Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, February 24, 2011

Rumah Baru,Mood Baru

Gambar hiasan




Aku Sudah Pindah
      
                 
                 Yeah,aku sudah pindah.Dari bulan lepas lg family aku sudah plan utk pindah ke mansion baru kami di Malaysia.Bukan disebabkn keadaan di villa lama kami bersebelahan dgn White House yg skrg ni dihuni sementara oleh Barack Obama tu tak selesa cuma kami merasa sedikit terganggu dgn bunyi jet peribadi milik beliau yg bising mengalahkan lembu mengawan itu.Walaupun daddy aku sendiri memiliki 3 biji jet yg tersadai di laman belakang rumah kami,tapi jet2 itu sudah dipasang sound absorber utk elakkan bunyi bising enjin semasa ia nak berlepas.

                   Pendek kata,aku masih boleh membuta lagi even ketiga-tiga jet itu berlepas serentak.Safe n sound.Tapi kami tidak juga menyalahkan Obama dlm hal ini.Mybe disebabkan White House tidak biasa dgn kehadiran villa yg lagi besar darinya berdekatan maka sebab itu juga beliau tidak arif dgn adab2 berjiran ni.So,start je minggu baru bulan ni,mummy suruh 8 orang maids kt rumah kami pack semua barang2 then poskan semua benda tu dgn Airbus 360 yg baru dibeli daddy di jualan lelongan amal bulan Disember tahun lepas ke Malaysia.Sebagai alternatif utk membiasakan adik2 aku dgn sistem persekolahan di Malaysia,daddy awal2 lagi sudah hantar notis berhenti sekolah kpd Bahagian Pendidikan England utk mengumumkan penarikan diri my sisters dari Harvard’s Private Tutor for Gifted Kids.
        
                            Then daddy panggil 4 orang tutor yg diimport khas dari Kementerian Pelajaran Malaysia utk mengajar adik2 aku kat library ketiga kami.Aku pun dipaksa utk tumpang sekaki even aku tak berminat nk belajar benda2 yg aku sudah hafal 76 kali itu.Daddy cakap klu aku tak mau ikut tutorial,dia akan batalkan pembelian kereta Porcshe yg dijanjikan utkku.Jdi dgn berat hati,aku terpaksa dengar jugak walaupun 80% dr tutorial aku habiskan dgn bermimpi atau bermain poker dgn Daniel Radcliffe yg 4 hari sekali dtg melawat family aku.


Rekaan rumah ala Victoria yg rasanya takde kaitan dgn cerita ni...




Cantik tak?tapi ni jugak takde kena mengena...



dapur rumah Billiard Gates mungkin..








                          Berbalik pada cerita perpindahan aku…Selepas semua dah selesai,3 ladang gandum sudah didermakan pada rumah anak2 yatim,4 ladang lembu sudah diberi percuma kpd rumah orang tua2,dan villa kami juga sudah disedekahkan buat persatuan pesakit kanser kami pun berlepas ke Malaysia tepat jam 8.04 pg waktu England.Sebenarnya daddy bercadang nk jual villa kami tapi disebabkn tawaran terbaik hanyalah berjumlah $129.89 juta Dollar US,maka daddy sedekahkan saja utk pesakit2 kanser .

                         Bila kami sampai di M’sia,hari sudahpun beransur cerah.Aku tidak ambil tahu berapa jam perjalanan kerana sibuk berchatting dgn Catherine Middleton@Kate Middleton,tunang Putera William.Menyampah jugak aku bila dia asyik bercerita pasal persiapan perkahwinannya saja.Tunggulah kau…Nanti bila dah jadi macam Puteri Diana aku ucap takziah kt wall FB aku je!Justin Bieber pula sibuk call aku tak berhenti2 utk tnya sma ada aku akan tgok filem terbarunya, Never Say Never.Jawapan aku juga ialah NEVER! Lepas tu aku terus off henfon jenama Apple tu dan on henfon Blackberry pula.Disebabkan terlalu busy bertwitter dgn Jared Padalecki maka aku tidak sedar bila kami sudah mendarat di lapangan terbang persendirian milik daddy yg bersebelahan dgn KLIA.

                      Dari sana,kami dijemput dgn limosin utk teruskan perjalanan ke mansion baru di Perdana Heights berdekatan sgn Bukit Antarabangsa.Itu sajalah serba sedikit mengenai perpindahan aku ke Malaysia.Sehingga kita jumpa lagi lain kali.Buhbye…


Live,Laugh,Die Emotionally!

2 comments:

Mohd Amin said...

muahahahaha..ini mmg lawak..pndi jg ko mnulis cita lawak kn..hehe

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Mohd Amin:hahaha...yeah ini memang ditulis utk bergelak-gelak

thanks for reading dear

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat