Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, April 29, 2011

Looking For A Pause Button.


                  Si gadis menguis-nguis nasi di dalam pinggan.Nasi putih yang kosong.Sekosong hidupnya juga.Dia mengaut nasi menggunakan sudu yang dipegang.Diangkat tetapi tidak jadi hendak disuakan ke dalam mulut.Gadis sekadar merenung nasi itu seakan memikirkan sesuatu masalah yang berat.

                "Along,kenapa main-main dengan nasi tu?Kenapa tak makan?"suara ibu si gadis yang sejak tadi memerhatikannya kedengaran.Gadis berpaling.Mata dia dan ibunya bertembung.

                "Mama,boleh tak along nak minta doktor masukkan nasogastric tiub ataupun apa-apa tiub saja yang membolehkan nasi ini masuk terus ke dalam perut tanpa perlu along makan lagi?"soal gadis bersungguh-sungguh.

               "Dahla along.Jangan cakap bukan-bukan,makan jela,"jawapan si ibu seperti yang sudah dijangkakan gadis.

               "Hari tu ....doktor ada minta permission nak masukkan tiub.Mungkin along patut setuju masa tu.Tapi along tolak sebab along lebih pentingkan sakit dari kebaikannya."

               "Along ni dah kenapa?Tak jemu ke nak duduk kat hospital tu?Apa,ingat hospital tu tempat main-main eh?Boleh masuk keluar sesuka hati."Ibu si gadis naik geram.

               Si gadis terdiam.Tahu yang dia tidak sepatutnya mengucar-kacirkan fikiran ibunya lantas menimbulkan kemarahan wanita itu.Bagi ibu si gadis,hospital adalah tempat taboo yang perlu dikurangkan penggunaannya di dalam rumah.Tapi bagi gadis,hospital adalah rumah keduanya lantas persoalan jemu atau tidak bukanlah satu perkara penting.

              "Dahla,makan cepat,"ibu gadis menggesa anaknya setelah dilihat gadis masih lagi memandang nasi di dalam pinggan dengan pandangan kosong.

              "Mama,along dah penat.Along dah tak nak makan lagi...,"si gadis mengambil risiko walaupun tahu akan menerima leteran ibunya sebentar lagi.

             "Along,sejak bila pula along dah pandai penat untuk makan ni?Hari tu along cakap bila balik rumah nak makan masakan mama puas-puas kan?"

            Si gadis hanya tunduk memandang meja makan tetapi fikirannya melayang entah ke mana.

             "Jangan suka ambik jalan mudah,along.Semua benda nak kena berusaha baru dapat.Kalau tak makan nasi ni,sampai bila pun takkan kenyang.Kalau malas makan ubat,sampai bila pun tak baik."

             Gadis mula menyuap nasi ke mulut setelah mendengar ibunya mula berleter.Bukan takut tetapi kerana kasihan.Sebenarnya,mahu sahaja gadis memberitahu ibunya yang dia sudah penat untuk hidup bukannya untuk makan.Kalau dulu,dia merasakan tidak perlu makan untuk hidup kerana dia ingin menikmati makanan sepuas-puasnya.Dia ingin hidup untuk makan,tetapi kini untuk makan pun si gadis sudah tidak ada asa lagi.Kalau dulu dia bersetuju untuk masukkan nasogastric or apa-apa tiub yang membolehkan dia kenyang tanpa perlu mengunyah makanan lagi,pastinya dia akan rasa lebih gembira kini.

                "Sikit ni je makan?"ibunya merungut selepas gadis menolak untuk makan lebih banyak.Tapi tidak pula si ibu memaksa anaknya untuk makan lebih banyak.Mungkin mengerti akan kedegilan anak gadisnya itu.

               Si gadis masuk ke bilik.Keluarkan ubat.Tengok jadual dan kira berapa biji yang harus diambil.Mungkin dia patut ambil lebih,fikirnya setelah mencongak-congak jumlah ubat yang perlu ditelan.Kalau ambil lebih,mungkin juga dia akan lebih cepat sembuh atau mungkin dia akan menjumpai button PAUSE untuk hidup yang dicarinya selama ini.1,2,3,4,5,6,7,8....cukuplah ni.Akhirnya dia menelan kesemua ubat itu sekaligus.Kemudian membaringkan diri di atas katil sambil berfikir akan kewajarannya untuk mencari butang PAUSE tersebut.Mujur juga si gadis masih punya pertimbangan diri dan memilih untuk terus membiarkan butang PAUSE itu tersembunyi.






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

32 comments:

umUMRA said...

hope si gadis tak kan give up..fighting untill end...insyaAllah, Allah akan permudahkan segala dan pliss dont do the fool thing..

NuRuL MoHaMaD said...

hanya DIA yang tahu dimana butang pause itu. . .
eat well,live well. . .
keep fighting till the end ok. . .
i pray for u gadis. . .

Sarah Sayuri Hartnett said...

@umUmra:i wish that your words could be conveyed to that girl somehow...

thanks for dropping by :DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul Mohamad:eat well pun live tak tentu well lg..

thnks for your prayers...:DD

NuRuL MoHaMaD said...

at least dah try untuk hdup dgn baik dan no regret nanti kan. . .

ok. ..

my pleasure. . .

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:yes,exactly..

:DD

Abang Zam said...

gadis diet..mybe gadis gemuk & selalu masuk hospital..si ibu tahu yang gadis dalam proses diet, so ibu tahu kenapa gadis makan sikit

ubat 8 biji adalah jamu kurus..butang pause?


tak wujud

Sarah Sayuri Hartnett said...

@ABang Zam:sygku yg genius...


hahaha...

NuRuL MoHaMaD said...

oh begitu. . .

ubat kurus tak bagus utk kesihatan okeh. . .

:D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:bukanlah syg...jgn percaya la abang zam tu suka ckp bukan2...hahaha

hey,TFA,tgok apa u dah buat?skrg semua org dah x jdi nak simpati...grrrr...

NuRuL MoHaMaD said...

hahah. . .

tau dah saje je. . .

hee. . .

hidup mesti ceria,barulah mati nanti tak nyesal. . .

:D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:hahaha...yes tp lebih byk kita ketawa,lebih byk jugak kita menangis...

:))

NuRuL MoHaMaD said...

kalau camtu janganlah ketawa. . .
senyum je ye. . .

:))

ketwa dan airmata lumrah kehidupan. . .

^_^

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Nurul mohamad:i dunno but i cant control myself from laughing

:DD even if i have to cry a lot after that,it doesnt matter

NuRuL MoHaMaD said...

its ok. . .

menangislah kalau itu yang boleh melegakan. . .

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:i hate to cry...

:D

FzaIbrahim said...

terlalu beratkah beban yg terpaksa dipikul hingga begini jadinya?

NuRuL MoHaMaD said...

i hate when i want to cry but i just cant do that. . .

rasa macam ada something tersekat didada. . .

and i hate when i must cry because im hurt by something. . .

:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Fza.Ibrahim:berat atau tidak ianya sudah tidak penting sebab tiada pilihan lain selain utk memikulnya

yg mnjadi persoalan adalah sama ada dah bosan dengan beban itu dan mahu mencampakkannya ke tmpat paling jauh...

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:i hate to cry because when I started to,there's no end to it.

the tears just wont stop.that's why i always refuse to cry.i try to pull my shattered pieces together eventhough i am not strong enough..

:))

NuRuL MoHaMaD said...

ouh. . .

my dear, just cry when u feel u wan to. . .
cry when u hurt, cry when u in pain though u hate it. . .

someday, the tears will end. . .

:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Nurul mohamad:hehehe..yes but when we hurt,it's not only ourself that hurt,mybe others who see us will getting hurt too...

seeing others hurt because of me is my last choice

NuRuL MoHaMaD said...

ouh. . .
no wonder. . .
thats why i rarely cry in front others. . .

ok lah, i accept that. . .

just when someday u r not strong enough,just let it go. . .
but dun ever2 refuse what is written for u. . .

ur destiny. . .
ur fate. . .

Allah bagi kita dugaan itu sebab DIA tahu kita mampu menghadapinya. . .

:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:yes...god wont burden us more than we can bear.

but to bear it is our choice.if we choose not to,i wonder what is goin to happen

NuRuL MoHaMaD said...

i now u will able to bear it. . .

sbb tu Allah bagi dugaan tu kpd kamu. . .

:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:tp ini bukan tntang sy,ini tentang gadis itu dan ibunya...

im ok.i'll be just fine somehow

NuRuL MoHaMaD said...

silap2. . .

gadis itu mampu, sbb tu dia diberi dugaan. . .

dan dia tak cari butang pause tu. . .

:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:hehehe..,,

klu dia cari butang PAUSe tu dan jmpa,i'll let u know.

:))

Anonymous said...

How can I be your saviour if I'm too far from u?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Mr.Anon:you dont have to dear...i am fine

Headmaster said...

aku suke pemikiran genius jahanam zam.cam kiut je otak die.hahaha.adoi..

Tp aku rs gadis ni bukan die nak cr butang pause.aku rase gadis ni kene cari boipren.ya.boipren mmg bagos untuk die teros bunuh diri.

FzaIbrahim said...

bosan atau tidak akhirnya terpaksa memilih untuk hadapinya juga, bukan?

redha. haihh

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat