi satu jawapan yang mudah pun dia tidak
mampu. Sebenarnya bukan tidak mampu tetapi lebih kepada tidak mahu. Rasa hampa
bergulung-gulung menenggelamkan perasaan ingin tahu.
Sedetik dua
aku turut menyepi. Hanya mata kami yang saling bertingkah. Mata aku yang penuh
dengan amarah dan kecewa manakala mata Legan pula kosong tanpa emosi. Merenung
mata biru itu dalam-dalam aku bagai tersedar akan sesuatu. Lambat-lambat aku
melepaskan genggaman tangan kemudian membetulkan bajunya.
“Siapa saya
sebenarnya Legan? Siapa saya di dalam kehidupan awak? Adakah kita pernah
bertemu sebelum ini?” soalku dengan nada suara biasa. Aku tidak lagi menjerit
atau memaksanya seperti tadi. Bukan kerana rasa ingin tahuku telah mati begitu
saja tetapi kerana aku sedar aku telah tersalah menafsir apa yang aku mahu
tahu. Yang cuba dirungkaikan mindaku bukan persoalan tentang dia sebaliknya
tentang diri sendiri. Siapa aku sebenarnya?
“Awak tahu
siapa diri awak Anna. Itu soalan yang tidak perlu saya jawab,” balas Legan
menambah cuka dalam perasaan kecewa aku. Biarpun jawapannya jujur tetapi bukan
itu yang aku mahu dengar. Persoalan mengenai siapa diriku belum menemui
kepastian.
“Ya, saya
tahu saya Anna Maria. Sekadar tahu nama tidak memberi apa-apa makna Legan.” Aku
melepaskan keluhan panjang. Kalau perasaan kecewa adalah objek yang boleh disentuh pastinya
sudah berceracak bongkah-bongkah kecewaku di hadapan lelaki ini.
“Manusia
memang makhluk yang kompleks. Bangsa awak lebih suka merungkaikan sesuatu yang
sulit dari mengembangkan sesuatu yang ringkas,” komen Legan.
Ulasan itu memang
tidak diharapkan maka aku tidak rasa perlu untuk aku berterima kasih.
“Semua
benda akan berkembang sendiri Legan. Saya tidak rasa perlu untuk kita
mempercepatkan proses itu. Lagi cepat kita memaksanya berkembang, lagi cepat ia
akan sampai ke penamatnya. Semua benda yang berkembang akan berhenti suatu hari
nanti. Seperti juga manusia, kami membesar, berkembang, mengalami perubahan,
menjadi tua lalu mati.”
Sepertimana
juga teori Big Bang mengenai kewujudan alam semesta. Semua jasad dan bintang di
luar angkasa sana dikatakan bermula dari saiz lebih kecil dari sebutir beras
yang kemudiannya berkembang dan membesar.
Satu hari nanti, ia juga akan
berhenti lalu mati.
Kebanyakan
saintis berpendapat alam semesta ini akan mengecil semula menjadi sebutir beras
sebagaimana ia bermula tetapi bagi aku, penyataan mudah mengenai teori mereka
adalah berlakunya proses penuaan kemudian diakhiri dengan kematian. Walaupun
kedengaran pelik dan mungkin masih ada yang tertanya-tanya bagaimana alam
semesta boleh mati begitu saja namun tidak perlu terbit sebarang keraguan
tentang ini. Ia bukan sekadar satu teori. Semua yang berkembang perlu berhenti
juga lambat laun bukan?
Setiap yang bermula ada penamatnya.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
Posted by
Sarah Sayuri Hartnett
0
comments
Monday, May 27, 2013
Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 18.
Benarlah
kata Mr Salvatore, bumi ini bumi suci.
Saat pertama kali kaki terinjak di sini,
semua kebenaran seperti terpampang luas untuk aku lihat sendiri. Apabila berada
di sini, buminya langsung bercerita tanpa diminta lalu pembohongan dahsyat yang
cuba ditutup akan terbongkar.Tanah yang suci sekalipun dicemari darah jutaan
manusia tidak berdosa, kesuciannya masih terpelihara. Apatah lagi kalau darah
itu ditumpahkan dengan rela oleh para mujahid yang tidak gentar berdepan dengan
maut. Debu di bumi ini tidak terasa kotor walau diusik oleh gelimpangan
kelongsong peluru milik bangsa terlaknat. Bendera bersimbol kebinatangan menerjah
penglihatan aku sepanjang perjalanan kami.
Van hitam
milik tentera Israel yang membawa aku, Legan dan beberapa orang penting melalui
kawasan tempat ibadat berhampiran Masjid Ismail di Hebron yang dikongsi dua
penganut agama iaitu Islam dan Yahudi.
Orang Yahudi menggelar kawasan ini
Makhela. Gua Makhela yang terdapat di sini dipercayai tempat suci dan penting
menurut agama mereka.Kami berhenti sebentar untuk pemeriksaan. Aku sempat
meninjau sekumpulan tentera rejim Zionis yang berkawal di sekeliling masjid.
Tentera yang lengkap bersenjata itu mengawasi penganut Islam yang mahu memasuki
masjid untuk menunaikan solat. Untuk menunaikan solat di sini umpama mahu
berperang dengan maut. Pada waktu malam masjid ini bertukar rupa apabila
dikunjungi oleh penganut agama Yahudi yang menjadikan ia tempat ibadat mereka
dan tempat mendengar kuliah keagamaan.
“Kita akan
sampai ke Baitulmaqdis sebentar lagi,” beritahu Harith yang nampak bersemangat
menyebut nama tempat itu. Dia mengiringi aku dan Legan untuk memastikan
keselamatan kami. Aku menoleh ke belakang melihat puluhan trak kontena besar
yang berderet mengikuti van kami dan juga sebuah lagi van dinaiki Presiden
Israel dan beberapa pemimpin kuasa besar dunia yang lain.
Terdapat
kira-kira 43 buah trak kesemuanya dan setiap satunya boleh memuatkan 25 buah
kereta Honda Accord. Apa yang dibawa di dalamnya bukanlah kereta, sumbangan
makanan atau ubat-ubatan tetapi permintaan istimewa dari aku sendiri. Anggaplah
ianya hadiah kecil untuk penduduk bumi suci ini yang telah lama menderita.
Kerana isi kandungan trak tersebut jugalah aku sanggup bersusah payah ke sini.
Aku mahu menghantarnya sendiri. Aku mahu melihat trak ini diserahkan kepada
yang berhak di depan mata aku sendiri.
Bentayahu memang telah menandatangani surat
rundingan tetapi apalah yang boleh diharap dari lelaki itu apabila perjanjian
damai yang melibatkan seluruh dunia pun dia khianati begitu saja. Aku tidak
akan mempercayai lelaki itu sekalipun dia mengatakan perkara yang benar. Mati
hidup balik pun aku tidak mahu menaruhkan kepercayaan kepadanya. Disebabkan itu
aku mahu menyaksikan dia melakukan apa yang sudah kami persetujui dalam
kehadiran aku. Setiap gerak gerinya tidak terlepas dari diawasi aku. Kerana dia
licik, maka aku perlu jadi lebih licik.
Perjalanan
kami ke Baitulmaqdis kurasakan sangat lancar.Tiada lagi sekatan atau
pemeriksaan di pos-pos kawalan tentera Israel. Kawasan perumahan di sini yang
suatu ketika dahulunya milik penganut Islam kebanyakannya sudah dibeli oleh
bangsa Israel. Kesan-kesan seni bina Islam kian pudar kerana beransur-ansur digantikan
dengan lambang agama Yahudi dan seni bina mereka. Hampir kesemua rumah yang
dimiliki orang Israel telah menjalani proses pengubahsuaian. Berada di sini
seperti berada di negara milik Israel walaupun bumi ini bukan kepunyaan mereka.
Nampaknya resolusi jahat mereka untuk memiliki negara sendiri bakal tercapai
tidak lama lagi.
Matahari
sudah condong ke ufuk barat semasa kami sampai ke kawasan Masjid Baitulmaqdis.
Pasukan pejuang Hamas, rejim al-Qassam serta lain-lain para mujahidin telah
memenuhi kawasan sekitar masjid ketika van kami melewati bangunan kecil
berhampiran yang dijadikan sekolah. Beberapa orang lelaki bersusuk tegap
menghampiri van yang dinaiki Presiden Israel dan beberapa individu penting
dunia. Mereka adalah ketua atau pemimpin pasukan pejuang Islam masing-masing.
Van yang membawa aku dan Legan berhenti jauh sedikit dari mereka. Sengaja aku
meminta begitu kerana aku hanya mahu menyaksikan sesi penyerahan trak-trak
tersebut dari jauh dan bukannya terlibat secara langsung dalam prosesnya.
“Kalau awak
tidak keluar, saya juga akan tunggu di sini bersama awak,” ujar Harith selepas
hanya tinggal aku, dia dan Legan dalam van itu. Dr Aqeelah, Profesor Adam
Mukmin serta beberapa orang lagi yang menyertai kami ke sini sudahpun menapak
ke arah kawasan para pejuang muda berhimpun.
Aku membuang pandang ke arah luar
melalui cermin tingkap van. Berbanding dengan tentera rejim Zionis yang aku
lihat tadi, para pemuda ini tampak lebih tenang dan gagah walaupun terpaksa
berjuang dalam keadaan serba kekurangan. Wajah mereka tidak tampak bengis
walaupun tanpa senyuman. Jika dilihat lebih dekat aku pasti aku boleh nampak
cahaya di situ. Cahaya keimanan menurut Mr Salvatore.
Kekuatan
mereka bukan diukur dari segi jumlah senjata atau peluru yang ada tetapi
kekuatan mereka datang dari dalam jiwa. Kekuatan yang bersandarkan kepercayaan
kepada Tuhan mereka semata-mata. Anehnya, kekuatan yang dilihat tidak seberapa
inilah yang menggerunkan rejim Zionis sehinggakan mereka bermati-matian melawan
para pemuda istimewa ini. Sehinggakan mereka menggunakan kesemua peluru di
tangan dan menggeluarkan senjata tercanggih yang ada demi menentang
pejuang-pejuang hebat berkenaan yang kadangkala hanya dibekalkan sepucuk
senapang setiap seorang.
Mereka
berbaris tegak tidak berkutik dengan beberapa panji dibawa bersama. Agaknya
beginilah keyakinan mereka ketika berhadapan dengan tentera Zionis Israel.
Tidak ada secalitpun rasa gentar atau perasaan mahu berundur ke belakang.
Melihat bagaimana teguhnya keyakinan hati mereka dan betapa tenangnya jiwa
mereka walaupun terpaksa berdepan dengan maut setiap hari, aku jadi malu
sendiri. Tidak terkecuali aku diserbu rasa cemburu. Andai Mr Salvatore berada
di sini, tentu dia juga diserang perasaan yang sama.
Alangkah
iri hatinya aku melihat pemuda-pemuda ini berlari membawa sepanduk syurga
menuju ke alam akhirat. Alangkah dengkinya aku melihat semangat dan kepercayaan
mereka yang tidak pernah luntur biar maut berada di depan mata. Mereka tidak
takut mati kerana mereka percaya mereka akan bertemu Tuhan mereka kelak. Mereka
yakin dengan janji-janjiNya. Saat ini, serasanya aku tidak punya bantahan lagi
seandainya Mr Salvatore memilih untuk menyertai mereka sebaliknya aku akan
berdiri teguh di belakang menyokongnya.
“Awak boleh
keluar, Harith. Kami juga mahu keluar,” putusku kerana mahu merasai pengalaman
menjejakkan kaki ke tanah Baitulmaqdis atau Jerusalem yang menjadi rebutan penganut
Islam, Yahudi dan Kristian sejak ribuan tahun dahulu. Rugi besar kalau aku
tidak menghirup sendiri udara di tempat pertemuan tiga agama yang dianggap
paling berharga di mata dunia.
“Saya ikut
awak berdua,” laung Harith dari belakang ketika melihat kami sudah
meninggalkannya. Dia melajukan langkahnya untuk mengiringi kami.
“Tak perlu
Harith. Kami boleh jaga diri sendiri, kan Legan?” Aku mencuit Legan, memaksa
dia mengiyakan.
“Tapi awak
berdua di bawah tanggungjawab saya,” sanggah Harith tidak bersetuju.
“Kita tidak
lama di sini. Untuk tempoh singkat ni kami boleh awasi satu sama lain. Lagipun
awak tentu mahu laksanakan tanggungjawab yang lebih penting dari menjaga kami
bukan?”
Harith
mengerut dahi. “Tanggungjawab lain?”
“Apalah
gunanya menjejakkan kaki di masjid ini jika tidak bersujud di dalamnya. Awak
tentu tidak mahu melepaskan peluang solat berjemaah dengan para mujahid di
sini,” ujarku menyogok Harith. Aku melemparkan pandangan ke arah para pemuda
tadi yang beransur-ansur memasuki masjid. Waktu solat pastinya sudah tiba
kerana itu mereka tergesa-gesa meninggalkan perbualan dengan Pengerusi PBB yang
baru bermula lalu menyahut seruan azan dahulu.
“Awak pasti
awak tidak akan apa-apa?” soal Harith sekali lagi ketika dia sudah mahu memijak
tangga masjid. Aku menjawab soalannya dengan senyuman. Harith menghilang di
sebalik pintu setelah yakin dengan jawapan aku.
Sepanjang peninggalannya, aku
berjalan menjauhi pemimpin pemimpin negara yang sedang berbincang sesama mereka
termasuklah Presiden Israel lalu menuju ke bangunan yang dijadikan tempat
menimba ilmu bagi kanak-kanak kecil. Bangunan usang yang dipenuhi kesan bedilan
peluru ini tidak selayaknya digelar sekolah dan jumlah pelajarnya juga boleh
dibilang dengan jari. Kakiku tertarik untuk melangkah ke sana kerana suara
nyanyian kanak-kanak yang sangat bersemangat.
Legan
berjalan berdampingan denganku.
“Mereka sedang menyanyikan lagu tentang
mempertahankan agama dan negara mereka.”
Dia berbisik setelah kami berdiri di
sebelah bilik darjah yang sempit itu. Lebih kurang 15 orang pelajar berusia
sekitar 6 hingga 7 tahun sedang bernyanyi dengan girang walaupun ada antaranya
yang hampir terlelap dan ada juga yang menunjukkan riak wajah lapar. Hanya
seorang guru perempuan bertudung labuh berdiri di depan mereka. Beliau yang
mengajar mereka mendendangkan lagu penaik semangat tersebut dan sesekali turut
bernyanyi bersama.
Sesaat dua
aku ralit memerhati satu persatu kanak-kanak comel yang kebanyakannya berambut
perang. Wajah mereka sangat polos, sangat suci dan terlalu berharga untuk
dibiarkan menderita di tengah-tengah kancah peperangan. Aku hanya tersedar dari
keasyikan dibuai nyanyian mereka sebaik mereka berhenti menyanyi serentak dan
bersedia untuk bangun dari kerusi kayu yang hampir tidak kelihatan macam
kerusi.
“Mereka
menangguhkan pelajaran seketika kerana mahu ke masjid menunaikan kewajipan
agama,” terang Legan apabila aku memandangnya meminta penjelasan. Lelaki ini
boleh menguasai hampir kesemua bahasa di bumi kita, jadi untuk memahami bahasa
Arab bukanlah sesuatu yang sulit baginya.
Guru perempuan bertudung itu
mengarahkan mereka beratur dan bergerak dalam barisan. Gelagat kanak-kanak
tersebut begitu mencuit hati apabila ada yang terkinja-kinja melompat manakala
ada pula yang malas untuk mengikut arahan. Di mana-mana pelusuk dunia pun,biar
berlainan agama,bangsa dan budaya, satu-satunya yang tidak pernah berubah
adalah kanak-kanak dan kerenah mereka.
Sedang aku
tersenyum sendirian memerhati tingkah laku mereka, mataku terperasan seorang
kanak-kanak perempuan berambut kerinting perang merenung tajam ke arah aku.
Lagaknya macam baru lepas nampak hantu. Mata bulat dia dibuntangkan
sebesar-besarnya. Semua kanak-kanak lain sudah bersedia untuk bergerak dalam
barisan menuju ke masjid. Hanya dia seorang saja yang masih berdiri kaku di
tepi meja merenung aku. Serta merta senyuman aku mati sendiri.
“Legan,
kita tak buat apa-apa yang salah kan?” tanyaku sedikit cuak.
Legan menggeleng
namun gelengannya tidak mampu mengusir rasa bimbang di hati aku. Mengapa
kanak-kanak itu memandang aku seperti ternampak sesuatu yang mengejutkan?
“Tahierah,
apa yang kamu tunggu lagi? Kamu tidak mahu bersolat bersama rakan-rakan?”
Guru
perempuan tadi memanggil anak muridnya yang masih tercegat dalam kelas.
Spontan
kanak-kanak comel yang dipanggil Tahierah itu berlari menuju ke arah gurunya.
Dia mencapai tangan guru perempuan itu lalu mengoncang-goncangnya beberapa kali
sambil berkata sesuatu dalam nada yang amat teruja. Keterujaannya tidak
dikongsi oleh aku kerana dia menuding jari ke arah aku sewaktu memberitahu
gurunya perkataan yang aku langsung tidak faham.
“Wahai
ustazah, kakak itu adalah bidadari putih yang saya nampak dalam mimpi. Kakak di
luar sana!” seru Tahierah dalam nada yang lebih ceria dari ketika dia bernyanyi
tadi.
Aku toleh
ke arah Legan dengan muka pucat.
“Adakah dia beritahu guru dia yang kita musuh
mereka?” soalku takut-takut.
Mungkin aku patut memakai selendang yang diberikan
Dr Aqeelah sebelum keluar dari van supaya tidak terlalu ketara di mata mereka
bahawa aku orang asing.
“Tidak,”
balas Legan sepatah. Dia memandang aku dan kanak-kanak perempuan itu silih
berganti. Jawapan Legan melegakan aku namun rasa bimbangku masih bersisa.
“Jadi apa
yang dia cakap?” tanya aku tidak sabar untuk tahu.
“Dia
cakap...” Legan berjeda di situ. Apa yang tersembunyi di sebalik mata birunya
tidak tertafsir dek naluriku. Dia merenung aku lama sebelum akhirnya memberi
jawapan.
“Dia cakap
awak akan kelihatan lebih cantik kalau pakai baju putih.”
Aku
menghembus nafas lega. Walaupun ianya kedengaran tidak masuk akal apabila
difikirkan semula lagak terujanya tadi tetapi sekurang-kurangnya dia tidak
menganggap aku musuh mereka.Bagi aku, itu sudah cukup.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
Posted by
Sarah Sayuri Hartnett
0
comments
Monday, May 20, 2013
Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 17.
Inilah
pertama kali aku melihat ego seorang lelaki yang mengaku dirinya pemimpin
paling hebat jatuh berjuraian di hadapan mata. Lelaki yang mengepalai sebuah
impian untuk membina negara milik bangsanya dengan memusnahkan negara orang
lain. Lelaki yang berdegar-degar berbicara bahawa bangsa dan agamanya memang
dilahirkan untuk menjadi ketua. Semua yang lain harus tunduk dan mengikut
telunjuk mereka. Sebolehnya mereka harus diangkat ke tempat paling tinggi dan
dibiarkan menguasai dunia.
“Satu
pertiga,” dia mengulangi permintaan yang sama. Aku memandang muka Presiden
Israel, Bentayahu yang nampak tidak tahu ekspresi apa yang harus dipamerkannya
sekarang. Dia tersepit antara ketakutan dan keegoan sendiri.
“Semuanya,”
sekali lagi aku menolak. Bentayahu mengetap rahangnya. Geram dengan penolakan
itu mungkin. Lebih-lebih lagi egonya sedang cuba dipatahkan seorang perempuan.
“Satu
pertiga. Saya juga ada kepentingan dan negara sendiri yang harus dilindungi,”
ujarnya melapik kata. Negara sendiri? Aku bagai mahu ketawa berdekah-dekah
mendengar ayat itu. Bagaimana bangsa yang dilaknat di bumi sendiri dan dikutuk
sebagai bangsa yang paling sombong serta zalim mengakui mereka mempunyai negara
yang berdaulat?
Jawapannya adalah dengan
merampas negara orang lain, mencerobohi tanah penganut agama lain dan
menghapuskan pemilik sebenarnya. Itulah yang mereka lakukan selama ini dan
lelaki yang duduk bersetentang denganku sekarang ialah penggerak utamanya.
“Semuanya.
Saya tidak akan menerima sebarang tawar menawar selain apa yang saya sebutkan,”
tegasku memberi kata putus. Dia merenung aku tajam seperti helang yang sudah
mengecam mangsanya.
“Awak
benar-benar seorang perempuan yang tamak dan ego. Satu pertiga sahaja yang saya
boleh bagi. Kalau awak tidak mahu berkompromi saya juga tidak perlu berbuat
begitu. Saya sudah bawa perunding terbaik ke sini tetapi awak enggan
bekerjasama. Itu pilihan awak. Saya juga ada kuasa untuk buat pilihan sendiri.”
Bentayahu menempelak.
Ketawa aku terburai. Dia memerhati aku ketawa mengejek
dengan pandangan mencerlung. Bangsa yang paling tamak adalah bangsanya. Bangsa
yang bodoh sombong juga adalah mereka. Lantaran itu ianya menimbulkan perasaan
lucu di hatiku apabila dia sewenang-wenangnya melemparkan sifat buruk mereka
kepada orang lain.
“Dalam
banyak-banyak kejahatan yang awak sembunyikan dengan tipu muslihat serta
kelicikan otak awak, tidak mustahil untuk awak tersilap. Biar saya beritahu
awak apa yang awak silap kali ini. Terus terang saya cakap awak tersilap
menilai bahawa awak ada pilihan sedangkan sebenarnya tidak. Ya, saya tidak
memberi awak kuasa untuk memilih. Kuasa bukan lagi di tangan awak sekarang.
Jadi, sama ada awak bersetuju atau bersedia untuk mati,” provokku beserta
ugutan.
Presiden
Israel itu bingkas bangun dari kerusi. Dia menghentak meja kuat melampiaskan
ego bodoh yang dipendam sekaligus menandakan penolakan terhadap permintaan aku.
“Saya tidak
akan bersetuju sama sekali! Kita akan tengok siapa yang mati nanti!” tempiknya
kuat.
Suaranya bergema memenuhi segenap ruang bilik perbincangan kedap bunyi.
Mungkin kesombongannya menyebabkan dia bertindak demikian. Atau mungkin dia
benar-benar enggan menerima hakikat kuasa kawalan bukan lagi dalam tangannya
sekarang. Sedikitpun hatiku tidak gentar mendengar tempikannya. Ketawa sinisku
mengiringi langkahnya menuju ke pintu. Tergesa-gesa dia keluar dari bilik itu.
“Baiklah.
Mari kita tunggu siapa yang akan merayu untuk nyawanya nanti.” Aku bercakap
pada diri sendiri. Senyuman sinis masih menguntum di bibirku.
* * * * * * * * *
Pen di
tangan kuputarkan seiring dengan pergerakan tangan Bentayahu mengesat peluhnya
menggunakan sapu tangan mahal. Sesekali matanya melirik ke arah skrin
televisyen dan kemudian kepada penasihatnya di luar cermin bilik perbincangan
itu. Paparan berita di kaca televisyen yang ditayangkan pasti menggoncangkan
kesombongannya lalu meruntuhkan ego dia terus. Malah kalau dia tidak
mengetahuinya dari televisyen pun, aku pasti sebagai seorang pemimpin kuasa
besar terhebat dia tentu sudah dikhabarkan apa yang berlaku.
“Saya
terpaksa kembali bertemu awak kerana keadaan memaksa. Jangan fikir yang awak
sudah menang. Kalau perkara sebegini tidak berlaku, mati hidup balik pun saya
tidak akan merayu meminta pertolongan awak,” dia membuka mulut setelah lama
membisu.
Inilah yang dikatakan bangsa paling sombong. Orang yang sangat angkuh
sehinggakan waktu-waktu seperti inipun masih mahu menunjukkan egonya. Orang
seperti ini tidak tahu apa itu erti kemanusiaan.
“Kalau awak
rasa sangat tidak selesa berada di sini, marilah kita percepatkan urusan supaya
kita tidak perlu bertemu muka lagi kelak,” bidasku seraya menghulurkan pen di
tangan kepadanya.
Dia menyambut dengan lagak kasar. Lagak yang selayaknya untuk
manusia yang bertuhankan sifat binatang. Lama Bentayahu terpaku menatap sehelai
kertas di hadapannya tanpa berbuat apa-apa.
“Satu
pertiga,” pintanya masih mahu mencuba nasib.
Tergeleng kepalaku melihat gelagat
lelaki ini yang tidak serik-serik. Egonya membukit sehingga tidak mengizinkan
dia akur begitu saja pada kehendak orang lain. Kerana sifat sombong dan enggan
mengalah ini jugalah yang membolehkan dia memusnahkan tempat tinggal orang lain,
merampas negara orang untuk dijadikan negara sendiri serta meragut ratusan ribu
nyawa manusia yang tidak berdosa.
“Turunkan
tandatangan awak sekarang atau rundingan ini terbatal sendiri,” aku beri kata
dua kerana sudah jelak melayani sikap keras kepalanya.
“Satu
pertiga,” tekan Bentayahu supaya aku mendengar dengan jelas.
Sekilas aku
membuang pandang ke arah wajah manusia yang paling membencikan ini. Setinggi
manapun egonya, setebal manapun kesombongannya dan sekuat manapun kedegilannya,
ianya tidak akan mampu menandingi aku. Kata Mr Salvatore, aku adalah perempuan
paling ego dan aku mempercayai dia. Justeru, Presiden Israel ini harus melutut
dan menyembah egoku bukan sebaliknya.
“Saya harap
awak berseronok dengan sisa-sisa hidup awak yang tinggal,” pesanku lantas
bangun dari kerusi. Tanpa menoleh ke belakang aku berjalan dengan yakin menuju
ke pintu keluar.
“Tunggu!”
suara kerasnya menghentikan langkah aku. Dari ekor mata, aku nampak dia
menurunkan tandatangan dengan tangan sedikit terketar. Ya, Mr Salvatore
sememangnya betul. Aku memang perempuan paling ego di dunia. Setelah
menyebabkan Presiden Israel sendiri tunduk pada permintaanku, tiada siapa yang
lebih layak untuk menyandang gelaran tersebut selain aku.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
Posted by
Sarah Sayuri Hartnett
0
comments
Subscribe to:
Comments (Atom)


