Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Saturday, April 9, 2011

3 Pujian 3 Kritikan Di Belog Liyana







                  Tengah syiok berblogwalking tadi aku telah terjumpa satu belog yang menganjurkan contest.Syaiton dalam hati aku mula menghasut "Eh...hadiah pun tak seberapa,buku sebijik je.Jangan juin weh buat penat je,buang masa.Masa itu emas."Pada mulanya malas juga aku nak memerah IQ 180 aku untuk join tapi disebabkan contest tu boleh mengutuk tuan punya belog,maka aku tanpa segan silu terus taip entri ni dengan perasaan teruja,riak,ujub serta takabur untuk mengutuk hamba Allah yang sorang ni.Berikut adalah syarat-syaratnya yang senang lagi sempoi.
syarat2nyer..
1.warganegara malaysia,singapura,brunei n pendek kate negara2 kt asiala(bajet blog famos)..hihi
2.berumur 5 tahun ke atas..
3.pndai menaip dalam bahasa inggeris mahupun bahasa melayu..
4.mendapat kepujian at least 6c dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris
5.berpengalaman dlm mmberi kritikan dan pujian..
6.tag at least 2 org kawan korg..taknak tag pn xpe..
ape yg perlu anda buat adela..
1.namekan entry tu 3 pujian 3 kritikan di blog liyana..
2.ltakkan gmbr 3 pujian 3 kritikan tu kt blog korg
3.isi2 entri tu..korg luahkan sgala pujian n kritikan ygt korg nk luah pasal blog n entri2 blog ni
3 pujian n 3 kritikan..kalu lebih pn xpe..korg nk pji n kritik pasal tuan blog pn xpe..
4.pastu ltak link entry ni...(x nk ltk pn xpe)
5.last skali tinggalkan komen n link entri anda di bahagian komen di bawah..
tarikh tutup pertandingan..
26 April 2011
lmbt agi...
(time ni dh hbs mtrik)
so senangla nk wt urusan pghntrn hadiahkn..
hadiahnyer..
sebuah rumah banglo bernilai rm3
hehe..xdela...
buku555 jer..
ok dh2 mnipu...
(sebuah buku yg bgus utk dibaca+insyaAllah klu ade bjet lebih ade hadiah tmbahan..hee)
1 pemenang lelaki...
1 pemenang pempuan k..
ade ape2 masalah lehla private message kt fb..
or my ym: nurliyanazahidi@ymail.com..


---------------------------------------------------------------------------------------


3 Kutukan.Dimulakan dengan lafaz In The Name Of Allah.The Most Gracious Most Merciful.(Bismillah la tu..)




1.Widget Lagu:Dalam belog beliau ada lagu berunsur keagamaan yang aku tak tau lagu sapa pasal aku jahil nak ambil tau even Maher Zain pun aku tak kenal sapa.Mula-mula aku nak membenci Maher Zain disebabkan lagu For The Rest Of My Life beliau yang menyebabkan aku menyangka beliau merupakan seorang penyanyi seperti arwah Michael Jackson.Ingin aku cadangkan supaya dibuang saja widget tu sebab syaiton-syaiton dalam diri aku dah memberontak...ehh bukan sebab ramai yang tak suka kalau ada lagu dalam sesuatu belog tu termasuklah aku.Kalau nak letak juga,Cik Liyana,sila guna widget yang boleh pausekan lagu.Ghucy Music adalah widget lagu yang paling banyak dibenci blogger kerana takde butang untuk pause.Dan even aku dah setkan speaker ke 0%,lagu tu masih lagi berbunyi.Arghhh...tensyen..tensyen..


2.Background Template:Ini agak menyakitkan mata sebab backgroundnya kaler hitam tapi tulisan kaler merah.Arghhhh...sila guna tulisan warna putih yang tak bright sangat kalau guna background hitam.Kalau nak guna tulisan warna merah,sila jangan guna background hitam.Retina aku tak mampu menerima semua ini.

3.Style Tulisan:Aku perasan Cik Liyana suka menggunakan short form dan perkataan seperti "Care" iaitu "Cara" yang ditambah "E" di belakangnya.Harap dapat kurangkan semua ni sebab susah nak baca.Gunalah bahasa baku.Cintailah Bahasa Melayu.Diharap dapat luangkan masa baca cerpen sasterawan negara yang entah aku lupa siapa namanya tapi tajuk cerpen itu ialah,"Bulah Sayu" yang bermaksud Bukan Salah Bahasa Melayu.Cerpen tu mengisahkan orang Cina dan bangsa lain yang cuba kutuk bahasa Melayu.Kata mereka bahasa kita panjang sangat.Contohnya, "Ali sedang makan nasi."Bila tulis dalam huruf Cina jadi pendek je.So diorang bangga dengan Bahasa Cina diorang.Nak tahu pengakhirannya,sila baca sendiri ya.



3 Pujian.


1.Belog Berunsur Keagamaan:Yeahh...belog Cik Liyana adalah belog yang berunsur nasihat dan keagamaan.Ini patut dipuji sebab tak ramai yang buat belog macam ni.Sebab syaiton banyak kat sekeliling termasuklah aku sendiri.So,aku cuba luangkan masa juga ke belog-belog macam ni.Mana tahu boleh insafkan aku dan membuatkan aku menerbitkan satu lagi belog bertitle, SolehWarakWriter.

2.Sikap Owner Belog:Even Cik Liyana mempunyai pengetahuan agama yang lagi luas dari aku tapi beliau masih bersikap open iaitu boleh menerima kutukan dari aku yang jahil ini.Dan ayat-ayat dalam belog beliau juga sempoi,tak lah menggunakan banyak sangat bahasa Arab atau ungkapan keagamaan yang semestinya aku takkan faham.

3.Belog yang Ringan:Belog beliau tak berat and ringan untuk didownload.Tak bersepah dengan widgets yang entah apa-apa tu.Harap Cik Liyana dapat mengekalkan kerampingan belog beliau sehingga ke akhir hayat.


---------------------------------------------------------------------------------------

                   Itulah sahaja yang dapat aku ulaskan setelah menggodek belog beliau tanpa kompromi.Yeah...kutukan lebih panjang dari pujian.Rasanya Cik Liyana tak kesah kot.Manusia memang suka dipuji tapi kutukanlah yang menjadikan seseorang itu manusia.Sekian.Itu sahaja dari aku.

                Aku bercadang nak tag  Silent ,Tauke Kaspersky Free dan  Itew Budak Tiut Oteh .Tapi memandangkan kemungkinan untuk mereka menukar tajuk entri 3 Kritikan 3 Pujian Belog Liyana kepada 8 kutukan 1 pujian Belog Sarah Sayuri adalah sekitar 80% setelah dicongak menggunakan www.random.org maka aku membatalkan hasrat itu.Sapa-sapa yang ujub,riak dan takabur nak tag diri sendiri dipersilakan dengan penuh hormat.



May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!

12 comments:

Abang Zam said...

kau kasi aku kutuk belog die ke? haha..tapi sumpah retina aku pun tak boleh ngam ngan tulisan belog die..arrgh!

nanti aku buat kalau aku tak demam
haha!

*aku takkan bagi kau kaspersky free even kau panggil aku taukey..pffft

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:ehh..kutuk jela..asal kau tak kutuk belog aku sudah....hahaha

pffttt...aiyaa...lu talak mau kasi pun sulah mehh...

wa mau bikin itu kelek lagi taun dapan lorhh...

FaiZaH YaaKuB said...

weh ko buat laa blog SolehWarakWriter tu...konpem menitis air mata aku..dan aku org 1st jd follower ko...

sekian..sila jgn emo haha :p

liyana said...
This comment has been removed by the author.
liyana said...

SALAM
thnk u SARAH
background tu wrne koko sbnrnye...ade org
tgk koko..tp ade yg nmpk hitam je...
huhu...nntila lpas exam adjust blik..btw..tq for join..highly appreciate=)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Faizah Fyn:hahahakss...well hanya kau yg lebih memahami aku...TT_TT

@Liyana:Thanks kembali kerna singgah...background tuh memang gelap cerahkan sikit baru cerah masa depan anda....

yad'z said...

hahaha... bapak hebat ko kutuk die.. aku kutuk biase2 jek,. hehehe

Sarah Sayuri Hartnett said...

@yad'z:yeker....aku tak pasan plak...ni sumua bkn slah aku tp salah syaiton nirrajim...arghhh...

;))

cik ayin said...

sila kritik blog sy..ngeh3 :)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Cik Ayin:serious ke ni...bagi tempoh 20 jam lebih utk survey dolu...tamO emo2 pas kena kritik t oteh...hehehe

;))

Piah Becok said...

mantap! jujur seh tulisan ko, walaupon pedas. susah nak jumpa orang yang tulis dengan jujur skang. okeh, aku nak makan nasik.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Piah becok:ehh...thanks kerna memuji muja saya...

mantop sebab dpengaruhi syaiton utk mengutuk2...hehehe..

;DD

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat