Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, April 21, 2011

Belog Yang Menimbulkan 1001 Keinsafan.


                     Belog yang membuatkan aku bangun,berdiri lalu duduk semula.

                     Tak Kenal Maka Tak Cinta.Sudah bercinta,breakup pula.Begitulah dapat aku umpamakan kepada sebuah belog yang telah menimbulkan seribu satu keinsafan dari lubuk hati aku yang paling kelam.Sumpah aku tidak pernah tergerak untuk menjejaki belog nan satu ini sehinggalah suatu hari yang hening.Dalam kegelapan malam aku singgah lalu membaca satu persatu entri beliau dengan khusyuk sekali.

                   Penulis belog ini bukanlah seorang ustaz waima bekas imam kampung tetapi setiap coretannya mampu membuatkan nuraniku tersentuh.Antara bait-bait ayat beliau yang masih segar di ingatanku ialah:

"Dahla.Pergi berak semayang hajat,tawaduk,berwuduk,berzikir,bertahmid,beristigfar,berzakat,menunaikan umrah dan bertahajud lagi bagus."

                   Naluri wanitaku tersentuh membaca ayat itu lalu aku tidak mampu terus menatap skrin laptop lama-lama.Aku shut down lappy.Lantas aku pergi ke surau untuk melepak selama sejam sambil bercerita tentang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah bersama kawan-kawan sebelum balik menghadap lappy semula.

                  Walaupun masih hijau dalam dunia blogging tetapi pengaruh belog beliau sudah tersebar secara meluas tanpa dapat dibendung lagi.Malah abang Ben Ashaari sendiri telah mendaftar untuk meMollow belog beliau tanpa berfikir panjang.(Betul ke fakta ni?)Mungkin abang Ben juga mahu mencari secebis dua keinsafan buat bekalan di akhirat kelak.Bahkan budak-budak shuffle di McD juga mengenali belog beliau.Pengaruh belog beliau amat hebat sehinggakan seorang rakan aku nekad berhenti dari bershuffle.Kini beliau sudah bergelar penari kebudayaan di ASWARA.Begitulah dahsyatnya belog ini.

                 Keinsafan yang diperoleh dari belog beliau takkan anda jumpa di mana-mana belog lain biarpun anda keluar masuk Muslimah Sejati.com atau Ustaz Muslim.net sebanyak 18 kali.Niat penulis belog ini hanya satu iaitu untuk membetulkan kembali akhlak remaja zaman sekarang yang sudah jauh terpesong.

            Untuk membantu mereka kembali ke landasan yang betul,beliau tidak teragak-agak untuk berjalan jauh mencari wifi percuma berbekalkan laptop jenama Dell kesayangan beliau.Tidak.Beliau bukan tamak atau kedekut tapi ikhlas ingin berkongsi apa yang benar.Cuba bandingkan keikhlasan kita dengan beliau.MasyaAllah,rasanya jauh tertinggal di belakang.

                 Satu-persatu baris ayat beliau taip dengan tekun dan teliti demi memastikan karya yang terhasil kelak suci lagi murni.Lebih suci dari lampin bayi dan lebih murni dari minyak masak Murni.Karya beliau membuatkan aku terfikir yang hidup ini bukanlah untuk keseronokan semata-mata tetapi juga untuk mencuri wifi percuma sekiranya berpeluang dan mencerca budak-budak shuffle sekiranya terjumpa di mana-mana.

                Banyak lagi yang aku ingin kongsikan di sini mengenai belog beliau tapi rasanya lebih baik kalian sendiri yang melihatnya dengan mata kepala.Dengan itu,kalian akan percaya yang aku bukannya sekadar mereka cerita.Sebaiknya sediakan tisu sebelum menjenguk belog beliau kerana dikhuatiri anda tidak dapat menahan air mata yang terbit kerana keinsafan.Marilah beramai-ramai mencari redha Ilahi di belog TFA.Semoga kita semua diberkati hendaknya.



Nota Kaki Buat TFA:Draft yang dah berkepuk kat post manager aku.Sebelum aku terlupa or mati,lebih baik aku postkan dengan penuh kasih sayang.Tiada lagi unsur-unsur mengutuk kali ni.Penuh dengan keikhlasan.Tacing tak?Hahaha.....(^__^)


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

21 comments:

MissNadh said...

adehh...hahaha!gelak guling2 dah..ingatkan sape la tadi..beriye nak jenguk gak nak menginsafkan diri..haha..(tapi siryes insaf la kot sikit2?)hoho...

Sarah Sayuri Hartnett said...

@MissNadh:hahaha...betul tu.insaf jugak sikit2....

hoopla...

thanks singgah ;))

Abang Zam said...

KAHKAHKAHKAH! aku dah ingat kau review ustaz mana dah..rupa nye belog si celaka abg tu jugak

kahkahkah! kau nagis ke baca belog celaka abang tu? chill lah..aku baca tak nagis pun..haha

aku tak tacing pun..chill je...haha

*aku nak duduk dalam jamban kejap

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:yeah...aku gelak smpai nanges...

hahaha....

Abang Zam said...

nape nangis..tak mo la nagis..mulih kang baru tau

pfffftt..hahaha!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:okay...itu cara penggunaan "mulih" yg salah...

hahahah....

mulih tak bulih diguna sbagai kata kerja...hahaha...

AMRI OTHMAN said...

HAHAHAHA!

ingatkan apa la tadi,,,

datang la jenguk utk insafkan diri...

Sarah Sayuri Hartnett said...

@awiekashi:hahaha....

skrg dah insaf ke?

xpe even tak insaf skrg..lama2 t insaf la...

thnks baca

:))

Abang Zam said...

cuba bagi contoh penggunaan MULIH yang tepat

cepat sebelum aku mulih kau!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:hahaha....kau yg guna silap tak pasal2 aku kena buat kelas bahasa lagi...pffttt

contoh:

hang nak mulih dgn aku ka...

hangpa memang nak mulih sungguh pagi2 ni..

ayam tu dah mulih dgn aku tadi..


ada faham?mulih tak bulih berdiri sendiri..ianya amat spesifik....sekian.

Abang Zam said...

kau dah mulih aku belum? aku tak sabar dimulihkan olaeh kau..

sila memulih kan aku..

mulih! mulih!

bizkowt crunchyz said...

ustaz tfa la...hahaha terbaek

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:okay...tarik nafas dlm2 and anda diminta bawak bertenang...

atau anda akan mulih dgn saya nnti....

Sarah Sayuri Hartnett said...

@bizkowt:hehehe....beliau bukan ustaz mahupun imam kampung....

thanks singgah ;D

silent said...

shit je aku ingat ustat manelah tadi......
haha

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Silent:la...yeke...kan aku ada tulis dia bukannya ustaz mahupun imam kg..hahahaha...

thanks dear..

wanifatin ヽ(^o^)ノ said...

awl2 ag dh ley agk nih cte ttg blog TFA..hahaha~

Sarah Sayuri Hartnett said...

@missSandwich:owhh...anda sgt genius.lebih genius dari TFA sendiri yg tak dpt mengagak ini belog beliau............

thnks ;))

Ain said...

haha. belog beliau bkn buat aku nangis. buat aku maki ada la. hehe.
ayat ko sumpah buat aku gelak smpai menitis air mata. serius. err pasai pa komen aku pnjg sgt ni -.-
ok bye

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Ain:hahaha...kdg2 buleh menitiskan air mata akbat gelak trlmpau byk kt belog beliau..

thnks singgah.ok bye.

Ain said...

setuju. mmg byk mood akan keluar bila baca belog beliau. marah insaf lawak. tp aku lebih kepada terasa. okbye

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat