Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, April 28, 2011

Sang Syaitan Yang Menjadi Malaikat.


Nota Kepala:Ini pertikaman lidah antara malaikat dan syaitan yang agak panjang.Bacalah dan ambik sesuatu darinya tidak kira pengajaran atau sekadar tohmahan sinis.Ini untuk dia yang terasa dirinya terhina semalam.Guys wont fight for something that is worth for him because he doesnt know that it's worth it.But girls will.They always will no matter if it's worth for fighting for or not.Girls do stupid things most of the times but even so they always believe that if they didnt being stupid,they will regret it later.Stupid but with no regret.


                   Bilamana sang syaitan yang mengaku dirinya Malaikat cuba menukarkan syaitan lain untuk menjadi Malaikat sepertinya.Kerana baginya menjadi Malaikat itu lebih mulia,menjadi Malaikat boleh bersayap dan berpakaian serba putih serta dengan menjadi Malaikat dia akan tampak mulia di mata sang syaitan yang lain walaupun dia juga sebenarnya bekas syaitan yang paling hina.

                  Maka berkatalah Sang Malaikat itu tadi kepada syaitan yang sudah lama menjadi sahabat baiknya dulu.Yang bersahabat dengannya di kala semua syaitan yang lain berpaling tadah dan yang mengampunya di saat dia mahu rebah.

Malaikat(ex-syaitan):Kau harus mengikuti jejak langkah aku,sahabat.Bukankah kau sudah lama bergelumang dengan najis dan dosa.Apakah kau tidak mahu kelihatan bersih lagi suci seperti aku?

Syaitan:Aku memang mahu tapi dengan mengikuti kau beerti aku akan kehilangan diri aku yang jijik lagi kotor di pandangan kau sekarang.

Malaikat(ex-syaitan):Kalaupun kau tidak mahu mengikut jejak langkah aku,kau harus berhenti melakukan perbuatan keji yang kau lakukan sekarang.Kau boleh berubah perlahan-lahan,macam aku juga.

Syaitan:Bagi aku,apa yang aku lakukan itu tak salah dan tak keji.Sebab aku adalah aku dan aku adalah syaitan.Syaitan tidak boleh disamakan dengan malaikat.

Malaikat(ex-syaitan):Tapi cara kau ternyata salah sahabat.Kau menegur dan cuba kelihatan baik tapi sebenarnya aku menghasut dan mengajak orang ramai melakukan dosa.Cukuplah kau yang berdosa mengapa perlu dibabitkan yang lain?

Syaitan:Itu memang cara aku dari dulu.Mengapa baru sekarang kau mahu menegur?Sejak bila pula kau pandai berlemah-lembut dengan aku ni?

Malaikat(ex-syaitan):Sifat Malaikat adalah menegur secara baik dan menanamkan pada orang ramai supaya mereka percaya malaikat itu sangat suci lagi mulia.

Syaitan:Bukankah Malaikat melakukan tugas dengan keikhlasan?Kalau niat kau untuk tampak mulia di mata orang ramai bermakna kau hanya syaitan yang bertopengkan Malaikat.Sepertimana si Buruk yang ingin merasai menjadi cantik.

Malaikat(ex-syaitan):Itu tidak penting asalkan aku tidak menghasut orang ramai melakukan maksiat dan mengajak mereka mencerca orang lain.Biarlah apa yang ada di hati aku hanya aku dan Tuhan yang tahu.

Syaitan:Sungguh janggal lagi lucu bila kau mula berbicara pasal dosa,pahala dan juga Tuhan.

Malaikat(ex-syaitan):Kalau kau tidak mahu menerima nasihat aku,tidak mengapa asalkan kau tidak menghalang aku untuk menyebarkan perihal buruk kau dalam doktri-doktri dakwah aku kelak.

Syaitan:Aku berasa pelik di saat seorang sahabat mahu membuka perihal aib sahabatnya yang lain di mata dunia.

Malaikat(ex-syaitan):Aku mahu mengajak orang melakukan kebaikan.Adakah itu salah?

Syaitan:Sepertimana aku juga yang mencerca tapi mengajak mereka berfikir.Kau menghalang aku mencerca orang lain tapi adakah Tuhan telah mengecualikan peraturan itu bagi Malaikat?

Malaikat(ex-syaitan):Sudah kujangka yang syaitan tetap akan memilih untuk menjadi syaitan.

Syaitan:Ya,aku memang syaitan yang berhatikan syaitan dan bertunjangkan prinsip sampah aku.Tapi baru kutahu hari ini ada malaikat yang berhatikan syaitan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


                    Malaikat dan syaitan berpisah mengikut haluan mereka.Aku yang berada di tengah-tengah cuba memahami dan cuba menentukan siapa yang mahu aku ikut.Akhirnya aku berlari mengejar si Syaitan dan membiarkan sang Malaikat mendabik dada berjalan dengan sayap putihnya.

Syaitan:Kenapa kau mengikut aku?Adakah kau juga mahu dihumban ke neraka jahanam?Pergilah mendapatkan syurga dari sahabatku Sang Malaikat.


Aku:Jika mengikut kau membawa aku ke neraka,nescaya aku tidak akan melakukan tindakan bodoh ini.


Syaitan:Aku syaitan kau tahu.Dan syaitan ditempatkan di neraka.


Aku:Aku lebih rela ditempatkan di neraka dengan Syaitan yang berhatikan malaikat dari menikmati syurga palsu bersama Malaikat yang berhatikan syaitan.





Nota Kaki:Maybe I am suck but I fight for something that's worth for me to fight for.Dan untuk my fiance kalau dia curi-curi membaca entri ini,sila jangan jeles dan ini bukan ditulis untuk kamu sayang.I will fight for you too if the situation force me to do so.Because you and him are those people that are worth fighting for.If this is called stupid,I rather being stupid forever than becoming a fake angel statue.


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

14 comments:

KatekateKite said...

ermmm.....

berfikir sejenak......

Abang Zam said...

aku suka..tengah suka baca sampai habis, tapi kau buat aku senggama sekejap

siapa fiance yg di tujukan agar si fiance itu tak terasa? adakah sang syaitan? atau di tujukan untuk seseorang yg berada di luar lingkungan alam maya belog

hm?

SayaNina said...

cantiknye pics dlm ni...contents entri pun best!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Katekatekite:hehehe...fikirlah...klu tak fhm buleh tnya..

thnks singgah :))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:hahaha...siapa fiancee aku huh?

adakah kau tahu siapa itu syaitan?

dont worry aku tau limit aku,dan tak manis utk aku menjelaskan sekiranya sebelah pihak lg tak bersetuju ...nnti2 kau akan tahu jugak,klu kau tak tahu kau akan fhm jugak

Sarah Sayuri Hartnett said...

@SayeNina:hehehe..thanks Nina..

;))

Silent said...

biar nampak shaitan asal berhatikan malaikat

tetapi manusia.....
manusia selalu bertopengkan malaikat tetapi berhati shaitan

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Silent:yes syg...apepun baby kau tetap berhati malaikat bg aku..

;))

Abang Zam said...

aku faham lah ape kau nak sampai kan

cuma di realiti, siapakah si syaitan itu..TFA the buttocks?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:kau berhati syaitan ke berhati malaikat..?kau matang,kau tentukan syg

Akid azami said...

damn! nice gile entri ko! Pandai men metafora! :D Aku nak bagi pendapat aku tapi si silent dah pun cakap situ :D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@akid azami:damn kan?hahaha...TFA yg memberi inspirasi kpd entri ni..

thanks singgah
:DD

FzaIbrahim said...

si malaikat yang ingin menyebarkan perihal buruk si syaitan di dalam doktri-doktri dakwahnya kelakk?

no. it's big NO.

jika benar dia adalah malaikat,
bukan itu cara yg seharusnya.
itu bukan cara yg betul utk mengajak org ke arah kebaikan. NO.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Fza.Ibrahim:yes..it's a big NO!

ini realiti dear..

sebab itu juga lebih baik memilih utk bersama syaitan yg berhati malaikat dr berbangga mendampingi malaikat berhati syaitan...

thnks singgah...;D

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat