Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, April 27, 2011

Waiting For That Postman.


                   Kau tahu tiada apa yang lebih memalukan dari gelagat dia yang berlari ke hadapan pintu rumah bila si penghantar bunga datang.Dengan rakus dia cuba memunggah satu persatu dari ribuan kuntum bunga ros putih yang dihantar kerana mengharapkan akan ada sekuntum ros hitam dari kau yang terselit di mana-mana.

                 Dia menjadi seperti orang gila yang memunggah tong sampah demi mencari sesuap makanan.Tapi orang gila itu hampa akhirnya.Dalam kekecewaan,dia sekadar memandang ribuan kuntuman ros putih yang berserakan di jalan.Orang ramai yang lalu-lalang memandangnya seperti orang bodoh yang tersadai di tepi jalan.Malah ada antara mereka yang berhenti untuk mengutip kuntuman ros putih itu.

                    Dan dia hanya memandang tanpa sebarang perasaan.Kutiplah,dan bawa semua itu pergi kerana dia tidak memerlukan sejuta kuntuman ros putih.Yang dia perlu cuma sekuntum ros hitam yang dia tunggu-tunggu selama 999 hari 999 malam.


                   "Sayang,mari masuk."

                   "I'm waiting for the postman mommy."
                  
                   "Tapi posmen kan dah datang.Dan esok dia bercuti."

                   "But my black rose...."

                   "Bukankah kamu yang mengherdik posmen itu bila dia menghantarkan kamu hanya sekuntum ros hitam dan tiada langsung ros putih?"



                   Dia terdiam.Menyedari kebodohan sendiri tapi masih berdiri di tepi pagar menunggu kunjungan si posmen yang dia tahu takkan datang lagi untuk hari ini.


                 "Dia takkan datang,sayang"

                 "He will,mom."

                 "Baiklah.Buatlah apa yang kamu suka tapi dia bukan hanya menghantar ros untuk kamu seorang di dunia ini.Dan dia juga tidak bekerja untuk kamu."




                    Dia mati akal.Tiada lagi sebab untuk terus menunggu.Tapi kadang kala tidak semua perkara memerlukan sebab.Dan kerana itu,dia masih berdiri di hadapan rumah tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang dan si pejalan kaki yang kadang kala cuba menghadiahkannya sejambak ros putih.Mereka itu bodoh.Dia tidak perlukan ros putih,dia hanya mahukan ros hitam.Ros hitam,tahu.






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

14 comments:

bizkowt crunchyz said...

ahahha nice! black rose...emo2

Sarah Sayuri Hartnett said...

@bizkowt crunchyz:thehehehe

thanks singgah :DD

liyana said...

sarah....nk alamat..nk post hadiah...waitng for that postman yer=)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@liyana:hahaha...thanks dear...okay

;))

AwieKashi said...

waa,,,yang pasti emo tu tetap ada ek??
hehe...enjoy lah!

Abang Zam said...

weh..aku nak emo lah..ade benda kimak terjadi pada aku

sila ke elter emo lagi 1 kau

ecadwinkyasha said...

woow....emo laks...

suh postman tu antr pink rose tuk I pla :)

Nadhirah-chan said...

sendiri buat ke story ni ?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Awiekashi:hehehe....emo itu tetap ada...

thanks baca ;DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:huh kau apesal?Cepat share kat alter emo aku lg satu....

=__=

Sarah Sayuri Hartnett said...

@ecadwinkyasha:postman tu hnya hantar ros hitam n putih la...hahahaa


thnks singgah ;DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nadhirah-chan:yes dear..tak diplagiat dari mana2...

thnks singgah :DD

Silent said...

aku bag kau black plastic rose.mahu?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Silent:ouhh...TT_TT terharunya aku.kau tahu,kau sgt romantik syg...


:DD

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat