Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, August 10, 2011

Cerita Seorang Anak Yang Menyentuh Perasaan.


             Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tidak berkahwin lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh sahaja.

             Lepas tadika, sementara rakan-rakannya lain dah ada basikal,dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya,"Tuan, tak kesian ke dengan anak tuan?Dia tak ada basikal sedangkan tuan mampu membelinya,apa tuan tak segan?" Lantas si bapa memanggil si anak,ditawarkan basikal yang paling mahal dan paling canggih tapi si anak membalas, "Tak payah susah-susah la papa, belikan saja saya bola hitam dan bola putih."Bingung si bapa. "Kenapa bola hitam dan putih? "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit,belikan itu sahaja."Bila teringatkan si anak tak pernah meminta apa-apa, so bapanya terima saja. Maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih,ditambah dengan bola hitam dan bola putih.
 
                Masa berlalu kemudian si anak masuk sekolah rendah. Masa itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap-tiap petang dia cuma duduk bersendirian sahaja. Basikalnya disimpan di dalam stor.Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi."Anakku,kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan-kawan kamu? Apsal tak bagitau kat Papa? No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.Kalau boleh papa beli la lagi,tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda,kan papa?" Si bapa berasa geram. walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

              Selang beberapa tahun, si anak masuk sekolah menengah. Cerita sama berulang. Sekarang kawan-kawannya main permainan lain- main roller blade.Musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggalnya.Sementara tu,budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya.Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat-sangat.Teruk betul,rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak,perniagaan sudah berkembang ke luar negara tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya,dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Supaya kamu tidak berasa malu nanti".

               Ketika di sekolah menengah yang jaraknya agak jauh,si anak masih berulang-alik dengan bas,rakan-rakannya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.Suatu hari,ketika bapanya ada di rumah,si anak dihantar pulang oleh kawannya dengan motor Harley Davidson color biru laut.Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam dan bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah besar panjang, boleh dibawa berbincang. Akhirnya tercapailah keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dengan bola hitam dan bola putih semestinya!!

               Tetapi si bapa masih kesal.Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam dan bola putih tetapi tidak pernah tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam dan sebiji bola putih!Dan si anak pula tidak pernah memberitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam dan bola putih.
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

                Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motor. Sehingga aweknya juga turut bingung- bukan kah dia ada ferrari? Kenapa naik motor lagi?Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: Sebab bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Bapanya tidak faham perasaan anak sendiri!

                   Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dengan bapanya. So,selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kepada si bapa, "Kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?" Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola-bola itu."Huh,sampai awek anak aku pun tanya?"Bila si bapa menanyakan awek anaknya semula kenapa soalan itu yang di tanya.Si awek tadi pun bagitahu,anak lelakinya tidak akan sekali-kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam dan bola putih!

               Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam dan bola putih. Nak buat apa lagi fikir si bapa.
Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam dan bola putih buat anaknya

                 Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk bersiar-siar.Yelah,anak muda kan,ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah
dan terus accident!!!Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklumkan oleh pihak polis tentang perkara tersebut.Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt.
Si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.Si bapa tiba di hospital."Macammana doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) "Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu-waktu terakhir bersama anak encik."

               Perlahan si bapa masuk,mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya.Saya tidak berhati hati semasa memandu." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia.Akrablah dua
manusia itu beberapa saat.Sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya.Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

              "Nak,maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

                Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"Tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam-macam.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"
Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM DAN BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA-BOLA ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"
(anda semua pun ingin tahu kan
...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus
kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir
tiba....
"sebabnya .........saya.. saya....
saya...."
Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan
nafasnya hilang. Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam dan bola putih.
Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih.
Isk!Isk! Isk!





Nota Kaki:Terima kasihlah kerana membaca.Marah ke?Sabar..sabar...kan bulan puasa ni.




So damn CUTE!!!






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

4 comments:

Iqin said...

=,="

aiEz said...

Sengal,abeh masa 5 min baca cerita ni...bak balik 5min tu,huhu..

*serius kreatif citer disebalik sdeyh ada sengalnya..hahaha

Sarah Sayuri Hartnett said...

@iqin othman: :* :*

Sarah Sayuri Hartnett said...

@aiEz:erkkkk Sarah Sayuri bercuti buat smentara waktu...:)

thanks for readin anyway

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat