Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, March 13, 2011

Prayers For Japan

Nippon Lagi 

Keadaan sebelum dan selepas tsunami.
           




                    Aikk....citer sal Jepun(Nippon) lagi?Yeahh...korang ingat aku nak tulis pasal Fasha Sandha pulak ke?Lain kali okeyh.Walaupun tsunami tu jadik sekali je tapi kesannya masih ada lagi hari ini,esok dan seterusnya.Keadaan selepas tsunami sebenarnya lebih teruk dari semasa tsunami tu berlaku.Yeahh...tak caya ke?Yang mati tu mati...tapi yang hidup ni perlu meneruskan hidup but camne nak teruskan hidup dalam keadaan yang serba kekurangan tanpa bekalan air dan makanan?

                   Menurut sumber dari Yahoo! sehingga hari ini,mangsa gempa bumi yang masih hidup terpaksa berdepan dengan masalah kekurangan bekalan air bersih,makanan dan tempat tinggal.Angka kematian di satu-satu daerah saja hampir mencecah 10 000 lapor Associated Press.Walaupun pihak kerajaan mereka sudah menambah bilangan tentera sehingga mencecah 100 000 untuk memberi bantuan tetapi ianya masih tidak mencukupi.Ditambah lagi dengan kebimbangan berlakunya kebocoran radioaktif pada loji-loji nuklear disana.Efek dari radioaktif ni sangatlah mengerikan.Bagi aku,aku lebih rela memilih kematian dari terpaksa berdepan dengan kesan benda alah ni.

                     Gempa bumi yang berukuran 8.9 skala richter itu diikuti dengan 150 gempa susulan mengikut Jabatan Geologi Jepun.Kira-kira 1.4 juta keluarga keputusan bekalan air dan makanan sejak gempa berlaku manakala 2.5 juta keluarga lagi tiada bekalan elektrik di saat suhu pada waktu malam di Jepun boleh mencecah paras beku.Mereka yang mempunyai kenderaan pula tidak dapat menggunakannya untuk ke kawasan yang ada bekalan air kerana semua stesen minyak sudah ditutup.Penghuni pusat perlindungan mangsa gempa bumi juga tidak bernasib sebaik mana apabila bekalan elektrik di sana juga tiada.Bayangkan kalau kita di sini yang ditimpa nasib sebegini?

                        "Bekalan air dan elektrik masih tiada,kami mempunyai ramai orang sakit di sini," seorang pegawai hospital,Ikiro memberitahu pihak media ketika ditemubual.

                       "Sudah dua hari dan selama itu juga saya hanya diberi seketul bebola nasi dan sekeping roti,"demikian komen dari warga emas berusia 56 tahun,Mahashi Imai.

                      Bagaimana untuk membantu mereka yang kelaparan,kesejukan dan kesedihan ini?Taipkan  "REDCROSS" dan hantar ke 90999 untuk derma $10.Yeah...dan yang ni aku tataw kalau boleh guna kat sini ke tak tapi ramai je bajet tempek kat wall FB aku.Ni pulak website donation yang US buat....HERE.Aku cuba carik yang Malaysia tapi setakat ni tak jumpa lagi.Taktaula pula pasnie.

                  Papepun,kalau korang tak ikhlas atau tak cukup bajet nak donate..just send your prayers,people.Macam aku...:))








Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat