Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Monday, April 11, 2011

Gambar Pertama Owner Belog Ini Didedahkan.



Dari mana datangnya lintah,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya cinta,
Dari mata turun ke hati.

Kalau padi katakan padi, 
Tidak hamba tertampi-tampi,
Kalau jadi katakan jadi,
Tidak hamba ternanti-nanti. 


                    Sebagaimana dahsyatnya pantun empat kerat di atas begitu juga dahsyatnya entri kali ni.Setelah berulang kali mendapat desakan dari peminat setia dan followers untuk mendedahkan identiti sebenar penulis SickEmoWriter,aku pun dengan sukacitanya mengumumkan semuanya akan didedahkan secara ekslusif hari ini.Tiada lagi yang akan tersembunyi di sebalik tirai besi.Tiada siapa lagi yang perlu beremosional semata-mata kerana kempunan tidak dapat menatap wajah aku.

                 Walaupun dalam entri sebelum ini aku ada mengatakan tidak mahu menempek muka aku sebesar-besar alam di belog tapi atas desakan nafsu dan hati aku terpaksa akur jua.Biarlah selepas ini,aku akan dikritik maha dahsyat,aku tidak akan emo mahupun berenang-renang ke muara secara berhati-hati kerana takut dilambung ombak setelah berumah di tepi pantai.

              Nah...lihatlah gambar sepupu aku dulu sebab adik aku dan ramai sedara mara cakap muka beliau seiras aku.Tapi aku bantah dan mengamuk lari keliling taman disebabkan aku rasa aku lebih kiut 8x ganda dari beliau.



                 Anak sulung paksu aku agaknya.Paksu aku akan mengamuk kalau nampak aku tempek gambar anak kesayangan beliau di sini.Owh...ada aku kesah?Sekarang peluang aku untuk buli balik beliau yang selalu mengutuk aku sewaktu aku masih berhingus dulu.Percayalah,kata-kata paksu aku lebih dahsyat dari mana-mana komen dahsyat yang aku terima di belog ini.Sebab tu juga aku tak kesah sangat orang-orang sekeliling yang nak mengutuk aku.Mereka fikir aku emo dengan komen-komen tu eh?Hahaha....Even Hitler akan menangis bila dikritik oleh paksu aku yang bermulut seperti ikan todak tajam itu.

               Kat bawah ni pulak gambar sebenar aku.Real taw.Bukan palsu or fake.Dah bersedia nak tengok?Lepas tengok sila bandingkan kekiutan aku dengan sepupu aku kat atas.Kalau ramai yang kata aku kiut,aku akan tubuhkan fan page kat FB atas nama The CuteEmo Sarah Sayuri.






>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


















                   Sori blurr...ni gambar klasik.Masa ni tak wujud lagi kamera DSLR tu.So,ternyata aku lebih kiut kan?Sesape yang tak puas hati dan lebih rela berputus berputih tulang dari berputih mata tu,sila jangan hack profile fesbuk aku dan curi gambar-gambar aku berdress dan berbikini serta berparti di tepi Pantai Maghribi tanpa izin eh.Berdosa tau.
Bukankah kita ni sedara sesama Islam?Huh.




May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

8 comments:

NuRuL MoHaMaD said...

haha. . .
kiut2. . .
sekiut namanye. . .


:D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Nurul Mohamad:ngeh3....

thanks for memuji(ada rasa riak) n singgah...

;DD

Abang Zam said...

cute gila...ni pakai Nikon EOS500 eh? hahaha

akulahct said...

ooohhhh... comel nya... ni gambo brape puluh tahun lepas..?? hahaha...

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:hhahaha...ape apelah yg penting aku lebih kiut....

:DD

Sarah Sayuri Hartnett said...

@akulahct:smpai hati ckp berapa puluh tahun lepas...TT_TT

12 tahun lepas la(nampak benau nipunya)

:DD

Unknown said...

wahh..nice..

mkasih singgah..polow la skali..hikhik

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Fad Ali:hehehe...thankss..

permohonan anda akan dipertimbangkan...

;DD

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat