Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Saturday, April 30, 2011

Mak Cik.....,Saya Bukan Lembu.


                    Seorang jiran perempuan berusia lebih kurang 50 tahun tiba-tiba muncul di hadapan pagar rumah aku memberi salam.Oh,Mak Cik Milah rupanya.Dia memang selalu buat tour kat sekeliling kawasan perumahan kami sambil menjaja cerita pasal kejayaan anaknya ataupun gosip-gosip panas terbaru.Aku buat muka menyampah bila mak aku suruh buka pagar.Lastly kami deal,mak aku pergi jemput dia masuk sementara aku sediakan minuman untuk dia.Aku masuk dapur.Eh,dapur ke ni?Keluar balik,tengok dari luar dulu.Sah memang dapur bukan bilik tidur.Aku masuk balik.Ini bermakna aku seorang yang teliti bukan tak pernah masuk dapur,ada faham?

                     "Eh,Farah,susah-susah je kamu ni buat air untuk mak cik,"Mak Cik Milah yang tak berhenti bercakap dari tadi menegur aku sebaik aku muncul menatang dulang minuman.Farah?Mak cik ni nyanyuk ke?Bukankah mak cik tiap-tiap minggu datang kenapa setiap kali tu juga mak cik tersilap sebut nama saya?!

                      "Sarah nama dia,akak,"mak aku membetulkan.Aku hanya tersenyum pura-pura sambil meletakkan cawan berisi air Milo yang sudah kumasukkan 4 sudu gula di dalamnya.Tak berapa pasti pula aku sama ada Mak Cik Milah ada kencing manis ke tak.Kalau ada,baguslah.Itu satu bonus.

                     "Manis air ni.Orang kata...kalau anak dara bancuh air apa pun mesti manis,"Mak Cik Milah memberi komen yang aku rasa tak perlu sebaik sahaja selesai meneguk air.Manis kan mak cik?Aku senyum lagi.Biar dia terasa lebih manis.

                  "Mak,Sarah minta diri dulu ya.Sarah nak masuk bilik,"dengan penuh sopan santun aku meminta izin.Namun Mak Cik Milah terlebih dahulu bersuara sebelum mak aku mengatakan apa-apa.

                   "Hissyy kamu ni.Duduklah dulu,sembang dengan makcik ni.Selalu mak cik datang pun,bukan dapat sembang dengan kamu."

                   Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Mak Cik Milah.Makcik tak tahu ke kalau orang tak mahu jumpa kita masa kita datang itu tandanya orang dah benci,menyampah dan fedup tengok muka kita,makcik?Mak aku bagi isyarat suruh aku tunggu.Jadi mahu tak mahu,terpaksa juga aku menebalkan hati untuk duduk kat situ lebih kurang setengah jam sambil mendengar umpatan Mak Cik Milah.Entah apa yang dibebelkan,aku pun tidak tahu.Bukannya aku kenal pun mereka tu.Kecuali kalau dia sibuk bercerita pasal anak lelakinya yang sudah tamat belajar di oversea dan sekarang sedang bekerja di syarikat besar.

                    Saat mak aku meminta diri untuk ke dapur,aku sudah tidak senang duduk apabila berhadapan dengan wanita dipanggil Mak Cik Milah itu.Entahla apa yang nak dibualkan dengannya.Sepatah dia tanya,sepatah juga aku jawab.Bukan nak berkurang ajar,tapi aku agak bosan dan menyampah.

                    "Sarah ni takde orang berkenan ke?"

                   Selamba badak pula Mak Cik Milah tu tanya sedangkan aku sudah hampir tersedak air liur sendiri.Mak cik,itu isu sensitif ye.Lain kali tolong bagi warning awal-awal kalau nak tanya.Kalau saya takde yang nak pun kenapa?Mak cik nak jodohkan saya dengan siapa?Huh.Tapi aku tak jawab,aku just senyum je untuk menonjolkan lagi ciri-ciri kesopanan aku yang dah hampir haus.

                   "Jadi menantu makcik jela.Makcik pun dah lama teringin nak ada menantu muka macam Cina ni."

                 Okay.Mak Cik Milah seorang yang pandai berlawak?Tapi dia membuatkan pulse aku dah naik mendadak ke tahap 150 BPM.Kalau nak menantu muka macam Cina,suruhlah anak makcik kahwin dengan Cina kan senang.

                "Kalau pasal hantaran,makcik tak kisah.Mintak saje berapa Sarah nak.Kalau setakat RM10k tu anak makcik mampu je.

                 Dont kidding me,makcik.Apa ni?Peminangan tak rasmi ke or just merisik khabar?Saya tahulah anak makcik dan family makcik kaya tapi saya bukan lembu korban untuk dijual.
                
                  "Anak lelaki makcik tu walaupun dah duduk kat London lama tapi masih nak makcik juga cari calon isteri untuk dia.Kalau anak orang lain,rasanya dah kahwin kat oversea tu."

                  Kalau anak makcik baik sangat,nampaknya saya tak sesuai jadi menantu makcik sebab saya pun bukan baik sangat.Makcik pun tak kenal siapa saya yang sebenarnya.Saya ni baik sikit dari Hitler je.

                 "Yang kamu diam je dari tadi kenapa?Tak setuju ke kamu dah ada boyfren sendiri?"

                  Inilah masa paling afdal untuk aku memberi jawapan.Aku senyum sebelum membuka mulut.

                 "Sebenarnya saya dah bertunang makcik."

                 Terdiam Mak Cik Milah mendengar jawapan aku.Aku senyum selebar mungkin apabila mak aku keluar dari dapur sambil membawa dulang berisi kuih muih untuk dihidangkan.Lepas ni kalau ada berita pasal aku tersebar di kawasan perumahan kami,aku dah boleh agak siapa yang menjadi dalangnya.Tapi aku tak kisah sangat semua tu,yang penting aku tak perlu berkahwin dengan anak dia.Dan aku tak perlu menjadi lembu.
             

                 Gambar aku dan tunang aku ada kat bawah ni:







                 
bagai pinang dibelah empat tak kami?



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

50 comments:

ina said...

lawaklah...

Abang Zam said...

tu kau ke? hodoh sial

sarah yg aku kenal putih, comel, ceria & tak berbintik2 mukanya


sayang..jangan tipu please

Sarah Sayuri Hartnett said...

@ina:hehehe

thnks singgah

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:hahaha...

itu hnya gmbr samaran syg...itu bkn kau jugak kan?

muahahah

:))

FaiZaH YaaKuB said...

kalau aku kan aku cakap:

sy on je makcik tapi kenduri mesti nak grand macam prince william..okeh makcik??haha

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Faizah:ahh..kau memang...

hehehe

kau okay kn syg?dah settle masalah kau tu

FaiZaH YaaKuB said...

sudah okey maa...

semalam aku rasa mcm s**l gila haha...saket jiwa aku doe

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Faizah:bagus2...ni mesti sebab kau dah tgok 24:7 kpoop tu kan...ahahahah

Silent said...

uuuuuuuuuuu

da ad fiance-
menangis saya romeomu...
T___T

Abang Zam said...

memang bukan aku & aku tak rela amik gambar macam tu

aku nak gambar yg cuma nampak janggut aku

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Silent:romeoku,meskipun dah ada fiance kau masih juga romeoku...

kerna juliet memang utk romeo

muahahaha....kn syg?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:apsal plak?sebab janggut kau lg hensem eh?

Nelly Ixora said...

hahahaha.makcikk,saye rela jadi menantu makcik sbb saye nak dudok london....bole ey gitu? haha

Headmaster said...

stereotype makcik dan gadis.Sering runsing dalam konflik mencari boipren.Akhirnya,kahwin dengan sampah mana-mana.Itu dah biasa.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nellyixora:bole je...hahaha

thnks :))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@headmaster:yes konflik makcik n gadis yg tak berkesudahan

tp aku bkn gadis yg akan kawen dgn sampah sebagai pilihan terakhir

bg aku,klu aku tak suka,aku takkan kawen,that is it.Done.Fullstop.

hahaha thanks singgah btw :))

umUMRA said...

hehehe...anak makcik tu pemalu ke apa sampai nak suh mak carikan menantu tp demand nak mcm cina...hihi

NuRuL MoHaMaD said...

knp makcik2 ni jenis cmtu ye?

nasib baik mama sy bkn jenis nak kenen2 anak dia. . .

malu kott. . .

Sarah Sayuri Hartnett said...

@umUmra:taklah kot,sebab mkcik tu yg nak menantu mcm cina mgkin anak dia tak kesah sgt...

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:yeah syg...sangat malu kan..

klu berada di depan mkcik tu lagila malu....

dahla nak nyorok jap

NuRuL MoHaMaD said...

apa lah makcik ni. . .
kalau kena ngn mama sy dah lame kene sembur kaw2. . .

sy ada darah cina makcik tanak ke?

heheh. . .

nyorok kejap2 je ye. . .

:D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:u ada darah cina gak ke syg?

buleh I rekemen kat mkcik tu

mau?

hehehe

NuRuL MoHaMaD said...

ada, mama memang chinese convert. . .

buleh, tapi demand sikitlah. . .

rm10k sikit sgt. . .

:DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:huisy...hahaha

patotla muka cm chinese..ngee ngee ngeh

NuRuL MoHaMaD said...

nenek kata dia datang dari tanah besar. . .

sbb tu mahal. . .

xdelah,cam biase je. . .

ensem gak tunang. ..

tp comel lg romeo..

:D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:ouh begitu..baru hamba mengerti

yeah...romeo lagi tiut..syg romeo lebih.

walaupun puji jgn harap i nak kasi dia kat u okay...hahahaha

FzaIbrahim said...

Pehhhhh! suka hati dia je.
dulu masa aku dok taman pun ada org mcm ni.
hari minggu mmg bangun awal punya sebab dh dgr diorg gelak kuat smpai satu taman boleh dgr. grr.
umpat habis anak org. i yg jenis x kuar umah pun kena. arghh!

dem.

NuRuL MoHaMaD said...

hahah. . .
alah, mcm tau2 je i nak romeo yang nakal tu. . .

:D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@fza.Ibrahim:hahaha...memang pun.aisehman.klu jd menantu dia,memang akan terjebak sekali

btter slow2 undur.

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:ehh...errkkk

nak ke?

eisshh~~lalalala~~(berlalu pergi diam2)

NuRuL MoHaMaD said...

hahah. . .

xpe, nanti cari lain. . .

:D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:hehehe,...memang buleh cari

tp romeo hanya satu..

:DD

EYFAalias said...

ahahhaa. lawak la. ni cerita betul ke ? :)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@eyfaallias:ye syg...hahahah

cik sakura said...

hehe..pernah gak mengalami situasi itu..tapi diamkan je..senyum sopan tp dalam hati siapa yang tau..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@ciksakura:hahaha....yes,apapun kesopanan itu penting

thnks singgah

Mr iz said...

ko patut kata kat makcik tu... anak makcik tak ada girlfrend ke atau anak makcik ni gay suka kaum sejenis..bole ke macam tu...he he he... mesti makcik tu bertukar jadi hijau lepas ko bg soalan tu...he he he

NuRuL MoHaMaD said...

romeo awak memang lah 1 dear. . .

:))

takmo lah curi dia. . .
sian kat u,tak mkn cari dia nt. . .

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Mr Iz:hahaha..tula.masa tu aku tak terfikir pulak.kan..

ntah2 gay,nsib bek aku reject...

:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:hehehe...thanks sebab memahami

(^__^)//

romeo yg suka menyusahkan tp tetap syg dia..

NuRuL MoHaMaD said...

hehe. . .

welcome dear. . .

^_^

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:(^___^)

lgpula romeo hnya utk juliet kan,,,,

NuRuL MoHaMaD said...

dan romeo akan setia pada julietnya. . .

^_^

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:itu tidak pasti lagi syg...

romeo suka bermain tarik tali

Rafi Nilhan said...

weh.. tak cam cina pon muka kau? apsal blonde plak? jangan tunang dulu weh. makcik milah tu memang wujud ke? aku dan anak dia sapa lagi tiut? hitler tak jahat, dia hot. weh, itew cayang awok taww.. singgah keyh..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Rafi Nilhan:ahhh...kau dah byk terlepas pasal aku.aku dah tunang...hahahaha

kau lg tiut dr anak dia okay

tp my fiance lg tiut...

:))

✿ gadis biasa ✿ said...

(^^)

NuRuL MoHaMaD said...

dah name dia pn romeo. . .


:D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Gadis biasa:(^___^)V

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:hehehe...betul tu

(^_^)

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat