Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Tuesday, August 16, 2011

Tips Berbuka Puasa.

Tips Ini Dibawakan Kepada Anda Oleh Pakar Nutrisi Tidak Bertauliah Dengan Kerjasama Dumex Dugro.



1.Sekiranya ingin berbuka dengan makanan seperti nasi,mi goreng(ejaan yang betul mengikut Dewan Bahasa),kuehtiaw,kuih muih,bubur lambuk dan seumpamanya.


                Adalah dinasihatkan supaya anda tidak meminum air bersusu atau terdapat bahan bertenusu seperti koktel buah-buahan,atau air jus,milo,teh susu, ataupun susu dugro.Yogurt juga termasuk dalam minuman bersusu ya.Sebaliknya minumlah air yang jernih seperti air sirap,air teh O(tak digalakkan sebab berkafein),air suam,air masak,air laici atau apa-apa sahaja air jernih yang anda boleh telus pandang ke dalamnya dan nampak dasar gelas/jug anda.Air jernih yang paling baik tentunya adalah air suam ataupun air kosong.Sebaiknya kurangkanlah jumlah gula dalam air minuman anda.Kenapa tidak boleh ambil minuman bersusu?Ini adalah kerana air bersusu akan melambatkan proses penghadaman anda lalu perut anda akan berasa sebu(penuh) untuk jangkamasa yang lama.Mungkin sehingga sahur nanti penghadaman anda masih belum selesai.


                Bagaimana pulak dengan jus buah-buahan yang tidak bersusu?Okay.Jus buah-buahan tidak bersusu namun begitu ianya juga akan mengenyangkan anda dan melambatkan proses penghadaman.Ini merujuk kepada jus buah-buahan sebenar bukan tiruan (perisa dan gula sahaja lebih,jusnya tidak ada)seperti yang banyak dijual di pasaran.Even Twister Tropicana mahupun Marigold Peel Fresh juga diragui status ketulenannya.Lebih baiklah kisar sendiri jika berhajat nak minum.Nanti kempunan pulak.Kalau....kalau...kalau anda nak makan juga makanan lain dengan jus buah-buahan maka minumlah jus buah-buahan dahulu sampai habis.Tunggu sebentar,pergi semayang Maghrib dulu selepas itu barulah makan.Selepas makan makanan yang anda ingin makan,jangan,jangan,jangan sekali-kali minum jus buah-buahan lagi,sebaiknya minumlah air kosong sahaja.


               Dengan yang demikian sayangilah perut dan sistem penghadaman anda dengan tidak mengambil minuman bersusu bersama makanan berminyak,makanan berat,makanan ruji(nasi) mahupun sekadar kuih muih.Kalau mahu minum jugak,maka minumlah minuman bersusu sahaja tanpa makanan lain melainkan sebiji kurma(perlu dimakan sebelum minum minuman bersusu).



2.Sekiranya ingin berbuka puasa tanpa makanan lain.




               Maka dibolehkan dan digalakkan anda mengambil segelas penuh minuman bersusu.Ianya bagus sebagai langkah pencegahan berlakunya hakisan pada dinding perut anda(gastritis atau gastrik).Sekiranya ingin mengambil kurma maka makanlah seblum minum minuman bersusu.Minuman bersusu yang paling baik adalah susu sebenar seperti susu jenama Dutch Lady ataupun Dumex Dugro.Kalau ingin makan makanan lain selepas minum minuman bersusu maka makanlah selepas waktu Isyak atau selepas solat Tarawih nanti.Makan sedikit sahaja seperti kuih muih untuk alas perut.Janganlah makan makanan berat seperti nasi pulak kerana selepas ini anda akan tidur jadi sudah tentu anda tidak mahu membebankan sistem penghadaman anda bukan?



3.Sekiranya anda penderita gastritis/gastrik.



                Masa bersahur seeloknya minumlah segelas susu.Perhatian di sini susu ya bukan minuman bersusu tetapi susu sebenar berjenama Dutch Lady,Marigold mahupun Dumex Dugro.Minum sebelum makan makanan lain.Selepas minum,tunggu setengah jam(sekurang-kurangnya) sebelum makan makanan lain.Masa berbuka puasa juga mulakanlah dengan segelas susu sebenar.Kemudian rehatkan perut anda sebentar sebelum diikuti makanan lain.Jangan minum minuman bergas.Sekiranya ingin makan makanan pedas,makanlah selepas minum segelas susu.Sebaik-baiknya penghidap gastritis tidak perlulah mengambil makanan pedas kerana ianya akan menghakis dinding perut anda dengan lebih teruk.


                 Kalau anda bukan seorang penggemar susu,paksalah diri anda mengambil susu juga.Ya,anda boleh makan ubat atau minum jus buah-buahan tetapi tidak ada yang lebih baik dari segelas susu.Gastritis bukanlah alasan untuk ponteng puasa atau tidak berpuasa langsung.Yang penting jagalah sistem penghadaman anda dengan betul,nescaya segalanya akan berjalan lancar.Sekian sahaja dari saya pakar nutrisi(tidak bertauliah).Semoga berjumpa lagi di tips yang lain.





Nota Kaki:Ini tips betul ya bukan main-main.Siapa kata tips tipu,aku bagi penyepak(penerajang) sedaih(sedas).



Pizza pun sedap jugak















May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

6 comments:

aiEz said...

huhu,nice info..tak suka minum susu,heh...

*pizza itu sedap,baca pg terasa lapar sudah..huhu

AwieKashi said...

sanat memberi....!
huhu,,,,

Sarah Sayuri Hartnett said...

@aiEz:ya pizza itu mmg sedap

sila kawal diri...kurang pahala posa nanti :)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@AwieKashi:sanat memberi....?

info ka?

anyway,thanks :)

hana sudradjat said...

SAHUR ELOK MINUM SUSU EH?

ooo. thanks!

Larasephia said...

sejak bila jadi pakar pemakanan?

ikut tips macam mana pun kalau secara alami nafsu jenis liar tak boleh buat apa dah kot.

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat