Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, August 25, 2011

Perkara Yang Tidak Patut Dibuat Terhadap Girlfriends Anda Melainkan Anda Mahu Beraya Secara Solo Tahun Ini.


 Translated From English Version Supaya Senang Difahami.

 Ditulis selepas ramai yang breakup di Facebook menjelangnya Syawal.



 JANGAN.DONT.NEVER EVER:




Mengejek atau mempermainkan muka,baju,bentuk badan dan rambut girlfriends anda.Seriously jangan pernah cuba buat.

Sarkastik atau menyindirnya secara berlebihan.Lawak dan sarkastik adalah dua perkara yang berbeza.Lawak boleh membuatkan girlfriends anda ketawa lalu menyayangi anda lebih lagi.Tetapi bersarkastik dengannya dan bersedialah untuk Hulk Hogan versi perempuan muncul.

Flirting atau bergatal bermiang miang dengan perempuan lain terutamanya di Facebook.Berhati hatilah.Facebook mungkin menjadi aplikasi terakhir yang kau semua gunakan semasa hidup.Kalau anda fikir dengan membuatnya jeles dia akan berlari mendapatkan anda,maka ternyata anda salah kerana bukan girlfriends anda yang akan berlari mendapatkan anda sebaliknya she-beast.

Bermain kayu tiga,empat, atau seterusnya.No,no,no.Jangan,jangan,jangan.Tidak kira apa sekalipun yang anda lakukan,anda tidak akan terlepas dari hukuman kerana menduakannya.Girlfriends anda akan mencari anda tidak kira di mana pun anda bersembunyi.Kalau bukan girlfriends anda,mungkin malaikat maut yang akan menjumpai anda.

Menabur janji yang tidak dipenuhi.Jika tidak dapat ditunaikan,jangan berjanji.Senang bukan?

Jangan mengatakan I Love You sedangkan anda tidak memaksudkannya.Maksud aku,jika girlfriends anda bertambah berat 200 paun selepas Hari Raya,adakah anda masih akan mengatakan I Love You kepadanya?

Menipu.Anda pasti akan tertangkap atau penipuan anda akan terbongkar juga.Tiada siapa yang boleh menipu selamanya.Kalau penipuan dah terbongkar,lebih baik mengaku sahaja.Jangan sekali kali cuba menutup penipuan dengan melakukan penipuan yang lain.Percayalah,dengan perempuan ia takkan berhasil.

Menafikan perkara yang betul.Kalau girlfriends anda confront or berjumpa face to face dengan anda mengenai sesuatu perkara(contohnya mengenai perempuan lain atau baju raya warna tidak sama tetapi anda menipunya dengan mengatakan warna sama) percayalah yang dia dah tahu kebenarannya sebelum confront anda.Menafikan perkara itu hanya akan membuatkannya mengamuk.

Memaksa dia.Jangan memaksa girlfriends anda melakukan sesuatu yang dia tidak suka bersama anda.Contohnya anda suka bungee jumping tetapi girlfriends anda gayat.Kalau anda terus terusan memaksanya percayalah itu adalah terjunan bungee jumping terakhir anda di dunia ini.Kesimpulannya senang sahaja,kalau girlfriends anda mahu buat sesuatu bersama anda,maka dia akan buat.Kalau dia tidak mahu,dia tidak akan buat dan anda tidak boleh memaksanya.

Bercakap mengenai perempuan lain.Tidak kiralah mengenai apa apapun tentang perempuan lain.Misalnya perempuan itu cantik,dia seksi,mata dia cantik atau baju dia cantik sekalipun.Sekalipun anda tidak memuji perempuan itu,girlfriends anda tetap akan menarik muka empat belas.Girlfriends anda tidak mahu mendengar apa apa tentang perempuan lain melainkan pujian tersebut untuknya.

Bercakap mengenai bekas atau ex-girlfriends anda.Ini sama seperti yang di atas.Tidak kiralah perkara baik ataupun anda mahu mengutuk ex-girlfriends anda,jangan lakukannya.Jangan.Sebab kalau anda bercakap perkara yang baik mengenai ex anda,maka girlfriends anda menyangka anda masih menyukai ex anda.Dan kalau anda mengutuk ex anda pulak,girlfriends anda akan menyangka anda akan melakukan perkara yang sama terhadapnya nanti.

Bercakap buruk mengenainya di belakang dia.Misalnya mengatakan girlfriends anda pengotor,busuk,gemuk,hitam,banyak jerawat dan lain lain lagi.Sebab tidak kiralah sepandai mana anda menyembunyikannya,girlfriends anda lagi pandai mencarinya.Dan kalau dia menjumpainya,maka say hello to hell because you are going there.

Cuba untuk meletakkan kesalahan ke atas dia supaya anda akan terlepas dari masalah.Misalnya anda lambat untuk date dan anda menyalahkannya sebab datang terlalu awal.Ianya tidak akan membantu anda sebaliknya akan membuatkan keadaan yang sedia buruk menjadi bertambah tambah tambah buruk.

Bertanya mengapa dia marah terhadap anda.Ataupun bertanyakan apa kesalahan anda sehingga membuatkan dia marah.Inilah perkara yang selalu dilakukan oleh lelaki yang tidak patut mereka lakukan.Kesimpulannya senang sahaja,kalau dia marah,bermakna anda sudah melakukan sesuatu yang silap atau melakukan sesuatu.Mengakulah kesalahan anda,katakan anda yang salah dan minta maaflah (biarpun anda sebenarnya tidak tahu kesalahan anda).Girlfriends anda sebenarnya hanya mahu anda meminta maaf dan mengakui anda salah bukannya menganalisis kesalahan anda dan mencari puncanya.Say that you are sorry.It's as simple as that tapi kebanyakan lelaki tidak dapat melakukan ini.

Bergurau tentang breakup atau berlawak minta break up darinya.Perempuan tidak mengambil benda ini sebagai satu bahan jenaka.Percayalah,bila aku katakan,sebelum sempat anda menjelaskan kepada girlfriends anda bahawa anda hanyalah bergurau,anda sudahpun single atau ditinggalkan(dumped).

Memberitahunya yang dia overreacting atau terlebih beremosi mengenai sesuatu perkara.Sekiranya anda fikir dia marah sebelum itu,maka selepas anda memberitahunya,bersedialah untuk bertemu dengan she-beast from hell.

Pergi ke parti atau hang out dengan kawan perempuan anda tanpa girlfriends anda.Tidak kiralah sebanyak mana dia percaya pada anda,girlfriends anda akan tetap risau dan cemburu.

Bagi alasan.Sekiranya anda tertangkap atau kantoi,jangan cuba menyelamatkan diri dengan bagi alasan.Misalnya sekiranya anda kantoi berpegangan tangan dengan perempuan lain dan kemudian terjumpa dengan girlfriends anda secara tidak sengaja,jangan cuba mengatakan anda terpegang tangan perempuan itu atau perempuan itu adik luar nikah anda.Girlfriends anda sama sekali tidak akan percaya.Paling baik,anda hanya akan dapat penampar percuma.Sekiranya anda lambat atau tidak membalas mesejnya,jangan bagi alasan juga.Minta maaf dahulu lebih baik.

Bercakap dengannya semasa anda tengah marah.Sebab anda akan cenderung untuk terlepas cakap benda yang tidak sepatutnya dicakapkan masa ini.Contohnya anda mungkin menggelarnya "bitch" atau perempuan jalang sekiranya anda bertengkar disebabkan cemburu.Dan selepas itu,walaupun 1000 kali anda meminta maaf,girlfriends anda tetap akan ingat yang anda pernah memanggilnya bitch dulu.Atau mungkin juga anda terlepas cakap tentang perempuan lain.Misalnya "Kalau aku keluar dengan si Nina,takde pun dia minta bukan bukan macam kau ni!!"(masa bergaduh tentu guna aku,kau je kan,sayang dah melayang entah ke mana).Maka kantoilah anda di situ.Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata?

Tidak membalas mesej atau tidak menghubunginya.Sekiranya anda tidak menghubungi girlfriends anda untuk jangkamasa tertentu atau tidak membalas mesej mereka,maka mereka akan fikir anda sudahpun mempunyai perempuan lain.Ya,aku tahu anda semua mungkin baik baik belaka dan tidak pernah bermain kayu tiga atau empat.Tetapi girlfriends anda tidak tahu.Sebelum anda sedar dan sebelum anda sempat menaip mesej meminta maaf,mungkin juga sekali lagi anda kena dumped.Tolonglah balas atau hubungi girlfriends anda itu dengan apa cara sekalipun.Kalau tidak mereka akan memenuhi Wall Facebook aku dan orang lain yang tidak bersalah dengan status berunsur kemarahan ataupun kesedihan.Please,for God damn sake!!!





Nota Kaki:Kesimpulannya,jangan buat perkara perkara di atas kepada girlfriends anda sekiranya anda tidak mahu beraya secara solo tahun ini.Melainkan girlfriend anda itu adalah Sarah Sayuri.Silalah percaya yang aku baik.






Elena juga masih ada Stefan.~~~~Lalalala~~~~(tapi ni Katherine)









May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

14 comments:

Mashe said...

erk! mana button like nih? sukaaa!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Siti Mashitah Saidin:errkkk takdak butang like la pulak...

ape pon tak buleh :)

Anonymous said...

true! :D

umUMRA said...

Terbaik!!!..215% agree..hihi..

Katherine or elena dua2 cantek..hihi..(da mmg muka sama..ekeke)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@tira azhar:yes! :D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@umUMRA:dah mmg muka sama and dah mmg orang yg sama :) kehkehkeh

Syarni Farida said...

like like like !!

Anonymous said...

ni kira tips untuk cari gaduh ngan pasangan la ni, huhuhu baguh baguh baguh

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Miss S.F.S:thanks thanks thanks!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@hakmi:mungkin juga.

lelaki lebih pandai.have it your way. :)

chinos moreno said...

aku ske entri ni law nk amalkan cukup susah!

kenape ekk??

Sarah Sayuri Hartnett said...

@chinos moreno:kenapa?

kalau kau lelaki,maka jawapannya adalah itu perkara biasa sahaja.Tidak perlu tertanya tanya kenan tidak ada mana2 lelaki yg berjaya buat kesemua perkara di atas dengan betul.Cuma sayangilah awek kau lebih dan semuanya akan baik baik sahaja.

Kalau kau perempuan,maka selepas baca ni aku harap kau lebih memahami lelaki.

chinos moreno said...

memang la susah nak amalkan coz aku da xde awek!

siyall laa..
puii~ :P

Sarah Sayuri Hartnett said...

@chinos moreno:fffffuuuuuu.....kesiannya.

im so sorry,are you okay there?

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat