London,26 Ogos-Statistik di Facebook menunjukkan ramai remaja dan orang separuh dewasa mengalami putus cinta atau patah hati sepanjang bulan Ramadan dan jumlah ini semakin meningkat menjelangnya Syawal.Ini disebabkan peningkatan status yang dipostkan seseorang pengguna Facebook semakin meningkat semenjak bermulanya Ramadan(8-11 status sehari daripada hanya 3 status pada bulan bulan yang lain) dan rata rata status itu meluahkan kekecewaan dan kemarahan terhadap pasangan masing masing.Ada juga yang meminta pendapat orang ramai untuk menyelesaikan isu itu dengan meletakkan status tersebut di group yang disertai mereka.
Mark Zuckerbeg ketika dihubungi melahirkan rasa simpatinya mengenai isu ini.Beliau yang sedia maklum akan jaringan sosial Facebook yang diciptanya banyak membantu pasangan muda mencari cinta mereka menambah,"Mereka(orang yang putus cinta) sewajarnya sedia maklum cinta Muka Buku mempunyai banyak risiko disebabkan merebaknya banyak virus serta campur tangan orang awam dalam perhubungan mereka.Kalau tidak percaya,anda boleh menghayati lirik lagu Cinta Muka Buku oleh Najwa Latiff."Walau bagaimanapun,Mark Zuckerbeg dilaporkan sedang menikmati keuntungan $2 billion Dolar akibat peningkatan keaktifan remaja putus cinta menghabiskan masa di Facebook.
Diana Daniele yang berkesempatan meluangkan masa mengulas isu di atas pula menyatakan itu hanyalah lumrah dalam dunia percintaan memandangkan beliau juga pernah putus cinta 2 kali sebelum ini.Walau bagaimanapun beliau sebenarnya tidak ambil pusing sangat mengenai remaja yang putus cinta kerana ketika ini beliau dilaporkan telah menyambung kembali jalinan kasih sayang yang terputus antaranya dan juga aktor/pengarah kacak,Farid Kamal.
Pihak kami juga telah cuba menghubungi Sarah Sayuri untuk memberikan pendapatnya mengenai isu putus cinta menjelang Syawal.Menurut penulis yang
Dengan itu,dikatakan ramai yang akan beraya secara single pada Syawal yang akan menjelang tiba.Pihak kami mengambil kesempatan ini untuk menyelitkan lagu Pulanglah dendangan Aisyah kepada mereka yang beraya secara solo tahun ni.Sekian.-UBT-
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
6 comments:
erkkk nak pengsan sat bace entri versi ni kihkihkih...
btw nak wish selamat hari raya moga ceria2 selalu ye jgn sedeh2 (^^,)
@Jiejah Gorjes:selamat hari raya jugak :)
baru thrill putus cinta time raya
rare!
@Abang Zam:time krismas baru rare.:)
tak ckup rare..
mintak cerai time nazak..the rarest
itu baru rare
@rafi nilhan:erkkk....ya.sangat rare
Post a Comment