Warning:Never Believe This.
Jus istimewa untuk berbuka puasa(dan juga mungkin untuk sahur sekali).So,I listed this among my favourite juices.This is one (very) special juice that are made from cuttlefish or squid.What?You dont believe it?Oh really...you have to believe me.I never tell lies(actually I lied that I never lie).So firstly kita memerlukan bahan-bahannya.Macam mana nak buat juice tanpa bahan-bahan kan?Bahan-bahannya tersangatlah simple sehinggakan budak berusia 5 tahun pun boleh buat(kalau dia tahu cara untuk menggunakan machine of course).
Jadi mula-mulanya kita memerlukan squid(sotong).Tak kisahlah sotong jenis apa tetapi lebih baik guna sotong faveret masing-masing.Tak banyak,bergantung kepada berapa orang yang nak minum.Kalau dua orang,guna 500g pun dah cukup.Kalau 4 orang silalah keluarkan kalkulator anda dan congak sendirilah ya.Bahan kedua pulak adalah susu pekat manis jenama F&N sahaja.Jangan guna jenama lain pulak nanti tak lemak berkrim rasanya.See people...dua bahan sahaja yang kita perlukan di sini.That's why aku cakap budak 5 tahun pun boleh buat kalau dia tahu gunakan machine sebab kita akan gunakan blender di sini ya.
Selepas kita dah ada kedua-dua bahan tersebut,keluarkan blender anda (yang mungkin dah berkarat akibat jarang digunakan) dan terus masukkan sotong ke dalam blender itu.Perhatian di sini:JANGAN BASUH sotong yang telah anda beli di pasar ataupun kedai runcit berdekatan anda.Jangan basuh langsung,dah beli tu terus je bawak balik masukkan dalam blender.Sebab apa?Sebab kita nak kekalkan kesegaran dan bau
Selesai blended sotong,kita keluarkan sotong tu,masukkan dalam mug atau jug atau apa-apa bekas yang anda ada.Besen pun boleh kalau dah miskin sangat sampai tak reti-reti nak beli jug.Okay.Langkah seterusnya yang juga langkah terakhir adalah untuk mencampurkan susu pekat manis jenama F&N ke dalam sotong blended kita tadi.Pastikan susu tersebut sudah dibuka terlebih dahulu.Next masukkan 5 sudu besar susu pekat manis dan kacau sampai sebati.5 sudu untuk 500g sotong ya,kalau guna lebih,pandai-pandailah congak sendiri mengikut formula yang aku bagi ni.Kalau anda yang jenis suka makan manis(memang tak sabar lagi nak kena kencing manis),bolehlah tambahkan 3 sudu besar lagi susu pekat manis jenama F&N.
Selepas itu...selepas itu apalagi,minum jelah(kalau dah masuk waktu berbuka,kalau belum,sila tunggu dengan penuh kesabaran).Kalau suka sejuk,boleh tambahkan 8 ketul ais.Tapi perlu diingatkan di sini risiko-risiko yang mungkin dihadapi setelah anda meminum jus istimewa ini.Ada dua risiko di sini.Pertamanya,setelah minum buat kali pertama mungkin anda akan dapat melalui pengalaman istimewa bersahur dengan staf-staf di ED(Emergency Department) hospital berdekatan rumah anda.Kedua,anda mungkin tidak dapat menonton kartun SpongeBob Squarepants lagi(kalau anda seorang yang suka menonton SpongeBob) kerana anda akan merasai satu feeling yang dipanggil rasa-teruja-nak-makan-sotong-lagi atau lebih senang kita sebut terliur apabila melihat watak Squirdward dalam kartun tersebut.Jadi itulah sahaja risikonya.Setakat ini tiada risiko lain yang berjaya dikesan.Sekian sahaja resepi dari aku untuk kali ini.Semoga kita berjumpa lagi di resepi yang lain.Selamat berpuasa dan selamat berbuka.
Nota Kaki:Selepas minum,jangan lupa update status FB anda yang berbunyi seperti "Woahhh bestnya dpt makan jus sotong hari ni.Shedapp hingga menjilat jari kaki!!"
Saya sedang menunggu anda untuk dibuat jus.Belilah saya. |
MAAF KEPADA SESIAPA YANG MUNTAH.JANGAN RISAU KALAU BELUM CUKUP SEBALDI MUNTAH TAK BATAL PUASA.JANGAN MENGADA NAK BUKA PUASA GUNA ALASAN TU YA.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
5 comments:
Err apakah?..euww,cmne la jus tu..
naseb terbace malam. ni pun rase nk muntah. ekeke~
@aiEz:kalau tak try mana nak tahu kan? tryla...tidak merbahaya pun :)
@Pinky Pixie:deep breathing pasti tak muntah...tp shedapp ni hingga menjilat jari kaki.
rogi tak cuba :)
you need help
Post a Comment