Benar.Dulu aku betul betul sayang dia.Separuh mati.Aku tak tipu.Kami selalu bersama sama.Ke mana pun berdua malahan ke toilet pun dia temankan aku...Hehe(senyum malu malu).Sampaikan kawan kawan aku pun dah naik rimas dengan gelagat kami berdua yang macam belangkas.Ada sesekali mereka menegur tetapi aku tak ambil pusing sangat.Ahhh...kau orang apa tahu.Aku sayang sangat kat dia tahu tak.
Masih jelas di ingatanku pertemuan pertama kami.Ianya berlaku terlalu pantas.Tidak diduga.Waktu itu aku sedang berjalan jalan di dalam shopping mall bersama seorang rakan baikku.Semasa melalui sebuah kedai,aku terpandang dia.Dia di dalam kedai tersebut.Berdiri dengan megah dan tegap.Sungguh sexy.Sungguh awesome.So gorgeous.Sekelip mata dan sekali pandang sahaja aku sudah jatuh hati terhadapnya.Hendak dikatakan dialah yang terbaik atau paling gorgeous tak juga.Ramai lagi kawan kawannya yang lagi awesome dari dia.
Tapi entah kenapa hati aku bagaikan tertarik untuk mengenali dia dengan lebih dekat lagi.Seolah olah satu kuasa magnet menarik aku ke arahnya.Dalam keadaan kelam kabut dan teragak agak itu akhirnya aku melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.Dan selepas itu,aku tidak tahu apa yang kulakukan.Apa yang aku tahu,sebaik sahaja aku keluar dari situ,dia sudah berada bersama aku.Ya,aku tahu aku tidak patut bertindak terburu buru begitu.Tetapi...tapi diriku bukan lagi dalam kawalan aku waktu itu.Hati sudah mengambil alih tempat minda untuk berfikir.
Kawan baikku hanya melihat sahaja gelagat aku dengan riak wajah terkejut tetapi tidak pula dia bertanya apa-apa.Sepanjang perjalanan pulang,senyuman tidak lekang dari bibirku.Sampai semua orang perasan dan menegur.
Semenjak hari itu,kami tidak pernah berenggang lagi.Ke mana sahaja aku pergi,aku akan pastikan dia ikut sekali.Sebab kalau dia tiada,aku akan rasa kekok dan sunyi.Pernah aku dimarahi pensyarah kerana terlalu asyik berkepit dengan dia.Pernah aku dihalau dari dewan kuliah disebabkan dia.Pernah aku bergaduh besar dengan kawan baik aku disebabkan dia.Kawan aku itu akhirnya bertukar musuh.Pernah juga orang di sekeliling mengecam hubungan aku dengan dia.
Tetapi demi dia,semuanya aku sanggup harungi.Semuanya disebabkan dia.Disebabkan dia aku tidak menghiraukan pandangan orang ramai kalau kami berjalan berdua di khalayak ramai.Ya,aku tahu kami tidak sepadan,aku cantik,dia pula...Ramai yang mengatakan aku boleh cari yang lebih baik dari dia tapi aku menolak cadangan mereka.Biarlah apa orang nak cakap asalkan dia sayangkan aku.Itu sudah cukup.
Dia sayangkan aku.Itulah yang aku percaya sehinggalah suatu hari.Hari di mana kepercayaan dan semua kasih sayang aku terhadapnya luntur sama sekali.Pada hari itu,di bawah panas yang terik,kami ingin melintas jalan.Sebuah demi sebuah kereta meluncur laju di hadapan kami.Tiba tiba sebuah kereta sport yang mempunyai rim warna emas melintas.Lalu aku pun terpana seketika.Cantiknya kereta itu.Dalam hati aku memuji muji.Dan kami pun selamat melintas jalan.Tentu kau orang ingat dia dilanggar kereta itu kan?Hahaha...tidaklah.Situasi sebenar berlaku selepas melintas jalan.
Semasa aku sedang berjalan bersama,tiba tiba aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dia.Dia tidak kelihatan seperti biasa hari ini.Aku cuba bertanyakan dia tetapi dia diam sahaja.Sepatah pun tidak menjawab.Aku membelek belek dan menyentuh dia tetapi dia tidak mahu disentuh lagi.Kenapa?Apa salah aku?Untuk tidak mengeruhkan keadaan aku membiarkan sahaja dia begitu.Separuh perjalanan akhirnya apa yang dijangkakan aku selama ini benar benar berlaku.Mimpi ngeri aku selama ini menjadi nyata.TIDAKK!!!Benda yang aku betul betul tidak mahu sudah pun terjadi.Aku ingin menjerit sekuat hati tetapi apakan daya masa tidak boleh diundur kembali.
Oh NO!!!Selipar Jepun aku dah putus!!!Terpaksalah aku berjalan kaki ayam ke mall untuk membeli selipar jepun yang baru.Sungguh memalukan.Cissss...sia sia sahaja selama ini aku sayangkan kau!Sia sia sahaja aku dihalau dari dewan kuliah kerana memakai kau ke sana.Aku mula memaki maki dia dalam hati.Tetapi semuanya sudah terlambat.Dia sudahpun putus.Terpaksalah dibuang ke dalam tong sampah.Jadi begitulah kisah kami berdua.Selepas itu aku sudah bertekad untuk tidak jatuh hati pada mana mana selipar Jepun baru yang kubeli.Sekian sahaja.
Sampai hati kau putus di tengah jalan. |
Nota Kaki:Ditulis sendiri.Tidak dicedok dari mana mana sumber.Harap maklum.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
14 comments:
Senget,hahaha...masa cakap g toilet pun dah rasa pelik dah...heh..;)
haha
Awal2 lagi aku duk ingat buku.Tapi pelik gak bila dibawa ke toilet. Takkan nak bawak ke toilet n xkan bawak kat kuliah pn kena halau kan?
hehe btw, creative!:D
Ku agakkan mp4 or something like that..hihihi...
nice :D
ciss..selipar jepun rupenye :P
okeh.. selipar jepun yg sexy ya..
dah sampai masa dia berhenti berkhidmat...berat kau pun makin bertambah...=P
@aiEz:senget?errr betulkan...:)
@KUKUMALU:thanks for ur kind consideration :)
@umUMRA:thanks :D
@s.y.a.r.q: ciss juga...yalah selipar je pun....
@ishiko:seksi lagi menggoda :)
@the naked writer:sebenarnya berat aku makin berkurang sebab itulah dia putus....:'(
sweeet sangat
@silent:thanks :)
Post a Comment