Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, May 22, 2011

Review:Pulse.


                    Atas perjanjian sulit aku dengan Miss Silent  maka review ini ditaip.Ya,Miss Silent aka Romeoku,ini adalah filem yang aku janjikan untuk direview hanya untuk kau ketika kita bermesraan suatu ketika dahulu.Sila baca dengan penuh penghayatan.

                    PULSE filem tahun 2006.Agak lama.Dari korang habiskan tisu lap air mata sambil tengok filem Nur Kasih,aku rasa ada perlukan untuk korang keluarkan sedikit,errr...mungkin banyak adrenalin sepanjang menonton Pulse.Disebabkan banyak aktiviti hack,spam dan lain-lain lagi serta kita juga semakin banyak menghabiskan masa menghadap lappy,henfon dan tak boleh hidup tanpa teknologi,maka aku rasa korang yang tergolong dalam golongan yang cintakan teknologi seperti aku SANGAT-SANGAT perlu tengok filem ni.Filem yang membuatkan aku takut untuk sentuh lappy dan henfon selama beberapa hari.Selepas tu,aku mula berkapel balik dengan gadgets kesayangan aku ni.


                     PULSE bermula dengan kemunculan seorang lelaki ,Josh,pelajar universiti yang kelihatan takut serta cuak seperti dikejar sesuatu.Gelagat Josh yang pelik dan mula mengasingkan diri membuatkan aweknya,Mattie dan rakan karib mereka berasa bimbang.Lalu,selepas beberapa hari Josh menghilangkan diri,Mattie pergi ke apartmen beliau dan dikejutkan dengan kejadian Josh menggantung diri di hadapannya.Misteri kematian Josh bersambung apabila Mattie dan beberapa kawan rapat Josh yang lain menerima mesej meminta pertolongan dari Josh melalui ruang chat dan emel.Mereka mengandaikan yang komputer Josh masih terpasang dan menghantar mesej itu dengan sendirinya.Maka,salah seorang rakan Josh dan Mattie memutuskan untuk pergi mendapatkan komputer Josh di apartmennya dan menyiasat perkara ini.

                   Seorang demi seorang rakan mereka mati secara aneh selepas itu.Kejadian ini diikuti dengan siri bunuh diri oleh penduduk di sekitar kawasan bandar.Sehingga Mattie memutuskan untuk pergi menyiasat sendiri dan dia bertemu dengan lelaki yang membeli komputer teman lelakinya iaitu Dexter/Dex.Sila benarkan aku menjadi perempuan sekejap di sini.Dexter adalah pelakon yang memegang watak Damon Salvatore dalam The Vampire Diaries.Omaigosh....dan dia adalah hero dalam filem ni.Tapi aku tonton filem ni bukan kerana beliau.Anggaplah ianya satu bonus untuk aku kerana it's unexpected.Yeah....Okay,sambung.Dex dan Mattie pun bekerjasama menyiasat apa yang ada dalam komputer Josh yang menyebabkan dia berkelakuan aneh sebelum kematiannya dan adakah ianya berkaitan dengan kejadian bunuh diri penduduk bandar mereka seorang demi seorang.

                    Hasil penyiasatan mereka membawa kepada penemuan virus yang dihasilkan oleh seorang lelaki bernama Zeigler.Dan mereka juga mendapat tahu bahawa Josh telah hacked sistem yang dihasilkan Zeigler lalu menyebabkan virus tersebut tersebar ke merata tempat melalui teknologi.Inilah padahnya kalau terlalu pandai dalam IT.Dalam usaha Mattie dan Dex menjejaki Zeigler,lebih ramai penduduk bandar yang mati sehingga akhirnya bandar mereka menjadi bandar berhantu yang hampir kosong.Penataan cahaya dan efek suram dalam filem ini harus dipuji kerana nampak realistik dan bukan dibuat-buat seperti dalam filem Khurafat.Suasana seperti ini mampu menaikkan adrenalin tanpa perlu ada adegan hantu atau jeritan.Perlu aku ingatkan yang dalam filem ni tiada hantu tetapi sesuatu yang lebih dahsyat dari itu.

                   Untuk mengetahui sama ada Mattie dan Dex berjaya menemui Zeigler lalu menghentikan penularan virus misteri yang mampu menyalin dirinya sendiri,korang harus tengok sendiri filem ni.Filem ini diadaptasi dari filem seram Jepun tapi pada pendapat aku,filem ni lagi best untuk ditonton.Lagipun,aku suka menonton filem yang banyak memaparkan permainan psikologi sampai membuatkan kita jadi psiko.PULSE bagi aku adalah mix antara seram,thriller dan psiko.Semuanya ada dalam satu filem.Berbaloi untuk ditonton kerana ianya akan membuatkan kita berfikir semula akan keburukan terlalu bergantung pada teknologi. 

                    Tapi aku harap korang takkan takut untuk datang ke belog aku selepas tonton filem PULSE.






sangat sweeettt.












May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

10 comments:

kentang said...

Pulse ni agak menarik ceritanya. Pulse ni cerita yang bersambung. Ade pulse 1, pulse 2 dan pulse 3. kalau nak betol2 faham kena tengok semua movie dia. Recommended utk ditengok.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@kentang:yeah....

sgt direcommendkan...tgok tnpa waswas...

klu rasa ada unsur iluminati sila abaikan...

:))

kentang said...

sarah: kalau ade unsur illusion macamne plak? wahaha

Sarah Sayuri Hartnett said...

@kentang:klu ada unsur illusion,bertaubatlah segera selepas tgok kentang...

*lama tak nampak kentang.igtkan dah bersara.

Abang Zam said...

lama tak nampak abg zam

ingatkan dah mampos

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:alaa....tacing pulak dia.

kau tak mati lg,aku tahu la...

^__^ lama tak buat emotikon...hahahaha

Rafi Nilhan said...

er kakak, :P

syodeh! giler best film camni..aku suka3..

asal crita plek cmni kompom layan

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Rafi Nilhan:ye adikku...

pelik dan psiko kan...tp tak pecah panggung pun

cerita psiko memang susah msyrakat kita nak terima..

tp I Loike...:))

akid azami said...

perghh mcm best ni :D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@akid azami:yes,memang best..

:DD

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat