Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, July 20, 2011

Aku Harap Kau Tahu.

                Sebagai manusia,kau dan aku tidak akan pernah puas.Banyak yang kita mahu lakukan.Tapi kebanyakan kemahuan itu selalunya tidak akan menjadi kenyataan.Kadang-kadang kita sudah melakukan semua yang betul atau semua yang kita rasa betul tetapi hasilnya tetap salah.

                Adakalanya aku berharap agar boleh menjadi seperti organisma satu sel contohnya Amoeba sp. supaya aku bebas menduplikasikan diri sendiri bila-bila masa aku mahu.Tapi tentu sahaja itu mustahil kerana aku sudah bergelar organisma kompleks yang dinamakan manusia.Hipotesisnya lebih kurang begini:Organisma yang ringkas boleh berevolusi menjadi lebih kompleks tetapi organisma yang telah sedia kompleks tidak boleh menjadi organisma yang ringkas semula.Ianya hanya akan menjadi lebih kompleks kalau berevolusi.Dalam ayat yang lebih mudah difahami,untuk berpatah balik ke belakang dan mengundurkan masa itu mustahil.

                Berbalik kepada proses duplikasi.Adakalanya aku berharap boleh menjadi banyak pada satu-satu masa supaya aku boleh berada di banyak tempat sekaligus.Hakikatnya itu hanya harapan.Harapan yang kalau aku berada di banyak tempat maka lebih banyak pihak yang dapat aku gembirakan.Kalau semua pihak dapat aku gembirakan,maka itu lebih baik bukan?Tetapi sekalipun aku dikerat sepuluh dan dibahagi-bahagikan seadil-adilnya tetap akan ada yang tidak berpuas hati kerana kau akan mendapat bahagian lain manakala dia pula akan mendapat bahagian lain.Jadi di akhirnya tidak semua pihak akan gembira.Tidak semua.

                Percayalah yang sekiranya aku boleh menggembirakan hati kau,kau dan juga mungkin kau,maka pasti aku akan melakukannya.Sekiranya aku boleh berada di banyak tempat pada satu-satu masa,maka pasti aku akan berada bersama dengan semua orang yang penting bagi aku.Sekiranya aku bisa bertukar menjadi Amoeba sp. lantas menduplikasikan diri sendiri maka pasti aku akan berbuat demikian.Tanpa rasa ragu.Tidak sedikitpun.Tetapi malangnya aku tidak boleh.Dan kau pun tahu itu.Aku harap kau tahu.Aku sudah mencuba yang terbaik.Sebaik yang mungkin.Aku harap kau tahu.Sekurang-kurangnya walaupun semua hasilnya salah dan tidak ada pihak yang gembira,aku harap kau tahu.Yang aku sudah berusaha.Kau tahu bukan?










May Peace Be Upon Us.


Live,Laugh,Die Emotionally!

2 comments:

definitely.me said...

insyaAllah dia tahu apa yang kau cuba buat selama ini.
berada di dalam situasi begini adalah sukar. :(

Sarah Sayuri Hartnett said...

@fza.ibrahim:harap2nya begitu :)

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat