Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Monday, July 18, 2011

Kita Hidup Dengan Apa Yang Kita Percaya.


Nota Kepala:Sesuai dibaca di antara pukul 11 pm-6am untuk mengelakkan berlakunya penghidratan neurons otak.



                Kita hidup dengan apa yang kita percaya.Kau percaya itu?Kalau tidak maka mula percaya sekarang.

               Sedari kecil kita dibesarkan mengikut norma-norma tertentu.Kita diajar apa yang normal dan apa yang tidak.Kita ditegaskan yang mana buruk dan yang mana baik.Kita diberitahu yang kita seorang perempuan/lelaki dan diajar supaya bertindak,berpakaian dan berkelakuan seperti yang selayaknya.Dan bagaimana seorang lelaki/perempuan perlu kelihatan di mata umum pula ditentukan oleh orang di sekeliling dan masyarakat.Seorang perempuan perlu kelihatan begini dan seorang lelaki pula perlu kelihatan begitu.Sekiranya kau cuba menentang norma-norma itu,maka kau akan diberi gelaran yang selayaknya yang juga ditentukan mengikut norma-norma yang ditetapkan.Contohnya tomboi,pengkid,mak nyah,lelaki sotong dan sebagainya.

                Kita hidup dengan mempercayai bahawa kita adalah manusia bukan binatang dan planet kita ini bernama Bumi.Kita hidup dengan mempercayai bahawa sebagai manusia kita perlu dapat apa yang manusia selayaknya dapat.Kita hidup dengan mempercayai yang kita adalah _______(masukkan nama sendiri di sini).

               Dengan sedikit norma tentang apa yang betul dan apa yang salah serta kepercayaan yang kita pegang,kita mula menilai apa yang buruk dan apa yang baik.Kita mula menuding jari sekiranya seseorang melakukan sesuatu di luar kepercayaan yang kita pegang.Sekiranya seseorang mengatakan begitu,kita akan membangkang dengan mengatakan ianya salah.Dia salah kerana tidak berfikiran seperti kita.Dia salah kerana tidak mempercayai apa yang kita percaya.Dia salah kerana tidak memperjuangkan apa yang kita perjuangkan.Perjuangan yang kononnya betul.Dia salah kerana tidak mengikut kita bersama-sama menuntut sesuatu yang pada sangkaan kita adil.Dia pengecut kerana tidak berani berdepan dengan pihak berkuasa dalam usaha untuk mempertahankan kepercayaan yang kau bawa.

                Tapi hakikatnya kau sendiri pun tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah bukan?Kau sendiri tidak tahu mana satu pemimpin yang jahat dan mana yang baik bukan?Kerana kau telah meletakkan kepercayaan kau pada perkara itu maka sekalipun ianya salah,kau tetap akan berpegang pada kepercayaan kau.Kerana pemimpin itu mengeluarkan sepotong dua hadis dan kononnya dikatakan mempunyai ilmu agama yang tinggi dan alim maka kau terhegeh-hegeh seperti anjing bau tahi mengikut dia.Kerana penulis belog itu pandai bermain dengan kata-kata maka kau percaya bulat-bulat dengan apa yang dia tulis.Kerana ada pihak yang mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem negara kita,ada sesuatu yang tidak kena dengan pemimpin kita dan ada sesuatu yang perlu kita betulkan maka kau sewenang-wenangnya percaya.Tidak.Aku tidak memaksudkan siapa-siapa di sini.Sila percaya pada aku dan terus berpegang pada kepercayaan itu.

                Tahukah kau sebenarnya bahawa kau sebenarnya hanya percaya apa yang berlaku mengikut norma-norma kau atau garis panduan yang kau tetapkan?Sepertimana kita dengan sendirinya akan mengatakan yang membunuh itu salah,mencuri itu salah atau merompak itu salah.Sebab apa?Kerana kita telah dididik untuk percaya.Dan kita berpegang pada kepercayaan itu.Kerana itu aku katakan kita hidup dengan apa yang kita percaya.

                Bagaimana kalau sejam dari sekarang ada semua orang di sekeliling kau mula mengatakan yang kau salah?Bagaimana kalau sehari selepas ini ada seseorang yang datang mencari kau dan memberitahu bahawa kau sebenarnya bukan _______(masukkan nama sendiri di sini) tapi sebaliknya orang lain.Bagaimana kalau kau tiba-tiba dihadapkan atas tuduhan membunuh yang kau tidak lakukan?Dan kau tidak boleh menafikannya kerana semua orang percaya yang kau telah membunuh sekalipun kau beria-ria menafikannya.Apa yang kau akan lakukan?Bagaimana kalau aku katakan yang belog ini ditulis oleh 3 orang penulis yang berbeza tetapi kau tidak menyedari akan hal itu selama ini?Bagaimana kalau aku katakan yang entri ini bukan ditaip oleh Sarah Sayuri?Kau akan percaya?Tepuk dada,tanyalah diri sendiri.Apa yang kau percaya dan selama mana kau boleh terus berpegang pada kepercayaan itu?















May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

12 comments:

Abang Zam said...

aku tau ini sarah yg menaip..tapi aku sentiasa berimagine, adakah wajah kau seperti yg ape kau taipkan

wondering

*aku perjuangkan ape yg aku rasa betul tanpa aku paksa orang lain perjuangkan benda yg sama..its up to u bitch

Sarah Sayuri Hartnett said...

@abang zam:itu kau kena tgok sndiri utk pastikan...

ya lebih baik tidak memaksa org lain utk perjuangkan apa yg kita perjuangkan dan percaya apa yang kita percaya...it sucks.damn it.

Siddiq Mahyildin said...

Bagaimana kalau aku katakan yang belog ini ditulis oleh 3 orang penulis yang berbeza tetapi kau tidak menyedari akan hal itu selama ini?Bagaimana kalau aku katakan yang entri ini bukan ditaip oleh Sarah Sayuri?Kau akan percaya?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@siddiq mahyildin:kau percaya?

Siddiq Mahyildin said...

haha. aku percaya.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@siddiq mahyildin:terima kasih

dan sila terus percaya

Siddiq Mahyildin said...

@sarah- kau percaya?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@siddiq mahyildin:ya tapi
apa yg kita percaya mgkin tidak sama

Siddiq Mahyildin said...

@sarah-okay:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@siddiq mahyildin:haha...okay jugak

comp-plek-session said...

aku mahu percaya apa yg semua org percaya...asalkan apa yang semua org percaya itu tidak bertentagan dengan apa yang ak percya....dan "terbukti" benda yang kami percaya itu dapat menarik kepercayaan orang lain untuk turut percaya..~

Sarah Sayuri Hartnett said...

@comp-plek-session:percayalah apa yg kau nak percaya asalkan ianya tidak bertentangan dengan kepercayaan yang kau percaya selama ini.

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat