Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Tuesday, August 23, 2011

A-Not-So-Kedahan Story.


Weh,ajarlah aku cakap Kedah!

 Saya nak belajar cakap Utara.Awak ajarkan,boleh?



                   Errr...hai everyone.Good day.Berkaitan dengan dialog di atas,berikan cadangan anda.

                   Ohh taklah.Just kidding okay.Untuk memenuhi permintaan mereka mereka di atas adalah sedikit susah buat aku.Kenapa?Sebab aku tidak bercakap pure Kedahan di rumah.So did my mom.Ayah aku pula cakap Penang because he spent a great deal of time there during his youth.Or shall I say he was too obsessed with Penang.Adik adik aku pula campur campur bahasa.So I really dont know what kind of language that I actually use.

                      Instead of "awat" I actually use the word "kenapa" when I'm asking my mom.Instead of "lagumana" I actually use "Macammana".

                  But of course I'm not so hopeless in Bahasa Kedah.Mind you,specifickan bahasa yang kau nak belajar dari aku.Bahasa Utara is not Bahasa Kedah.Ianya adalah general term atau terlalu umum kerana loghat Penang,Perlis,Perak dan Kedah semuanya juga loghat Utara.So you have to specify what kind of "Loghat" that you wanna learn.Walaupun tidak bercakap bahasa Kedah purely kat rumah,as I said before,I'm not so hopeless Kedah citizen that cannot teach you simple Kedahan's words and phrases.Freak not,I actually can be a good teacher if I want to.

                 Teori umumnya untuk mengenali bahasa Kedah adalah orang Kedah suka menggantikan huruf "r" di belakang sesuatu perkataan dengan "q" atau "aq".Contohnya "Air" menjadi "Ayaq" dan "Lapar" menjadi "Lapaq".Walaupun begitu ada juga perkataan tertentu yang tidak ditambah "q" di belakangnya.Contohnya selipar,disebut "Sliper".Berbunyi sedikit English kan?Jangan pula pandai pandai sebut "Selipaq" nanti makan penampaq percuma.

                Dan bahasa Kedah juga menggunakan penambahan adjektif di belakang sesuatu perkataan tertentu untuk menunjukkan sifat atau tahap perkataan itu.Contohnya sangat Merah disebut "Merah Menyala",kebuluran disebut "Lapaq kelehaq",terlampau manis disebut "Manih Melecaih",terlampau tawar disebut "Tawaq Hebiaq" dan terlampau masin pula disebut sebagai "Masin Piang."Dan juga kalau kami sebut roti tu merujuk kepada semua roti dan biskut.Biskut Marie dan biskut Chipsmore juga dipanggil roti.Cuma tambah perkataan roti di depan seperti roti Marie dan seterusnya.Tiada istilah biskut dalam kamus Kedah.

               Loghat Kedah juga banyak yang diadaptasi dari bahasa omputih atau English.Contohnya seperti ciggarettes disebut "Scrits", balance menjadi "belen", pure menjadi "Piau",flask menjadi "Plaih",what menjadi "awat".Malah gerek(basikal) juga berasal dari campuran dua bahasa omputih menurut satu sumber yang tidak boleh dipercayai.Gerek berasal dari perkataan Gear dan Break yang dicantumkan.

                See people.Walaupun aku tidak menggunakan bahasa Kedah di rumah,tapi aku still boleh faham loghat Kedah yang digunakan kalau terjumpa di mana mana.Tapi kalau loghat di pedalaman seperti Sik,Baling,Jeniang tu memang susah sikit aku nak faham sebab bahasanya lebih dalam dan lebih ekstrem.Ramai yang kehairanan dan ramai juga yang mengatakan aku berlagak,over acting kalau aku tak bercakap loghat Kedah di mana mana tempat aku pergi.Tetapi hakikatnya juga,aku hanya bercakap bahasa yang digunakan oleh aku di rumah.Kalau aku tak selalu menggunakan loghat Kedah di rumah,maka bagaimana mungkin aku terbiasa untuk menggunakannya di luar?Tetapi masih ada yang cakap aku masih berbunyi Kedahan even tak cakap loghat Kedah.Ya,itu satu petanda yang baik people.See,jangan lupa asal usul kita.

                 Kalau kau mula mula belajar cakap Kedah,loghat kau akan berbunyi seperti loghat Penang not Kedah.Why?Sebab kau akan tekankan perkataan yang kau sebut atau kau banyak menggunakan kata ganti nama "Cek" dalam ayat.Dengan itu kau akan berbunyi seperti orang Penang bukan Kedah.Penang menekankan dan melembutkan setiap perkataannya tetapi bukan Kedah.Untuk bercakap bahasa Kedah,kau perlu lebih relaks,cakap dengan yakin dan lebih sempoi.Errr....ada juga sesetengah orang cuba bercakap Kedah tetapi tidak berbunyi seperti loghat Kedah sebaliknya lebih kepada loghat Siam.

                 Dengan ini,aku tinggalkan kau semua dengan sedikit kosa kata Kedah.Carilah maksudnya sendiri people.Jangan dok baloq liat sangat la noo.
 

  •  Punggai
  •  Tenggalung
  •  Tahana
  •  Honggaq
  •  Toyu
  •  Merap
  •  Tauk 
  •  Sigung
  • Tertomoih
  • Tak sat
  • Serlum
  • Cemuih


Elena juga sudah mengajar Damon bercakap Kedah kebelakangan ini.Jangan jeles.








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

6 comments:

(the naked writer) said...

masih bingung kalau awek aku speaking full kedah ngan aku...terkebil2 aku

Sarah Sayuri Hartnett said...

@the naked writer:errkkk awek kau orang kedah ka?

senang ja bahasa kedahan mehh :)

nub said...

semua ni aku taw sebab aku anak jati kedah. ahah.


*belen tu bahaya oh. har3

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nub:oh ...ya belen tu bahaya....hahahaha..syhhh

duraneyisyah said...

kau sangat happy sekrang. entry kau dah kurang beremosi. hahaha. ayah aku orang kedah. aku sangat benci bila ayah aku kata "baloq nak mampoih."
hngghh

Sarah Sayuri Hartnett said...

@duraney my honey:ouh tak juga....

*duraney baloq liat nak mampoih ka?unbeliavable....O_O*

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat