Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, May 18, 2011

Yes,Your Silence Didnt Kill Me But.


                    Romeo,ini Julietmu.Kau masih ingat lagi aku bukan.Kerana sudah terlalu lama sungai bicara itu kering,aku bimbang.Sangat-sangat bimbang seandainya kau mula melupakan atau kau ketemu sungai lain dimana bicaranya masih banyak.Di mana semua ikan-ikan masih mampu berenang bebas.

                   Romeo,ini Julietmu.Kau masih ingat lagi aku bukan.Janji-janji yang dipasakkan itu masih ada.Baru semalam aku pergi ke tempat itu untuk melihatnya.Lembaran kain kepercayaan itu masih kukuh.Tidak carik.Kerana kalau carik,aku akan menjahitnya.

                 Romeo,ini Julietmu.Juliet,di mana kebisuannya lebih tajam dari pedang dan akan membunuhmu.Ya,sementara kebisuan kau pula tidak membunuhku.Kau dan aku sedia maklum itu.Lalu kau membentak mengatakan betapa tidak adilnya perkara ini.Tapi tahukah kau ada perkara yang lebih dahsyat dari mati?

                Romeo,ini Julietmu.Bicaralah kerana saat ini aku sedang melalui tempat yang lebih mengerikan dari mati itu sendiri.Bicaralah kerana aku masih mampu mendengar biarpun dalam kegelapan paling hitam.Bicaralah dan keluarkan aku sebab aku bimbang.Sangat-sangat bimbang yang aku akan tersesat dan tidak menjumpai jalan keluar.







Nota Kaki:Romeo,kau tahu siapa kau bukan?


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

16 comments:

✿ gadis biasa ✿ said...

silent is killing.huuuu^^

Sarah Sayuri Hartnett said...

@gadis biasa:but there's something more terrible and devastating than to die

Silent said...

apa yang lebih dahsyat dari mati itu?



cembru dengan kata-kata yang masih melayang-layang dalam otak kau

sedang aku
aku sudah hilang kata-kata
dibunuh romeoku sendiri.:D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@silent:tapi bukankah kau romeo aku dan aku julietmu?

:DD

Abang Zam said...

sudah kau temui sang romeo kau

berbahagialah

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:ikhlas ke ni?

Headmaster said...

aku selalu tebayangkan kaw bila menulis, mesti rambut mengurai ke depan,bilik semak kes mengamuk tak abes-abes,pastu mesti ada pisau prepare ngam-ngam kat tangan.anytime kasik kerat urat tangan.pintu bilik kaw?jgn cakap la,mesti selalu tertutup.hebat ak imaginasi aku?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@headmaster:tepat sekali

kau ditaktor yg genius

Rafi Nilhan said...

err..explain skit?

Abang Zam said...

ikhlas lah

Sarah Sayuri Hartnett said...

@rafi nilhan:ni cerita romeo dan juliet

budak2 mgkin tak faham

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:lain macam je bunyinya

Rafi Nilhan said...

oo..ok2..budak2 biasa laa

.:hana hazel:. said...

waa..bicara yang penuh makna & mendalam..

Jom singgah baca entri baru : Pakai Seksi vs Tutup Aurat

Sarah Sayuri Hartnett said...

@rafi nilhan:hahahaha

yela2 meh akak explain meh

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@hana hazel:tak mendalam sgt rasanya

:)

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat