Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, March 23, 2011

Aku Dah Dapat Result SPM!

                    Good day to my readers and followers.Yess...I've already got my SPM result.And of course it's two years ago!But tak kisahlah tahun tu yang penting aku teruja nak berkongsi detik-detik segembira ini dengan candidates SPM tahun 2010.(Gembira sebab dah lepas azab tuh)Honestly,korang patut rasa gembira jugak at least korang dah ambik peperiksaan tu dan dah usaha(kalau yang betul-betul usaha).

                  Biar aku menceritakan kenangan manis aku sewaktu mengambil result 2 tahun lepas.Sebelum pergi ambik result,sila baca sampai habis entry aku ni,kalau tak aku santau result korang.Taklah,aku gurau je.Mood aku baik hari ni dan aku juga taknak calon-calon SPM in case ada antara korang yang tengah baca ni nervous tahap gaban.

                  Sejujurnya aku tak nervous sangat semasa nak pergi ambik result tu.Betul ni,aku tak tipu.Taklah senervous ketika aku amik result UPSR atau PMR dulu.Ini mungkin berdasarkan dua reasons utama.

               Pertama,time tu aku baru selesai berkhidmat untuk negara atau dalam bahasa kampung korang PLKN.Aku dipanggil untuk batch aka kumpulan 1 siri 6/09.Masa tu aku tak tahu lagi apa perbezaan antara kumpulan 1,2 dan 3.Yang aku tahu aku rasa nak gantung diri bawah pokok mempelam sebab kena panggil.Tapi sekarang aku dah tahu..rasa bangga diri sikit.Apa perbezaannya?Nanti aku citer dalam entry lain kalau rajin.Lagipun Rain penyanyi dan pelakon dari Korea tu kena panggil berkhidmat untuk negara beliau juga.See...dia pergi dengan rela hati selepas mendapat inspirasi dari aku.

            Seingat aku,aku pergi jam 10 pagi lebih dengan dihantar oleh my mom.Sebab aku fikir kalau lagi lewat lagi bagus...tak jadi tumpuan orang ramai sangat apatah lagi kengkawan aku.Malu doe nak jumpa diorang dengan muka aku yang lebih gelap dari biasa.Tapi taklah gelap macam buntut kuali coz aku dah standby dengan krim Doremon aku.But seperti selalu aku bernasib malang....bila aku sampai je dah ramai pelajar sekolah aku yang lepak kat pondok depan rumah pengawal.Tengah tunggu pengetua bawak balik result.Mahu tak mahu aku terpaksa maniskan muka untuk tegur mereka yang aku kenal.

          Keduanya, aku dapat tahu tarikh keluar result selepas balik dari PLKN.Dan tarikhnya pula ialah sehari lepas tu.Jadi,otak aku tak cukup masa untuk preparing perasaan nervous.Kat PLKN hanya dengar khabar-khabar angin bila dah balik rumah baru konfirm result keluar lusa.Aku hanya mampu mengatakan F**k dengan wajah tanpa reaksi.

        Jadi kesimpulannya kedua-dua sebab tu berkait rapat dengan PLKN.Itu saja.

          Aku dan calon-calon SPM lain ambil slip keputusan dalam dewan yang bukan dewan makan.Kami beratur ikut kelas macam kanak-kanak tadika.Cikgu kelas yang pegang slip result pula buat muka seserius mungkin sampai aku rasa kami semua dah fail gamaknya.Bila time giliran aku je,yeah....seperti yang korang jangkakan....mesti ada masalah or stuck kat mana-mana.Cikgu Sains Pertanian aku tu cari-cari nombor angka giliran aku then selamba cakap..."Nama kamu takde kat sini la." Time tu baru aku rasa nervous.Fuuuu...ck!

         Macammana ni?Seriusly,korang patut tengok muka aku time aku gelabah.Aku cool dowh sampai kawan yang duk kat sebelah aku pula yang menyibuk tanya cikgu.Owh....result aku takde so aku tak payah tunjuk kat my mom dan mungkin juga aku boleh amik SPM sekali lagi!Tapi gara-gara sikap baik hati kawan aku,akhirnya cikgu sambil cuba kontrol senyum berkata, "Mungkin result kamu kena tahan ni.Kamu pasti dah settlekan semua yuran?" Yeah....sekolah aku juga seperti sekolah lain ingin mengutip hutang di saat-saat akhir ni.

          Beliau pun check semula dan aku berdiri dengan megah di depannya sebab aku pasti aku dah settlekan semuanya.Kalau hutang ALong itu lain cerita.Setelah berpuas hati dengan semakan beliau,cikgu aku sambil cuba kontrol senyum lagi cakap, "Slip mereka yang dapat 7A's ke bawah je ada kat sini."Aku dah rasa sedikit cuak dan bangga diri ketika itu.Biasalah,aku memang suka bangga diri.Kalau aku tak membanggakan diri aku,sapa lagi yang nak tolong banggakannya.Korang ke?Huh...

       Yeah....dan kata-kata beliau itu memang betul.Aku dapat slip keputusan aku selepas semua yang lain dah dapat beremosi dengan result mereka.Aku bersama-sama mereka yang senasib seperti aku naik ke pentas.Time ni,aku tak tahu apa kejadahnya pihak sekolah pergi batalkan kelas budak Form 4 dan jemput diorang saksikan kami semua kat dewan.Alasan untuk memberi diorang inspirasi memang aku tak boleh terima.Adik aku ada sekali kot.Korang fikir aku happy dan bangga ke?NO!Never dan tidak sama sekali.Malu gila sebab rasa macam badut atas pentas tu.Aku benci ATTENTION.Puhlease...

ini bukan result aku.Sekadar gambar hiasan.


        Lebih teruk dari itu,my mom pun curi-curi tengok dari luar dewan.Aku ingatkan beliau sudah balik.Ughh...Fuuuu***K buat kali ketiga.Hari yang paling teruk dalam hidup aku.Begitulah yang aku rasa pada waktu itu,tapi sekarang aku dengan happynya boleh menaip entry ini dengan happy.See...ambil pengajaran dan inspirasi dari aku ni people.Satu hari nanti korang boleh buat macam ni jugak.Dahla,bubye.Aku nak telan codein dan tidur.



Peace be upon us.


Live,Laugh,Die Emotionally!

2 comments:

eedaRAWR said...

wow, are u chinese?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@eedaRAWR:muahahah....takdela yunk..itu sekadar gambar hiasan.And anyways I didnt get straight A's coz I'm sucks in Add Math.Killer subject...

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat