Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, August 12, 2011

Blogspot Ajak Kita Masuk Kristian WTF.


               Okay.Bertenang pembaca-pembaca yang budiman sekalian.Di bulan puasa yang mulia ini,aku sudah bercadang untuk menjadi baik dan tidak lagi memaki hamun sesuka hati.Lihat sahaja entries aku pada bulan ini,semuanya santai dan lucu sahaja bukan?Tapi...tapi malangnya bila keluar isu yang WTF sebegini,maka aku,sebagai blogger juga rakyat yang prihatin tidak sanggup untuk menutup mata dan membiarkannya berlalu begitu sahaja.Oleh itu aku terpaksa meluangkan sedikit masa untuk menjelaskan isu ini serta merobek keluar minda sesiapa yang enggan terbuka.Kalau minda asyik tertutup bagaimana kita mahu berfikir pembaca-pembacaku yang baik hati sekalian?

               Mari mulakan.Semenjak dua tiga hari ini,sudah banyak blogger mahupun manusia biasa sibuk bercakap mengenai isu Blogspot sebenarnya mengajak kita masuk Kristian dan dimiliki orang Yahudi.Pada mulanya aku ingin mengambil langkah mendiamkan diri tetapi apabila wall Facebook aku dipenuhi post sebegini hingga menghalang pandangan,maka akhirnya aku membuat keputusan untuk bangun lalu mencapai segelas air sirap.Meneguk 18 kali untuk menghilangkan dahaga sebelum mula menaip entri ini.Ya,ya aku puasalah.Entri ini ditaip pada waktu malam tahu.

              Kata mereka yang kononnya cerdik pandai itu,kalau ejaan Blogspot dibuang "S" menjadi Blogpot maka secara automatik laman blog kita bertukar menjadi laman web dakwah Kristian.Sebenarnya aku sudah tahu perkara ini 8 bulan lepas kerana tersalah menaip alamat belog sendiri.Dan reaksi aku adalah seperti "Wow....amazing!!Ajaib bebenor Blogspot ni!"Aku dah murtad ke?Ohhh tidak.Sama sekali tidak.Jadi kenapa tidak hebahkan perkara ini?Jawapannya adalah kerana "Itu aku punya pasallah!"Okay.Okay,aku mula serius sekarang. 

              Betul itu memang laman web penyebaran dakwah Kristian dari orang Yahudi.Itu kau semua tahu dan sibuk nak mencanangkannya kepada seluruh dunia bukan?Tetapi apa yang kau semua tidak tahu adalah....Sebenarnya ini semua tidak memberi risiko langsung kepada pengguna Blogspot dan kau semua tidak perlulah keluarkan duit simpanan atau menggadai tanah pusaka semata-mata untuk membeli domain sendiri yang entah hapa-hapa itu.Pendek kata orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia tidak berisiko langsung sekiranya kau memilih untuk terus menggunakan Blogspot.Ya,aku serius ni dan benar-benar memaksudkannya.Bukanlah kerana aku sudah murtad atau bersekongkol dengan orang Yahudi untuk menyebarkan Kristian pulak tapi kerana sebab-sebab yang mungkin orang berfikiran Meleis tidak dapat memikirkannya.
Mari aku terangkan sebab-sebabnya satu persatu agar kau semua lebih faham dan lebih jelas.


 1.Ada kau buka dan baca laman web itu?


                Ya,ada kau buka?Buka itu memang ramai yang buat dan kemudian sibuk nak menempekkan status di FB mengatakan "Weh,betullah!Blogspot ajak kita masuk Kristian weh.Bahaya ni weh bahaya!Kita kena sebarkannya!" Ada ke kau baca laman web itu satu persatu?Tak bukan.Sudah tentu kau dapat mengagak apa yang aku mahu beritahu ini.Ya,aku bacanya satu persatu dan tahu apa jawapan aku?Meaningless.Mereka takkan berjaya menghasut Meleis masuk Kristian.Tahu kenapa?Sebab laman web itu 100% fully written in English.Yes English babe!Dan ianya bukan common English or Manglish(English campur Malay) yang kita cakap kadang-kadang.Ianya English yang complicated dicampur pulak banyak verses(ayat-ayat) dari Bible yang membuatkan aku sendiri agak penat nak habiskan membacanya. 

                Aku sendiri pun pening inikan pulak golongan Meleis yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mahu membaca atau mengkaji sendiri maklumat yang didapati.Aku yang ada 18 Tesl and A-Level pun pening inikan pula kau semua yang hanya ada 1.Kalau lah pencipta laman web itu mengetahui keadaan Meleis yang tak faham apa yang ditulisnya,sudah tentu dia bunuh diri terjun KB Mall kerana terlampau kecewa.Penat weh nak tulis tu.Bukan sebiji dua perkataan,tetapi beribu riban weh.Ada kau baca?Kemon la....

                Kesian kepada orang-orang yang tidak faham itu.Mari aku bantu kau sikit.Mari aku explain sikit apa yang ditulis di laman web tersebut.Ianya mengenai cerita seseorang yang tidak percayakan Kristian la kononnya.Then dia memutuskan untuk pergi ke library(perpustakaan) bersama isterinya untuk mengkaji mengenai agama Kristian dengan lebih lanjut.Bla...bla...bla....dia cerita pasal kajiannya dengan panjang lebar.Katanya akhirnya dia mengaku Kristian itu agama yang benar kerana sepanjang kajiannya dia tidak menjumpai apa-apa yang salah mengenai agama Kristian.Kemudian dia quote verses dari Bible.Quote sana quote sini sampai pening nak baca.Padahal nampak sangat salahnya dan nampak sangat Bible itu bukan Bible yang betul.Bible sekarang kan sudah banyak kali ditulis semula oleh paderi-paderi.Dia bercerita pasal Israel then pasal tanda-tanda kiamat then pasal larangan mengambil dadah.Aku pun macam WTF?Kalau Bible ditulis beribu tahun dahulu,bagaimana pula orang zaman dahulukala tahu untuk menyebut perkataan dadah?Huh?Sudah terang lagi bersuluh la silapnya.


 2.Pemikiran kau takkan mampu faham.


               Ya.Macam yang aku kata tadi la.Pemikiran orang Meleis(sapa yang tidak berfikir macam tu jangan terasa)takkan mampu untuk sampai ke tahap itu.Biar aku bagi contoh yang simple supaya kau semua faham.Ada si fulan si yang update status berbunyi seperti "Cuba bukak belog aaaa.blogspot.com then bukak sekali lagi tanpa huruf "S" .Tengok apa yang jadi.Inilah cubaan orang Yahudi untuk menyesatkan kita."  Dan tahu apa kawan-kawannya komen?Ianya berbunyi seperti "Tak fahamlah.Macammana nak bukak?"Kalau itu pun kau tak faham,bagaimana kau akan faham apa yang ingin disampaikan oleh orang Yahudi itu?Alahai kesiannya....Tambah-tambah lagi dia tulis semuanya dalam English.Boleh ke kau faham?Ke kau akan guna Google Translate untuk translate?Pada sesiapa yang bercadang nak guna Google Translate,aku nasihatkan tak payahlah buat macam tu.Google Translate selalu silap translate.Nanti daripada agama Kristian,tak pasal-pasal kau masuk Buddha pulak.Sekali lagi pencipta laman web itu akan terjun KB Mall akibat kecewa.


3.Ianya bukan tentang pemikiran mereka tetapi pemikiran kita.


              Sebenarnya kalau kita boleh berfikir dengan waras dan menggunakan akal yang sihat dengan betul,rasanya tidak kiralah laman web apa pun yang muncul,maka kita takkan terjebak ke dalamnya.Ianya bukan tentang pemikiran Yahudi atau sesiapa sahaja untuk menyesatkan kita sebaliknya pemikiran kita sendiri bagaimana untuk menolak benda itu atau terhegeh hegeh nak menyebarkannya padahal tidak tahu apa-apa.Di Amerika ada Islamophobia(takut pada orang dan agama Islam) adakah di sini kita juga akan jadi paranoid macam mereka disebabkan ada satu laman web yang kau pun tak faham apa isinya cuma tahu ia milik Yahudi sebab bertulisan bahasa Inggeris?Sepertimana juga orang kita sibuk mengatakan Pokemon itu kartun Yahudi padahal orang Yahudi buat donno je.Kenapa orang lain tidak sibuk kenapa orang Meleis yang paranoid terlampau?Dan aku rasa mungkin kebanyakan orang Meleis takkan masuk Kristian sebab mereka faham apa itu Kristian tetapi sebab paranoid terlampau!Kau paranoid juga ke?Hahahahaha....




                Cukuplah.Penat pula menaip panjang lebar ni padahal bukannya orang nak baca pun.

Nasihat aku,fikirlah.Use your damn brains for God's sake.Jangan orang suap,kita telan je bulat-bulat tanpa kunyah terlebih dahulu.Kalau benda tu racun,matilah kau.











May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

14 comments:

littledolphin said...

saya pun ada tahu jugak pasal ni sejak dua hari lepas.tapi saya malas nak tengok.HAHA.

tapi yang saya tahu banyak benda gospel apa tah.menurut kawan saya.

macam yang kamu cerita ni lah :0

dan sememangnya saya rasa tak de sape nak baca.kahkahkah.so berkecewalah penulis nya itu.huahuahua

Anonymous said...

betul ni betul.
mentaliti orang kita sangat.. wth.

Siddiq Mahyildin said...

lol. selamat berpuasa sarah:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@hana sudradjat:ya sudah semestinya KB Mall pilihan utama utk terjun...

gospel tu lagu gereja...

:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@tira azhar:ya betul :)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@siddiq mahyildin:selamat berpuasa jugak :)

Syaza said...

Itulahh, pernah tahu pasal benda ni a few months (if not years) ago. Tapi tak ada la sampai tahap 'menyesatkan kita'. Pandai2 jaga iman sendiri lahh. Lagipun ramai sekarang ikut cakap orang je. Taklid buta, percaya bulat-bulat. Kang aku cakap kat belakang dia ada dinasour pun, tengok2 dia percaya. xD

Wani J said...

ohh yeah , aku baca pun WTFrog ? PeduLi apa asaLkan aku percaya Islam ..

aiEz said...

pernah baca gak web tu,heh..sekali imbas jer pun..ni pula nak baca berjela,pergh..buang masa kot,haha...

*dan semestinya KB Mall menanti pendakwah2 itu utk trjun,haha..

iedaurora said...

Muga kita dijauhi dari benda yang menyesatkan....

Ieda follo kamu ye!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@syaza nazura:ouh dinosour...XD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@wani swift:what the fish...

yes,of course,obviously.:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@aiEz:ya,kalaulah mereka tahu..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@iedaurora:ya ameenn...

thanks

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat