Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, May 8, 2011

A Love Note For You,Mom-Part One.


                    Mak,ingat tak lagi masa Sarah kecik-kecik dulu.Takpela,mungkin mak dah tak ingat sebab dah lama.Lagipun bila Sarah tanya mak selalu cakap tak ingat.Mungkin sebab mak selalu cakap susah nak jaga Sarah masa kecik-kecik jadi mak tak nak ingat lagi perkara yang menyusahkan tu.Mak ada bagitau yang Sarah suka nangis masa masih pakai pampers dulu.Siang malam asyik nangis je sampai mak dah naik boring lalu menyampah.Mak bagi minum susu pun tak nak.Melalak je kerjanya.Susu manusia tak nak,susu lembu lagila tak nak.Lastly minum air kosong je.Padan muka.Mengada-ngada sangat.Nasib baik juga hidup sampai sekarang.

                    Susah ke nak besarkan Sarah mak?Kalau mak tak ingat pun Sarah tak kecik hati sebab memang kelaziman bagi manusia untuk melupakan perkara yang susah bagi mereka.Susah itu sakit.Sakit itu susah.Lebih baik lupakan saja.

                    Sarah selalu main sorang-sorang masa kecik dulu.Ini mak yang cakap.Rupa-rupanya masih ada yang mak ingat pasal zaman muda-muda Sarah dulu.Ya,memang Sarah selalu bawak diri sorang-sorang dulu pasal jeles mak sudah ada anak baru.Sarah dah dapat adik semasa masih tak tahu apa-apa lagi.Kalau Sarah kacau mak nanti,mak marah Sarah pulak.Mak sibuk menguruskan adik baru.Jadi lebih baik Sarah main dengan diri sendiri je.Sarah pun senang hati,mak lagi la senang hati.

                    Sebelum masuk tadika,Sarah dah boleh berdikari.Banyak benda yang Sarah dah boleh buat tanpa bantuan mak.Sarah dah pandai pakai baju sendiri.Dah pandai mandi sendiri,pandai pergi toilet sendiri tanpa perlu diteman,pandai makan tanpa perlu disuap dan dah boleh tidur sendiri.Ini semua sebab sebab mak.Mak yang mengajar Sarah buat semua ni.

                   Sebab tu Sarah rasa perlu berterima kasih pada mak.Walaupun mak selalu sibuk dan takde masa untuk Sarah.Terima kasih walaupun mak tak sempat bercerita dan mendodoikan Sarah atau menemankan Sarah sehingga Sarah tertidur.Terima kasih walaupun mak tak sempat meluangkan masa bermain menyusun puzzle atau Lego dengan Sarah.Terima kasih walaupun mak jarang mengajar Sarah membaca ABC mahupun menjawab soalan Sarah tentang bagaimana Cinderella mendapat kasutnya balik.Sehingga Sarah pandai membaca sendiri barulah Sarah tahu yang Cinderella tak mencari kasutnya tetapi sang putera yang menghantar kasut itu semula kepadanya.

                   Mak ingat lagi tak masa Sarah mula-mula daftar masuk darjah 1?Sarah tengok sekeliling,ada ramai ibu bapa yang temankan anak masing-masing pada hari pertama mereka menjejakkan kaki ke sekolah.Tapi mak tak temankan Sarah,ayah juga kerja hari tu.Yang ada cuma seorang lelaki yang Sarah kenali sebagai Pak Ngah.Dia yang daftarkan Sarah.Tapi dia tak temankan Sarah lama,tak selama ibu bapa yang ada kat situ.Lepas dia bawa Sarah ke kelas dan pastikan Sarah masuk,dia pun balik.

                   Mulanya Sarah agak takut juga...tapi bila tengok ramai ibu bapa sedang memujuk anak-anak mereka iaitu bakal kawan-kawan Sarah kelak yang sedang menangis meraung-raung nak balik,Sarah dah tak rasa takut lagi.Sebab dengan melihat mereka,Sarah dapat rasakan seperti mak dan ayah juga ada bersama-sama Sarah pada masa itu.Taklah.Sarah tak marah ataupun kecik hati.Sungguh.Sebab Sarah faham mak dan ayah sentiasa sibuk.Sarah dah besar,Sarah perlu pandai jaga diri sendiri.

                  Ingat lagi tak masa Sarah dapat report card untuk peperiksaan pertama Sarah?Sarah dapat no 2 dalam kelas Sarah dan juga untuk keseluruhan kelas yang ada.Wajah mak berseri-seri bila Sarah bagi mak report card untuk mak serahkan pada ayah.Itulah pertama kali Sarah tengok mak gembira dan bangga dengan Sarah.Mak cakap kalau Sarah dapat no 1 kan lebih baik.Lalu Sarah berazam untuk berusaha lebih kuat.Sarah akan dapatkan no 1 bukan saja dalam kelas tapi juga dalam kesemua kelas yang ada kat situ.Bukan saja untuk kali ni tapi setiap kali peperiksaan.Supaya mak akan berbangga dengan Sarah.

                  Sarah tak mungkir janji kan mak?Selepas hari tu,setiap kali peperiksaan Sarah masti dapatkan no 1.Bukan sahaja no 1 malah Sarah mesti akan kaut sebanyak mungkin markah mata pelajaran tertinggi.Tak kiralah betapa susah sekalipun.Tak kiralah berapa jam sehari Sarah perlu duduk menghadap buku pelajaran yang membosankan.Tak kiralah berapa banyak masa lapang Sarah perlu habiskan.Yang penting bagi mak,setiap tahun mesti mak akan dijemput ke hari anugerah cemerlang untuk melihat Sarah menerima hadiah.Mak suka kan melihat Sarah berulang kali naik pentas sebab Sarah dapat markah tertinggi dalam hampir semua subjek?Mak tak pernah miss kan mak?Tak pernah sekali pun sampailah Sarah tamat sekolah rendah.Sampailah Sarah tamat sekolah menengah rendah.

                  Ingat lagi tak masa PMR dulu,mak berjalan penuh bangga di atas pentas untuk menerima anugerah pelajar cemerlang bagi pihak Sarah.Mesti rasa bangga mak tak terluahkan dek kata-kata.Semua orang ucapkan tahniah dan memandang tinggi pada mak kerana mak telah berjaya mendidik Sarah.Sebab masa tu,hanya Sarah pelajar yang berjaya mendapat semua A's dalam sekolah tu.Sarah berjaya mencapai target semua orang.Sarah berjaya memenuhi harapan sekolah,harapan guru-guru dan yang penting sekali harapan mak.Mak peluk Sarah dengan rasa gembira.Itu kali kedua mak peluk Sarah.Pertama kali ialah semasa Sarah menerima keputusan UPSR dulu.Mak ingat lagi tak?



                   

to be continued......


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat