Datanglah berkunjung
sekalipun atap atap di sini telah tertanggal
akan aku cantumnya
sekalipun dinding di sini telah berlubang
akan aku tampalnya.
Singgahlah
melihat sang labah labah itu mengait
biarpun yang dikaitnya hanya
sawang sawang penambah usang.
Hampirlah ke sini
kalau kau rindu
walau aku tiada
kau tahu aku akan sentiasa
memerhati.Datanglah berkunjung
kerana tulisan di sini
bukan sekadar baris baris kata
ada jiwa di dalamnya
kerana yang kau tatap dalam layar putih
bukan sekadar satu coretan kosong
tetapi sebuah rumah.
Bata dindingnya dari kata kata yang kukuh
Dan atapnya dari pemikiran yang teguh
Lantainya dari marmar hati yang putih
Tidak akan berganjak dipukul badai
Andai suatu hari nanti rumah ini runtuh
Sekurang kurang nya aku tahu
Kau pernah memijak lantainya.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
4 comments:
selamat hari raya sarah~ saya datang ni~ kuih raya ada?
jauh la ..lain kali jelar ..huhu
di tag..!
@Sunah Sakura:errr kuih takdak,biskut mayat adala..mau ka?
selamat hari raya juga :)
@AwieKashi:terima kasih,terima kasih....
Post a Comment