Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, April 14, 2011

Your Mother,Your Mother,Your Mother and Then Your Father.

Nota Kepala:Post yang mungkin membuatkan bapa/lelaki kat luar sana beremosi.Post panjang.Kalau tak baca sampai habis jangan komen.So aku akan faham sebab sesapa yang tak komen tu.
 

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
My mother

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think the most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who'd picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.



                    Maybe ramai yang tak bersetuju kenapa seseorang ibu itu perlu dilebihkan sampai 3 kali berbanding seorang ayah.Hissyy...3 kali?Memang tak adil.Bukankah ayah sayang kita juga?Ayah selalu bagi duit,selalu bawa kita pergi jalan-jalan dan beli apa-apa saja yang kita mahukan.

                   Kalau nak dikira pengorbanan seorang ibu mengandung,melahirkan dan menjaga kita bukan sahaja dari kecik sampai besar tapi kalau boleh sepanjang hayat ibu nak jaga kita.Maka disebabkan itu setelah dicongak,didarab,ditolak dan dibahagi,3 kali itu memang tak cukup.Sekurang-kurangnya perlu 8 kali tapi mungkin ini akan membuatkan Yusuf Islam semput nak menyanyikannya so 3 kali sudah dikira wajar dari segi agama.

                Betul.Ayah akan selalu memanjakan kita lebih dari ibu kadang-kadang.
               Ayah akan belikan kita semua yang kita mahukan untuk menggembirakan hati kita.
               Ibu pula akan membebel bila ayah menuruti semua kemahuan kita.Bukan sebab ibu marah tapi ibu mahu kita tahu tak semua yang kita minta kita akan dapat.Ibu tak mahu kita menjadi seorang yang suka meminta-minta kelak.

               Betul.Ayah juga belikan kita baju yang cantik-cantik.Kadang-kadang lebih mahal dari baju yang ibu beli.
Tapi ayah hanya tahu beli sahaja.Ayah tak tahu kita akan pakai baju tu dengan seluar apa,warna apa yang sesuai untuk dipadankan.Hanya ibu yang tahu semua tu.

               Betul.Ayah mungkin akan hantar kita ke sekolah dan ambil kita dari sekolah setiap hari.Tapi ibulah yang akan memastikan kita bersedia untuk pergi ke sekolah setiap pagi.Ibu sikatkan rambut,pakaikan baju dan letak bedak kat muka kita.Ibu juga yang akan pastikan kita menyiapkan kerja sekolah setiap hari.Ingat lagi masa kita tadika or darjah satu,siapa yang pastikan tag nama kita sentiasa ada?

             Kalau kita sakit demam pula ayah dan ibu akan bawa kita cepat-cepat ke klinik.Tapi tugas ayah setakat tu saja.Bila malam,ibulah yang akan menjaga kita.Ibu akan lapkan badan kita,letak tuala atas dahi dan rasa tahap kepanasan kita setiap sejam sekali.Ayah pula masih tidur dengan nyenyak di dalam bilik.Yeah...biarlah ayah kan penat.Baru balik bekerja.Tapi ibu kat rumah pun kerja juga.Kan?

            Betul.Ayah juga mengambil berat pasal kita.Sebelum makan,ayah akan tanya ibu sama ada kita dah makan ke belum.Ibu jawab sudah.Tapi siapa yang suapkan kita nasi?Siapa yang terpaksa berdepan dengan kerenah kita kalau kita mengamuk tak nak makan?Kita baling sudu dan garfu tanda protes.Ibu juga yang terpaksa kutip balik semua tu.

          Ayah akan selalu memuji kita comel,hensem and cantik.Sebab ayah melihat kita dengan mata.Ibu pula selalu nampak kita comot,baju kita kotor dan sebagainya.Sebab ibu melihat kita dengan hati.Kerana itu,ibu selalu simpan sapu tangan dalam begnya untuk lap muka,peluh dan airmata kita.

          Pendek kata memang ayah sayangkan kita tapi hanya ibulah yang benar-benar mengenali dan menjaga kita.Kalau aku nak tulis panjang lagi korang akan muntahkan balik roti canai,teh tarik campur nasi lemak yang korang makan tadi.So,cukuplah setakat ni untuk korang bermuhasabah diri masing-masing.Aku?Err...aku...Hehehe.Aku hanya tahu menulis je amalnya tidak.Dahla.Aku nak sambung main Plants VS Zombies ni.Aku dah dapat trophies emas korang tahu?Hahaha...

precious mum and daughter.

  



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

36 comments:

Abang Zam said...

kalau gambar kat bawah tu adalah mom & son, celaka lah anak beranak tu..sangat tak nice..hahaha

mm..nak tacing boleh? tapi aku laki..kena kool lah

memang betul..ok kali ni kau selamat aku takde benda nak pangkah..

pfffft!

*weh! mak aku tak sapu bedak kat muka ak ok..aku sapu sendiri

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:owhh...sapu sndri bedak eh?

maka aku dpt bayangkan macam mana rupa kau waktu itu...hahaha...tu mom and daughter k.

Abang Zam said...

dulu kecik2 aku tan kulit..bercapuk sikit lah time g tadika & sekolah agama

tu yg kiut mak aku cakap..
'kecik2 dah tahu berdikari' kahkahkahkah

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:

owhh...okay.skrg tan lg k?
hahaha...
;DD

Abang Zam said...

sekarang mmg dah gelap..tak payah tan

tapi agak2 comel lagi tak kalau aku pakai bedak comot2, capuk2 sikit?
macam sweet je

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:sweet sgt...buat masa gadis kau ada n tgok reaksinya...

hahaha

^__^

hitammanis said...

satu entri utk ibu yg baik. sy sbg ibu sgt berterima kasih atas entri ini.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@hitammanis:hehehe....thanks sudi singgah belog saye n komen2...

:DD

KatekateKite said...

Zombie ate your brainnnn.....!!!(haha)

erm..... rindu plak kat mak =(
kite lagi rapat ngan mak, tetiap malam mesej ngn mak, tetiap minggu kua ngn mak, slalu gak mintak mak bli kan shawl! hiks......

*baca lirik lagu kat atas tu, menyanyi nyanyi dalam hati! =)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Katekatekite:warghhh....zombies amat menakutkan dlm games tu...hahaha

nak je lempang sekor2 zombies....

owhhh i see...ada niat tersirat bila kuar dgn mak rupa2nya...

;DD

bact said...

gua rasa islam ajar kita sayang kedua ibubapa..
gua sayang keduanya..

Sunah Mohammad said...

hehe..memang da ade dalam hadith nabi pun tu..untungnya jadi ibu...:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Bacteria:aiyaa...

lokhong wa sulah latang...betul itu.Tp syg ibu mesti lebih sikit mehhh...

;DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Sunah Mohammad:erkk...hehehe...memang untung tp menyakitkan la jugak...

thnks for dropping by..

;))

Abang Zam said...

untung lah jadi perempuan..boleh jadi ibu..boleh kena sebut 3 kali

haigo..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:untung apa mehh...senang masuk syurga tp senang masuk neraka juga maa...aiyaa....

bersyukurla kau tak OKU...

haigo?korea?kau minat k-pop k?

Abang Zam said...

dah kalau ta pakai tudung, bunuh diri kat KB mall..memang la senang masuk Hell..

haigo tu korea ke? sucks..aku benci k-pop

eiYja_cHum3yl said...

setujuuuuuuu...

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:dah tu kau sebut banyak kali haigo apesal?aku ingat kau dah suka k-pop...hahaha

memang masuk neraka tp lelaki pun akan diseret skali masuk klu tak bertggungjwab...especially ayah n suami...

Sarah Sayuri Hartnett said...

@EiyjaChumeyl:lagi setuju...hehehe...

thnks for dropping ur comments..

;DD

Silent said...

jasa aku dihargai...
sobsob.,

sarah said...

hee~
betolbetolbetol..
mama :)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Silent:hahaha....kau dah jadi ibu mithali pulak ke?

:DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Sarah:yupp..hargailah ibu anda...

saye pulak...hehehe...

;DD thnks for dropping by

dja_amiensukhri said...

owh.. rindu ibu saya.. :)

ayah cakap saya boleh tak dibenarkan memandu kerana penakut, tapi ibu cakap berlatih laa selalu supaya takut itu berkurang.. ^^

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Dja_amiensukhri:hehehe...

see...ayah sayangkan kita but ibu lebih memahami kita...

thnks for reading n dropping ur comments..:))

Ct Aja said...

betul2..."ayah sayangkan kita but ibu lebih memahami kita" setuju sgt2..he3

NuRuL MoHaMaD said...

sweetnye...
rindu plk kt mom..
huhu

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Ct Aja:so sygilah ibu kita 3 kali ganda....dan mainlah games zombie selalu utk mencergaskan minda..

hheheehe...thnks for ur cooperation.
(^__^)/

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Nurul MOhamad:sweet ke?hentam tulis je..hehehe...

thnks for ur consideration..

(^o^)//

Aqeela LaEn :3 said...

yeahhh ! betul tu ! sayang mama :D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Aqeela:nama awak sama dgn nama adik saya...owhh..tiada kaitan...hehehe..

betul2....

Thnks dear for ur cooperation..

;DD

Wahida Nasution Thakhrim said...

kita akan dapat selami perasaan mak ayah ni lebih mendalam bila kita dah jadi mak ayah.. baru kita rasa kadang2 apa yang kita tutur, kita buat sikit sebanyak boleh guriskan hati mereka..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Wahida:yeppp...tu tak dapat dinafikan.We're not perfect so do our parents.Everybody make mistakes.

thanks for dropping ur comments.

:DD

FzaIbrahim said...

terus rindu pada mak :(

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Fza.lbrahim:huhuhu..TT_TT..

rajin2knla diri bersykpe dgn ur mum utk melepaskan rndu...

thnks read even panjang.:))

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat