Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, March 24, 2011

Anda Seorang Perfectionist seperti Saya?

                Perfectionist atau bila ditranslate menggunakan Google Translate menjadi perfeksionis.Sungguh tak membantu jadi aku terpaksa translate sendiri iaitu seorang pengejar kesempurnaan.Rasanya semua orang pun mahukan kesempurnaan but seperti biasa manusia tidak sempurna dan tidak akan.Melainkan korang mempunyai genetik dewa dewi atau kacukan angel yang bukan Angelina Jolie.

              Aku perasan yang kaum Adam lebih banyak bersifat perfectionist bila time nak memilih aweks.Yeahh...dan maybe sebab itu even muka diorang dah macam lapan belas kali excident masih buleh dapat aweks secantik Fasha Sandha atau model Miranda Kerr.Tapi kaum Hawa tak begitu....kita bukan macam tu kan?Fasha Sandha mungkin agak gediks dan mungkin juga korang tak suka dia tapi dia berjaya memikat hati ramai jejaka.So,kalau bukan cantik maka sebab apa lagi?(mungkin mengandungi bukan maksud sebenar).

           Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu yang aku ni seorang perfectionist sehinggalah terjadi suatu incident.Time aku tengah menulis something..aku pun ingat-ingat lupa apa bendanya mungkin surat breakup dengan Orlando Bloom agaknya,eh..boleh jadi juga Zac Efron..entahlah.Tapi time aku khusyuk menulis roomate aku tegur aku.Agaknya dia dah lama perhatikan aku tapi aku tak perasan memandangkan aku bukan seorang yang perasan.Dia cakap,"Eh,apasal ko asyik padam je dari tadi.Dah okay la tu." Terkejut juga aku kerana dia menegur secara tiba-tiba tanpa memberi salam terlebih dulu.





           Aku buat pekak je sambil terus menulis sehinggalah aku sedar kebenaran kata-kata beliau apabila eraser atau rubber aku dah hampir haus aku kerjakan.Betul ke aku ni perfectionist?Lalu aku terkenang kembali bagaimana aku menukar layout belog ini sebanyak 18 kali dan juga sewaktu aku mengambil masa 3 jam hanya untuk menulis satu-satu entry itu.Adakah roomate aku betul....

         Kebelakangan ni aku rasa aku patut tukar lagi layout belog ini.Yeah....dan mungkin aku perlukan sedikit bantuan psikiatri untuk masalah ini.Ada sesiapa yang boleh cadangkan seorang psikiatri yang bagus untuk aku?





Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat