Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Monday, April 11, 2011

Berkabung Untuk The Famous Abang.


                   Nota Kepala:Entri bermood sedih.Sila pegang tisu dan menangis sebelum dan sesudah baca.Sekian.Itu sahaja.

                   Entri ini mungkin hanya akan ditaip oleh aku dari banyak-banyak followers beliau.Rasanya perkara ini sudah diketahui oleh pembaca setia belog The Famous Abang.Aku mengaku aku bukan orang terawal mengetahuinya tapi aku tak mahu menjadi orang terakhir yang membicarakan topik ala-ala kisah sedih di pagi raya ini.

                 Orang ramai juga mungkin akan mengatakan aku gila publisiti,gilakan beliau or aku memang betul-betul gila kerana membuat post sebegini.Sila maklum yang beliau sudah mempunyai gadis sendiri dan kami hanyalah teman tapi mesra dalam dunia blogging.Katalah apa sahaja asalkan korang membaca sampai habis entri kali ini.

                Rasanya baru semalam aku menaip entri pasal beliau dan aku sudah bercadang tidak mahu berbuat demikian lagi.Tidak disangka aku terpaksa menaip mengenai beliau lagi hari ini.Yeahh..hidup mati ajal maut itu di tangan Tuhan.Aku pun tak pernah menyangka perkara ini akan terjadi.

             Innalillah...daripada Dia kita datang dan kepada Dia jugalah kita dikembalikan.Innalillah tidak hanya boleh diucap semasa menerima khabar kematian malah setiap kali kita kehilangan sesuatu atau ditimpa bencana yang dahsyat juga.Jadi jangan salah faham di sini.Beliau yang korang sayang tu masih bernafas lagi.Cuma beliau sudah memaklumkan berita tergempar malam semalam iaitu ingin menutup belog beliau.




             Sebelum menaip entri terakhir di belognya yang bertajuk The End,beliau terlebih dahulu memaklumkan perkara ini di dalam fan page beliau di FB.Berbagai reaksi yang diterima.Ada yang mengutuk,ada yang suka,ada yang sedih malah ada juga yang sekadar berlalu pergi begitu saja.Begitulah adat dunia ini.Tidak semua orang akan menyukai kita.

            Maaf,aku tak mampu menghalang kehendak beliau malah aku sendiri tidak tahu tujuan sebenar beliau berbuat demikian.Maaf juga kerana selalu berlagak riak sebagai teman blogging paling rapat beliau walhal perkara itu tidak disahkan oleh sesiapa.

          Aku tidak berhasrat untuk mengajak sesiapa menyertai aku dalam aktiviti pengkabungan ini.Kerana tiada sesiapa yang mengenali beliau sepertimana aku.Damn...aku riak serta takabur lagi di sini!Aku juga tidak tahu berapa lama tempoh berkabung ini.Kerana itu aku menaip entri ini untuk mengingatkan kalian agar setia bersama aku tidak kiralah walau aku berkabung untuk 34567 saat sekalipun.Sekian dahulu.Aku minta diri untuk terus melayan emosi dan menangis ditemani 3 kotak tisu jenama Tesco.Betul ni,aku sedang menangis.



 May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

14 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

sayanggG! mane u tau pasal abang zam tuuuuuu!!!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@yuyu Zulaikha:ini fakta bukan rekaan semata-mata...

jengukla belog beliau...

huhukk...TT_TT...

Fyqa said...

uhuukkk.. betoii ke...

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Fyqa:yess dear...jenguk belog beliau utk tahu lebih lanjut...

:((

Rafi Nilhan said...

aku rasa dia holiday 2-3 bulan.. bz kot.. pastu dtg la..
weh, ko sdeh smacam jek.. raya kang ko gi la segamat jumpa dia..

tapi TFA memang femes

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Rafi Nilhan:hahaha....aku tak sedeh...aku emo,emo tahu...?

da tgok gmbar aku yg cun melecun tu ke?hahaha

:DD

d'zaro said...

turut berduka cita..!!
semoga tidak berketerusan..!!

Sya Isya said...

hehe..mana ada dia tutup blog..acah mak enon je tu..belog dah femes, mestiler taknak tutup..thank datang blog Sya..jemputlah join contest yang Sya sedang anjurkan ni.

http://syaisya.com/2011/04/contest-teka-umur-sumayyah-oleh-syaisya-com.html

Abang Zam said...

tahniah..pasal entry ni yuyun comment kat belog kau..awesome!

hahahahahahaha!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@D'zaro:makasih ya...

@Sya Isya:oh yeke...klu dia tak ttup saye nk tutuplah..hahaha

nnti sya jenguk...

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:huh...sape kau?sape?

huh...TT_TT

hahaha mencik mencik!!

Abang Zam said...

chill doh..aku ade prob sikit
now evrything dah ok

weh! yuyun follow aku doh..pe cer..hahaha

yes! market tinggi!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:aku tak buleh chill...

aku emo aje...emo tahu?

dahla aku nk pegi hirup codein bebanyak..

TT_TT...ptuihhh wat bis tisu aku je!!

monster_buncit said...

memang betul betul dah xde la :(

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat