Bebas.Ya,bebas.Aku dibesarkan dalam keluarga yang konservatif tetapi moden.Bebas untuk berfikir,untuk berpakaian,untuk berkawan dan untuk keluar dengan sesiapa sahaja yang aku mahu.Sarah Sayuri terlalu bebaskah?Oh,tidak.Kebebasan ini diberi setelah mereka,yakni,yang mempunyai hak ke atas aku sekarang,yakin bahawa aku tidak akan sekali-kali memperjudikan nilai kebebasan itu sendiri.Dalam erti kata yang lain,aku tahu di mana had batasan aku bila diberi kebebasan,tahu batasnya bila berpakaian dan juga berkawan.
Diberi kebebasan untuk keluar dengan sesiapa sahaja tidak bermaksud nilai harga diri aku dijaja lantas aku bertukar menjadi perempuan yang murah.Tidak sekali-kali.Kerana antara diberi kebebasan dan memilih untuk menggunakan kebebasan yang diberi itu adalah dua perkara yang berbeza.Dan aku lebih suka memilih untuk tidak menggunakannya sesuka hati.Dalam erti kata yang lebih ringkas,aku diberi kebebasan untuk keluar dengan mana-mana makhluk sama ada lelaki atau perempuan yang aku mahu tetapi ianya adalah pilihan aku untuk menentukan sama ada aku mahu atau tidak.
Ianya adalah satu kekebasan untuk membuat pilihan.Kalau aku memilih untuk tidak bersama dengan mana-mana lelaki,ianya adalah pilihan aku.Kalau aku memilih untuk tidak keluar dengan sesiapa,ianya adalah pilihan aku.Kalau aku memilih untuk tidak berbuat apa-apa pun ianya adalah pilihan aku.Gembira kerana diberi kebebasan?Tidak juga.Kadang-kadang,sebagai diri aku,tidak banyak pilihan yang ada.Kadang-kadang pula,mahu atau tidak,aku terpaksa membuat pilihan.Sama ada aku atau kau,salah satu pihak pasti akan rugi disebabkan pilihan itu.Tapi aku lebih suka kalau keuntungan itu berpihak kepada kau.Malangnya,untung dan rugi bukan satu pilihan tetapi lebih kepada satu kesan dari pilihan yang dibuat.Maka aku tidak boleh memilih itu.
Kerana dibesarkan dalam keluarga yang masih menitikberatkan nilai-nilai tradisi walaupun berfikiran moden,yang berpegang teguh pada agama tapi masih mempercayai dan menghormati adat resam serta pantang larang pada masa yang sama.Oleh itu,mak aku menanamkan dalam diri aku di mana-mana pun aku pergi,dengan siapa pun aku memilih untuk berhubungan,aku sentiasa membawa maruah keluarga bersama.Kerana itu juga,aku dengan sendirinya akan meletakkan batasan dalam apa jua yang aku buat.
"Hai,dah cantik....seksi macam ni takkanlah jalan dengan mak kot.Marilah jalan dengan abang ni."
Mak aku mengajar aku erti kebebasan dan kepentingan kepercayaan pada agama dan adat resam.Katanya adat resam boleh diketepikan tetapi tidak hukum agama.Yang haram tidak boleh dihalalkan dan begitu juga sebaliknya.Moden tapi masih konservatif pada perkara-perkara tertentu.Seorang perempuan yang tidak tahu nilai dirinya sendiri sebenarnya tidak bernilai langsung.Itu pesan mak aku yang aku pegang.Kerana pesanan itu juga,aku tahu dan menghargai nilai seorang perempuan.
Nilai diri seorang perempuan tidak ditentukan dari ukuran betapa cantik atau seksinya dia tetapi dari cara dia berfikir dan perlakuan dia sendiri.Tidak juga ditentukan dari berapa banyak hantaran perkahwinan yang dia dapat tapi berapa banyak keikhlasan dan kesanggupan dia untuk menerima.Kerana dengan seratus ribu ringgit atau sejuta ringgit sekalipun masih belum cukup untuk membeli harga diri aku.Ya,kau boleh membeli mana-mana perempuan lain yang kau suka tetapi bukan aku.Kalau aku tidak mempunyai kesanggupan untuk menerima sekalipun kau menghujani aku dengan wang tetap kau akan menerima jawapan yang sama.TIDAK.Kerana aku masih mempunyai harga diri.Dahulu,sekarang dan juga untuk masa-masa akan datang.
Thanks mom for giving me that values.The value of freedom and the value of myself.So that we are free to be what we are.Free to be you and me.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
No comments:
Post a Comment