Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, April 28, 2011

Apart.


                    Kau tahu,tiada apa yang lebih menyakitkan dari bila aku memandang kau tapi gagal untuk memahami apa yang kau sedang fikirkan.Atau bila kau mengatakan kau tiada masalah di saat aku tahu ianya satu penipuan tetapi aku masih merangkak keseorangan dalam gelap untuk mencari jawapan yang kau sembunyikan.Dan bila tiada apa yang boleh aku lakukan untuk menolong kau meringankan beban dan kesusahan yang kau tanggung.Bukan kerana aku tidak tahu tetapi bila aku sedar segala yang aku lakukan hanyalah sia-sia.

                    Sepertimana pungguk bodoh yang merindui bulan yang tidak akan turun ke ribaannya.Sehingga akhirnya dia menyangka bayangan bulan yang dilihatnya di dalam air itulah bulan maka dia terjun untuk mendapatkan bulan tanpa disedari pada masa yang sama dia sebenarnya membunuh diri sendiri.Semenjak bersama kau,aku sering tertanya-tanya apakah pungguk dan bulan sebenarnya sudah bertukar tempat?Adakah sekarang giliran bulan pula yang merindui pungguk?

                    Tiada apa yang lebih aku takutkan daripada berada sangat dekat dengan kau tetapi aku tahu di kala itu kau sudah pun menjauh dari aku.Jauh sehingga aku dah tak boleh meneka apa yang tersirat di hati kau.Jauh sehingga kau tidak memilih aku untuk menjadi pendengar setia masalah kau lagi.Bila jarak kita yang begitu dekat sudah menjadi begitu jauh,maka aku hanya mampu melihat dari jauh saat sang pungguk begitu gembira melayan bayangan bulan di air.Mahu sahaja aku menjerit bahawa akulah bulan yang sebenar tetapi kemudian aku sedar yang kau tidak mungkin akan mendengar.Kerana jarak antara kita yang begitu jauh meskipun kau dan aku hanya dipisahkan oleh bayangan air itu.


                  Mungkin juga sang bulan yang sudah terlambat untuk menjejakkan kaki ke bumi di kala sang pungguk sudah pun tidak mengharapkannya lagi.Sang bulan yang ego akhirnya hanya mampu meratap hiba di suatu sudut.Kerana untuk bersama pungguk,tidak mungkin lagi dan untuk pulang ke tempat beradunya di langit sana pun dia sudah diharamkan.Beritahulah kepada sang bulan apa yang dapat dia lakukan.Kerana sang bulan perlu tahu sebelum cahayanya pudar lalu dia mati.







May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

32 comments:

Silent said...

pungguk yang bangang
mengambl yang palsu kerana lebih dekat

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Silent:hahaha...pungguk memang bangang...tp bukankah manusia juga akan menyukai kerja yg mudah dan akan meninggalkan yg susah?

pungguk dan manusia hnya dibezakan dgn secebis akal....

AwieKashi said...

eiii,,,bengang pulak ngn si pungguk!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Awiekashi:sepatutnya kau menolong si bulan bukannya bengang dgn si pungguk kerana pungguk hanyalah pungguk...

thanks baca n bengang (^___^)

AwieKashi said...

HEHE...
xpe2...meh sini nak pujuk...

FzaIbrahim said...

Jauh sehingga aku dah tak boleh meneka apa yang tersirat di hati kau.Jauh sehingga kau tidak memilih aku untuk menjadi pendengar setia masalah kau lagi <----- INI.

aku rasa aku faham situasi ini.
terseksa. sakit. arghhh! dem.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Awiekashi:ehhh...err..kejap.mana bulan tadi?

owhh,...dia dah lari...muahahah..aku je yg tinggal.pujuk aku ajela...

:DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Fza.Ibrahim:hehehe...lebih terseksa dari penyeksaan...

damnit but we cannot run from it.

AwieKashi said...

Pujuk awk??
haha,,,awk bkn majuk pun...
kan..kan..kan...?
pujuk saya ptutnya sbb tgh bengang,,,,

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Awiekashi:bengang tiada pujukan...cuma pergilah amik wuduk utk tenangkan diri...mcm ustzah tak sy?

dahlaa..nk majuk pulak...

muahaha :)

AwieKashi said...

hehe,,,yela ustazah ~~

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Awiekashi:bagus plajar sy ni...

dah tenang kan...

:DD

AwieKashi said...

dah2...ustazah leh award la... >.<

Abang Zam said...

awie..kau gatal ngn gadis aku asal? nak kaki?

sarah..jgn layan awie okay? die ni gay

come sarah..



*awie dah butthurt..hahahaha!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Awiekashi:award ape?ABPBH ke?nak jugak....boleh gedik2 mcm fasha sandal nanti....

;DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:ehh..sori syg,you dah datang ke...

oteh jom...

AwieKashi said...

HEHEHE!
sengal lah ko zam...

Abang Zam said...

awie...please give me a sec with my darl

please!

come darl..g alter emo kita

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:eh...oteh tayang.jum..

NuRuL MoHaMaD said...

sang bulan kena lupakan pungguk tu dan cari pungguk lain yang nampak sang bulan walaupun sang bulan jauh dari pandangan. . .
yang takkan tertipu dengan kepalsuan. . .

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Nurul Mohamad:tp sang bulan yg bersalah kerana tlah mengabaikan pungguk...fikir sang bulan jika si pungguk boleh menunggunya,kenapa tidak dia mencoba utk menunggu pungguk pula?

adakah itu kebodohan?

NuRuL MoHaMaD said...

mungkin sebenarnya pungguk hanya kesunyian dan nakkan teman je. . .
jadi dia pilih bulan yang lebih dekat dengan dia, walaupun bulan tu palsu. . .
pungguk hanya mahukan tak lebih dari teman, untuk ubati kesunyian dia. . .

bulan tak perlulah tunggu pungguk tu sebab akhirnya bulan sendiri yang akan terluka. . .

itu bukan kebodohan, itu sebab bulan rasa bersalah. . .

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul Mohamad:pandainya syg I berpuitis...

klu sekiranya bulan itu mau mmberi peluang kedua kpd pungguk adakah ianya keputusan yg betul?

NuRuL MoHaMaD said...

itu bukan keputusan yang betul . . .
yang terbaik ialah dengan tidak memberi peluang lagi. . .
bukan kejam, tapi kalau bulan jauh lagi daripada pungguk, pungguk akan tetap mencari teman yang paling hampir dengan dia. . .

kesudahannya, bulan tetap akan terluka, kan?

sbnrnya, walaupun bulan abaikan pungguk, tapi bulan selalu ingat kat pungguk, kenapa pungguk tak pernah nampak semua tu?

tapi,u lagi pandai berpuitis. . .
i like. . .

:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Nurul mohamad:yeke?esok ada lg entri yg lg hebakk....lg puitis

memang separuh dari diri si bulan ingin menutup sgala peluang yg ada tp separuh lg tidak membenarkan kerana si bulan slalu memikirkan hati org lain terlebih dhulu berbanding hatinya...

dia masih mau menunggu kata putus dr sang pungguk...ahhh bulan memang bodoh!tp sekiranya bulan tidak berbuat demikian,dia tahu dia akan mnyesal kelak..

NuRuL MoHaMaD said...

dah tiba masanya untuk bulan fikirkan tentang dirinya pula. . .

jangan berharap akan sesuatu yang tidak pasti. . .

bulan bukan bodoh,tapi terlalu baik hatinya untuk melukai hati yang lain sehingga hatinya terluka tanpa disedari. . .

owh, really. . .
tunggu entri itu. . .

:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul Mohamad:thanks atas nasihat yg begitu brmakna dear...

meski bulan masih keliru dlm mencari jwpn ttpi skrg dia akan meletakkan dirinya dhulu brbnding pungguk...

yes,dtglah...im gonna wait for your meaningful comments tmrrow

(^___^)/

NuRuL MoHaMaD said...

same2. . .

^_^

kepada sang bulan,buatlah yang terbaik tp tdklah shgga mengabaikan diri sendiri ok. . .

u urself is ur 1st priority. . .

okies. . .

^_^

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul Mohamad:okies...(^__^)V

Anonymous said...

check check..rock rock..

Anonymous said...

Hakikatnya..bulan hny 1 bg sang pungguk..dan sang pungguk merindui bulan yg 1 itu..tdk ada bulan yg lain d ati pungguk..mgkn pungguk 'tertipu' dengan bayangan 'bulan' yg d baru d temuinya..namun..ketahuilah..tdk ada yg lbh m'gembirakan sang pungguk dr bertemu sang bulan..wlupn ianya hny la bulan palsu..yang dia sdri tdk mngetahui akan kpalsuan itu..tp yg d cari slma ini adlh Sang Bulan yg satu itu..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Anon:sangat sweet..can I keep this?

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat