Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, July 6, 2011

Apa Salah Aku Sampai Kau Buat Macam Ni?

                    Pernah tengok angsa putih?Pernah dengar cerita tentang anak itik yang hodoh yang akhirnya bertukar menjadi angsa putih yang begitu cantik?Ya,awesome kan.Dan kita korang semua pun berangan ingin menjadi seperti itu.Aku?Ehhh...aku tak.I'm already perfectly beautiful.(Dalam fikiran readers:Fu*k off Sarah Sayuri!)Okay,okay...that's a fact.Kalau tak mahu terima kenyataan itu pun tidak mengapa juga.

                    Angsa putih memang cantik.Ya,cantik selagi ia tidak mengamuk atau naik angin.Pernah tengok angsa itu naik hantu lalu mengejar korang sampai tak cukup tanah nak lari?Yeahh...peristiwa malang ini terjadi kepada aku..eh bukan,adik aku.Errr ya adik aku bukan aku.Sila percaya.Bayangkan suasana di sekitar kawasan kampung yang aman damai lagi indah di pagi hari.Bukan kampung aku sebab aku tiada kampung.So,tumpang kampung siapa entah kejap untuk ambil feeling bercerita.Then,ada segerombolan itik angsa yang sooo damn putih dan cute.Yang membuatkan aku mula terbayangkan cerita anak itik yang hodoh.Eh...kenapa aku ada di dalam cerita ni pulak?Errr...abaikan...abaikan...

                   Oh...how beautiful that itik!Aku pun terpukau dek kecantikan itik yang digunakan untuk mengaburi mata orang ramai supaya tak kelihatan sikapnya yang ganas lagi angkuh itu.Come to papa,babes...yeah come on.Come...Manalah gadis seinnocent aku tahu...(errrkkk sila abaikan penggunaan aku di sini dan gantikan dengan adik aku ya,errr...lagipun sengaja guna aku supaya sedap ayat dan senang...errr seriously.ya seriously)..manalah gadis seinnocent aku tahu yang angsa yang cantik itu boleh bertukar 360 darjah lalu menjadi raksasa itik yang hodoh lagi ganas.

                    Apa yang tidak kena dengan swan aku yang cantik ini?Tiba-tiba pula ia meluru ke arah kami sambil menyuakan paruhnya yang cantik itu.Cuma sekarang ianya tidak lagi kelihatan cantik di mata aku.Oh...fu*cked!We're dead meat now...."Lariiiiiii,run for you damn pathetic life!!!" dan hanya itu yang sempat kukatakan kepada adik tercinta sebelum kami mula mencari tanah untuk berpijak di bumi yang nyata.Sepanjang berlarian di tengah kampung yang aman damai itu,aku hanya mampu berdoa agar kami tidak kehabisan tanah untuk dipijak.Sebab ada seekor swan yang cantik raksasa ganas yang hodoh sedang mengejar kami dengan kemarahan tahap maksima.

                     Rasanya kalau dikejar dek anjing pun tidaklah sengeri dikejar dek itik yang naik hantu.Dengan bunyi yang dikeluarkan cukup untuk menaikkan adrenalin kau sampai ke tahap 13mMol/l.Dan ditambah lagi cerita zaman kanak-kanak mak aku yang pernah mengalami nasib yang sama singgah di fikiran pada saat-saat genting itu lalu menaikkan paras kengerian ke tahap maksima.Ohhh dear Lord,please save me....

                   Aku tidak tahu di mana salah aku sampai swan yang pernah aku agung-agungkan kerana kecantikannya mengejar aku tanpa berfikir panjang lagi.Apa salah aku sampai kau buat macam ni kat aku?!Ini sungguh mengecewakan sebenarnya mengerikan.



cantik bukan?






Nota Kaki:Dengan terpublishnya entri ini,maka bolehlah disimpulkan bahawa Sarah Sayuri terselamat dari malapetaka yang dahsyat itu.Korang patut bersyukur aku selamat...



May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

4 comments:

Sunah Sakura said...

hahaha~ dulu kat kampung memang takut dengan angsa...suke kejar orang! pelik!

Sunah Sakura said...

boleh la... ada part yang best, ada part yang kurang... :)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@sunah sakura:ya...errr tanpa sebab eh?perlu lebih berhati2 lain kali...:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@sunah sakura:ohh...thanks for the feedback :D

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat