Cuma dia kelihatan sedikit kekok untuk menyesuaikan diri memandangkan dia agak terlewat didaftarkan sedangkan kanak-kanak lain di situ sudah memulakan sesi pembelajaran 3 bulan yang lepas.Tiada sesiapa yang menghampirinya untuk menawarkan salam perkenalan dan dia juga tidak memperkenalkan dirinya kepada sesiapa.Agaknya mungkin dia lebih gembira bila berseorangan?
Sebagai seorang pemerhati selayaknya aku tidak ikut campur dalam urusan mereka jadi aku hanya meneruskan tugasku dengan penuh tekun.Memasang telinga dan membuka mata seluas mungkin.Sehingga akhirnya aku dapat menangkap perbualan antara seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun,seorang pelajar di situ dan juga rakan adik aku.Mila Karmila namanya,secomel orangnya yang bermata bundar dan beralis lentik.Mulutnya yang petah bercakap tidak henti-henti umpama bertih jagung yang sedang digoreng.
Mila Karmila:Ain,jangan pergi dekat dia tu tau.Kite tak kawan dengan dia.Mama kite tak kasi kite pergi dekat dia.
Adik aku:Hah?Kenapa tak boleh kawan dengan dia?
Mila Karmila:Kite dengar mama kita cakap ayah dia kerja buruh kontrak.Rumah dia kotor,keluarga dia....bla...blablabla...bla,bla,bla...
Ya,dan begitulah perbualan tersebut.Perbualan antara dua orang rakan yang baru berusia 5 tahun.Baru mahu mula mengenal dunia.Terkedu aku dibuatnya.Begitukah didikan awal seorang ibu kepada anaknya?Aku tertanya-tanya apa agaknya yang diberitahu oleh sang ibu kepada anaknya itu.Adakah ianya berbunyi seperti ,"Sayang,dengar sini mama nak pesan.Sayang jangan kawan dengan si polan dan si polan itu ya.Mereka itu kotor,miskin,tidak setaraf dengan kita yang kaya raya ni.Tengoklah rumah kita yang besar gedang ni.Petang nanti papa nak bawak balik kereta baru tau.Jadi dengar pesan mama ya,jangan menderhaka,ikut cakap mama ni.Mama tahu apa yang baik untuk sayang."Begitukah pesanan si ibu?
Seriously,apa ajaran yang kau cuba nak sampaikan kepada anak kau?Apa yang akan terjadi apabila sedari kecil anak-anak sudah ditanam dengan sifat melihat harta benda sebelum menjalinkan satu ikatan?Kain putih yang sepatutnya dicorak dengan baik dah tercemar.Kotorannya itu kini terpalit kepada orang lain jugak.Adik aku...ahhh...susah nak kawal dengan siapa budak-budak nak berkawan.Mungkin inilah yang dikatakan pengaruh buruk dari rakan-rakan.Pengaruh yang dimulakan oleh orang dewasa sendiri.
And to Mila Karmila sweetie...you are such a cutie,tapi mulut kau sayang...
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
4 comments:
Memang terbaek ah mak dia...Angkuh!~
@kukumalu:ya,sayang sekali....
"mila tak salah. mak yang brainwash. *sob sob*" kata mila.
@sis iqin othman:"errr ya baiklah mila,akak faham.."kata sarah sayuri.
Post a Comment