Bagi sesiapa yang belum tahu,tema Kemerdekaan tahun ini adalah 1Malaysia:Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera.
54 tahun.Sudah melebihi separuh abad kita merdeka.Namun masih ada lagi yang tercari cari erti kemerdekaan itu sendiri.Masih ada yang terkinja kinja menyambut Merdeka dengan berhibur di Genting Highlands,masih ada yang tidak habis habis menyumpah seranah kerajaan kononnya mahu menuntut keadilan dan masih ada yang tidak tahu di negara mana dia sepatutnya menumpahkan taat setia.Politik dan negara adalah dua perkara yang sangat berbeza.Kau dan aku mungkin berbeda fahaman politik,mungkin berbeza pendapat mengenai si polan itu dan si polan ini tetapi tetap kita berkongsi negara yang sama.
Kau mungkin menyertai BERSHIT 2.0 dan aku tidak.Tetapi masih kita berjalan di jalan tar yang sama.Kau mungkin menyokong si hitam manakala aku penyokong si putih.Tetapi masih kita memegang bendera yang sama.
Kau dan aku mungkin memiliki sifat kenegerian yang tinggi.Kita mungkin akan bergaduh mengatakan negeri masing masing lebih baik.Tetapi masih,kita tidak akan bergaduh disebabkan negara masing masing kerana kau dan aku memiliki negara yang sama.Apa yang kau perlu tahu adalah semua negara tidak ditadbir dengan sesempurna yang kau mahukan.Kau tidak akan pernah berpuas hati dengan pemimpin kau pada masa kini dan juga pada masa akan datang.Sebenarnya kau tidak akan berpuas hati selagi bukan kau yang memegang takhta pemimpin itu sendiri.Bila kau berada di sana,baru kau akan nampak apa yang betul dan apa yang perlu kau lakukan,baru kau tahu untuk mengukur langit tinggi atau rendah.
Perkara yang betul dan perkara yang perlu kau lakukan adalah dua benda yang berbeza.Perkara yang betul mungkin bukan perkara yang kau perlu lakukan jadi kau perlu memilih perkara yang perlu kau lakukan biarpun dari pandangan orang lain,ianya adalah salah sama sekali.
Kau mungkin juga akan menuduh mereka yang lain cuba mencuri hasil bumi atau emas hitam dari negeri kau.Tapi hakikatnya juga,emas hitam itu bukan milik kau mahupun nenek moyang kau,jadi kenapa perlu menyalak dan menggigit untuk mempertahankan sesuatu yang sememangnya bukan milik kau?Adakah kerana kau rasa kau seorang sahaja yang betul dan mereka yang lain salah?Atau adakah kerana kau iri hati melihat orang lain mengaut laba dan kau tidak mendapat apa apa?Percayalah,bersifat kenegerian yang tinggi akan memusnahkan diri kau sendiri.
Men and power.Manusia dan kuasa memang tidak dapat dipisahkan.Selagi kita hidup kita akan terus mengejar kuasa,pangkat,nama dan harta.
Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-54,tidak ada salahnya kau tolak ke tepi seketika fahaman karut dan ideologi politik sampah kau dan mula mengibarkan bendera dengan penuh rasa patriotik.Berhenti dari rasa seperti kau rakyat Kelantanese,Kedahan,Sarawakian mahupun Sabahan dan mulalah rasa yang kau seorang rakyat Malaysia.Sekurang kurangnya untuk sehari ini.Selepas itu kau boleh teruskan apa yang kau dah biasa lakukan.
Sekiranya kau tidak ada langsung sifat patriotik dalam diri kau,maka cepat cepatlah pergi isi borang permohonan untuk masuk PLKN ataupun askar Wataniah.Paling tidak,kalau kau bernasib baik,boleh jumpa retis(artis).Permohonan masih dibuka rasanya.Pergilah.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54.
Tan Hong Ming. |
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
4 comments:
yeah!suka entri ni,terbaik...:)
*selamat hari kemerdekaan ke 54...;)
@aiEz:terima kasih...
selamat menyambut hari kebangsaan :)
oh, dah 54 tahun eh?
@the naked writer:errr ya.
Post a Comment