Kadang-kadang ada benda yang kita rasa perlu diberitahu orang lain,perlu dihebahkan,contohnya seperti majlis resepsi perkahwinan,dan ada benda yang kita rasa perlu disimpan untuk pengetahuan orang terdekat sahaja.Berita gembira tentunya kau akan rasa ingin menghebahkannya kepada seluruh dunia.Contohnya pakwe kau baru melamar kau dengan menyanyi di YouTube atau kau berjaya mendapat anugerah peringkat tertinggi Genius Dunia atau kau berjaya naik pangkat sebagai pengurus besar.Tentunya kau akan terkinja kinja menari kegembiraan lantas menjerit memberitahu semua orang terdekat,menelefon yang jauh dan menempekkan status kau di FB supaya yang tidak terlibat juga turut tahu akan kegembiraan kau.(Annoying)
Bagi aku sama ada ianya berita gembira ataupun sedih,ada yang perlu disimpan.Sebab ada benda yang tidak perlu diberitahu.Ada benda yang orang luar tidak perlu tahu.Misalnya aku baru memenangi cabutan bertuah RM80000.Ya,tentu sahaja akan menjadikan aku manusia paling gembira bukan?Bagaimanapun susah untuk mendefinisikan perkataan gembira itu sendiri.Mungkin aku benar-benar gembira atau mungkin juga itu hanyalah kesan adrenalin yang akan hilang dalam masa beberapa jam.Maka atas sebab itu juga sekalipun aku ditawarkan biasiswa untuk belajar di London,atau mungkin juga aku telahpun selamat berada di London,aku rasa tidak ada sesiapa perlu tahu.
Katakanlah aku memberitahu kau yang sebenarnya aku seorang selebriti terkenal yang glamor.Kau akan percaya?Tidak bukan.Jadi apa yang lebih penting dari memberitahu dan tahu adalah untuk mempercayai dan percaya.Kalau aku memberitahu kau,maka kau perlu percaya dan kalau aku tidak memberitahu kau maka kau juga perlu percaya bahawa kau akan tahu juga nanti.Faham?Rasa pemikiran terbelit-belit dan terpusing-pusing.Percayalah bahawa semua yang aku lakukan adalah bersebab.Atas sebab-sebab tertentu kau tahu.Dan atas sebab-sebab tertentu kau tidak tahu.Kau tahu di mana aku sekarang?
Nota Kaki:Asalkan Stefan Salvatore tahu.
ini pemandangan senja dari sini.cantik bukan? |
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
10 comments:
LIKE LIKE LIKE sgt ^__^
view kat london ker?? best ;D..
*share tour personal thought with urself only..* <--my style
@IEQAH:thanks thanks thanks sgt :D
@dzarief:bukan.di malaysia lg ni :)
ini macam kukenal. puncak alam ke? :)
sudah ada golongan yg suka ambil tahu sokseksoksek...kita duduk diam shj, mereka yg buat kerja. hehe
SEMEMANGNYA ADA BENDA YANG PERLU DIRAHSIAKAN.tak semua harus dihebahkan.terutama sekali kalau benda-benda itu masih belum pasti lagi.
tapi kadangkala orang terasa hati kerana kita merahsiakan,walhal kita cuma tak rasa ia patut diberitahu lagi...hmmm...
@tira azhar:teka lg :)
@the naked writer:biar mereka yg buat kerja eh.hohoho
@hana sudradjat:hmmmmm susah kan :)
Post a Comment